Tuesday, May 31, 2011

Fitrah..Cinta itu Anugerah..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..Ikatan yang halal memaniskan sebuah percintaan..InsyaAllah...

coretan hari-hariku..

Sunday, May 29, 2011

My Weekend Activity...

Benih kacang panjang...
Salam...

Pagi yang gelap kini sudah terang...hehe~ sabtu ahad,sepenuh masa untuk family...aku cuti mengajar sabtu ahad..kang bosan plak bebudak tgk aku hari-hari kan?..hehe~ so ,,seperti biasa ,setiap pagi sabtu memang rencana utama ke pasar minggu di pekan...adik xdapat join sebab ada aktiviti kat sekolah..haii..baru mula cuti sekolah pon adik dah g sekolah balik..sabo jela... so..petang tue aku bosan2 xda kerja..tibe2 tekak terasa nak makan karipap la plak..so..terus la buat karipap ..part paling best wat karipap masa kelim..sejak dah reti kelim sendiri memang selalu jek mengidam makan karipap...hehe,,lepas asar..teman mak pegi kebun..sejak mengajar petang memang da jarang g kebun waktu petang..ahha!!petang nie aku bersemangat ke kebun sebab ada benda aku nak buat..aku nak tanam pokok kacang panjang...pagi tadi di pasar aku dah beli biji benih..sebenarnya aku geram tengok pokok kacang assoo depan kampung aku..satu2nya orang cina yang duduk di kampung aku..dulu masa aku kecik dia bukak kedai..sekarang dah tak..mungkin sebab da tua kot..jaga cucu..huhu...eh..menyimpang..k..tiap kali lalu jek depan mah assoo..nampak pokok kacang die bukan maen cemerlang lagi tumbuh..pastu kacangnya toksah cakap..memang berduyun2...geram tengok..haaa..sebab tue aku nak tanam gak..huhuu.. mak cakap kat aku..boleh tahan ke..mah asso tepi jalan..memang senang nak jaga coz monyet takde..mah kita nih..kalau dah datang monyet2 tue..habis semo die balun..tgk jela pokok serai mak tanam..berapa kali kena cabut..aku sengih jek..takpa la..lom cuba tak tau..alah..kalau monyet tue makan kacang tue nanti..memang rezeki dia la..kita pon bukan nak makan banyak2 pon..hehe...akhirnya mak mengalah..so aku yang beria nak tanam..aku pon bersemangat dengan bawak cangkul mak g buat batas..haha...xsampai satu batas ciap..ntah camne..cangkul mak patah tiba2..ganas sungguh ke aku nih...belum sempat nak g tukar cangkul arwah abah..cangkul tue berat cikit..sebab tue aku kurang minat nak guna..datang plak abangNgah n Wife die bersama anak2 buah aku yang comel lote..terberhenti la niat aku nak berkebun..mak pon berhenti..

Hehe~ My Batas...baru lepas Baja..

...akhirnya esoknya baru la aku berjaya wat batas..pastu tabur baja..nak tabur biji benih mak cakap nanti dulu..mak kata kalau nak benih cepat tumbuh..mak suruh rendam dulu dengan air 1 malam..aku menurut perintah sebab baru minggu lepas mak beli biji benih pokok bendi..n aku tengok anak pokok bendi dah tumbuh kat batas yang mak dah buat..sebab tue aku pon bersemangat nak bertanam jugak..hehe~ so..ini saja kisahku buat hari ini...rezeki tak datang bergolek tanpa usaha..dan rezeki datang dari pelbagai cara,,syukur dalam apa jua rezeki tuhan bagi kat kita..kadang2 apa yang kita usaha tidak seperti yang dijangka..so be peacefull dan Redha atas ketentuannya...(^_^)

coretan hari-hariku...

Saturday, May 28, 2011

Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku!!!


Bismillahirrahmanirrahim..


Asssalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..


Duhai calon pemilik tulang rusukku, aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.

Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkaumenakhodai bahtera kita. Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus.


Duhai calon imam dalam sholatku, aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah,dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagaimakmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.Dengan deru do’amu seiring “aamiin”dari lisanku. Dalam hening malam air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa.


Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku terpuruk danjatuh..

Llindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu.


Duhai calon pengusap air mataku, sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad.


Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita, aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.


Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga

Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…


Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri, agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..

Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa, engkau tepesona pada apa yang kuucap..

Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang engkau miliki, karena aku takut dapat memudarkan imanku..

Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…

Aku menunggu lisan ijab darimu..

InsyaAllah,sedia menanti di sini..(^_^)


(^___^)


coretan hari-hariku...

Wednesday, May 25, 2011

Seindah Nama,Segalas Tanggungjawab..

Salam...

