Thursday, December 23, 2010

Tahniah Adik!!



Salam..
Hari ni adik ambil keputusan PMR..msti dia berdebar macam aku dulu gak,,tahniah dik walaupun dengan 7A1B,,hebat tue,,akak pon xsehebat adik..terengatkan kata-kata arwah ayah,,andai adik xdapat semo A,,arwah ayah belanja adik ns grg ayam sepuloh ari berturut2,,namun kini mak nk lunaskan janji arwah ayah tue,,knapa arwah ayah nak belanja ns grg aym??sebab itu makanan febret adik..klo arwah ayah ke sulong malam2,,menu utama yg adik kirim mesti ns grg ayam..ayah da faham sgt..tapi td adik mcm xberminat bila nk tempah ns grg ayam,,terengatkan arwah ayah atau tengahari td mak msk ayam??wallahualam....apa2..teruskan perjuangan adik yg masih panjang,,pasni adik nak ke sekolah kena la nek bas sendiri,,ayah dah xde nak hantar dan ambil adik,,klo akak ade pon pg jek sempat tok hantar adik..adik jaga mak coz adik yang akan ada lebih masa bersama mak,,adik tunjuk kat mak yg anak mak leh cemerlang walaupon kite anak kg k..GoodLuck dik,,p/s:pasni tingkatkan bahasa melayu adik,,jgn dok basurah banjar jek,,hehe~

coretan hari-hariku..
waslam

Tuesday, December 21, 2010

Kuatkan Aku..

Salam..
Kaganangan Bahari Kalak...(Terkenangkan Masa Lalu..)..ermm..22hari aku hidup sebagai anak yatim...Setiap hari ibu bercerita tentang ayah,,seakan segala benda yang kami lakukan ada saje membuatkan kami terengatkannya..perbuatannya sebelum pergi menyahut panggilan ilahi..segala perkara yang dilakukan menunjukkan beliau telah memberi isyarat pemergiaan buat selamanya di dunia yang sementara ini..namun kami seakan alpa dan leka,,walaupon ada yang penah terfikir dibenakku sendiri..namun xterlafaz didepannya.. ibu seorang wanita yang sangat tabah..aku tau..sepanjang hidupnya,,tidak pernah berjauhan dengan ayah..tapi ibu tidak pernah menitiskan airmatanya di depan anak2.. pabila ibu menceritakan dia tahu ayah sudah lama menahan penyakitnya..ibu redha pemergiaannya dari melihat ayah menanggung kesakitannya setiap hari..sekurangnya kami bersyukur diberi kesempatan mengajar ayah mengucap dan ibu sempat memohon keampunan..Bila aku terkenangkan keterlanjuran kata-kataku sepanjang ayah masih hidup,,airmata gugur dgn sendirinya,,namun aku sangat bersyukur,,diakhir2 hayatnya,,aku banyak disampingnya,,kadang2 aku terengatkan lagi waktu Ayah mengurutku ketika sakit,,memanggil nama penuhku ketika mengejutkan aku di subuh hari,,menyentuh lembut kakiku agar bangun pagi..aku rindukan semua itu,,sungguh aku sangat rindukan ayah,,kini hanya kalimah allah yang mampu kuutuskan buatnya...sesungguh amalan anak yang soleh mampu membahagiakan dia kini..Ayah,,,sungguh...anak ayah ini xkan berhenti merindukanmu...sangat2 menyintaimu...aku berjanji akan menjaga ibu dengan sedaya upayaku..aku akan membahagiakannya seperti telah ayah berikan pada ibu...moga tidak akan berhenti engatan anakmu buatmu..moga aku ditingkatkan iman dan istiqamah,,semua yang aku lakukan kerana Allah SWT hendakNya...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam..

Wednesday, December 8, 2010

Pergi Seorang Insan Bergelar Ayah




salam..

01 Disember 2010..4.55 petang..perginya seorang insan bergelar ayah..pergi menghadap ilahi..meninggalkan isteri dan 9orang anak yang dikasihi...aku ketika itu di dalam dewan peperiksaan menghadapi kertas analisis struktur..gegaran hp yang disilentkan membuatkan aku nekad untuk menjawab panggilan selepas meminta izin dari pengawas peperiksaan,,panggilan dari adik yg menyatakan pemergian ayah ke rahmatullah kuterima dengan redha dgn lafaz innalillahiwainnailaihirajiun...namun juraian airmata xdapatku tahankan..perginya ayah tercinta,yang mengasuhku dari kecil,mendidikku,melindungiku,menjaga kebajikanku.. Ya Allah, dia telah menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya..maka kau berilah balasan apa yang telah engkau janjikan...dan juga barangsiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga..dengan itu ya Allah tempatkanlah syurga buat ayahanda ku..kerana tiada cacat cela sepanjang hidupnya menjagaku,membawa makanan buat keluarganya,mendahulukan anak perempuannya..namun ketegasan dalam agama juga dipegangnya,ku pohon ya Allah,,jangan kau seksanya,,kau peliharalah ia seperti mana ia memeliharaku dengan kasih sayang sejak kecil,,aku redha pemergiannya menghadapmu terdahulu dariku,,andai itu suratan yang telah kau tetapkan,,moga aku masih diberi kesempatan berbakti pada ibuku,,kau berilah keizinan untukku menyanyanginya,,menbahagiakannya,,memenuhi keinginannya,,dan kau berilah aku kekuatan dan semangat dalam menempuh dunia yang mencabar ini ya Allah ,,moga aku tidak lalai dan melupakan segala nikmat mahupun musibah yang kau berikan ke atasku,,Akhir kata dariku... Ya Allah..Ampunilah dosa Arwah Ayahandaku,Mahfodz bin Hj Nawi..dan kau berilah syurga yang terbaik buatnya,,InsyaAllah..amin..

waslam..

coretan hari-hariku..

Friday, November 26, 2010

Dugaan BuatKu....



