Friday, December 19, 2014

27 OKTOBER 2014


Tarikh yang memberi sebuah rasa kesyukuran atas pencipta Agung  Allah s.w.t.
Satu lagi episod baru dalam hidupku. kini bergelar seorang ibu . Cahaya mata yang amat comel di mata ku. Sempurna dan cukup sifat.syukur Alhamdulillah.

Sebelum itu.. ada detik indah ingin ku kongsikan sebelum lahirnya cahaya mataku ke dunia ini. sebelom aku lupa. biarlah blog ini menjadi ingatan dan pedoman buat semua.

25 Oktober 2014
- sehari sebelum itu, aku dah ke hospital atas alasan kiraan putaran bayi tidak melebihi sepuluh.
waktu itu, due date dah lebih 3 ari. suamiku tidak sabar dah menunggu kelahiran cahaya mata pertama kami. setelah di check. masih belom ada bukaan namun doktor syorkan aku melhirkan secara paksa iaitu induce kerana sudah lebih tempoh matang. Aku setuju masuk wad sabtu , doktor bagi rehat sehari sebelum di induce hari keesokannya. hari itu, sepanjang hariku biasa sahaja, contraction tak berlaku.Aku sempat keluar mlm tgk bola..huhu.kaki bola sepak.Suamiku menemani petang dan mlm nya hanya menghantar makanan sebentar.

26 Oktober 2014
- Nurse pesan mandi awal pagi. Jam 5.30 aku sudah bangun untuk mandi. usai solat masih menunggu doktor datang melakukan induce. usai sarapan jam 8 pagi baru doktor memasukkan induce. Suami baru tiba bawak sarapan tp aku masih kekenyangan.. pada mulanya kesan induce tidak ku alami. sempat mengajak suami keluar berjalan amek angin. Guard di luar wad pulak pesan aku pusing dalam wad sahaja sebab aku telah mengambil induce. bila2 sahaja sakit kontraksi akan berlaku. jam menginjak 1 tengahari.. benarlah.. kontraksi mula berlaku. kejap2 aku rasa tak selesa pada perutku..rasa mengeras tiba2.
-waktu itu suamiku berada disampingku tampa jemu. engat lagi bagaimana dia setia memegang tgnku apabila aku meneran akibat kontraksi.
kesan induce membuatku kejap2 rase mengeras dalam perut. nak ke toilet pon dah payah.
jam 2 petang, baru 2 cm bukaan.
nurse bertanyakan samada aku mahukan ubat tahan sakit. aku menolaknya, sangkaku ia akan melambatkan lagi proses bersalin. namun, waktu menginjak magrib.. kesakitan bertambah. nurse memberi nasihat andai aku mengambil ubat tahan sakit, ia melancarkan lahir proses bersalin, aku pon bersetuju mengambil ubat tahan sakit, jam 9 malam baru doktor memberi ubat tahan sakit padaku, setiap jam nurse mengukur gerak jantung bayi. suamiku setia disampingku, 3 kali suamiku membaca yasin buatku untuk mengurangkan  rasa kesakitan yang ku alami. tgh malam jam 12.. aku memanggil suamiku kerana kurasakan air ketuban sudah pecah. Doktor periksa bukaan sudah 4cm lalu aku dimasukkan ke wad bersalin.

27 OKTOBER 2014
- sekali lagi kesetiaan suamiku meruntun hari ku,dalam rupanya yang sgt ngantuk tp setia disisiku,,keluar sebentar hanya untuk menunaikan solat. mkn pon sempat, mujur sarapan yang dibawa untukku dijadikan alas perut suamiku mlm tadi. dalam bilik bersalin aku seakan mamai, kjap2 tertidor, mungkin kesan ubat tidur, namun kontraksi berlaku selang seminit rasaku, kedengaran jiran sebelah berjaya bersalin. suamiku memberi kata semangat. sekejap2 aku meneran, namun masih gagal. perasaan ketika itu, aku sembelit yang teramat sangat. kejap2 nurse memberiku air kosong. tak semena aku muntah hijau dan itam..habis bajuku dan suamiku. nurse sempat menukarkan yang baru, jam menginjak ke 6 pagi, sebelom suamiku keluar untuk menukar pakaian dan solat, akusempat pesan padanya, andai doktor mahu memasukkan induce kedua, aku tidak mahu dan rela dibedah sahaja. sebab aku merasakn tulang belakangku tidak mampu menahannya. Namun dengan rezeki dan doa semua, Allah permudahkan, jam 8 pagi aku merasa sangat kuat untuk melahirkan. nurse dan doktor melihat bukaan aku sudah 7cm dah sedia untuk melahirkan, dalam kelam kabut nurse telefon suamiku yang ketika itu baru nak tidur di dalam surau kerana keletihan, segera dia ke wad bersalin dan memberi kata semangat padaku. Suamiku sudah melihat kepala anak, semakin kuat dia menggenggam jariku,, bersama doktor, nurse dan suamiku beri kata semangat agar aku push secara konsisten. dengan sekuat hati aku menahan nafas dan Alhamdulillah. tepat jam 8.10 pagi dengan beratnya 3.10kg, Lahirnya serikandiku ke dunia, dan lafaz alhamdulillah ayat pertamaku menyambut kelahirannya bersama tangisanku dan suamiku seiring melihat bayi comelku menangis di dunia ini, nurse meletakkan bayiku di atas dadaku membuatku merasakan tiada kesakitan yang ku alami sebelum ini setelah melihatnya didunia bersamaku menempuh liku hidup.
wajah kegembiraan dan rasa syukur suamiku masih terbayang diengatanku, lafaz azan yang sayup dengan tangisan kegembiraan aku dapat rasakan. Masuk hari ke tujuh, anakku diakikahkan ayahnya dan diberi nama "Ain Ashuha" yang membawa maksud 'mata pembuka al-quran'

