Sunday, April 10, 2011

Aya Sofya....



Salam..

harini aku tertarik ingin bercerita mengenai Aya Sofya...siapakah itu..bagaimana aku tertarik akan nama itu...sentiasa di pemikiranku sejak aku pertama kali mendengar nama itu di tv,,ketika itu sebuah ayat yang dibaca..aku xengat kandungannya,,apa yang aku engat ..dibina sebuah masjid seindah Aya Sofia bukan tok diagungkan,,namun disitu ingin dicari ketenangan ..bila aku search ...ia merupakan sebuah masjid di turki,namun kini menjadi sebuah muzium..ada kisah disebaliknya .. asalnya namanya ialah Hagia Sophia dan asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.

Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Aya Sofya kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Aya Sofya menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Pabila ku selidik lagi,,Aya Sofya bermakna "Kebijaksanaan Suci"...bagus maknanya..leh bagi nama anak nih..hehe~ tapi apa yang penting..apa yang menyebabkan aku tertarik akan nama ini disebabkan hadis yang kutonton itu..aku search tetap tak jumpa ayat itu..dah diolah ker??wallahualam...apa yang penting,,bagiku ia membawa maksud amat mendalam...sukar tok mencari ketenangan didunia ini,,namun tidak mustahil untuk mendapatkan ketenangan itu,,cukuplah dengan kita bersyukur atas apa yang kita miliki,,nikmati dan didugai...tidak pula kita menyesal ,mengeluh,mengalah dengan apa yang kita perolehi,kerna Allah swt lebih tahu apa yang lebih kita kehendaki...kadang2 apa yang kita inginkan tidak tercapai,,namun sebenarnya,,apa yang kita perlukan sudah ditunaikan....(^_^) waslam...


coretan hari-hariku...

Friday, April 8, 2011

LAmunan Terhenti..

Salam...

Penuh cabaran minggu ini,,dalam kesibukan test dan menyiapkan tugasan...keluarga sentiasa dalam ingatan..minggu ni aku ulang alik rumah 2, 3 kali....atas sebab yang berkait..apa yang aku nak kongsi hari ini,,kisah hari isnin lepas..ketika aku melawat PakNgah Di hospital,,sesampainya di hospital dlam kul 11.30pg..waktu melawat masih lom dibuka,,aku ke kantin lunch dahulu..dalam kul 12 aku tunggu di depan pagar sebelum guard memberi kebenaran ,,perasaan ketika naik ke wad 7..wad yang pernah arwah ayah duduki..sungguh perasaan berdebar2 dan mengimbau kembali ingatanku..sesampai di katil Angah..kelihatan Angah terbaring lesu dan disampingnya Makngah setia menemani,,situasi serupa ketika aku melawat Arwah ayah ketika pertama kali Arwah dimasukkan ke hospital..lihat rupa Angah,,aku seakan terpandang wajah Ayah..xsemena mataku merah menahan air mata...Makngah menceritakan padaku segalanya,,kesahnya xubah kisah arwah ayah..aku cuba mngelak memandang Angah,,kerana pabila kumemandang wajahnya,,serta merta aku terpandang wajah arwah ayah..rindu yang amat sangat,,bila sepupuku datang ,,aku keluar sebentar ke luar wad,,aku menangis di luar wad..aku xsampai hati melihat org tua sakit,,sungguh aku akan terkenang arwah..doktor mengesahkan Angah menghidap barah tahap 4 dan sudah menyerang tulang dan jalan penyelesaian yang ada cumalah kimoterapi untuk mengurangkan merebaknya barah..terkejut aku mendengar khabar itu..spupuku kelihatan tabah,,aku pula yang lemah,,diluar wad,,aku menangis semahunya...aku xmampu menahannya,,maaf Dora..sepatutnya aku yang menenangkan kau...tapi aku xsanggup kerana ia xubah mengingatkan aku pada arwah ayah..saat keluargaku membacakan yasin dan syahadah buat arwah ketika nazak terngingang di pemikiranku...ntah kenapa aku lemah waktu ini..tidak setabah ketika Arwah ayah nazak..mungkin sekarang,kecekalan tuhan berikan pada sepupuku,,,aku dapat rasakan macamane perasaan berada ditempat sendiri dan bukan ditempatnya...kita melihat xsama apa yang ditanggung,,Angah kini dirawat di KL..moga Angah cepat pulih,,aku tahu kimoterapi memang sakit..sedangkan org muda menangis menahan kesakitan ,,bagaimana org berusia pula,,Ya Allah,,moga kau permudahkan Pakcikku menghadapi penyakitnya,,Kau bantulah mengurangkan kesakitan yang dialaminya,,Kau lindungilah ia,,andai masih panjang usianya,,Kau pulihkan lah penyakitnya dengan segera,,,andai hampir ia padaMu..maka permudahkanlah ia....sesungguhNya Engkaulah Yang Maha Berkehendak Ke Atas Sesuatu...Aminn...waslam

coretan hari-hariku..

Sunday, April 3, 2011

Dugaan menuntut kesabaran..

Salam..

