Saturday, January 29, 2011

Hujan bagaikan nak Bah...



salam...

hari ni hari ahad,,xkeluar kemana coz hujan xberhenti sejak semalam lagi,,gaya macam nak banjir jerk..semalam akhirnya berjaya gak lunaskan janji untuk adik,,sebuah printer Brother sebagai hadiah kecemerlangan PMR..moga adik boleh manfaatkan hadiah tue dgn baik..sejak aku balik,,kucing adik bernama Atom sentiasa nak bersampingku,,aku duduk die mesti tidur disebelah, nak ada orang disebelahnya,,rupanya kucing adik keguguran dan hampir seminggu dia xmakan,,patut nampak xsihat jek..Alhamdulillah pagi td,,aku masakkan ikan kembung rebus,,dan Atom mula nak makan,nampak berselera,,mungkin dah pulih semula..cuti seminggu kat umah sempena raya cina ni, aku pasti sibuk nak menyiapkan assigment yang sememangnya banyak dari lecturer .. xkisah la tue,,tp yang merisaukan aku,,hujan yg xhenti2,,memungkinkan kgku akan banjir,,maknenye Uthm pon boleh banjir...tgklah macamne t..harap2 xbanjir la,,coz payah gak nak mengemas n punggah barang..aku engat lagi banjir teruk berlaku kat johor tahun 2006 n termasuklah kg aku skali,,masa tue aku berkeras xnak berpindah ke pusat pemindahan,,dan akhirnya malam hari aku terpaksa gak berpindah disebabkan paras air banjir semakin dalam,,pengalaman yg xdapat dilupakan bila aku naik bot pertahanan awam di tgh malam dengan suasana sangat sunyi,,kelihatan awan terang melihatkan aku seperti di tgh lautan..jalan raya n pokok2 ditenggelami air..nampak semo rumah gelap,,rumah yg rendah semo dimasuki air banjir,,mujurlah aku masih ada rumah atas,,barang2 masih boleh diselamatkan.. hehe~masihku engat bila aku n adik ingin pergi melawat rumah yg masih ditenggelami air di siang hari,,abg jage rumah,,bila mintak ambil ,,abg datang dengan sampan mengambilku,,sgt seronok sebab bukan senang nk men sampan tue,,sampan tue mmg sejak zaman arwah atok lg..masa aku sebelum lahir,,mmg banjir selalu berlaku kat kg aku coz kgku boleh dikatakan di kawasan tanah rendah....hehe..kadang2 banjir seronok gak,,kami sekeluarga berganding bahu mengemas umah,,teruk gak nk bersihkan coz banjir yg berlaku kat kawasan aku jenis yg bertakung,,jadik kesan kotor lumut nye jelas kelihatan..k..tu jek wat hari nie,, Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..(^_^)

coretan hari-hariku..
wassalam...

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

Wednesday, January 26, 2011

Broadband!!



salam..

ahha!!aku kat uthm lagi,,tp dah berjaya guna tenet di umah sewa sebab tadi baru jek beli broadband(bb) ngan kengkawan..kongsi2 jek,,leh jimat..payah gak klo xde bb nih,,projek dah mula banyak an..dapat kubayangkan,, naik cuti raya cina nih komfem aku mula bz yg teramat...nak cuti pon asgment belambak..sabo jela..juz nak kongsi aku baru jek berjaya online tp kongsi2 la..hehe..mari kongsi satu kata mutiara hikmah...hehe~

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

k selamat malam semua..wassalam..(*_*)

coretan hari-hariku..

Thursday, January 20, 2011

Pemberi bunga akan kekal harum selamanya...