Alhamdulillah.. kini sudah masuk hari ke 54. semakin sihat dan bolat ain ashuha dan ragam yang mencuit hati, terima kasih ya Allah atas pemberian rezekimu ini, semoga menjadi anak yang solehah dan berbudi pekerti. Dan kau berilah ketenangan dalam hidupnya dan berbakti buat keluarga, agama dan bangsa , InsyaAllah. Amin....

Monday, July 15, 2013

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN...!



Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Nota Admin : "Kita akan tahu betapa berharganya sesuatu itu apabila kita kehilangannya". Hargailah insan disekeliling kita selagi mereka masih bernafas.


# menitis air mata ...mmg memilukan.. didiklah anak dgn kasih sayang...lebih indah dan diingati..(^_^)/

coretan hari-hariku..

Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah



29 jun 2013..

sekali lafaz..aku bergelar isteri kepada Azizul Mazuan Azuddin... Alhamdulillah.. syukur ku panjatkan pada Allah swt. kini sudah lebih seminggu aku bergelar isteri..setelah pernikahan..aku mengambil cuti seminggu bermula 28 jun hingga 7 julai.. seminggu percutian bulan kami. kawasan berdekatan.. melaka dan perak..melaka hampir dgn rumahku..perak di tempat suamiku.. kami menginap di riverside hotel.. suamiku sangat teringin menaiki rivercruise pada waktu malam..aku ekutkan sedangkan dalam hati turut teruja kerana aku juga belom pernah menaikinya.. hari khamis menemani suami pulang ke lumut perak..peluang cuti yang masih ada..kami sambung percutian bulan madu kami ke pulau pangkor..kerana dekat dgn rumah suami..kami ke pangkor dengan bermotor sahaja. seronok juga sekali sekala membonceng banding dari memandu..huhu... penuh rasa syukur apabila solatku berimamkan suamiku,, kemudian kami bertadarus bersama.. sungguh indah nikmat berkeluarga. Namun atas sebab kerja,,aku pulang ke johor semula..sambung tugas.. baru 2 hari bekerja,,suami dah merinduiku.. mengharapkan aku sentiasa disampingnya..benarlah, letaknya seorang isteri di sisi suami.. InsyaAllah selepas raya aku akan berpindah ke sana. Moga sepanjang ramadhan ini. kami dapat bersabar dan terus menjalankan ibadah kepada Allah dgn istiqamah..Alhamdulillah Ya Allah.. kau memberiku kesempatan menjadi seorang isteri .. ku pohon diberi kemanisan iman, kesetiaan buat suami dan kepatuhan kepada agamamu,,moga Hambamu ini dilimpahi rezeki dan keredhaan dari Mu..amin

coretan hari-hariku..
9/7/2013 12.04pm

Monday, June 24, 2013

Walimah



Salam..