Alhamdulillah..tengah pening2 nak cari kerja part time..tiba2 rezeki datang tanpa disangka...kisahnya bermula bila aku membeli lauk di pasar...tauke pasar tu jiran aku..dia sibok menceritakan kejayaan anak buahnya hingga ke menara gading dan risau melihat perkembangan anaknya yang masih lagi berumur 5 dan 6tahun masih belum pandai mengeja...aku hanya tersenyum..sempat aku menegur pabila dia merungut anknya lemah dan malas.."jangan cakap anak macam tue..nanti jadik doa"...Tiba2 die menawarkan aku pekerjaan mengajar anaknya mengeja sementara aku cuti sem..eh..macam tau je aku sedang cari kerja...pucuk dicita la gayanya..aku mengajar setiap petang selepas asar dalam lingkungan 1 jam setengah setiap hari.. hari pertama aku datang..dari jauh lagi anak2 itu berteriak.."cekgu da sampai.." tersenyum aku..cuit plak rasa ati bila seseorang menggelarku cekgu..kali terakhir orang memanggilku cikgu semasa jadi fasi di salah sebuah sekolah rendah..engat lagi aku murid2 yang comel yang selalu tersasul menggelarku kakak dan cekgu...hehe.. kelakar jek rasenye di hari pertama..aku mengajar dua orang kanak yang lebih kurang sebaya anak buahku..yang sulong bergelar zahin dan adik bernama najihah...abang sangat peramah..yang adik pemalu dan senyap..hihi...mula2 ku pastikan samada mereka mengenal huruf..tapi rasanya beberapa kali pengajaranku terhenti dengan kehadiran ibu mereka,,pastu neneknya pulak,,pastu datang pulak Along menegur...haha..sabo jela...aku tidak menekan mereka tapi cuba rapat dahulu dengan banyak bercerita dengan adik yang pemalu...hehe~ esoknya bermula agenda kedua..ku bawa gula2..xboleh banyak2..sehari 2biji ckup..hehe...ganjaran bila mereka dapat menyelesaikan kerja yang aku bagi...bukan men seronok lagi bebudak nih...suka melihat kanak2 ini bersungguh.."abang ,,cepat la ciapkan..t cikgu bagi gula2.."hehe..tersengih aku mendengar celoteh adik yang sudah mula bercerita denganku..adoii...rasa nak anak la plak..aip2!! lama g..study tak abes lagi..hahaha~ malam tue ank abangNgah datang..tanpa disangka mereka sangat rapat denganku..aik..sebelum nih punye la pemalu anak abang nih..nampak aku tersengih2 malu sembunyi belakang ayahnya..yang terkejutnya semalam ciap panjat2 aku dan mengajakku bermain..haha...dah ade aura ker..seronok plak..Ngeee..~ bila buat semua nih..aku terengat kembali zaman aku kanak2..aku tak pernah masuk tadika...tapi hanya pernah pegi mengaji...ada la sampai tingkatan4 aku mengaji dengan guru yang sama,,dari muqadam sampai khatam al-quran dan bersambong ke berzanji...aku suka berguru sebab kat situlah aku belajar memahami tajwid,bertaranum dan berqasidah...tergelak plak rase bila aku selalu mengamuk tidak mahu mengaji sebab guruku tidak mahu meneruskan bacaan selanjutnya sehingga aku perlu mengeja setiap satu ayat sehingga aku darjah tiga..tapi sebenarnya dia telah menguatkan asas bacaan aku sebenarnya...jangan sesuka hati melanggar tajwid dan membentuk aku lebih lancar dalam pembacaan..terima kasih cikgu Hasnah...tersenyum aku kerana baru minggu lepas aku bertemu dengannya dan soalan cepumas yang biasa ditanya orang tua kepada belia remaja.."bila Nak Kahwin"...hahaha~ tiada jawapan di situ..Ngeee... k lah..dah melalut jek nampaknya...mulakan pagi yang indah dengan Alhamdulilah...Jangan pernah lupa untuk bersyukur kerana kita tak akan pernah tahu berapa lama kita hidup di dunia ini dan aku percaya masih ada harapan yang lebih baik di hadapan sana asal kita tidak pernah berhenti berusaha,bersyukur dan dilandasi doa...(^_^)

coretan hari-hariku..

Tuesday, May 24, 2011

Terima Kasih...



Salam..

Ingatanku..Ingatanku2...dan Ingatanku 3... merupakan pengalaman yang kualami sendiri..dimana Insan yang paling kusayangi meninggalkan aku didunia yang sementara ini..Ayah..perginya ayah pada tanggal 1 disember 2010..aku takkan lupa tarikh itu..seperti yang ku ceritakan melalui post 8 desember 2010... hmm...pernah terdetik di hatiku sebelum itu,bagaimana perasaan seseorang yang sedang menghadapi peperiksaan mendapat perkhabaran perginya insan tersayang..siapa sangka Allah memberiku merasainya sendiri...yang terdetik kadangkala menjadi doa kepada diri sendiri..maka jangan kita memikirkan sesuatu yang buruk...hmmm... sudah 6bulan ayah pergi..tidak pernah pula aku merasakan ayah semakin jauh..malah sentiasa dekat dihati...amalannya..tegurannya sentiasa tersemat dijiwaku...ayah tidak pernah memukulkan walau sejentik..kadang2 perasaan kesalnya hanya diluah melalui kata2...aku diberi peluang yang banyak bersamanya berbanding adik beradik yang lain,,sejak kecil aku tidak jauh dari makayah kecuali semasa ku menuntut di PoliPD..itu pon sebulan sekali aku akan pulang..habis belajar ayah tidak membenarkan aku kerja luar daerah..kuturuti kerana aku memang manja dan lemah dalam pengurusan wang...selera ayah dan aku sama..setiap yang kusuka ayah pon suka..ayah tak pernah menghampakan apa yang aku nak..hampir semua keinginanku dituruti...namun itu bukan tiket untuk aku meminta sesuatu yang mustahil sesuka hati sebab dari kecil aku diajar bersederhana...semasa ayah sakit..ketika 3bulan sebelum pemergiaannya..hampir setiap malam aku menemaninya minum dan makan di gerai kegemarannya..sesuatu yang tidak pernah ayah buat semasa ayah sihat...ayah mengajakku melawat kebunnya yang jauh...mengajarku membuat unggun api...sesuatu yang sangat manis..pengalaman paling manis yang ku ada bersamanya...tiada lagi lawak spontan yang selalu membuatku ketawa senang...ayat yang selalu membuatku ketawa atas kekhilafanku.."eh..pak..nanti nak g kebun pakai ape" jawapan spontan ayah.."pakai baju la"hehe..itulah jawapan aku selalu terkena...Ayah...anak ayah takkan pernah lupakan semua jasa dan kasih sayang ayah..farah akan jaga diri seperti mana ayah menjaga keluarga ayah dari susah sehingga senang...farah akan terapkan segala amalan yang ayah ajar untuk generasi akan datang dan moga pahalanya akan terus mendapat berkat dan kesejahteraan buat ayah di sana..Amin...(^____^)

