Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Wednesday, December 8, 2010
Pergi Seorang Insan Bergelar Ayah
salam..
01 Disember 2010..4.55 petang..perginya seorang insan bergelar ayah..pergi menghadap ilahi..meninggalkan isteri dan 9orang anak yang dikasihi...aku ketika itu di dalam dewan peperiksaan menghadapi kertas analisis struktur..gegaran hp yang disilentkan membuatkan aku nekad untuk menjawab panggilan selepas meminta izin dari pengawas peperiksaan,,panggilan dari adik yg menyatakan pemergian ayah ke rahmatullah kuterima dengan redha dgn lafaz innalillahiwainnailaihirajiun...namun juraian airmata xdapatku tahankan..perginya ayah tercinta,yang mengasuhku dari kecil,mendidikku,melindungiku,menjaga kebajikanku.. Ya Allah, dia telah menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya..maka kau berilah balasan apa yang telah engkau janjikan...dan juga barangsiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga..dengan itu ya Allah tempatkanlah syurga buat ayahanda ku..kerana tiada cacat cela sepanjang hidupnya menjagaku,membawa makanan buat keluarganya,mendahulukan anak perempuannya..namun ketegasan dalam agama juga dipegangnya,ku pohon ya Allah,,jangan kau seksanya,,kau peliharalah ia seperti mana ia memeliharaku dengan kasih sayang sejak kecil,,aku redha pemergiannya menghadapmu terdahulu dariku,,andai itu suratan yang telah kau tetapkan,,moga aku masih diberi kesempatan berbakti pada ibuku,,kau berilah keizinan untukku menyanyanginya,,menbahagiakannya,,memenuhi keinginannya,,dan kau berilah aku kekuatan dan semangat dalam menempuh dunia yang mencabar ini ya Allah ,,moga aku tidak lalai dan melupakan segala nikmat mahupun musibah yang kau berikan ke atasku,,Akhir kata dariku... Ya Allah..Ampunilah dosa Arwah Ayahandaku,Mahfodz bin Hj Nawi..dan kau berilah syurga yang terbaik buatnya,,InsyaAllah..amin..
waslam..
coretan hari-hariku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum.
ReplyDeletetakziah dr saya. moge arwah ayah awk dicucuri rahmat. amin
waslam...
ReplyDeleteterima kasih..InsyaAllah..amin..(",)