Sunday, April 3, 2011

Dugaan menuntut kesabaran..

Salam..

Pagi ini aku bergerak awal pagi ke kelas makmal ganti,,namun dibatalkan pula,,aku dikejutkan dengan sms dari sepupu yang memaklumkan ayahnya masuk wad..aku gelar pakcikku Pak Ngah Jaffar..merupakan pakcik yang paling rapat dengan keluargaku,,masih aku engat lagi,,ketika kecilku..PakNgah banyak bantu...dahulu,,aku hidup susah..ibu dan ayah membanting tulang empat kerat untuk menyara kami adik beradik dielah selalu menolong,,pakngah merupakan seorang guru sekolah..aku msih ingat lagi,,setiap kali Aidilfitri,,Angah akan mengasingkan duit raya tok kami adik beradik..lebih berbanding saudara yang lain..pakngah tahu kesusahan kami,,ibu pernah menceritakan ibu menumpang mengunakan air paip dirumah pakngah ketika kami tidak memiliki air paip dirumah..pakngah banyak mengupah Arwah Ayah tok menguruskan kebunnya..namun,,sejak Arwah ayah tiada,,pakngah jatuh sakit..mungkin tamparan hebat baginya,,kerana ayahlah orang terapat sekali dengannya,,banyak keputusan pakngah serahkan pada ayah,,engat lagi pada kali terakhir pakngah menyerahkan urusan korban pada raya haji yang lepas..itulah kali terakhir arwah ayah membantu pakngah...ketika aku menjenguk angah di rumah,,puas dipujuk ke hospital,namun tetap enggan dan merasakan masih mampu dirumah walaupon angah tidak lagi mampu berjalan...aku merasakan angah tidak mahu ke hospital kerana mengenangkan arwah abah yang pernah dirawat dihospital sebelum ini..ketika melihat angah semakin kurus,,,ia mengingatkan aku pada arwah abah...sungguh aku rasa ingin menangis...Ya Allah..kuatkan semangat hambamu ini..kau berikan kekuatan kepada bapa saudaraku menghadapi penyakitnya..kau berikan semangat kepada anak2nya..kau titipkan kesabaran buat mereka..sesungguhnya kau tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani..Amin..

coretan hari-hariku..

No comments:

Post a Comment