Coretan hari-hariku...

Ingatanku 3..

28 november 2010..(Ahad)

Pepagi lagi aku ke pasar membeli ayam untuk masak pindang kegemaran ayah..pagi itu poji akan pulang ke kuantan,,sebelum pulang singgah melawat ayah di hospital bersama abang Uoo...tinggal aku,diha,adik dan abg Adol dirumah... sedang aku menyiapkan makanan untuk ayah..panggilan dari abang Uoo menyuruh abg Adol segera ke hospital...aku tidak menyangka yang bukan2..setelah itu,,panggilan abang sekali lagi.."hello,kenapa?".."farah cuba kol kak long...dari td abang kol tak angkat..."aku menerima arahan dan terus menelefon akak.."eh..akak..tadi abang ayid kol..suruh akak kol balik sebab dari tadi diorang tepon akak tak angkat.."akak menjawab"oh..tadi akak beli sarapan..k nanti akak tepon"..selepas itu aku meneruskan menyiapkan masak dan mengemas rumah...dalam hati seakan gundah tetiba..ayah ada pape ker??..selepas itu abang adol sudah keluar menunggang motor..mungkin ke hospital..telahku..panggilan telefon sekali lagi diangkat adik..selepas itu adik memberitahuku yang abang Uoo menyuruh kami berciap segera sebab abang akan pulang sekejap lagi mengambil kami ke hospital,,aku masih tidak menyangka apa..aku berciap sambil menyiapkan makanan untuk ayah..sedang aku menuang kuah pindang ke dalam bekas...abang tiba...beliau dalam keadaan tegang" eh..kenapa tak ciap lagi...ciap cepat...ayah dah nazak...cepat!!!" aku terkedu.. terus ku lepaskan senduk dan segera menyarung apa sahaja tudung dan masuk ke kereta...terus air mataku mengalir...tidak pernah selaju itu abang memandu..memandu dalam keadaan kecemasan..dalam hati aku tidak putus berdoa agar tuhan tidak menarik nyawa ayah terlebih dahulu...abang berpesan kami membaca surah yasin di dalam hati..aku membaca di dalam hati bersama tangisan yang tidak mampu ku tahan,,begitu jua adik2ku... sampai di hospital,,aku berlari sekuat hati menuju wad ayah,,dituruti adik2ku sekali...dari jauh ku pandang abang2 dan kak long disamping emak sedang membacakan yasin..ku pandang ayah tidak lagi dalam keadaan sedarkan diri namun bertarung nafas yang begitu azab sekali,,seorang doktor memberikan pernafasan bantuan disebelah...ayah seakan menghadapi sakratul maut..Innalillah,,,betapa tingginya dugaan yang kau berikan pada ayahku ya Allah..aku tidak sanggup melihatnya..kelihatan abangku sedang mengajar ayah mengucap disebelah telinga...hampir luruh hati ini hanya tuhan yang tahu..aku tidak mampu menahan air mata dan tangisan..ku cium ayah..kak long menyuruhku bersamanya membacakan yasin buat ayah..namun aku gagal mengawal perasaan...dalam tangisan aku membacanya..air mataku seakan tak mampu langsung bertahan..tiba2 doktor mengarah kami keluar kerana mereka ingin menjalankan pemeriksaan lanjut..setelah tirai ditutup..kak long mengajakku ke surau melakukan solat hajat mendoakan ayah agar dipermudahkan urusan..andai memang takdir sampai disini hayat ayah..mohon lah Allah meringankan perjalanannya dan andai masih lagi panjang nyawanya,,moga Allah ringankan penderitaannya....kak long menasihatiku agar tidak menangis lagi,,namun kuatkan azam dan bantu ayah dengan doa bukan tangisan..aku cuba menahan tangis namun airmata tidak mampu jua kutahan...selesai solat..doktor telah memasukkan alat bantuan pernafasan sehingga ke bahagian dada ayah..doktor memberitahu kami agar bersedia segala kemungkinan..sungguh aku tidak sanggup mendengar jawapan itu..aku sedih sebab semalam ayah masih gembira dan boleh berborak denganku..mengapa tiba2 begini pula berlaku...ibu menceritakan pagi tadi ayah masih elok dan boleh berborak,,namun pabila ayah mengadu sakit perut dan ingin membuang air besar..selesai sahaja emak menyucikan..ayah tiba mengadu tidak dapat bernafas..ayah langsung tak merasa nafas masuk dan terus menyebut 'Allah' lalu hingga kini yang kulihat....emak langsung tidak menangis namun matanya yang merah itu meyakinkan aku yang emak menahan sedih...emak memang tabah..emak langsung tak berenggang dengan ayah..dimulutnya sentiasa berkumat kamit membaca doa..yasin tidak pernah renggang dari tangannya..emak sentiasa menyuruh abang mengajar ayah mengucap secara berganti2..aku juga tidak melepaskan peluang mengajar ayah mengucap..emak menyuruh kami setiap seorang memohon ampun kepada ayah di telinganya dan redha setiap apa yang ayah lakukan pada kami..ayah tak pernah salah di mataku..aku yang salah..aku yang selalu melawan kata-katanya..merungut apa yang diarahkannya...banyaknya dosaku pada ayah..mengapa kau ambil dia ya Allah..aku tidak sanggup kehilangannya..aku belum membalas segala baktinya padaku ya Allah..aku anak yang selalu menyusahkannya..meminta-minta padanya...aku ingin menggapai impiannya..tidak putus kunjungan dari saudara mara dan orang kampung melawat ayah...setiap kali orang mengucap simpati..aku hanya mampu tersenyum hambar..pabila saudaraku mengajakku makan..tiada langsung selera dihatiku kini...ralat hatiku kerana ayah tidak menjamah lagi makanan kegemarannya yang ku masak hari ini..bagai mimpi pabila ayah kini nazak sedangkan semalam aku masih lagi berborak rancak...malam itu sahabatku datang memberi semangat..aku sudah mula kuat menghadapi kenyataan..aku terima segala kurniaan tuhan..andai maut lebih baik buat ayah..aku redha dan andai panjang umurnya aku bersyukur tidak terhingga.....sehingga malam kami bergilir menjaga ayah dengan tidak henti membaca yasin dan mengajar ayah mengucap...ku lihat tekanan nadi menaik dan menurun...dipermudahkan tuhan..doktor seakan memahami kami berkampung di katil ayah tanpa seorang pon mengarahkan kami keluar dari wad...mungkin kerana kami bukan hanya menunggu namun memberikan semangat dengan bacaan yasin dan doa tidak henti buat ayah...