Salam..
hari ini jumaat, bangun pagi lepas solat hantar adik ke sekolah,, balik rumah tgk Tanyalah Ustaz tv9,selepas tue dalam kul 8 pergi melawat kubur arwah ayah dengan mak,, sudah ade dua kuntum bunga yang hidup di pusara ayah,,nisan yang ditempah dah siap dan dipasang di pusara ayah,,jelas kelihatan tarikh pemergian ayah,24zulhijjah 1431h.. pulang ke ke rumah,,aku pergi ke pasar ikan,,siap beli ikan dan sayur pulang ke rumah..selepas bersarapan,,aku lihat mak dah ke kebun menajak rumput..aku pon pergi menjenguk,,ibu memintaku membuat unggun api untuk membakar rumput yg ditajak untuk dijadikan baja kelak.. aku ke hujung kebun untuk memungut kayu api,,selepas itu aku mula menghidupkan api dengan menggunakan sedikit getah baladar(tiub tayar)...mak menegurku,,gunakan kayu yg kecil dahulu baru letak kayu yg besar2..aku faham,,tiba2 aku terengat arwah ayah pernah mengajarku menghidupkan unggun api,,aku berkeras nak menghidupkan sendiri,namun ayah juga berkeras nak menunjukkan aku cara yang betul menghidupkan api,,akhirnya aku mengalah..aku melihat arwah ayah menghidupkannya..dalam pada itu, hatiku rasa tercuit,,aku sempat merakam kejadian itu,,siapa sangka,,kini tiada lagi teman aku untuk berebut dan berselisih pendapat,,aku kadang2 sekadar mencari gaduh dengan arwah ayah cuma untuk meriuhkkan suasana..kami selalu sahaja bertengkar,,ayah pernah menegurku bahawa akulah anak yang selalu nak berlawan kata dengannya..aku membalasnya dengan tawa,,macammane nak buat,,farah kan anak ayah..dan akhirnya kataku itu membuatkan ayah tersenyum padaku kembali,tarikh lahir kami pon xjauh,,selang dua hari,,aku 13hb dan ayah 15hb..jadi sifat kami berdua hampir sama,,,aku rindukan saat kami bergurau senda..gaduh kami sekadar menghiburkan suasana..ibu yang menonton selalu tersenyum tidak menyebelahi mana2 pihak..aku rindukan saat itu..ia memori terindah buatku...moga aku dikuatkan semangat menghadapi masa2 mendatang..."Pemberi bunga Akan Kekal Harum Selamanya",,ini kisah Ayoub yang ku tonton semalam, memberi maksud yang baik,jalan cerita yang sesuai ditonton kerana memberi pengajaran berguna pada kita,,bagaimana teruk kita menimpa musibah,,ambil pengajaran dari kisah nabi Ayoub dimana dia melalui kepayahan dan musibah lebih teruk dari yang kita alami kini,,Apa yang kita alami ,tuhan lebih mengetahui sebabnya,,jangan kita menidakkannya,,pasrah dan redha ketentuan Allah,,selagi kita dibawah naungannya,,segala apa musibah kita alami hanya sebagai ujian untuk hambaNya yang beriman...wassalam..

coretan hari-hariku..(^_^)

Sunday, January 16, 2011

Dalam Hati Ada Taman..



Salam..

Hari nie xde apa2 perubahan..teman adik ke BP Mall cari buku rujukan selepas xjumpe buku2 aku yang terdahulu...ishh..dah bape lame aku tggalkan skolah..ade la dalam 6tahun rasenye..kejap jek mase berlalu...tadi aku berborak dengan seorang adik yang aku kenali dulu,,die sangat peramah dan kami senang bersahabat,,ade saje benda yang diborakkan..sampai la kami berbahasa ...yang menambat hati ku,,bila kami berbalas satu kisah..bermula dari ..bagai isi dengan kuku..saya isi lembut,akak kuku keras..balasku,,akak keras tapi dalam hati ada taman,,dalam taman ade bunga,,dlam bunga ada kumbang,,balasnye,,kumbang sekarang banyak mati kak,,kena taun..haha~ haah,kumbang sekarang makin sikit,,klo idup pon kurang sifat,,sgt minoriti..sukar cri yg elok..kumbang silap percaturan,,silap memilih bunga,,percya kepada fitnah bunga an,bunga kan terlalu banyak,,bunga taik ayam lebih banyak dari mawar berduri..kalah pada godaan sedangkan mawar berduri lagi harum dari bunga taik aym..sayangnya mawar berduri mmg sukar dicari dan dijage,,yang kalah akan tersungkur,yang maju cabaran penuh liku..huhuuu~ segalanya membawa msg tersurat..paham2 jela...k la..aku baru lepas dapatkan fakta untuk ciapkan assignment jek td..terdetik nak mencoret sesuatu,,terhasillah nukilan Dalam Hati Ada Taman ..hehe..nite..wassalam..

