Minggu nih penuh ngan kejutan...abang Adol tiba2 tepon mak bagitahu dia nak menikah 24hb nie..jadik hari rabu mak dengan kaklong ke rumah besan menghantar duit hantaran.. macam2 benda nak kena sedia...membebel gak mak kat abang..tapi mak tak marah sangat..emak setuju jek sebab memang dah lama mak tunggu lampu hijau dari abang..huhuu..so,,bila abang cakap nak kawen jek..mak terus setuju tak kisah bile..dan rupanya tak sampai sebulan jek tarikhnya...banyak benda nak kena buat rupanya,,berulangalik jugakla abang ke pejabat agama,ke ketua kampung,mak dengan urusan majlis,,abang pon turut membantu..nak beli kayu sekarang ,,abangNgah cakap xsempat kering,,jadik abangNgah putuskan memungut kayu getah dihujung kebun,,sebab dulu ade pokok getah tumbang dihujung kebun..seronok masa tolong abang pungut kayu,,,abang sibok menggergajikan kayu getah kepada saiz lebih kecil..aku dan mak cuma susun ke kereta sorong dan abang Adol menyorong..buat kerja beramai2 tak la rasa berat sangat..saling membantu,,,aku pula akan ke kem ukur seminggu..cuma seminggu jek aku sempat membantu sebelum majlis..huhu..bersabar mak..tiba-tiba datang seorang makcik dan anaknya yang menghantar wang hasil sawah kebun arwah ayah...di saat mak memerlukan wang,,rezeki datang dengan sendirinya...siapa sangka,,kebun arwah abah masih diusahakan sawah padi rupanya..sejak lahir memang tak pernah aku pergi kebun sawah tue walaupon arwah abah pernah cerita,,kalau ada rezeki memang nak ajak mak melihatnya lah....Alhamdulillah akhirnya jodoh abang sampai jugak,,abang Adol dah berumur 31tahun..sejak tahun lepas bertunang..mengikut jadual sepatotnya bulan 3 tapi dilanjutkan ke bulan 6....sebenarnya apa yang aku nak sampaikan,,seorang sahabat mengeluh padaku betapa dia sangat ingin berumahtangga,,hatinya sentiasa dalam tekanan..kekasihnya seakan tidak memahami perasaannya yang sudah bersedia menempuh alam rumahtangga..dalam soal jodoh nie aku bukan pandai sangat,,tapi bagiku..selagi belum datang seru..memang kita seharusnya bersabar..mungkin banyak lagi tanggungjawab lain yang harus diselesaikan...bukankah jodoh tue sudah tercatat buat kita,,seperti juga ajal..dimana ajal dan jodoh sudah dititipkan buat kita..sahabatku mengatakan bahawa bukankah kita perlu usaha ke arah jodoh itu..memang tidak dinafikan..namun usaha meliputi pelbagai cara..seperti kita berdoa,,bertaaruf dan banyak lagi... kita bercinta bagai nak rak..kalau dia memang bukan jodoh kita,,memang takkan berlaku..kuharapkan sahabatku mampu menahan perasaannya itu...tiada orang yang ingin hidup sebatang kara...tapi ramai juga orang inginkan kebahagiaan dalam kehidupannya..jangan pernah rasa hampa atas ketentuannya...sedikit ujian buat kita agar terus tidak jemu berdoa buatnya.. katanya sudah lelah dia berdoa dan mengumpul wang ..huhu..cuba la kita bayangkan,,macam orang yang miskin dan papa,,merasakan doa yang dipohon beribu kali tidak pernah ditunaikan dan merasakan hidupnya tidak pernah berubah,,sedangkan sekali keluhan yang difikirkan itu sebenarnya telah menjadikan doa terdahulunya sia2 belaka kerana wujudnya kesangsian dan ketidak ikhlasan dalam mengharap....redha itu yang perlu kita cari....tekanan lahir atas ciptaan kita sendiri...andai aku selalu memikirkan diri yang tiada sesiapa yang istimewa di hati dan adakah aku akan hidup sendirian seumur hidupku..bukankah itu hanya menambah tekanan..Tuhan tidak pernah lupa akan hamba-hambanya yang mengingatiNya..dari apa yang aku boleh simpulkan..letakkan keredhaan di atas sekali dalam carta hidup kita..dengan itu,,dalam apa segi ujian dan dugaan yang kita hadapi,,selagi kita redha ketentuannya,,dalam hati ini sentiasa akan merasakan hidup ini indah dan menceriakan..Cinta itu bukan pilihan....Cinta ikhlas dari hati..Jika tepat pada masa,ketika,keadaan dan siapa,cinta itu adalah kuasa luar biasa yg tiada bandingannya.. Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi, apakah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada khaliqnya belum tercapai...(^_^)
coretan hari-hariku..
No comments:
Post a Comment