bersambung...

coretan hari-hariku..

Monday, May 23, 2011

Ingatanku 2...

27 November 2010..(Sabtu)

Usai Subuh...Abg Mahmudin(Uoo) dan adikku Abd. Aziz Fauzi(Poji) sampai Batu Pahat..Kedua2nya menaiki bas yang sama dari Kuantan jam 1pagi...Abg Uoo mengambil penerbangan kecemasan dari labuan dan turun di kuantan sementara poji yang menuntut di KKTM kuantan segera pulang setelah usai kelas apabila mendengar khabar ayah masuk hospital...Alhamdulillah.. akhirnya semua anak ayah sudah pulang melawat ayah..pagi2 lagi aku ke pasar membeli keperluan rumah..niat untuk segera menyiapkan makanan dirumah sebelum terus ke hospital melihat ayah..panggilan telefon dari abang yang menyuruh masak makanan untuk ayah membuatkan aku memanjatkan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi yang memberi petanda ayah semakin pulih dan dibenarkan makan...maka bubur khas dibuat untuk ayah..sampai di hospital..segera kami menghulurkan makanan...ayah kelihatan ceria sedikit dan seakan sihat walafiat..tiada kata yang lebih indah selain syukur di dalam hati ku panjatkan..namun ayah makan sangat sedikit..ayah teringinkan sup..kak long menelefon rumah dan meminta abang menyediakan sup untuk dibawa ke hospital..sepanjang petang itu aku banyak bersama ayah..teringat lagi bualan kami semasa itu.."Pak..camne tadi masa CT SCAN pagi tadi?"tanyaku.."Tadikan farah..doktor tu masukkan alat macam scan kot dari mulut bapak sampai perut,,,pastu cahaya lampu dia..terang sangat..kamu tengok lampu siling tu ,,100 kali ganda lampu siling tu dia punya terang.." aku terfikir sejenak..takkan terang sampai begitu sekali.."abis tu..xsakit ker masa masukkan alat tu kat mulut bapak..sampai ke perut plak tu kan?"tanyaku lagi..."Fuhh..tuhan je tau betapa sakitnya alat tu masuk farah"ujar ayah..aku mendengarnya rasa sedih kerana ayah terpaksa menanggung kesakitan seorang diri,,pada mulanya aku ingat ayah cuma masuk terowong scan,,rupa alat scan masuk terus ke dalam badan..masyaAllah,,betapa azabnya,,Ya Allah ,,moga tergugur dosa dari setiap kesakitan yang dialaminya..sepanjang aku menjaganya,,ayah asyik menyuruhku membelikan air kotak,,,aku sentiasa membelikan air teh bunga sebab aku tau ayah menyukainya..banyak kali juga aku ulang alik membeli,,adik ada juga membelikan soya dan laici namun ayah tidak menyukainya,,namun pabila abang datang bersama sup,,abang melarang ayah minum air teh bunga sebab air boleh menurunkan tekanan darah ayah..rasa bersalah pula aku sebab aku yang banyak membelikan air itu pada ayah..hmmm.... petang itu abang ajak pulang,,aku enggan kerana belum puas bersama ayah...semasa mengurutnya,,kelihatan kaki ayah kembang seakan bengkak,,bila kuajukan pertanyaan pada ayah..ayah mengatakan mungkin kebas sebab tak berjalan...ku perasan banyak bekas cucukan pada lengan ayah"kenapa tangan bapak banyak bekas nih pak?" tanyaku.."nih bekas doktor cucuk nak cari saluran darah tak dapat2..banyak jugak dia cuba tadi.." aku bertanya lagi"tak sakit ke?".."ish...tak sakit apenya..bukan dibius..main cucuk jek...bayangkan je farah tercucuk jarum macamana rasa?" ujar ayah..aduh sakit gak...jarang sekali ayah mengadu sakit..sebab itu inilah pertama kali ayah masuk hospital..mungkin ayah dah tak sanggup lagi menahan...sehingga malam aku menemani ayah bergilir,,sehinggalah kak long datang petang itu bersama adik bongsuku...emak menyuruhku pulang menghantar adik yang kepenatan sementara abang ayid masih ingin menjaga ayah sehari lagi kerana abang ingin pulang ke KL esok...aku akhirnya pulang dengan adik jam 10malam..setelah menyalami ayah,emak dan akak..ku lihat adik mencium dahi ayah yang sedang tidur membuatkan aku sedikit cemburu lalu aku berkata"eh..farah pun nak gak"emak dan kak long tersenyum lalu berkata"pergilah..sape larang?"aku tersenyum lalu merapati ayah dan mencium dahinya...buat pertama kalinya..entah kenapa tersentuh rasa hati...ku tahu ayah masih belum tido lalu aku berkata di hujung telinganya.."esok farah datang lagi..nanti farah masakkan ayam masak pindang tau pak..."kulihat ayah tersenyum memejam mata tanda setuju padaku...aku tersenyum dengan keyakinan ayah akan sembuh dan esok aku akan datang dengan makanan kegemarannya(^__^)