coretan hari-hariku..(^_^)

Friday, January 14, 2011

PerIngatan Buatku Yg Alpa



Dalam kelembutanmu,ketegasanmu tak tergugah, Dalam penuh rasa malumu, suaramu menggergar dunia, Di sebalik halus jemarimu, tergenggam utuh janji setia,,
Wahai bidadari syurga, kau tambat hati pada yang ESA...

Salam,
tiba2 terengatkan kisah riwayat bidadari syurga yang ku baca,, antara kisah bidadari syurga yang menambat hatiku tentunya mengenai kisah Hawa,Maryam, Aminah,Aisyah,Zulaikha dan paling tertarik kisah Fatimah Al-zahra..bukan sahaja seperti namaku,namun kisah yang menceritakan kehebatan dan ketabahan Fatimah di dalam hidupnya,,kesetiaan pada suami dan ayahandanya..Sukar mencari wanita sehebat itu kini,aku xnafikan..benarlah sekiranya golongan wanita lebih ramai di neraka berbanding syurga jika kita merenung kehidupan yang dialami wanita kini.Berilmu tetapi xmampu menasihati,,berdaya namun tidak kuat untuk bertindak,,berkeinginan tapi masih ragu2,,puncanya hadir atas kekhilafan diri sendiri,,natijahnye kita suka menuding jari,,tidak pula menyalahkan diri,,bila setiap hari kita memikirkan kelemahan diri,,ia bukan merendahkan semangat,,namun lebih untuk mematangkan diri kita sendiri,,kita kadang2 memang xsedar yang kita cuba untuk tidak mengulangi kelemhan diri,,namun ia berlaku jugak,,siapa kita untuk menidakkan kehendak Allah swt.. sebagai hambanya, cukuplah kita memohon keampunan dan muhasabah diri..aku terengat abang menceritakan arwah ayah pernah berpesan,,bila kita berhutang pada manusia,tidak kira wang ringgit,budi atau kejahatan,,sampai mati belum tentu dia maafkan atau halalkan,,sebab hati manusia kita xleh duga,,namun kiranya kita berhutang pada Allah,,bila kita sedar,,kita mintak ampun dariNya..InsyaAllah diampunkan kerana Allah itu Maha Pengampun,,pengajarannya disini,,berusahalah untuk tidak berhutang kepada manusia, kerana akan dituntut kelak...namun kira kita nak berbudi mahupon membantu,,bantu seikhlasnya,,jangan harap balasan..bukan riak dengan menghebahkan pada sesiapa kerana ia serupa kita mencurah air ke daun keladi... Wallahualam..renung2kan dan selamat berfikir..hehe tagline adikku ketika berborak rancak tadi,,macam sesuai plak..hehe~..waslam(^_^)

coretan hari-hariku..