Salam..
Seminggu aku menghilang,,bukan apa,,aku menghadapai peperiksaan akhir untuk semester ketiga...fokus dengan tidak on9 dlm seminggu,,lepas 2 paper..lagi 4paper menanti,,aku dikejutkan dengan satu dugaan yg tidak disangka..semalam aku menelefon ibu untuk mendapat restu menhadapi peperiksaan pg jmaat..ibu ceritakan yang ayah da sakit dah 3hari,,ibu pujuk ke klinik xmahu..aku janji pada ibu setelah selesai exam pg itu aku akan pujuk ayah ke klinik..namun selesai menjawab kertas..pabila ku telefon rumah,,ayah dah masuk wad..tanpa berlengah aku terus ke hospital..kak long da smpai mlm td dan abg ngah yang hantar ayah ke hospital dan ayah ditahan..kasihan melihat ayah sgt kurus dengan berselirat tiub di pasang pada tubuh ayah ,,hampir 4tiub di pasang,kedua belah tangan, hidung dgn oksigen dipasang sentiasa,,rupanya lebih teruk dari sangkaan ku,,ibu tidak mahu aku terlalu risau,jadi tidak menceritakan kesakitan ayah...mak mahu aku fokus pada paper final yg masih aku perlu hadapi,,hati ini rasa mahu sentiasa disamping ayah,,ketika ayah sedar kehadiran aku,,sungguh ia bersungguh bercerita pada aku apa yang doktor lakukan padanya,,dalam hati tidak ingin ayah berkata kerana nampak susah dgn nafas yg lemah tp aku tidak sggup pula menghampakannya,,terharu rasa hati,ayah masih bertanyakan samada kau masih ada duit ker untuk ker U nanti,,ayahku pesan mengambil duitnya yg diamanahkan pada adik,,dalam dia keadaan sakit masih engatkan kebajikan anaknya,,diluar ku kelihatan ceria,tapi didalam hati aku rasa ingin menangis..td ayah masih menginginkan aku mengurut kakinya..ya Ayah,,berapa kali pon ayah nak,,anakmu sanggup untuk mengurutnya..ayah tidak kuat untuk bangun,,sentiasa baring dan kadang kala mencelikkan matanya,,kelihatan amat tua ayah sekarang,,aku sayangkan ayah teramat sangat,,aku gagahkan diri untuk tidak menunjukkan hati hiba melihat kesengsaraan yg dialami,,teringin aku menggantikan tempatnya,,Ya Allah,,hanya padaMu aku hanya mampu meminta pertolongan,,ringankanlah bebanan yang ditanggung ayahku,,sungguh aku tidak sanggup melihat kesakitanNya...Kau berilah kekuatan baginya menghadapinya penyakitnya..Kau berilah aku kesempatan membahagiakannya..dialah pembakar semangatku,pelindungku,,pemimpin duniaku..dan dialah ketua keluargaku yang tercinta...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA



salam...

Pg nie..aku menyambut hari raya Aidiladha,,,hari penuh barakah,,tahun nie,,hampir 7rumah menjalani ibadah korban..Alhamdulillah,ayah sihat...ayah melaksanakan tanggungjawab menyembelih tiap ekor lembu yang dikorbankan,,,,selepas solat sunat pg raya aku dah ke rumah pakNgah menunggu ibadah korban yang akan dijalankan disana..kelihatan ayah berkemeja biru menunggu lembu ditumbangkan..orang kg bekerjasama menumbangkan lembu sebelum disembelih...saat ayah hendak menyembelih lembu tersebut kelihatan setiap orang melaungkan takbir...perasaan sayu menyelubungi suasana namun itulah ibadah korban yg menuntut kita mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail...seronok tgk orang kg bekerjasama melapah lembu untuk diagih tiap anggota keluarga di kg..hampir asar ayah baru pulang ke rumah menandakan kerja korban dah selesai..mgkin coz hujan lebat ditgahari melambatkan kerja korban td..lewat petang plak,,MasyaAllah,,ramai sungguh yg dtg menghulurkan daging korban yg diagih..penuh dah peti ais ngan tulang n daging,,sebulan pon lom tentu leh abes..itulah kisah aku alami harini...Salam eidul adha..Allahuakbar..

coretan hari-hariku..

waslam..

Monday, November 15, 2010

Kerana Dia Manusia Biasa



"cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

*Cerita ini dipetik daripada fb seorg sahabat,,ku rasakan menarik dikongsi dalam blog ku ini,,kesah ini juga mengingatkan aku pada Akak ku sendiri,,berkahwin dgn suaminya dengan hanya berkenalan cuma sebulan,,bercinta selepas kahwin,,Alhamdulillah kini mempunyai sepasang anak yg comel dan keletah,,moga kebahagiaan berterusan buat mereka..Amin..

coretan hari-hariku...

SaYu Hatiku..



salam..
mggu nih,,byk gak aku coret kat blog,,mgkin coz cuti yg pnjang dirumah..huhu,,harini aku sgt2 terharu..pg td aku alami sakit perut yg teruk,,nk bgn pon xlarat,,yg menyentuh atiku,,bila mak mengurut kakiku,,kata mak,,aku nie penggeli,,besanya perut berkaitan kaki,,kalo urut kaki same mcm kita urut perut,,aku sgt2 hargai,,mmg sejuk giler kakiku pg itu..lepas tue ayah suruh mak ke pasar,,lepas mak ke pasar,,ayah plak ganti urut,,ayah urut lg kuat ,,sakit cket tp aku tau ayah sgt2 berusaha untuk aku sembuh dgn cepat,,rasa nk nangis betapa aku sgt menyayangi mereka berdua,,xnak jauh ngan makayah lg..huaaa~ptg lak, sakit aku da elok,,mujarab sungguh...tp yg sedihnya,,petang tue,,ayah da penin2,,masa aku urut kepalanya,panas sgt,,sakit aku beralih kat ayah ker.;(..malam trus aku pujuk ke klinik sebab ayah nampak xlarat sgt...haha~ade satu crite yg mencuit ati,,abah crita masa jumpa dktor,,dktor boleh tnya nape ayah kurus sgt,,yang ayah plak jawab,,nk wat camne dktor,,org dlu2 makn ubi,pisang...tue yg kurus cenggini..ayah leh plak wat lwak ngan dktor cmtu,,hehe~ Aku cukup risau melihat kesihatan orgtua ku kini,,selalu sgt jatuh sakit...macamne aku nk berjauhan ngan diowang,,aku xsanggup,,lagi2 aku terdengar mak ckap kat ayah.."Farah ade kat umah nih,,kalau xsihat pon ada yang bleh bawak g klinik"...hermm,,sayu aku dgr mak ckap cmtu,,sebab tue klo bleh tiap mggu aku msti balik rumah,,sebab aku nampak betapa seronoknya diowang klo aku ada dirumah,,macam2 benda nk crite kat aku,,walupon kdang2 aku da dgr byk kali sebab kdg2 aku kol umah mak da crita,,mgkin xsame crita depan2 ngan kol..xpe la yg penting mereka gembira,,aku lg suka..lusa nk smbut Aidiladha,,da mcam2 perancangan ayah ckap tok juadah raya nanti,,dalam xsihat pon masih bersemangat nk bantu..InsyaAllah aku nk berpuasa esok,,kata mak,,fadhilat berpuasa 9zulhijjah,,diampunkan dosa kita setahun sebelom dan setahun akan datang,,moga ditrima puasa ku esok hendakNya...belajarlah menyayangi ibubapa kita kerana kelak,,anak2 kita jua akan menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi ibubapa kita...InsyaAllah..Amin.

coretan hari-hariku..

waslam..