bersambung...

coretan hari-hariku..

Sunday, May 22, 2011

IngatanKu...



26 november 2010..(Jumaat)

Alhamdulillah...fuhh!!..selesai menjawab paper statistik kejuruteraan.. memang tak sabar aku nak pulang ke rumah...sejurus keluar dewan peperiksaan aku menelefon rumah..Hah!!ayah masuk wad..bagitahu adik..dengan segera aku ke hospital... unit rawatan rapi ayah ditempatkan..dari jauh ku lihat sekujur tubuh berbaju hijau berbaring di sudut katil dengan hidungnya memakai alat bantuan pernafasan...di sampingnya ada Kak long dan emak..
Assalamualaikum..salam ku sahut..sejurus aku menyalami ibu dan akak aku merapati ayah..ayah membuka matanya..segera ku salaminya dan duduk dibirai katil sambil tersenyum dalam hiba..alhamdulillah ayah masih boleh mencelikkan mata... "Bila sampai? dah habes periksa?" soal ayah.. "Baru jek,, baru habis paper statistik tadi ,pastu farah terus g sini,,,paper seterusnya hari rabu nih pak...camne leh jadi camni ? aritu sebelum farah balik bapak ok jek??... ayah menjawab" lepas kamu balik,bapak selalu sakit perut, dah seminggu bapak tak makan..takde selera..bapak tak tahan baru suruh Abang Andan kamu hantar pergi hospital"hmm...aku sedih mendengarnya..terengat semalam aku menelefon mak meminta restu ,mak menceritakan perihal ayah yang sakit dan makan sedikit malah enggan ke klinik menungguku pulang..hiba rasa hati..puas abangNgah pujuk dan akhirnya ayah hendak ke hospital itupun kerana sakit ayah terlalu perit dan tak tertahan.. bila aku putuskan untuk pulang menghantar ayah semalam,emak melarang dan menyuruhku menjawab peperiksaan dahulu barulah pulang..namun kini ayah sudah di hospital.. sudah lama ayah sakit namun inilah pertama kali ayah masuk hospital sepanjang hidupnya.. entah aku merasakan sesuatu yang kurang enak.. ketika menemani ayah sementara akak dan emak ke kantin..pelbagai benda ayah ceritakan padaku semasa ketiadaanku dirumah.. doktor memberitahu ayah mengalami luka dalam perut dan esok akan dilakukan pemeriksaan CT SCAN..aku pernah laluinya.. ayah menyuruhku mengurut kakinya...rutin yang selalu ku lakukan di rumah,,tetapi kini di hospital..entah kenapa aku rasa pilu sangat....rasa tulang temulang dikakinya..ayah terlalu kurus...kelihatannya betapa sukar dia bernafas...minggu lepas ayah sihat sahaja malah mampu menyelesaikan ibadah korban untuk 7buah rumah..bukan seekor tapi 7ekor ayah bertanggungjawab menyembelih lembu yang hendak dikorbankan..sehingga petang ayah baru pulang...langsung tidak menunjukkan kurang sihat..takdir Allah,,bukan kita yang tentukan..."bila balik U semula?"..tanya ayah.."tengok keadaan..kalau tak isnin mungkin selasa..tapi tengoklah bapak camne?"jawab ku..ayah bertanya lagi"ada duit tak?? kalau takde..nanti mintak kat adik..bapak suruh adik simpan dompet bapak..bapak bawak IC jek g sini.."aku terkedu mendengarnya,,saat ayah sakit,,masih lagi menjaga kebajikanku..luruh hati ini..aku hanya mampu tersenyum..ayah masih belum dibenarkan makan menunggu luka dalam perut hilang sementara itu sudah berpaket air dan darah berganti masuk...risau kumelihatnya...petang itu ku pulang ke rumah bergilir menjaga anak buah sementara adik dan abang pula melawat ayah..dalam menguruskan rumah,,dihati hanya mengingati ayah dan ingin disampingnya,,namun emak dan abang ayid hendak menjaga..ku beri peluang kerana abang ayid memang jarang pulang ke kampung bersama keluarga kerana ketika umurnya 16 tahun sudah berhijrah ke KL bersama makcikku dan hanya Aidilfitri kelihatan..namun sejak berkahwin abang kerap juga pulang ke kampung menjenguk..