Monday, January 10, 2011

Sebiru Hari Ini



Salam..
Selamat pagi..hari ini hari selasa,,cuti buat rakyat johor bg hari hol sultan johor..erm...petang nie aku pulang ke rumah sewa untuk bersama rakan2 berjuang untuk semester kali ini..banyak barang dah hantar,,aku dah pindah rumah baru,,kali nih satu rumah tujuh orang..rakan2 dari pahang,,sebenarnya xplan pon dok dengan rakan satu negeri pon,,tapi rakan2 johor aku nie mmg kawan sejak kat poliPD lagi,,memang bestfren dari dlu,,klo kire2 kitorang dah satu rumah lebih 3thun bersama,,perangai pon da masak masing2..cuma kini aku mungkin xbanyak dirumah sewa sebab aku dekat ngan rumah sendiri an..dok rumah sewa pon untuk mudahkan siapkan kerja group n asgment...hidup nih kena selalu bersemangat n ceria,,t kita sendiri yang sunyi n rase xlengkap..kesempurnaan hidup akan hadir sendiri bila kita bersyukur dengan apa yang kita miliki..syukur masih dikurniakan kesihatan untuk kita lakukan apa saje kita nak selagi kita tidak melanggar syariat dan larangan Allah s.w.t. menjak ni aku banyak mendengar kisah kegagalan manusia mengawal perasaan sehingga melakukan benda yang merugikan dan luar dari kewarasan akal,,seperti contoh seorang bapa menyimbah asid pada anaknya,,membaling anak pabila menangis tidak henti ketika malam hari..seakan kesabaran mereka langsung tiada,,kenapa berlaku benda macam nie??adakah tiada iman di hati mereka,,tiada langsungkah rasa belas..pokok pangkal pada hati,,hati manusia yang mudah dikawal,,syaitan yang berjanji akan menyesatkan umat manusia,,mereka seakan lupa janji syaitan itu keatas kita yang membuatkan manusia lebih mengejar harta dunia dari akhirat,,tidak semstinya kita perlu selalu ke masjid dan beribadah menjanjikan syurga buat kita,keseimbangan hidup juga dititikberatkan..risau melihatkan golongan pemimpin kini(maksudku golongan lelaki) mereka seakan tidak mampu memikul tanggungjawab,,mudah marah,,mudah tertekan..mudah terpengaruh dengan fitnah(iaitu wanita),,bukankah wanita itu fitnah buat mereka,,carilah yang halal buat mereka,,pimpin lah wanita tersebut dengan landasan iman yang kukuh..jangan mewahkan mereka dengan wang ringgit,,tapi mewahkan mereka dengan kasih sayang,,wanita kini mudah memberontak,,kadang2 aku jua begitu,,bagiku,,aku masih lagi milik keluarga,,jadi aku tidak akan runtuhkan lagi prinsipku untuk terus berbakti buat keluargaku selagi aku tidak terikat dengan sesiapa yang mampu memikul tanggungjawab mendidikku,memimpinku,,menjaga kabajikanku,,menyokong setiap langkahku,,menegur kesilapanku,,memegang erat maruahku dengan lafaz ikatan sah sebagai raja dihatiku...apa2 pon..matlamatku kini,,berusaha mengenggam segulung ijazah,,membantu ibu,,insyaAllah memenuhi impian ibuku..doaku hanya padaMu Ya Allah,,kuatkan semangatku,,iltizamku,,dan moga semuanya berjalan lancar dengan keredhaanmu..Amin..(sebiru hari ini..(^_^)..)

coretan hari-hariku..

Friday, January 7, 2011

Tabung Haji..