Sunday, November 14, 2010

Sama tp xSerupa..



salam...

kisah yang nak dikongsi hari nie,,berkaitan mak..td ptg tman mak g kendri tahlil n ngundung cucu rumah sepupu di kg mak kat Sri Medan..pertama kalinya aku ikut,,sebab mak xsihat aku turut teman sampai kenduri selesai,,sgt ramai sedara mak yg aku masih xkenal..yg peliknya diowang semo kenal aku tp aku yg xkenal mereka,,buruk betul perangai,,huhu,,seronok jugak pegi kenduri tahlil,da lama xbermarhaban,,ramai golongan tua sahaja yg dtg,,cam baya2 aku,,bertuah la..huhu..tgh tolong2 angkatkan juadah,,aku tertolong plak untuk memcuci tgn2 makcik2 yg mungkin kawan2 mak masa muda rasenye,,asal aku hulurkan cucian tgn,,mereka sebut"anak Amah yer nih"aku hanya tersengih,,mengia tidak,menggeleng pon tidak,tp diowg paham la tue,,tapi bukan sowang yg tanye,,sebaris aku hulur air yg tanya,,jenuh aku tersenyum jela,,akak ckap aku iras mak aku ketika mak muda,,aku mmg xleh lari mane2,,kadang aku ke pekan atau ke bandar,,bila ada yg tegur,,aku xkenal pon tanye samada aku ank mak,,memang betul pon,,aku ngaku jela,,huhu..bila da bwk nama mak ke mane2 kena la jge adab,,mmg xleh nyorok pon,,huahua~ Mak anak ke 10 dr 11 beradik,,kire hampir bongsu..sepupu2 aku semo usia lebih kurang mak,,paling muda pon baya kak long kot..aku berkwn pon ngan ank sepupu aku,,xkesah la tue,,tp biler da lame xjmpe,,hampir2 aku xkenal..aih..biler ramai sgt sedara,mmg xleh nk engat,,yg selalo jmpe jela kita engat,,agknye klo terserempak tgh jalan pon xpasan itu sedara,,huhu..semo tanye bila aku nk abes blajo,,gaknye asyik dgr aku blajar jek xkijer2 an..huaa..sabo jela..tp td tercuit bila berborak ngan Julak(maklong)...dah lame xbersurah banjar..klo g kg mak,mmg komfem semo tukar dialeg banjar,,aku faham cuma xpandai nk balas ngan bahasa bnjar tue,,hehe..muka mak ngan Julak xjauh beza,,comel n hampir seiras..sape sangka Julak tua 20 tahun kot ngan mak,,tp Julak xnmpak tua n masih kuat,,penah aku dtg Julak sebok menguruskan kebun sendirian,,tanam ubi,pisang,serai n segala jenis sayuran lah,,masa mak kecik2 dlu pon bukan senang,mak pernah jdk pendayung bawak penumpang menyeberangi sg., menoreh getah,,crite pasal menoreh getah,,time aku kecik dlu,aku curi2 menoreh getah di kebun ayah.mak marah sebab aku dah merosakkan pohon getah dgn suka ati aku jek tarah,,huahua..mmg tobat lepas tue aku xtoreh lg,,masa aku drjah6 baru kebun rumah aku bertukar kpd klapa sawit,,saat kebun getah dulu lebih menyeronokkan bg aku,,ntah la,,mgkin masa tue aku budak2 kot,haha~ah..da menyimpang crite la plak,,k la..cukup la buat kali ni..cuma apa yang aku leh simpolkan,,aku sgt2 menyintai ibuku,dialah aspirasiku,pembakar semangatku,pendukung jiwa raga n segala-galanya bagiku..huhu~begitu juga ayah..hehe~k itulah...

coretan hari-hariku...
buat hari ini:p..
waslam..

Saturday, November 13, 2010

Hari Sabtu..



Salam...

Sabtu:
7.30 a.m
-Aku mengambil Muet Test untuk kali ketiga,,,moga2 kali ini ,,band lebih baik dari sebelom nih,,InsyaAllah..
1.00 p.m
-Hantar member ke bustand tok pulang ke kg,,thank blanjer makan..hehe~
3.00p.m
-tiba dirumah,,mak xde,,terkejut my little bro,poji balik kg,,aik da cuti study week rupenye..
-adk ckp mak g klinik xsihat,,aik,semalam sebelom aku pulang ke Uthm mak sihat jek,,pg td mak penin2 n batuk2.Abg n ayah bwak mak g klinik.
5.00 p.m
-g pekan belikan biskut tok mak,mudahkan mak tok makan ubat.
-suasana pekan agak cuak gak tgk mendong dan angin kencang,,beberapa payung gerai tepi jalan terbang dipukul angin kencang.
-sampai rumah hujan turun berserta guruh.
7.00p.m
-selesai solat,lihat tiada lauk untuk dimakan,tian tgk mak xlarat,,aku pon masak la ape yg ade,,kentang sambal with ikan pekasam,,sedap gak..haha~tp dgn xsengaja,,terluka diri sendiri,,potong kentang pon leh luka tgn,,hai...bertuah tol,,nseb bek adk tlg..kijer memasak selesai dengan segera.hehe~thanks' adik..
9.00p.m
-selesai makan,tgk majalah 3..MasyaAllah,,teruknya kejadian gunung merapi,sgt berani wartawan tv3 tue,,mencabar jugak.
-Ayah da risau samada selamat aku ke Indon bulan depan,InsyaAllah dengan izin Allah,aku akan jaga diri dan dilindungiNya hendakNya.

Moga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baikk dr hari ini,Mak,,semoga sihat kembali,,moga sakit mak ini hanyalah sebagai penawar dosa..ujian Allah buat kita yang Alpa akan nikmatNya..So,,nite semua,,,selamat Malam..

coretan hari-hariku...

Waslam.

Wednesday, November 10, 2010

Melawan Kesepian....



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti....

(~__~)

mood:jiwa bercelaru...huhuhuu~~

coretan hari-hariku....

Tuesday, November 9, 2010

My Parent..