Benarlah Jodoh itu ketentuan Allah swt. tidak sampai sebulan perancangan..aku bakal bernikah dengan jodohku iaitu tunangku pada 29hb jun 2013..Tinggal 5hari dari coretan ku ini.. perasaanku... tenang.. hanya persiapan yg kurisaukan..andai tiba harinya...jika masih ada keperluan yg tidak mencukupi..sedar bahawa aku kelihatan kelam kabut dalam memutuskan pernikahan ini..namun apa yang aku boleh katakan..semua ini ketentuan Allah..jelasnya,pabila kita berbalik kepada Allah..Allah akan memberikan apa yang ada dihati kita. InsyaAllah selepas ini perjalanan hidup moga lebih diberkati atas RahmatMu Ya Allah.. Tunangku, pada 2hb jun 2013.. menelefonku pada jam 11 malam..setelah kami tidak berhubung hampir seminggu..masing2 menyepikan diri mendekatkan diri pada Allah swt. Dengan keyakinannya dia melamarku untuk menikahiku bulan ini juga..ia satu kejutan bagiku kerana kami merancang perkahwinan kami pada februari 2014. Dia menyatakan keinginan bernikah bagi menghalalkan perhubungan kami. Lalu aku ajukan permintaannya itu pada ibu. Ibu dengan mudahnya mempersetujui. Keesokan hari setelah ibu menemui pakcikku untuk penetapan tarikh..Akhirnya mereka mempersetujui pada 29hb JUN 2013 pernikahan kami..asalnya kami merancang pernikahan sederhana. namun hari demi hari..rezeki Allah yang tidak disangka..pernikahan kami diteruskan sekali dengan majlis walimahtus urus sekaligus...dari hanya sehelai baju nikah, ada pula baju persalinan ..berpelamin lagi..MasyaAllah..satu persatu.. setiap orang menghulurkan bantuan dari segi makanan dan cenderahati untuk tetamu.. tiada lafaz lain yang mampu kuucapkan selain Alhamdulillah.. paling aku bersyukur ke hadrat ilahi, pulihnya kesihatan abang Ngah yang merupakan tulang belakang keluargaku setelah pemergian Arwah Ayah.. Terima Kasih Ahmad Ramadan Mahfodz.. Adanya kamu, aku seakan masih memiliki ayahku kembali..Hampir semua persiapan diuruskannya.Tidak lupa kepada adik beradikku yang lain ,,turut membantuku... Ibu tercinta yang sentiasa menyokongku ,bukan sahaja dari segi kewangan,malah kudratnya yang tak pernah menunjukkan erti lelah..bersyukur tak terhingga dilahirkan dalam keluarga yang sederhana ini. yang sentiasa yakin pada rezeki Allah.. Moga dengan niat yang baik ini..Allah permudahkan perjalanan majlis ku ini ya Allah.. aku tidak minta kesempurnaan,,ku Pinta keberkatan dan keredhaanMu Ya Allah.. Aku hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini.. Kau berikan aku kesejahteraan dan kebahagian yang berpanjangan Ya Allah.. Tiada tempat lain yang boleh ku minta pertolongan selain dari Mu Ya Allah..Amin...

coretan hari-hariku(^_^)/
25/6/2013

Monday, June 3, 2013

kebahagiaan rumah tangga

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas asar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.

Senyum.

coretan hari- hariku..(^_^)/

Tuesday, May 21, 2013

Curi-Curi Cinta

Salam..

Novel..kegemaran aku,,,suka membaca... tak kira buku ape,,aku bedal jek.. lama rasanya aku tak terexcited bace novel ...dan novel curi2 cinta(siti rosmizah) dah buat aku tak tidur malam.. sebolehnya habiskan bacaan malam tue jugak..asalnya aku dah baca buku nih 2 hari..tapi kejap2.. malam tadi aku setting baca start kul 8 malam.. tu pon sebab tgh ABC(Allah bagi cuti)... so, tak pikir perlu solat,..aku terus baca dan baca ,,niat nak berhenti jap..tapi semakin baca semakin menarik,,ada perasaan geram, sedih dan kelakar.. betol2 novel nih bawak aku ke alam kisahnya.. dah lama rasanya aku tak menangis,,kali terakhir melihat pakcikku jatuh sakit(tergenang arwah ayah).... engatkan hati nih keras..tak sangka cair macam ais blended..bukan nangis biasa2..sampai selsema bagai..teresak2 aku..tp tahankan ,,kang dgr dek mak,,kang pelik lak..dah kenapa plak anak dara dia nangis meroyan plak an..huahua..tapi aku memang tabik spring kat siti rosmizah akan plot cerita dia yang berjaya menangkap tangkai hati aku untuk terus membaca dan sememangnya buku2 novel siti rosmizah kijenya mmg maenkan emosi pembaca..sentap kot..huahuahua..bagusnya novel sekarang walaupon banyak mengisahkan kearah cintan cintun,,banyak pengajaran yang diselitkan..realiti sebuah novel itu atas pengalaman seseorang yang kadang seakan klise dgn hidupnya..percaya atau tidak..memang ada cikit relevannya..apa yang aku melalut nih..nak elak ngantuk dipejabat arinih..aku luangkan masa mencoretkan kisah idup aku nih,,,Alhamdulillah buat adik2ku yang kulihat mula menempa kejayaan dalam hidup..adik bongsuku anis bakal ke Australia setelah lepas ujian dan sekarang amek persediaan di kolej mara seremban.. hati ini berangan satu hari nanti mampu untuk melawat dia..tak mustahil bukan..ada kemahuan pasti ada jalan... Poji,adik lelaki baru lepas ujian fizikal dan keputusan temudga masih blom diketahui..moga ada rezekinya,,diha plak dapat offer sambung belajar kat usm, tp pjj(program jarak jauh)..ok la,dpt lg offer gji lebih besar,,hikmah dia berniat tok smbung blaja,,tuhan bg rezki lebih..huhu ok la.. takat nih jela coretan aku hari nih..jap lagi nak melawat tapak dlam keadaan separuh sedar(mamai)#berjaga sampai 5 pagi..elok sangat la tuh.. mata kalah beruang panda n koala...muahaha... sampai bertemu kembali..
waslam...

coretan hari - hariku\(^_^)/
11.30am
22/5/2013

Monday, April 1, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri…

                                              

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

## Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan. 

coretan hari-hariku(^_^)/