Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Friday, April 29, 2011
Balik Kampung
Thursday, April 28, 2011
Meneroka itu Indah..
Tuesday, April 26, 2011
Nafsu Dalam Diri Wanita...
Salam...
Aku pernah terfikir juga,,bagaimana wanita memiliki 9nafsu dan 1akal sedangkan lelaki satu nafsu dan 9 akal..Alhamdulillah,,terungkai jua pengertiaan nafsu yang dimiliki wanita itu,,cantik Allah swt ciptakan dengan penuh bersebab..aku ambil petikan dari sebuah artikel i luv islam yang merungkaikan kisah maksud nafsu dalam diri seorang gadis...
"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apbila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."
"Contohnya kak?", sampuk mereka tidak sabar.
"Contohnya?? Emm.. macam ni.. Seorang wanita yang mengaku Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa apabila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang.."
"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan."
"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?" soal mereka lagi.
"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras."
"Terima kasih kak... ok, sila sambung lagi.. ehe".
"Ye baik cik adik... nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar... bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."
"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah s.w.t. dan layak memasuki Syurga-Nya", kak Aishah berhenti seketika.. mengambil nafas barangkali...
"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tidak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap."
Oh.. sesungguhnya nama tidak dapat mewarisi peringkat nafsu! huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana apabila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w..
"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"
Jawab Umar "TAKUT dan HARAP... iaitu aku takut jika semua manusia layak ke Syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke Syurga, aku berharap itulah aku."
"Ok.. nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..
"Nak.. nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.
"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja."
"Oh.. ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"
"Ya.. selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :
"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah s.w.t.. [riwayat At-Termizi]
"oh.. macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.
"Ok.. Akak sambung sikit lagi ye.. Dua saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah s.w.t. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?"
"Ha'ah.. seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."
"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! Hoho.. seronok je akak cakap macam ni kan?.. Payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"
"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"
"Fuh.. semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu... ok, semua dapat dan faham?"
"Dapat kak.." jawab mereka serentak.
"Ha.. good girls! Sekarang, akak nak kamu semua nilai balik nafsu masing-masing di peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah s.w.t. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. Jadi, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insya-Allah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."
Dimana letaknya diriku ini,,terumbang ambing memegang tali Allahswt,,sematkan iman dihatiku,,teguhkan iltizam dijiwaku..bulatkan tekad di atas agama kebenaranmu Ya Allah...amin~ waslam
coretan hari-hariku...
Pentingnya Seorang Isteri...
HUaaa....Buang Masa...
Wednesday, April 20, 2011
Sedetik Alpa....
Salam...
Sunday, April 17, 2011
OutDoor Terbaek!!
Salam...
Thursday, April 14, 2011
Weekend Escape 2011
Tuesday, April 12, 2011
Nikah Khitbah...
Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”
Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!
*salam...
aku copy kisah blog seorang sahabat yang ingin ku kongsikan buat rakan blog yang lain,, mmg sesuai dipraktikkan..ia mengingatkan aku kepada Akak sulongku sendiri,,,tidak diberi masa mengenali suaminya,,pertama kali berjumpa atas niat berta'ruf akhirnya dirisik dan majlis tunang dan nikah dilakukan serentak dlam tempuh tidak sampai sebulan...majlis kenduri diadakan 3bulan selepas nikah...kira nikah gantung gak la tue..Alhamdulillah sehingga kini..bahagia atas kurniaanNya dan memiliki sepasang anak yang comel dan mesra...(^___^) k..moga kita dapat manfaat dengan perkongsian kisah ini...Waslam
coretan hari-hariku...
Sunday, April 10, 2011
Aya Sofya....
Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Aya Sofya kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Selama hampir 500 tahun, Aya Sofya menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.
Pabila ku selidik lagi,,Aya Sofya bermakna "Kebijaksanaan Suci"...bagus maknanya..leh bagi nama anak nih..hehe~ tapi apa yang penting..apa yang menyebabkan aku tertarik akan nama ini disebabkan hadis yang kutonton itu..aku search tetap tak jumpa ayat itu..dah diolah ker??wallahualam...apa yang penting,,bagiku ia membawa maksud amat mendalam...sukar tok mencari ketenangan didunia ini,,namun tidak mustahil untuk mendapatkan ketenangan itu,,cukuplah dengan kita bersyukur atas apa yang kita miliki,,nikmati dan didugai...tidak pula kita menyesal ,mengeluh,mengalah dengan apa yang kita perolehi,kerna Allah swt lebih tahu apa yang lebih kita kehendaki...kadang2 apa yang kita inginkan tidak tercapai,,namun sebenarnya,,apa yang kita perlukan sudah ditunaikan....(^_^) waslam...
coretan hari-hariku...