Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Monday, June 27, 2011
Abang Adol Wedding Day
Tuesday, June 21, 2011
Survey Camp 2011 Sesion5
seminggu menyepi..dari 13hb -20hb aku menjalani survey camp 2011 bwah fakulti tok dpatkan kredit wajib tok sem3 sesi 10/11...memang terbaek..kem kali nie kat ramunia beach resort..cntik tmptnya n sunyi..sesuai tok privacy n wat kerja ukur...selama seminggu macam xcukup plak rasenya..belajar mengenai leveling,terabas,tekimetri dan setting out mmg sgt2 mencabar..sesi 5 aku sertai.. xsampai 15org dari batch aku join sesion ni n gurl plak tue semonya..byk kenalan baru..semua muda2..baya adik aku..ada yg panggil aku kak long or kak cik..sama la ngan member aku yg len..sonok sebab adik2 nih bek n menurut kata...huuhu...yg best hari ahad lepas ujian bertulis n dirikan alat,,kami bebas buat xtviti laen..ptg tue jalan pusing pantai..smpat singgah kdai mkcik ABC n tlg mkcik wat abc n burger pokcik mmg kelazz!!huuhu..miss nk mam abc n burger kat citu.. time tue ujan..after ujan benti kami lepak pantai..srg member tmbul idea nk men acar galah..ada yg panggil galah pnjang...so..mmg bes gile men kat tepi pantai..macam org xckup nafas berlari..tergolek brape kali kat pasir..balek umah xilang lagi sengal2nya..rindu gile nk men..last men masa knak remaja kot..brape thun da xmen kot..hahaha~ari last sementra tggu bas..berposing la bergmbo ngan kengkwn smpai nk muntah rasenye mek gambo..haha..terengat group aku..diorg terdiri dak terengganu..loghat mmg pekat..kdg aku lgsung xpaham pe yg diorg sampaikn..byk gak melongo..yg bestnya diorg ajor aku ckap ganu..byk gak perkataan aku belajar,mcm masuk kelas mmbaca..hahaha..
so..hari nie juz nak kongsi pengalaman aku seminggu nih..knagan yang xkan dilupakan..tidak lupa..sifu terbaek..mr.nizam...mengajar sgt telus dan btol2 memahami..tak lupa cik nuar,khairy n hairy..u all the best..insyaAllah..takkan aku lupa stp ajaran yg dicurah..kdg2 kesilapan mmg satu hafalan terbaek buat kita,,sebab dgn salah itu kita akn engat smpai bile2...aku xlupa brape kali aku ulang alik wat leveling,trabas n teki..plg mencabar tekimetri..org len dah wat setting out aku msih terkedek ciapkan tekimetri..huahua..pengajaran mematangkan aku..huhuuu..selamat malam semua...(^_^)
Sunday, June 12, 2011
Siapa Kita...
Salam..
Wahai sahabatku..
Engkau boleh jadi pohon yang menghijau..
Engkau boleh jadi burung yang bebas berterbangan..
Boleh jadi Permata yang Indah..
Boleh jadi Mutiara yang bersinar…
Boleh jadi Mawar yang selalu harum dan
Engkau boleh jadi apa saja…
Tapi!!!
Orang yang paling beruntung memiliki hati yang sihat adalah orang yang dapat mengenal Allah Azza wa Jalla dengan baik. Semakin cemerlang hatinya, maka akan semakin hampir dia akan Penguasa seluruh alam semesta ini.(^_^)
Friday, June 10, 2011
Soal Jodoh..
Thursday, June 9, 2011
Kelebihan Mempelajari Al-Quran...
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah- indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
betapa besarnya fadhilat yg kita perolehi dengan mengamalkan bacaan Al-Quran..bukan sahaja hati akan tenang..membantu kita di akhirat kelak,,,malahan buat ayah dan ibu kita... sesungguhnya Allah swt maha pemurah lagi maha mengasihani...syukur..Alhamdulillah..(^_^)
coretan hari-hariku...