Salam..
hehe..kenapa aku gelak...hehe..dan gelak lagi..hehe..sebenarnya aku gelak campur segan..sebab ape??..sebab..ade satu kisah di tabung haji,,berlaku petang td..lepas solat jumaat aku n adik ke tabung haji..adik ngan mak nak masukkan duit syiling yg agak byk ke tabung haji..ade la dalam 2ratus..satu bungkus dalam plastik n satu lagi dlm tong bekas kain pelekat..mmg mak selalu simpan dlm tu..aku terus la angkut bawak,,niat aku nak daftar haji,,mak tumpang la sekaki sruh masukkan duit,,sampai jek sane,,aku da siap isi2 borang,,mntak no kat kaunter,,masa tue ramai sgt orang,,no giliran aku ade la kne tunggu lg 30 turn..pakcik kaunter dengan baik ati bagi plak aku pergi terus ke kaunter yang baru nak bukak..Alhamdulillah..sampai jek situ,,terus la bg buku akaun,,time die ckap duitnye xtulis,,time tue aku nak ambik syiling dari adik pegang dlm beg,,dgn xsengaja aku tersilap angkat tong isi wet syiling ..dan secara tiba-tibanya,,berterabur segala syiling depan kaunter,,adik tahan sakit duit jatuh byk kat kaki die,,aku gelabah plus malu la coz ramai sgt orang kan..huaaa~dgn selamba aku turun la memungut duit tue balik.,,siap ada makcik bgtau duit2 yg terselit2 kat balik langsir n meja..siap jek pungut,,aku dengan adik saling pandang n senyum menahan malu..malu segan n nak gelak,,camne la ku boleh cuai...selesai daftar haji,,dalam jadual,,InsyaAllah 2036 baru aku dapat menunaikan haji..kire2 umur aku 54tahun..haha~camne la gaya aku time tue..agak2 aku bwak cucu kot ekut skali..lepas ciap tue aku keluar la dengan gaya xberslah,,haha~padahal da malu yg teramat..untuk kurangkan rase segan,,aku dan adik hanya mampu memberi senyuman..hehe~apa2 pun juz nak kongsi pengalaman aku hari nie..sebelum mengundur diri terengat plak kata2 seorang pensyarah haritue masih berbekas dalam ingatan aku..bila kita buat baik seribu n kita buat salah sekali,,mana orang lebih ingat..mesti yang salah bukan..sebab manusia suka mencari kesalahan orang dari menilai diri sendiri,,wallahhualam..yg mana baik kite kongsi,,yang buruk kita jauhi...(^_^)

coretan har-hariku...

Monday, January 3, 2011

1st Day



Salam..
3hb jan 2011..
Pagi2..,,aku hantar adik ke sekolah dulu,lepas tue g belikan syur n ikan 4 my mum..dalam 7.30 barulah aku gerak g U..Hari pertama aku untuk semester ke4 di UTHM...hua..berkobar2 dengan semangat baru,fokus yg baru,,tp macam besa tok hari pertma xbyk yg dah mula,,ade la dlm dua kelas yg da start,,sem nie byk projek rasenye,,xpe la,,buat minggu nie aku ulang alik dr U ngan kg coz mak xde teman..adik start benti kerja nextweek..yg besnya sem nie kelas aku smpai hari khamis jek,,komfem la aku selalo balik umah...he2..haaa..ade satu cerita..kenangan manis mencuit ati,,aku balik umah dalam kul 4..lepas tue tertido jap..petang dalam kul 6,,mak mntak tolong halau lembu sapelah yg terlencong masuk kebun,,lepas halau..kazen datang hantar buah nangka,,haa..time nie la,tibe2 nampak mak halau mak ayam ngan 16ekor anaknye ke dalam reban..mak suh tangkap,,mak ayam xberani sgt nk tangkap,jadik aku guna penyauk ikan,,,dah dpt tangkap rupenye jaringnya bocor,,terlepas sudah...riuh satu umah berlari2 halau ayam ke reban,,lepas mak ayam dah masuk reban,,lagi penat rupenye nak tangkap anak ayam,,sgt2 licik..sembunyi punyelah susah nk cari,,dah dapat tangkap la dalam 10 ekor rasenye,,tp aku sgt pelik apsal xabes2 kitorang tangkap nie,,xsangka rupenye reban tue bocor n anak ayam lepas tok turun balik,,cehh..punye la buang masa aku dari td..tergelak semo bile tgk selamba jek anak ayam tue turun balik n main sembunyi2..last2,,semo giveup..mak kate biarkan jek,,pandai2 la diorang nek t..hahahaha~ klako betol lah...pasni tobat xlarat aku nak tangkap ank ayam sebegini rupa..he2..waslam..(^_^)

coretan hari-hariku..