Di Suatu petang yang damai,,,aku baru pulang dari pekan..senyap sunyi isi rumah,,mana ayah dan mak nih,,,dari luar hingga ke dapur tiada,,kelihatan kepolan asap di kebun belakang rumah,,kelihatan ayah duduk di sebuah kerusi melihat ibu membersihkan kebun...nampak sweet plak,,dari jauh dapatku lihat,,walaupun ayah xsihat,,dia menemani mak kekebun,,cukup sebagai pemerhati namun kasih antara mereka memang xboleh dipisahkan,,saling memerlukan..aku pasti ayah ingin sekali membantu mak tapi kudrat die tidak berkemampuan ,,jadi sebagai peneman mungkin cukup untuk menunjukkan keprihatinannya,,mak memang hebat,,setelah penat2 di rumah,,die tetap xlepas peluang bercucuk tanam kekebun,,mak kata,,kalau berbudi pada tanah ada rezekinya..erm..betol tue,,aku pon datang mengusik dua sejoli nih..hehe~ayah tua 9tahun dari mak,,,namun xnampak beza pon antara mereka...kalau nk jadik ibu mithali,jadilah macam mak,,kalau nak jadi ayah yg tegas dan penyayang,,ikutlah ayah...pakej yg lengkap..sepanjang hidup mereka bukannya mudah,,dari cerita ayah,,aku pasti betapa dia memerah keringat membesarkan kami 9beradik ,,aku asal kg...dari keluarga yang serba kekurangan,,namun ayah dan ibu tidak pernah merungut akan kekurangan yg ada malah bersyukur atas apa yg kami ada,,teringat masa kecil,,ibu dan ayah tidak pernah memewahkan kami dengan harta benda,,setahun sekali berpakaian sekolah,,setiap hari bawa bekal berlaukkan ikan masin,,makan sedap hanya bila ayah pulang dari memancing,,segala jenis ikan dan udang,gembira bukan kepalang,,tapi aku sedar banyak lintah melekat di kaki ayah,,menunjukkan die berusaha untuk membahagiakan anaknya dengan segala usaha yang semampunya..ayah pernah mengayuh basikal dari kg hingga semerah untuk menjual hasil ikan,,bukan dekat,,kalau sekarang aku memandu kereta ambil masa setengah jam,,kalau basikal macammane agaknya,,dengan jalan yang sudah pasti tidak seselesa kini..bersyukur sgt2 aku dilahirkan sebagai seorang anak kepada Mahfodz Hj Nawi dan Mas'amah Sulaiman..love them more than anyone after Allah SWT and Rasullullah SAW...kau kekalkanlah kasih sayang antara mereka Ya Allah,,berikanku kesempatan menikmati kasih sayang mereka di dunia mahupon di akhirat kelak..cinta yang tiada tolok bandingnya...Amin...:)

coretan hari-hariku..

Monday, November 8, 2010

Salam Baitullah



salam..

MasyaAllah,,aku bgn lewat pg td,,sepatutnye aku yg akan hantar adk ke skolah..sedar2 waktu menginjak pkul 10pg,,serba slah juga aku,,tghri baru aku ambil adik dr skolah,,adik ckp abah xsampai ati nak kejut coz abah perasan aku xtdo smpi 4pg mlm td,,erm.....mkin membuatkan aku rasa berslah,,bila waktu ptg adik skit tekak n demam,,ayah pulak sakit2 dan sentiasa mintak diurut,,tapi memamg sejak aku bercuti di kg,,abah selalu mntak urut2 kepala n kaki,,aku da ajak g klinik tp xmahu,,mgkin bila lihat adik sakit,,abah lembut ati nak ekut skali pergi klinik hari nie,,,Alhamdulillah,,lepas check DR. abah n adik beransur sihat...esok adik cuti skolah..dapat la die rehat2 dirumah..sampai dirumah hampir pkul 9malam,,mak bukak siaran langsung salam baitullah tv1...sebelom nie salam baitullah mmg rncngan febret mak,,aku xambik tahu sgt..tp entah kenapa hari nie,,aku langsung xberganjak dari kaca tv menonton salam baitullah...sejam rase spt 5minit jek..byk info mengenai bakal haji,,paling aku tertarik,,kisah atau pengalaman yg dilalui para haji di Makkah ,,kisah menunjukkan kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya bila kita jadi tetamu Allah,,Allah akan sentiasa disamping kita dan membantu hambanya dalam kesusahan..salah seorang para haji yg sesat di safa menuju marwah..berkat doanya pada Allah,,dalam beberapa saat muncul hamba Allah menunjukkan jalan untukNya..betapa besarnya kuasa Tuhan,,ada juga yg menceritakan kelihatan Awan dilangit membentuk Allah SWT..sgt2 teruja aku mendgrnya..Ada juga menceritakan ,,pabila die melakukan ibadah di tingkat atas masjid di madinah akibat tiada kekosongan di bahagian bawah,,tidak merasa panas sekalipon matahari terik dan awan seolah2 tidak berganjak melindungi tetamu Allah menunaikan ibadah...Begitulah kebesaran Allah yg membuatkan aku terpesona menonton salam baitullah,,ada juga rukun haji dan kesilapan yg dilakukan di dalam menunaikan haji dirungkaikan..aku dapat lihat wajah mak yg begitu teringin menjadi tetamu Allah.aku juga begitu...Ya Allah,,kau berilah aku kekuatan untuk menunaikan hajat kedua orgtua ku..bagilah aku kesempatan untuk membawa mereka menunaikan haji mahupun umrah..padaMu aku berharap,,dan kau limpahkan rezeki yg halal buatku,,serta kau tingkatkan azamku untuk terus dgn nawaitu ku ini ya Allah..sesungguhnya aku amat berharap dapat menjadi TetamuMu ya Allah...tiada tempat yg lebih indah dan mendamaikan selain menjadi tetamuMu Ya Allah...amin...

coretan hari-hariku...

waslam..

Friday, November 5, 2010

Maher Zain



salam...

hari nie ari sabtu,,menjalani kehidupan seharian yang besa aku lalui,,pg bawak ibu ke pasar mggu,,adik ikut skali coz die da xde klas tmbahan lg..da lepas exam PMR...arini aku nk kongsi tentang keobsesan aku 2 ,3 ari menjak nih,,aku tertarik ngan lagu2 maher zain,,sebenarnya lgu die da lame aku tau,,abg aku mahmudin yg mula2 memperknalkan lgunya,,mase lagu nie blom top lg abg aku da mnat coz aku engat lg dr awal tahun dlu abg aku da gnekan lgu maher zain sbg ringtone hp die,,tp aku wat xtau n xberminat tok amek tau,,tp ntah macamne tbe2 aku nk tau lgu2 die kat utube,,mule2 insyaAllah,,lepas tue Always be there,,,biler aku dgr barakallah,,fuhh..aku makin tertarik dgn lagunya,,tiap bait lirik lagunya memberi makne tersendiri,,pendekatan tentang agama islam,,seperti ape yg Rasullah SAW ajar kita,,menceritakan kisah Agama kita secara telus,,yang org lain sebelum ini xnampak,,lagu juga boleh dijadikan dakwah,,kadang2 nasyid hanya sesetengah je yg boleh trima,,tp maher zain buat kelainan untuk tarik golongan muda masa kini,,aku salute cara die nih,,sekurang2nya dak2 skang xla terlalu menjunjung lagu barat yg tidak beri makne tok kehidupan kita,,tp xsemo la,,kdg2 lagu barat sgt sedap didgr tp malangnya,,makne liriknya rupanya hanya untuk menyesatkan kita,,harapanku,,agar muncul lagi artis macam maher zain yang berani memberitahu kebenaran islam dan pendekatan kita yang sebenarnya lebih untuk kesejahteraan dan keredhaan Allah SWT...Amin...hidup kita di dunia ini sementara,,Akhirat buat selamanya...AllahuAkbar...

coretan hari-hariku...

waslam..

Siapa Tahu...



Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Raden Nadhirah
buat perkongsian bersama dalam

coretan hari-hariku...

