Tuesday, June 7, 2011

4 Golongan Lelaki Ditarik Wanita..



Sewaktu di yaumal akhirat wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka.Nau'zubillah, ia bukan memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita .

PERTAMA-AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat,tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

KEDUA-SUAMINYA
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorangg alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA-ABANGNYA
Apabila ayah sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya.Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT- ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut islam,bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat.Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan.

Maksud Firman Allah swt:

" Hai anak Adam,peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu...."

Kaum wanita,kasihlah ayah anda,suami anda,abang-abang dan ank-anak lelaki. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri,jalankan perintah Allah swt bersungguh dan dengan ikhlas.(^_^)

coretan hari-hariku...

No comments:

Post a Comment