bersambung....

coretan hari-hariku..

Saturday, May 21, 2011

Ujian Rahmat, Kasih, Sayang..



Salam..

Hari ini aku bersama adik menonton Nur Kasih..sambutan hebat gak..ramai knak2..ibu bapa dan nenek pon ade menonton...cerita nie rasanya lebih sesuai sebagai drama berbanding filem..sebab byk plot dan panjang...itu pendapat aku..mungkin dalam masa xsampai 2jam pengarah nak memasukkan semua input yg boleh memberi kesan buat penonton..tertarik pulak tgk padang pasir.."sungguh cantik ciptaan Allah"..betul sgt2..sebelum nih aku memikirkan lautan luas dan sawah padi meluas tempat yg menenangkan ...namun bila lihat rakaman di padang pasir ...ada keindahan di situ ku lihat..melihat Adam melukis..membuatkan aku rindu nak melukis...lama sungguh aku xmelukis..masa sekolah menengah rasenya paling puas aku melukis..melukis mural sekolah..hampir semua dinding diindahkan dengan potret2 menarik..tapi idea cikgu..aku just mewarna jek..hehe..tapi tetap puas..sampai ponteng kelas..hahaha~ tapi aku xmahir melukis pon.. minat ada la..gitu2..hihi.. pulang ke rumah..aku dikejutkan dengan berita tanah runtuh di ulu langat,kajang dan menimbuskan sebuah madrasah yg diduduki anak2 yatim... yang amat menyedihkan ada kemalangan jiwa dan masih ada lagi tertimbus dan pihak berwajib masih dalam usaha menyelamat...setakat ini 5maut dan dan 12 lagi belum ditemui..Ya Allah...kau lindungilah mereka...moga tiada cela dan selamat yang lainnya...bercampur baur bila melihat orang dalam kesusahan...ingin membantu tapi tiada kudrat..hanya doa yg mampu diberi...moga mereka yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah..

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).

Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan
“dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.

sekian ,,waslam..

coretan hari-hariku...

Friday, May 20, 2011

Iman Tidak Dipaksa



Kita mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.

Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.

Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.

Islam sebagai agama yang diturun oleh tuhan yang mencipta manusia, Allah Maha Mengetahui tentang hakikat hambaNya. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman tidak dikira atau dinilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam dengan cara paksaan tidak diiktiraf. Demikian seseorang yang mengakui kufur kepada Islam dengan paksaan juga tidak hukum bersalah.

Firman Allah (maksudnya)

“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

bingkisan ilmu untuk...

coretan hari-hariku...(^_^)


Thursday, May 19, 2011

Alah Bisa Tegal Biasa..