Thursday, November 4, 2010

Kaks Tamat



Salam..
Alhamdulillah,,akhirnya tamat kursus asas keusahawanan yang aku jalani,,walaupun bosan dgr ceramah namun kadangkala semangat timbul melihat org yang berjaya dlam perniagaan.. aku suka mendgr kisah hidup mereka jalani sebelum berjaya,,tiada siapa yang akan ubah kita kecuali diri kita sendiri..seronok jugak bile didedahkan dengan praktikal, macam apprentice plak bile diarah menjual makanan ringan dengan keuntungn tertinggi di kawasan bandar..dlam takut mendekati org,tp biler berjaya menarik pelanggan,perasaan sukar ditafsirkan..baru aku faham bukan senang nk menjual sesuatu..
byk benda kita kne ada sebelum nk buka sesuatu perniagaan,paling penting ialah akaun,pasaran dan networking..bagaimana kita nk predict perniagaan kita mampu hidup dan maju..tiap aspek perlu dititikberatkan..cetek lagi ilmu rasenye..berkata xsemudah perbuatan yang dilakukan...bila berkerja dalam pasukan,,semangat kerjasama sgt pentg n kita perlukan seorg ketua yg berdedikasi dan betul dlm membuat keputusan..erm..cukup lah tok arini...sekarang bersedia tok hadapi final yang bakal tiba..moga dipermudahkan olehNya...usaha tangga kejayaan...

coretan hari-hariku..

waslam.

Wednesday, November 3, 2010

Rahsia Tuhan....



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, maka Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


coretan hari-hariku...

Monday, November 1, 2010

Pesananku yg Kerdil....

salam..

jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

coretan hari-hariku...
waslam...

Sunday, October 31, 2010

KAKS !!

salam..

Alhamdulillah,,masuk hari kedua aku dalam kursus asas keusahawanan(KAKS) kump.19...mula2 nmpk bored,,tp biler dgr kejyaan bisness org len,,wahhh..tercbar rasenye,,9pintu rezeki adalah dr perniagaan..rugi aku xamek peluang nih,,InsyaAllah,,skang aku da bentuk satu pasukan ushwan muda,,mula2 berempat,,skang berlima,,xkesahla asalkan semo dpt bg komitmen terbek,,huaahuaa,,semangat xleh luntur,,,Sok kami akan search pasaran,,byk ilmu usahwan kiter kena tau rupanye,,bukan men redah jek,,satu lg pengorbanan masa dan tenaga,,,usaha tangga kejayaan,,chaiok2!!!ganbate kudasai...

coretan hari-hariku..
waslam..:)

Thursday, October 28, 2010

Keistimewaan Wanita..



Salam..

lama jugak xmembaca buku ilmu,,tertarik pulak biler terbaca tentang 50 keistimewaan wanita ...jadik aku nk kongsi diantara 10 keistimewaan wanita buat hari nie...:)

1. Doa wanita lebih makbul drp lelaki krana lebih penyayang dari lelaki.Sabda Rasulullah: "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia." (tbe2 terengatkan ibu tercinta..luv u mum..)
2. Wanita solehah lebih baik drp 1000 org lelaki yg tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org wali.
4. seorang wanita solehah lebih baik drp 70 lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama org yg sentiasa menangis takutkan Allah SWT dan org yg takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yg membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.hendaklah mendahulukan anak perempuannya drp anak lelakinya.Maka yg nenyukakan ank perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
(my father is the wonderful man that i luv n salute,his my heroes..:])
7.Haidh seorg wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah(Segala puji bagi Allah dalam segala dosa)",maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 org syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.(khilafnya aku selama ini, merasekan haidh tue bebanan sedangkan ia keistimewaan yang Allah beri khas buat wanita,syukur..)
8.Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga"(tempatkan syurga terindah buat ibuku Ya Allah,sesungguhnya dialah wanita yang amat kukasihi..)
9.Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisyah r.a: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka ,maka mereka akan menjadi penghalang baginya drp api neraka"


" Betapa bertuahnya menjadi wanita.Bersyukur aku sebagai Wanita"

coretan hari-hariku....
waslam...:)

Sunday, October 24, 2010

Isi Hatiku....



salam...
lama sudah aku tak coretkan hari-hariku di blog,,, erm...ujian Allah ada dimana sahaja,, kini hatiku diuji,,bukan mudah menjaga ati seseorang,bukan mudah menetapkan pendirian,,bukan mudah menguatkan semangat,,hanya padaNya Ya Rabb mampu membantuku,,,aku pon kadang tidak setia padaNya,,Ya Allah,,kau mengingatiku,,kau engatkan ku agar jgn mencintai manusia lebih dari mencintaiMu,,aku terkadang silap langkah,,,atiku sedih kerana khilaf dengan segala nikmatmu,,aku pincang mentaatimu,,aku xlayak masuk syurgaMu,,namun tidak pula aku sanggup masuk ke NerakaMu Ya Allah,,kau pimpinkanlah aku,,jauhiku dari hasutan Iblis yang sentiasa mahu menyesatkan kaum Adam Ya Allah,,Tiada Tempat aku memohon kasih dan perlindungan,,hanyalah PadaMu,,kau lindungilah IbuBapa Ku,,kau kasihanilah mereka spt mana mereka menyanyangiku sejak kecil,,kau bantulah sahabat2ku menempuh kehidupan dunia,,berilah mereka kejayaan dunia dan akhirat,,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan meminta pertolongan..Amin...

Saturday, September 25, 2010

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?



KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah- daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

Sunday, September 5, 2010

Yang Dicari....



Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat
Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri
Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati
Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar2 sejati
Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda2 lagi

petikan :ayu zamani..
p/s:ini lah yang kucari selama ini...mampukah aku...wallahualam...

Thursday, September 2, 2010

Pahala


Salam...
Alhamdulillah..akhirnya aku bercuti selama 2minggu sempena aidilfitri...seminggu sebelum berhari raya pasti sibok..mak da merancang tok buat pelbagai kueh raya..bersedia la nampaknya..tadi aku dapat satu benda baru dari emak..emak bertanya..benda ape yang kita pandang akan memberi pahala..aku terdiam..lalu jawab emak..Pertama..pandanglah ibumu..aku terus memandang mak tanpa jemu..pahala..hehe~lepas tue emak sambung lagi..kedua..pandanglah kaabah..mungkin kita xmampu kesana,,kita pndang kat kaca tv pon kire pahala bilamane kite memandangnye..semakin tertarik aku mendengar crite emak,,yang ketiga..Al-Quran..kita xmembacanya namun pandang je dah memberi pahala..kata mak..sonok dengar mak crite,,tercuit atiku nak mencoretkan dlm blog..biar aku engat...sungguh..aku amat bersyukur memiliki seorang ibu sehebat emak...sangat sabar dan tidak pernah menunjukkan kemurungan diwajahnye..luv u mum so strong....muahhh~


waslam....

