Alhamdulillah...fuhh!!..selesai menjawab paper statistik kejuruteraan.. memang tak sabar aku nak pulang ke rumah...sejurus keluar dewan peperiksaan aku menelefon rumah..Hah!!ayah masuk wad..bagitahu adik..dengan segera aku ke hospital... unit rawatan rapi ayah ditempatkan..dari jauh ku lihat sekujur tubuh berbaju hijau berbaring di sudut katil dengan hidungnya memakai alat bantuan pernafasan...di sampingnya ada Kak long dan emak..
Assalamualaikum..salam ku sahut..sejurus aku menyalami ibu dan akak aku merapati ayah..ayah membuka matanya..segera ku salaminya dan duduk dibirai katil sambil tersenyum dalam hiba..alhamdulillah ayah masih boleh mencelikkan mata... "Bila sampai? dah habes periksa?" soal ayah.. "Baru jek,, baru habis paper statistik tadi ,pastu farah terus g sini,,,paper seterusnya hari rabu nih pak...camne leh jadi camni ? aritu sebelum farah balik bapak ok jek??... ayah menjawab" lepas kamu balik,bapak selalu sakit perut, dah seminggu bapak tak makan..takde selera..bapak tak tahan baru suruh Abang Andan kamu hantar pergi hospital"hmm...aku sedih mendengarnya..terengat semalam aku menelefon mak meminta restu ,mak menceritakan perihal ayah yang sakit dan makan sedikit malah enggan ke klinik menungguku pulang..hiba rasa hati..puas abangNgah pujuk dan akhirnya ayah hendak ke hospital itupun kerana sakit ayah terlalu perit dan tak tertahan.. bila aku putuskan untuk pulang menghantar ayah semalam,emak melarang dan menyuruhku menjawab peperiksaan dahulu barulah pulang..namun kini ayah sudah di hospital.. sudah lama ayah sakit namun inilah pertama kali ayah masuk hospital sepanjang hidupnya.. entah aku merasakan sesuatu yang kurang enak.. ketika menemani ayah sementara akak dan emak ke kantin..pelbagai benda ayah ceritakan padaku semasa ketiadaanku dirumah.. doktor memberitahu ayah mengalami luka dalam perut dan esok akan dilakukan pemeriksaan CT SCAN..aku pernah laluinya.. ayah menyuruhku mengurut kakinya...rutin yang selalu ku lakukan di rumah,,tetapi kini di hospital..entah kenapa aku rasa pilu sangat....rasa tulang temulang dikakinya..ayah terlalu kurus...kelihatannya betapa sukar dia bernafas...minggu lepas ayah sihat sahaja malah mampu menyelesaikan ibadah korban untuk 7buah rumah..bukan seekor tapi 7ekor ayah bertanggungjawab menyembelih lembu yang hendak dikorbankan..sehingga petang ayah baru pulang...langsung tidak menunjukkan kurang sihat..takdir Allah,,bukan kita yang tentukan..."bila balik U semula?"..tanya ayah.."tengok keadaan..kalau tak isnin mungkin selasa..tapi tengoklah bapak camne?"jawab ku..ayah bertanya lagi"ada duit tak?? kalau takde..nanti mintak kat adik..bapak suruh adik simpan dompet bapak..bapak bawak IC jek g sini.."aku terkedu mendengarnya,,saat ayah sakit,,masih lagi menjaga kebajikanku..luruh hati ini..aku hanya mampu tersenyum..ayah masih belum dibenarkan makan menunggu luka dalam perut hilang sementara itu sudah berpaket air dan darah berganti masuk...risau kumelihatnya...petang itu ku pulang ke rumah bergilir menjaga anak buah sementara adik dan abang pula melawat ayah..dalam menguruskan rumah,,dihati hanya mengingati ayah dan ingin disampingnya,,namun emak dan abang ayid hendak menjaga..ku beri peluang kerana abang ayid memang jarang pulang ke kampung bersama keluarga kerana ketika umurnya 16 tahun sudah berhijrah ke KL bersama makcikku dan hanya Aidilfitri kelihatan..namun sejak berkahwin abang kerap juga pulang ke kampung menjenguk..
bersambung....
coretan hari-hariku..
salam..akak, smoga ayah cepat smbuh ye :)
ReplyDeletebe strong..
waslam...
ReplyDeleteDayah boleh tgk kisah akak tahun 2010...mungkin dayah lebih faham..akak juz nak kongsi pengalaman akak tahun lepas..(^_^)