Thursday, November 10, 2011

Kelapangan



Salam..

seminggu cuti pertengahan semester berserta sambutan AidilAdha nih..kerja U langsung tak sentuh sampai hari nie..memang teruk..tapi itulah penangan dok umah..bagaikan kerja kat U tak boleh bawak balik rumah ,,bak kata pepatah,kerja pejabat jangan sampai dibawa ke rumah..hahaha~sabor...jelah.. antara masa2 lapang yang ada,sepenuhnya ku isi seperti tonton drama korea,,tangkap gambor2 menarik..segala haiwan peliharaan dan bukan peliharaan aku tangkap asalkan menarik..hehehe..pastu,,belajar masak2 dengan mak,,main permainan kanak2 dengan adik,,macam sahibba,chess, stick pe ntah, ngan blok kayu...dah macam budak2..seronok biler menang,,tak mahu mengalah biler kalah..hahah~...betul2 cuti ni aku manfaat habis2...pejam celik besok dah hari jumaat,,dapat aku bayangkan kerja melambak akan aku hadap naik cuti nih..terima sajelah...tengahari tadi,mak mintak bingkaikan gambo konvo adik..aku tiba terengat nak cari gambo konvo aku tangkap satu family..cari punya cari ,rupanya dalam laci bawah tv..paling mengejutkan laci tue dah mula dimasuki anai2,,,dah la banyak giler buku2 nota aku masa poliPD dalam tue..banyak juga dah hancur dimakan anai..bijak plak anai2 tue buat kerja tanpa pengetahuan orang..dia lalu belakang,,eh..ini kira macam gerobok la..laci macam kecik plak an..hehe...tengah pilih2 buku yang masih elok..tercuit plak tgk nota2 aku masa belajar diploma dulu.,,bukan main rajin buat nota..jauh beza dengan aku blaja kat U..patut result tak serupa..muahahaha~ sabo jela.. so..ini sahaja kisah aku hari nie..moga hari esok beri lebih keceriaan buatku..terengat adik aku bercerita padaku..nasib baik la ko kat umah dipanggil farah..ade jugak makne..gaknye kalo fatimah..jadik timah la,imah lah,,macam2 lah..hahah~ye tak ye kan??tapi kat U lagilah bermasalah..member2 dah lekat panggil aku mot..gelaran aku dari poliPD..tak len tak bukan datangnya nama tue dari rakan karibku yg dah lama sangat aku tak jumpe dan merinduinya,,aku panggil Dib..name dia Adilla Akma..sedap kan..tapi sebab dia ala2 adibah nor..semua org panggil kak Dib sebab dia pling tua kat kelas..cuma aku jek terbiasa panggil Dib..dah kamceng..huhuuu..sungguh Dib,,aku rindu saat kita gelak dan gosip2 ntah pape..huhuu..(^____^)

coretan hari-hariku..

Sunday, November 6, 2011

AidilAdha2011




Salam..

Selamat Hari Raya AidilAdha...maaf ada pembetulan untuk post aku sebelum nih..setelah berborak ngan emak,rupanya PakNgah yg lakukan 2ekor lembu sebagai korban..menggunakan duit elaun sebgai imam kedua kg..PakNgah menyumbangkan dua ekor lembu untuk orang kg tahun nih..3bahagian untuk nama mak,makngah dan pakngah,,selainnya AJK Kg. dan Masjid yang dipilih oleh ketua Kg. hehe..sowi..silap..aku engat azam dua ekor sebab sembelihan pertama dijalankan belakang kebun azam..rupanya lembu tu taknak bergerak walau dah ditarik sehabes boleh oleh orang kampung,,dan akhirnya acara korban pertatma dilakukan didalam kebun belakang..acara tu aku tak ikut sebab dalam..untuk yang kedua depan umah aku jek..kat kebun Pak Naib 2ekor lembu dikorbankan..seronok tengok orang kampung bekerjasama..cik rohani jadik tukang sembelih tahun nih..melihat dia berpakaian biru..membuatkan aku terengatkan arwah tahun lepas menjalankan acara korban..terdetik hiba di hati ini..tahun ini ada kelainan..semua lembu korban dikumpulkan dirumah pak naib..sebuah khemah didirikan bagi memudahkan org kampung membahagikan kerja..seronok semua dikumpulkan di satu tempat..mak pun ada sediakan juadah tok kg..Alhamdulillah habis ..penat jugak 3ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan dalam satu hari..selepas zuhur siap semua kerja membahagi dan menghantar daging..lebih kurang 2kilo setiap org dapat..Alhamdulillah ,rezeki buat orang kampung ..untuk raya kedua,dengar cerita tok imam pulak nak adakan korban..tapi aku tak mengikutinya..melayan anak buah sehari suntuk..kerenah yang pelbagai..habis kopok lekor goreng dicampak dalam akuarium ikan..kononnya nak bagi ikan makan..bertuah betul ank buah aku nih..tak pasal sekor ikan dah mati lemas..terpaksa ganti air balik..Alhamdullillah Makngah yang mak jaga dirumah..sudah mula boleh membalas kata,,walaupun sepatah dua..tapi dia balas cakap aku jek..hehe..seronok plak ati..k la..ini shaja coretan tok hari ini..eh..lupa lak..kak ipar bg resepi rendang tok negeri sembilan ..akhirnya berjaya gak aku wat rendang ..guna daging korban..hehe..menjak nih..mak asyik ajak wat macam2 resepi baru..semalam baru try wat serunding..berjaya..taksabo nak wat lontong kering..pergh..sedapnya/...hahaha..(^_^)

coretan hari-hariku

Monday, October 31, 2011

Cinta Yang Halal..



Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”-..(^___^)

Coretan hari-hariku..

Sunday, October 30, 2011

merapu

Salam..

menjak2 nih..asyik ujan jek setiap petang..air parit depan umah pun dah mula penuh...takut2 lak banjir nanti..byk kije kene buat biler banjir nih..huhuu...aku sekarang kat opis kazenku..hari minggu pun dia kena g opis demi menyiapkan kejanya yang perlu disubmit esok sebab esok hari terakhir dia bekerja kat opis nih..sabo jela..dia memang komited bab kijer..aku salute ah..good workers..mesti bos dia akan rasa sedih hilang pekerja komited cam dia nih..tapi apa kan daya..dah dapat job yg lebih bek dan lebih rezekinya..takkan kazen aku nak tolak pulak kan..tahniah buat kazenku..aku tau dia tgh berusaha kumpol wet tok kawen nih..hehehe~ DO tHE bEST ye...(^_^).. aku menemaninya yang keseorangan kat opis nih..mmg bahye plak klo dia sorang2..dengan musim ujan camnih..org pon xdgr klo papehal jadik an...huhuu..so aku yang bosan takde kije nih pon menyibukkan diri menulis blog bg mengisi masa lapang..huahua~ k la..dah takde idea nak merapu..cau chin chow...~~,

coretan hari-hariku..

Friday, October 28, 2011

ceritaku

Salam..

pantas plak masa berlalu..minggu depan dah masuk minggu ke8 utk sem nih....byk projek masih xsettle...banyak yg masih nak kena search..dgn PSM lagi..huhu..ke kalutan mula terasa bahangnya..ahha..Alhamdulillah..tadi aku sampai rumah,mak menceritakan perkembangan makngahku yg mak jaga dirumahku..sudah mula paham apa yang dicakap..dah boleh makan guna sudu,bila mak sua sudu di mulutnya,ia mula buka sendiri...namun masih xboleh mengunyah..mak bagi bubur setiap hari bersam susu atau air kurma..mak ckap..walaupun makngahkuxbercakap..kita kena faham selera org..walaupon xmeminta,kita kena la tukarkan selera biar dia xjemu..betul gak ckap mak aku tue..huhuu..tgk mak kadang2 mengalahkan ketua jururawat..rupanya mak pernah rawat arwah nenek yg lumpuh dirumahku sebelum kelahiranku..sungguh kagum aku dengan kesabaran mak..tak pernah mengeluh..aku teringat kata2 mak sebelum nih.sebelum ni mak bersuami,,,nak dapat masuk syurga senang jek asal kita setia padanya..bila mak dah hidup sorang balik,,kenalah kita tanggung dosa sendiri..jadik amalan kena la bertambah... rasanya setiap hari mak takkan lepas mengajar makngahku mengucap dan berselawat..setiap kali memberi suapan mak mengajarkan makngahku mengucap bismillah..kadang2 aku terharu melihat ketabahan mak yang takde tolok bandingnya.. memang mak lah idola kami adik beradik....tiada sorang pon rasanya lupa tok mendoakan kesejahteraan mak..benarlah seperti dikata"Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu"....(^_^)

coretan hari-hariku...

Saturday, October 22, 2011

My cousin engaged Day~





Salam...

TAHNIAH!!! akhirnya fahimah@dora melangsungkan pertunangan pada 22oktober2011 ...kini rasminya sepupu rapatku menjadi tunangan orang...tahniah2..hehe~ aku jadik photographer merangkap membantu kerja2 dapur..dari bawah hingga keatas kehulu ke hilir..rasanya masih terngiang2 lagi panggilan makngah dan pakngahku meminta pertolongan.."farah...farah..farah" haha~bawak ke mimpi jadiknya.. memang penat tapi berbaloi segala yg dirancang berjalan lancar...DORA!!time aku nanti jgn lupe reply eh..hik3~ada masa lapang,aku nk buatkan video khas buat kazenku ini...cam tak caye plak dia dah bertunang..kawan sepermainan aku..rasa baru semalam kami bersekolah rendah..haha~wakeup timah..ur now 24 years old..mmg masa pantas berlalu..memang ceria sgat die smalm..mmg mcm2 posing dah aku tgkap..tetamu yg datang pon agak ramai...kata orang menjadi tunangan orang byk dugaan..syaitan akan ambil peluang macam2 untuk mengelakkan sebuah masjid terbina diantaranya dan bak kata org masa darah manis nih lah dugaan paling berat buat org yg berada dalam ikatan jodoh..huhu..wateva..hopefully my kazen memililki 100% kesabaran dan tetap dengan pendirian...jgn cepat marah2 n merajuk..hihii..be more matured k....comited with ur responsibility..hehe~ so..jgn lupa doakan aku plak..hik2..take care..wish u hepi eva after(^___^)

coretan hari-hariku..

Monday, October 17, 2011

Nawaitu



Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .(^____^)

coretan hari-hariku...