Thursday, August 19, 2010

hidup mesti diteruskan



Bismillah...
Alhamdulillah..Sudah masuk hari kesepuluh ramadhan..sekejap mase berlalu,,sayang klo xmemanfaatkan bulan yang penuh barakah nie...sepanjang ramadhan ini,aku sgt2 sibuk menguruskan peniagaan untuk melunaskan tanggungjawab subjek keusahawanan aku ini,setakat nie peniagaan agak memberangsangkan ,alhamdullillah,rezeki dari tuhan..ramadhan kali ini pon,selera xla besar sgt,berbuka dengan kuih muih dan sebiji kurma pon da kenyang,,mungin sejak makin berusia nie,nafsu dan kehendak semakin dilupakan,,n xsempat nak kejar mase g kelas n test yang berturut2..pemikiran semakin matang,rase lapar pon kurang dirasai..rindu..erm rindu yang xpenah pudar pada keluarga terutama ibu dan ayah..dekat xsemestinya dapt bersama,,insyaAllah seminggu sebelum raya cuti da start..sgt2 gumbira..dapt bersahur,berpose n berbuka bersama family,bertarawih...sgt2 rindu..eh..xbleh citer pasal family,,asyik pki nk blek jerk t..k la..sekian buat kali ini,,lakukan ibadah dengan tenang dan istiqamah,,beradanya ku di sini menuntut ilmu untuk kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat..salam ramadhan buat semua..waslam....(^_')..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



salam..
lama dah xmenulis blog rasenye..rindunya pd blog nih..same rindu pada kg halaman..macam dah lame xblik..masih bernyawa aku nie menyambut ramadhan esok hari..insyaallah..syukur padamu ya Allah..tp hati resah memikirkan ayah yg masih lg tidak sihat..semakin berpanjangan..riso sgt2...aku bermohon padamu yaAllah..kau ringankan lah kesakitan yg ayahku alami,, sanggup aku memikulnya dari melihatnya menangung kesakitan seorg diri,, sembuhkan la penyakit yg dialaminya..kau tenangkan lah atinya,jiwanya..kau berilah kekuatan dan semangat buatnya..dialah ayahku,yg membesarkan aku, yang memeliharaku menjadi seorang anak yang patuh pada suruhanmu ya Allah..kau jauhilah ia dari sebarang kesulitan ya Allah..sesungguhnya aku tidak sanggup melihatnya terbeban ya Allah..andai kau ingin memberinya ujian,,berilah padaku..biar aku menanggungnya ya Allah..sesungguhnya tiada tempat aku memohon ampunan dan hidayah kecuali padamu Ya Allah..terimalah taubatku,,kau bantuilah aku..dengarlah ratapan hambamu ini..aku masih ingin berbakti pada kedua orang tuaku ya Allah..merekalah tempatku berlindung dan memohon kasih sayang selepas mu ya Allah..Sesungguhnya kau maha mendengar lagi maha mengasihani..amin...

Monday, July 26, 2010

Diriku Hanya Untukmu...



Salam...
herm...xtau nak crite ape pon sebenarnye..cume aku rase macam kekurangan sesuatu...hidupku rase suram..seakan tidak terisi apa2...rase sunyi..mood seorang wanita nie mmg berubah2 ker..aku sendiri xpaham ngan diri aku sendiri..kadang2 rase gumbira,kadang2 sedih..jiwa bercelaru..niat bertingkah..hati terdusta oleh diriku sendiri..aku seakan inginkan sesuatu,namun xberdaya untuk diluah..hati bagaikan diamuk resah..ketenangan dicapai bila diriku dekat padamu Ya Allah..ko bantulah aku,beriku petunjuk,apakah sebenarnya yang berlaku dibenak atiku ini ya Allah..ape yang kuharapkan,,apakah yang masih ku angankan..andai bukan kini ku capai,,kau berilah aku kekuatan untuk bersabar,,kekuatan untuk ku berusaha,kekuatan untukku berserah..dan segala perkara yang membawa ketenangan jiwaku ini ya Allah..berilah aku kesempatan dalam menggapai nikmat yang kau curahkan ya Allah...sesungguhnya aku hambamu yang alpa dari nikmat dunia,,jgn kau tarik nikmat syurga ku nanti ya Allah..aku lemah..lemah tanpa hidayahmu,,jangan kau lupakan aku,,sentiasalah disisiku,,perhatikanku,,ingatiku,,ujilah diriku dengan sedayaku..hidupkan kembali keceriaan diriku..sempena syaban yang mulia ini...ko jagalah penglihatan ku sekian tahun ini..pupukkanlah aku dengan kesabaran berpanjangan..aku tahu hanya kau tempat ku mengadu dan berteduh...amin...waslam...

Friday, July 16, 2010

kehendak @ keperluan...



salam..
Pening memikirkan ...kehendak atau keperluan...aku teringin sangat pada kamera DSLR idaman...dlm pada masa yg same duit nk digunakan tok keperluan laen..ahh...aku keliru...geram melihat rakan dapat snap gmbo menarik dgn SLR..anganku sejak dlu lg..DSLR idaman..namun aku masih belom mampu..klo aku beli..sem nie aku makan batu ngan pasir jela..huahuahuaaa~ herm..nmpaknye kne la bersabo..xpe..insyaAllah dimana ade kemahuan di situ ade jalan...yakin boleh..aku pasti akan mendapatkannye...dengan usaha kita akan berjaya..semangat!!!!:]

Sunday, July 11, 2010

Semestar Bermula...

salam..
esok pg bermulalah semestar baru untuk tahun kedua aku di uthm...berat ati nak balik..bapak jatuh sakit..mase aku 2mggu MHS rupenye 2kali bapak demam..aku balik rumah baru crite,,mase kat u,,mak xcrite pon...sedihnye..aku baru balik semalam bapak nmpak sihat jek..bila nk lek esok..demam die dtg balik..ajak g klinik xmahu..masa urut kepala bapak arini..rasa sayu pulak ati nih..bapak nmpak krus sekarang..mmg bapak kurus orgnye tp semakin krus..mase aku sibok MHS mak ckap bapak xmakn 3 ari..semo dimuntahkan..bdn lemah sgt..depan mereka aku nmpak keras ati..aku pesan kat bapak jgn la mkn ubat2 farmasi,,klo xsihat g klinik..ubat klinik da abes soh g lg abah xnak jugak..aduh..degil same mcm aku nih...aku sayangkan bapak..xseronok xdpt gado ngan bapak..senyap jek..sebab kurang sihat....ikutkan ati nak je aku ulang alik umah..tp mak xbg plak...hermm...esok aku kne semangat nak tempoh semester baru..demi bapak tercinta..anak bapak akan buktikan pengorbanan bapak xkan sia2...farah akan buat bapak bangga ..go!go! Fighting!!! mak n bapak jage diri leklok..luv u very strong..muahhh~
waslam...