Salam..
Alhamdulillah..dapat gak update blog harinie..2 hari xdpat 0n9 coz modem rosak..tapi bagus gak..akhirnya berjaya aku menghabiskan novel norhayati berahim(nb) yang bertajuk "Sejam RM2.50" ..mula2 pelik gak aku ngan tajuk novel nih..pastu dah la tebal dalam 867 m/s...yang xdisangka-sangka aku habes membacanya dalam masa 2hari jek..kisahnya santai yang sarat dengan pedoman dan hadis2 n kisah yang berkaitan agama..sebab tue aku suka novel nb nih...die sarat ngan hadis yang bersesuaian dengan jalan cerita...cerita yang dekat ngan jiwa aku...seorang yang bersederhana dalam segala benda...meletakkan kisah yang kita terlepas pandang..ahha..aku cerita la serba sedikit pasal novel nih..kisah seorang gadis bernama Wafa yang berjuang melawan penyakit leukemia dan cita2 sejak kecik sebagai pelukis dan bagaimana dia berusaha nak memulihkan akhlak2 kanak2 pedalaman dan masyarakat yg hanyut tanpa didikan agama dengan mengimarahkan surau dan menghidupkan gaya hidup sihat org kg melalui aktiviti sukan berfaedah dari berkasih-kasihan(hub.sosial)... tidak macam2 buku novel laen yang lebih menekankan percintaan..pencintaan yg simple dari tarikan seorang lelaki terhadap wanita yg bersemangat memperjuang ank bangsa...rm2.50 rupanya adalah upah yang diberikan wafa kepada seorang anak kampung untuk terus melaungkan azan dikampung tersebut,,serta memberi upah kepada mana2 kanak2 yang sanggup ke surau dan mengimarahkannya..cara nampak salah namun ianya adalah didikan asas,,macam kita kecik2 gak..kalau xdiberi ganjaran..xkan kesekolah..engat lagi aku masa kanak2..betapa seronoknya bila dapat duit bila mak suruh pegi mengaji..duit yg sangat bermakna buat aku..boleh beli eskrem malaysia...hehe~ novel nak laku komfem seperti biasa membayangkan betapa cantik dan ringkas wafa itu serta hensemnya heronya yang bergelar hussien...hahaha~ lama dah aku xbaca novel sebenarnya..tapi,,memang novel nb jarang menghampakan aku....sarat pengajaran yang bernilai buat pembacanya... ahha~harinie aku belajar mengupas kelapa...selalu aku kupas kelapa muda jerk buat minum...tapi tadi aku dah sebok mintak mak buatkan kuih tumpi(rempeyek)...jadik mak suruh kupas kelapa sendiri..engatkan senang..susah gak klo kulit kelapa tua yang keras dan tebal nih...mak sempat ajar cara mudah..ahha..baru la aku tau camne nak lagi mudah mengupas kelapa..baru 6biji dah lenguh tangan nih..manja sangat kot..dah lame xbuat kijer..berkebun kejap pon da termengah2....haiii...pancit2...xpe..alah bisa tegal besa...mula2 memang la nmpak payah..tapi kalau dah besa mesti xrase macam mak..hehe~ seronoknya aku baru je lepas tanam pokok durian belanda..bersebelahan pokok jambu air madu aku gak..jambu air tue dah berbunga ..xlame g berbuah n masak..xsabo nak makan..hehe..lame gak dah usia pokok jambu nih..ada dalam 5tahun..masa mula2 tanam terpikir gak aku..bila dapat merasa buah jambu air nih..Alhamdulillah..akhirnya berbuah jugak..pokok durian belanda plak ntah bila gaknya,,,xpe..berbakti pada tanah kan ada hasilnya..xpe..aku sudi menanti..chewahh..haha~ k la..sekian kisah merapekku buat hari ini..mana yang elok kita jadikan pedoman...pengajaran yang aku nak selitkan kat sini..kita jangan putus berdoa selagi masih bernafas kita didunia ini..dalam erti kata laen..jangan mudah berputus asa..dengan doa kita sudah meletakkan sebuah harapan dan usaha kita..doa yang tulus Allah pasti makbulkan...kadang2 kita melihat doa yang kita pohon xtertunai,,namun tanpa kita sedar,,tuhan telah mengaturkan lebih baik buat kita yang kita sendiri xsangka..macam kita hidup di dunia ini..kita menjadi miskin di dunia,,tetapi terkaya diakhirat kelak...(^_^)..renung2kan..selamat berfikir...waslam

coretan hari-hariku...

Sunday, May 15, 2011

My Old School...





Salam...
hari nie aku nak bercerita tentang zaman aku sekolah rendah sempena hari guru esok... dijadikan cerita,petang semalam tgh seronok membakar rumput ,sepupuku datang kerumah mengajakku menemaninya melihat kebun ayahnya..terlanjur melihat kebun PakNgah..aku ajak sepupuku ke sekolah rendah kami...zaman sekolah paling manis dalam hidup aku sememangnya masa sekolah rendah...hehe..SK Kampung Jawa..terletak dihujung kampung ,di tepi sungai...memuatkan keseluruhan pelajar tidak sampai 100org..engat lagi masa aku bersekolah,,satu sekolah dalam lingkungan 60org dan kelas aku satu2nya kelas teramai pernah ada,,seramai 15org...guru pulak cuma ada 7org termasuk guru besar..bilik kelas yg tidak diubah sejak Arwah abah aku bersekolah lagi..diperbuat daripada kayu...engat lagi aku..warna sepesen jerk..warna krim n coklat...surau pon xde..ahha,,lupe plak..sekolah agama n skol rendah berkongsi..pg jadik sekolah rendah,,petang jadik sekolah agama,,.bila nak solat..kami akan susun meja ke tepi dan membentangkan tikar dan solat berjemaah bersama,,.tapi sekarang dah berubah colourful..ceria jerk..surau pon dah ada ..memang jauh berubah..tapi menariknya ..tempat perhimpunan masih xberubah..terengat pulak masa aku berdiri dihadapan perhimpunan membilang sifir setiap hari..haha~nice moment...nape erk??dulu mase kecik2,,langsung xde perasaan takut..bila ade kelas tambahan malam..sanggup pegi beramai naik basikal dan buat kijer gila2.. mase budak2 aku n kengkawan explore hutan kat dalam kampung sampai ke kampong sape2 ntah...panjat bukit sembunyi2...main masak2 dalam utan..yang penting aku suka yang adventure..balik umah komfem comot ala tentera punyalah..memang padan la aku selalu kena piat telinga ngan abgNgah...pernah sekali kena tampor rasenye..sebab aku suka melawan..huahua...xkan balik selagi xdipanggil..port aku suka lepak komfem kat umah iyam..jiran depan umah aku..aku ngan die memang same otai..dia tua setahun dari aku...dia hebat bersukan...memang layak dia sekarang jadik cikgu sukan...aku jek melencong jurutera cabok..tapi kira adventure gak per..redah jela...haha..xsangka rupanya dah 12tahun aku tinggal skolah rendah,,kejap jek mase berlalu..huhu..tp an..dah tua nie..penakut la jugak..haha..malam2 dah pikir len..nak g toilet pon kadang2 pikir dua3 kali..coz nak ke tandas kena melihat pandangan luar yg gelap gelita..al maklumlah rumah aku jiran xde sebelah..hutan kelapa sawit jek..huahua..sabo jela..hehe...ape2 pon..zaman kanak2 memang pengalaman paling manis aku alami sepanjang hidup...walaupon dalam kesusahan..di situ aku diajar tidak meminta2,,jangan terlalu berharap,,hidup berdikari,,bantu membantu berkerjasama dan paling penting bahagia dengan apa yang kita ada sebab kita kat dunia bukan untuk merasa hampa dengan apa kita hadapi tapi berusaha untuk mengecapi apa yang kita miliki...hidup macam roda..kadang2 kita bahagia,,kadang2 ada gak duka...tapi yang penting just hepi eva after(^_^)... Selamat Hari Guru buat kak long ..Masodiah Mahfodz..cikgu kimia yg penuh chemistry..haha:p ...Ahha..Dan guru paling saya sanjungi sepanjang hidup saya,My mum..Mas'amah Sulaiman..walaupun mak tiada gelaran guru..tapi mak lah guru yang mendidik 9 anak mak hingga berjaya kini..tiada kata seindah bahasa..tiada cinta seindah lahirnya dari hati yg suci...chewahh..sesuka hati mengubah pujangga..hehe~ Sekian..