Monday, July 5, 2010

Pembantu MHS

salam..
27Jun-10julai..kampus induk UTHM
selama 2mggu di kampus mengikuti program MHS2010...jdk pmbntu tugas2 khas dlm unit publisiti..mgkin xseberat bhgian yg lain macam teknikal n penyelarasan program..pnt gak berdiri lame jge dewan...dkat 2 ribu lebih pelajar masuk sem nie...pelbagai ragam n rupa..ade yg da berusia n sebaya adik pon ade...tgk keletihan diowang serupa mase aku MHS tahun lepas..nk tgur sgt pon kesian jugak sebab ak pon penah alaminya..huaa..tapi mmg itulah cabaran dlm MHS..nk taknak kena trima..tujuan hanya untuk menanamkan semangat cintakan uthm dan negara,,biar kita lebih berdisplin n mengenali bagaimana uthm ni,,tp mhs nie xla seteruk mase aku di PoliPD dulu,,rasenye itu lagi truk dri dak baru di uthm..semggu nie harap diowang byk sabar n anggap ini satu pengalaman yg menyeronokkan..pasti penat tue berkurangan..semangat!! abes jerk MHS aku pon da mula la nek tahun 3 di uthm...maknenye lg dua thun kat cini..nmpak lama tp sekejap jerk klo kita da mula blajo..eh..terlupa satu plak..3julai aku baru dapat ank buah lelaki yg comel.yg sedihnya aku masih xdapat nk jenguk atas tugas yg masih lg dlm tggjwab nih..xpe la..cuti 2ari sebelum nek sem insyaAllah aku berpeluang tgk baby..ape gaknye nama yg abg andan nk bg an...1st time abg dpt baby boy..slalu gurl..pasni msti kne buli ngan kakak2nye..hehe~k tu jelah coretan hari nie..daaa~ waslam

Friday, June 25, 2010

kelahiran

salam..
25jun-26jun-27julai..
unik tarikh ini,,kenapa saya berkate begitu..25jun-kelahiran abg no4 mahmudin, 26jun-kelahiran abg no3 farid, 27julai-kelahiran kaklong masodiah... mereka lahir pada bulan jun n julai tarikhnya bersusun plak..hehe..mak msti perasan..aku baru je pasan...klo tgk pesonaliti ketiga3nya mmg xjauh,,bersemangat,cool jerk.. klo kompul kelahiran semo adk beradik,,abg andan n adol lahir pada bulan 10..sowang 1hb n 10hb...diha plak 18 nov,,anis 27mac..poji 15april...my mum 06mac..mydad 15feb same bulan ngan aku,,patot prangai dekat2 ngan bpak..dogil..haha~like father like daugther...hehe~

HIDRAS



Salam..
22-24jun 2010-library UTHM
selama 3 hari berkg di U..urusetia progam HIDRAS(persidangan hidrologi & alam sekitar)..
bertungkus lumus membantu,,bukan kijer protokol shaja kne buat..angkat2 n menyusun pentas n tempat jamuan..1st dpat masuk tingkat5 library Uthm..kwasan larangan pelajar coz bkal tmpat NC dan pntdbiran..tp disebabkan kne uruskan tmpat mkn VIP ngan Press conference VVIP..dpt la msuk...mase mngemas balik barang2 plg pnt,,coz nk susun masuk dlm lori...seb bek ade ajk lelaki,,klo x mmg pengsan diwatnye..tp pngalaman yg seronok..tgk student PHD bentangkan projek mereka kpd pengarah2 JPS slurh ngeri,,,klo berminat,,thesis diowang akn dipilih..smart semua berbaju korporat...klako tgk PR sntiasa ikut kmane jek bos die pegi..kelam kbut pon ade..aku pon xdpt beza mne dato' mane datin,,semo aku blun Tuan n Puan..aku sndri sesat dlm library bru..biler ditnye tempt pelik..konfius gak nk guide..huhu..sabo jela..tp library bru nie ckup luas..mmg sronok blajo nih..mgkin lpas nie,,library akan jd umah kdua aku biler nek sem pasnie..insyaAllah..Ya Allah,tingkatkan semangat hambamu ini..moga ilmu ditimba bermanfaat untuk kehidupan dunia juga akhirat kelak..pada dirimu aku berserah dan memohon petunjuk..amin...

Monday, June 21, 2010

SAKIT PENAWAR DOSA..



Salam..
21hb jun 2010... klinik putra..9.00pm
ramai pesakit hari ni,,plg byk bayi..kecik2 lg..comel jek..tersentuh tgk keprihatinan ibubapa melayan anknye..muka xckup tdo parentnye..msti xtdo mlm mereka nie,,hehe,tgh ramai patient,,terselit jugak aku sbg pesakit arini,,kerdil je rase,,lebih rami memerlukan rawatn doktr berbndg aku rsenye..tp mak da berleter 24jam suh g klinik,,terpaksa la mengalah...tp klo biarkan pon biler plak nk bek..ekut jela kate mak,,,sampai mak pon ikut skali g klinik,,engat anknye nk cbot lari ker..hehe.. sampi gliran aku..slalo mak ekut msok..kali nie xnk ekut plak..hai sorang la aku masuk jumpe dktor rini..
eh..dktor lelaki plak arini..segan plak nk citer skit yg remeh nie..huhu..sebenarnye,,tgn saye nie asik mengelupas jerk dktor,,tumbuh mcm bintik air kat tgn,,da bek seket dtg balik..biler sye nk kupas bwg,,bsuh pnggan mmg xthan kepedihan dktor..cmne nk pulihkan dktor,,rmas sye dktor tgk tgn sye mcm nie..doktor tue tnye lg..klo bsuh kain awak alah x ngan air sabun..mcam tau plak dktor nie..eh nme pon dktor an..hehe.. dktor tue sengih..saye rase awak kne pencen jdk tukang msk or bsuh pinggan..coz pnyakit nie xkan ilang sampai biler..klo da bek die akan dtg balik..wat kijer lain mcam berkmas ker,,klo msk pon org len sedia awk tggal mask jerk..mungkin ade hikmah tuhan tarik satu kelemahan awak nie..
eh..hikmah ape maksud dktor nie,,yela..eh awk da khwin..ak jwb belom,,trus dktor tue senyum..mane tau pasni awak dpat suami chef ker,,hah..dah xpayah masak..itu la hkmahnye..rase nk gelak jerk dgr lwk dktor nie..abes tue tukang bsuh kaen,,cari suami pembntu umah plak ker...aduh..xmyelesai mslah,.,ak tnye lg..lpas mkn ubt dktor nie klo sye da pulih bleh la sye wat kijer cam besa kan dktor? mgkin 1 or 2 minggu ker doktr??..dktor gelak..aik..mane bleh 1 or 2 mggu..awk kne berpntg 3 or 4 bulan,, xpyh wat trus lg bagus..baru elok semula,,byk cntik dktor nie,,engat aku puteri raja,,dok berlenggang 24jam..xmunasbah..lpas dktor tnye ade prtnyaan lg.. aku pon angkat kaki..byk plak obat die bg..siap pesan awak kne mkn vitamin sntiasaa..dlm ati,,ape kaitan vtamin ni ngan pnyakit aku..iye la dktor..patik mengikut arahan...