coretan hari-hariku...

Friday, May 13, 2011

Cuti Bermula



Salam..
Akhirnya dapat gak edit blog..semalam xboleh..xtau nape..maintanance katenye..hehe..Alhamdulillah..final pon dah abes..tggal setahun jek lagi aku perlu berjuang menuntut ilmu dunia nih...so..naek sem depan bulan 9..tp aku kena praktikal bulan 7 nih..kira xla lame sgt rehat di rumah..nk cari kije mak macam berat nak bagi coz nanti mak takde teman kot...mak ajak tolong die berkebun..aku orait jek..makin sihat jela dok mah gayenya nih..muahaha.. btw aku ade survey camp lg 3minggu,,nak kije pon alang2 plak..xkan nk benti sesuka ati..hehe..ok..apa yg aku nak buat bila cuti2 nih,,nak menghabiskan bacaan aku yg dah lame bertangguh..Novel..hahaha~aritu adik aku sempat belikan novel tok aku mase die g bookfair kat PWTC..macam tau2 jek febret aku,,novel Norhayati berahim..memang my most febret novel..thanks adik memahami akakmu ini...hehe~ ahha..aku sekarang rase nak bercuti la plak..xtau nape..g laman utube asyik search the most island in the world..rindu nak bersnokeling n berenang..nak mandi dpan umah mmg dah xbersih cam dulu pastu teratai punya penuh toksah ckaplah ann..an..hehe..nak ajak mak g mandi kat air terjun komfem mak reject sebab kes budak mati lemas kat ulu bendul plak..bahaya!!ahha..kes lemas tue mengingatkan aku mase aku buat kajian air kat air terjun bekok sem lepas..mase tue hujan renyai2..kami dipandu seorang ranjer utan..tgh seronok mengukur dalam air...tiba2 ranjer arah ke tepi dengan segera..xsangka tiba2 turun air yg sangat deras dari atas..tersangkut seorang membe kat seberang plak tue..nak suruh seberang mmg xboleh coz air turun sangat laju..sampai terpaksa die diselamatkan ranjer tue..thanks en ranjer..hehe..eh ..melencong crite..alaaa...bila gaknya nak g pulau lagi nih,,,huahua..berangan jela cik timah oii..huhu...xpe la..dok mah pon kira bercuti gak..menikmati kebun sayur mak yg segar bugar..dah 2ratus lebih pokok dah mak tanam..terbaek lah mak..siram pokok sampai ke senja tiap2 petang..kan bagus mak pasang paip dekat kebun..xlah jauh nak mengangkutnya..mak cakap..baru berpeluh kalau mengangkut..haha..aku dengan cara mudah..angkut sebesen pakai keta sorong..ahah..jimat mase n tenaga..dalam masa sama,,lepak la jugak..muahaha...k la...sekian kisah rutinku mulai cuti sem nih..mak jak wat kuih raya dah..paling klako nak suh aku blajo menjahit yg sememangnya benda paling aku xminat..haha..tgk la t..berjaya ker tidak..adios.. waslam..(^_^)

coretan hari-hariku..

Wednesday, May 4, 2011

"Dasyatnya Doa Seorang Ibu"



Ø Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

Ø Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Ø Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Ø Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Ø Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Bagi anak yang Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK ' Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia'.

Just try and see.InsyaAllah..Niat yg Ikhlas mudah dimakbulkan…Amin
(^_^)

coretan hari-hariku..