Wednesday, June 16, 2010

Ya Allah..mampukah aku..?



"wanita solehah perhiasan dunia"
mampukah kita merealisasikannya
bukan senang seperti yang dikata
bersamalah usaha peroleh redhaNya
kita di sini tak lama mana
beramal soleh sebelum ke sana ...

Mampukah aku menjadi seperti Siti
Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan
Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan
fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti
Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah
Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa
berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu
syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Tuesday, June 15, 2010

everything in my memory




salam...

lame gak aku xbercerita..terniat plak aku meluahkan sesuatu..kira2 tggal 2mggu aku akan naek semester baru..dah setahun aku smbong blajar kat UTHM ..tp klo campur Insep masuk 2thun la..erm..xkesah la tue..cume aku sayu dengar abah cakap kat aku td..."lepas farah ngan poji nek semester, tggallah bapak bertiga kat umah...dulu riuh anak sembilan org..skang tggal adik ko jek..umah macam baru lepas kne lggar garuda...senyap jerk...klo adk ke sekolah..berdua jela kami" mak pon senyum jerk dgr mnyokong kate abah...aduh..haru la camnie..nseb bek la ak blajo xjauh..bleh la tiap mggu blek..tp klo byk kije..serba slh jdknye..member slalo ckp aku asik lek umah..tp cube bygkn klo abah da tepon ckap..ko xbalek ker..ade kijer ker..klo xde kijer balek la..sok sbtu bleh bwk mak ko ke pasar..aduh..memang itulah ayt plg meruntun ati..klo ak xbalek..t mak citer die xkmane2..xde sape yg bwk..sebelah sini ckp ak lebeykan famly,seblah len ckap ak lebeykan kwn...mmg sesuatu yg sukar aku nk kontrol..tp mmg mak lah org plg memahami..semo cite leh kongsi ngan mak,,syg mak,,bapak jugak..tp jhat ker aku nih,,ak la org yg slalo melawan ckp die,,bukan niat pon cume nk kasi 'hapenning sesuana'..abah ade ckp td..jgn kite sebut ahh' pon kat makbpak...kire dosa tue..hah..Farah yg slalo membantah jek ckp..aku ketawa...aku blas jugak..tp farah xckp ahh' pak..cume lawan bahas jerk..yg pntg bpak xkecik ati an..haha~berjaye gak wat abah tersenyum...aku tmbah lg..sebab farah je slalo bpak cari klo apa2 hal..nmpak la byk ksilapan ank bpak yg sowg nie..hehe~aku ade terfikir mcmne aku nanti da berkerjaya..dpt ker slalo aku jenguk diowg..makbpak bkan harapkan harta dr ank diowg,cume perhatian n kasih sayang...Ya Allah..Aku Harap Padamu..kekalkanlah kasih sayang ,kerinduan,kecintaanku buat ibubapaku...berilah mereka kesenangan,kelapangan hati,ketenangan jiwa,,kabulkanlah impian mereka..berilah aku kekuatan untuk mencpai hasrat mereka..jangan kau biarkan aku leka dgn hsutan iblis..berilah aku yg jdoh yg mampu membimbingku,menghormati orgtuanya ,mentaati perintahmu dan mencintaiku spt dia mencintaimu ya Allah..walupon aku tidak tahu siapa jodohku,,harapanku ya Allah pertemukanlah yg sebaeknya bagiku dalam mencri redhamu...aku tidak menharapkan yg sempurna,ckuplah sekadar dapat menenangkan jiwa dan hatiku..Amin....'_'

Wassalam..

Monday, June 7, 2010

GiVe & Hope..



I asked for strength...
and Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom..
and Allah gave me problem to solve.

I asked for courage...
and Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for love..
and Allah gave me troubled people to help.

I asked for favors..
and Allah gave me opportunities.

"Maybe I Received Nothing I Wanted...
But I Received Everything I Needed"....


Thursday, May 27, 2010

Riwayat Bidadari Syurga


Salam..

27hb mei 2010- 9malam-bp mall-popular bookstore-
berjaya jugak aku memiliki naskah yg aku idamkan selama ini-riwayat bidadari syurga- kisah bidadari syurga yang digarab menarik untuk dibaca..aku xlepaskan peluang tok memilikinya..memang berbaloi..banyak lg kesah aku belum ketahui rupanya...bijak pengarang mengatur bicara hingga aku tertarik ke atas semua bidadari syurga terpilih ini...tiap bidadari syurga memiliki akhlak dan keperibadian tersendiri..pengorbanan tiada tolok bandingannya... andai kini wanita berkata sukarnya menjadi wanita,, bagiku lagi tinggi ujian yang dialami wanita terdahulu..kesusahan kita alami sekarang datang dari diri kita sendiri...keteguhan kita mempercayai Allah sungguh ampuh...nilai maruah kita begitu murah sedangkan maruah itulah yang memartabatkan diri kita si sisi Allah..sesungguhnya tidak sukar untuk kita menuju syurga dan mudahnya kita menuju neraka,,pilihan atas diri sendiri...aku pohon padamu ya Allah..tingkatkan lah keazamanku,,keteguhan imanku,,kekuatan hatiku dalam menempuh dugaan mencabar di bumi ini ya Allah,,sesungguhnya aku hambamu yang lemah,,berikan ku petunjukmu ya Allah,,kiranya aku memiliki pembimbing,,berilah aku pembimbing yang menenangkan hatiku,,yang membuatkan aku taat dalam mencapai redhamu..hanya kau maha mengetahui lagi maha berkehendak..amin........

Wednesday, May 26, 2010

Rumah Allah

salam...

26 hb mei 2010...jam 7.15 ptg.. aku solat maghrib di masjid shah alam...pertama kali aku ke masjid ini..sungguh aku terpegun akan senibina masjid ini,,tp aku lg terpegun dengan ketenangan yang aku alami di situ,,rasa xnak keluar dr rumah ALLAH ini,,aman dan mendamaikan,,dengan alunan azan dan surah yang dibace imam sangat menyentuh hatiku,,,indahnya rasa kiranya aku memahami tiap bait2 bacaan yang dibaca imam,,,mendengarnya aku tertawan namun kiranya aku memahaminya pasti aku menangis akan keagungan tuhan pencipta seluruh alam.. Indahnya rumah ALLAH ini bagaikan syurga,namun terdetik di benakku,,bukankah syurga itu lebih indah hingga xterjangkau di pemikiran kita akan keindahannya,,Ya Allah..sesungguhnya aku xlayak ke syurga Mu,,namun tidak pula aku sanggup ke neraka Mu....ampunkanlah dosa2 ku,,kurniakanlah daku ketenangan dan kesyukuran yang berpanjangan...Amin....