Pagi ini aku bergerak awal pagi ke kelas makmal ganti,,namun dibatalkan pula,,aku dikejutkan dengan sms dari sepupu yang memaklumkan ayahnya masuk wad..aku gelar pakcikku Pak Ngah Jaffar..merupakan pakcik yang paling rapat dengan keluargaku,,masih aku engat lagi,,ketika kecilku..PakNgah banyak bantu...dahulu,,aku hidup susah..ibu dan ayah membanting tulang empat kerat untuk menyara kami adik beradik dielah selalu menolong,,pakngah merupakan seorang guru sekolah..aku msih ingat lagi,,setiap kali Aidilfitri,,Angah akan mengasingkan duit raya tok kami adik beradik..lebih berbanding saudara yang lain..pakngah tahu kesusahan kami,,ibu pernah menceritakan ibu menumpang mengunakan air paip dirumah pakngah ketika kami tidak memiliki air paip dirumah..pakngah banyak mengupah Arwah Ayah tok menguruskan kebunnya..namun,,sejak Arwah ayah tiada,,pakngah jatuh sakit..mungkin tamparan hebat baginya,,kerana ayahlah orang terapat sekali dengannya,,banyak keputusan pakngah serahkan pada ayah,,engat lagi pada kali terakhir pakngah menyerahkan urusan korban pada raya haji yang lepas..itulah kali terakhir arwah ayah membantu pakngah...ketika aku menjenguk angah di rumah,,puas dipujuk ke hospital,namun tetap enggan dan merasakan masih mampu dirumah walaupon angah tidak lagi mampu berjalan...aku merasakan angah tidak mahu ke hospital kerana mengenangkan arwah abah yang pernah dirawat dihospital sebelum ini..ketika melihat angah semakin kurus,,,ia mengingatkan aku pada arwah abah...sungguh aku rasa ingin menangis...Ya Allah..kuatkan semangat hambamu ini..kau berikan kekuatan kepada bapa saudaraku menghadapi penyakitnya..kau berikan semangat kepada anak2nya..kau titipkan kesabaran buat mereka..sesungguhnya kau tuhan yang maha mendengar lagi maha mengasihani..Amin..

coretan hari-hariku..

Monday, March 28, 2011

Sedarilah Insan Istimewa



Salam..
hehe...aku di rumah di kg,,hari ini kelas cuma satu jam,,esok klas bermula kul 4..aku pulang ke rumah untuk menyiapkan jurnal envirnment..alhamdulillah,,ciap jua akhirnya..so,,aku pun merehatkan minda dengan membaca kisah tauladan di tenet..tertarik kisah nabi ketika Fatimah Az-zahra ,anakanda Rasullulah S.A.W mengadu keletihan ketika melakukan kerja rumah,,ingin ku kongsikan buat rakan2 semua,,moga beroleh pedoman dan tauladan buat kita semua(^_^)

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabil seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".


*SubhanAllah...

Begitu istimewanya tuhan menciptakan wanita itu..rugi kita xmenggunakan kelebihan yang tuhan beri,,tiada bebanan tanggungjawab perih kita perlu lalui,,hanya taat dan kesetiaan buat seorang lelaki bergelar suami,,sememangnya hawa diwujudkan bagi menemani Adam yang kesunyian,,wujudnya Hawa itu dari tulang rusuk Adam,,bukan dari kaki utk dialasi,bukan dari kelapa untuk dijunjung tapi dekat di hati untuk dikasihi...Buat yang bergelar lelaki,,didiklah wanita dengan keimanan,kelak bahagia dalam genggaman..(^_^) waslam..

coretan hari-hariku..

Saturday, March 26, 2011

An-Nur



Salam..

selamat malam...baru lepas menonton AQ5 tv9..setiap finalis punya kelebihan tersendiri,,tahniah buat juara AQ5 dari sabah..memang memukau ketika mendengar bacaannya..lama jugak aku tidak mendengar alunan taranum Al-Quran...bila mendengarnya rasa sayu di hati...tertarik aku ketika membaca tafsiran surah an-nur yg dibaca salah seorang finalis..penuh makna,,aku membaca sebuah blog mengenai tafsiran surah Annur,,ingin ku kongsikan buat sahabat semua..(^_^)

SURAH an-Nuur yang bererti cahaya, mengandungi 64 ayat, diturunkan di Madinah beberapa tahun selepas hijrah. Dalam surah ini terkandung ayat dan petunjuk Allah bagi manusia yang berhubung dengan hidup bermasyarakat, mahu pun berumah tangga. Semuanya, adalah cahaya yang menyinari kehidupan manusia dalam menempuh jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah memulakan surah ini dengan satu penegasan agak unik dan berbeza dengan surah lain. Firman-Nya bermaksud:
“(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.” (Surah an-Nur, ayat 1)
Secara jelas dan tegas apa yang terkandung dalam surah ini diturunkan oleh Allah dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang beriman kepadaNya dan ayatNya, supaya menerima dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu atau berdolak dalik. Penegasan seperti ini sangat penting. Ia adalah asas kukuh dalam hati setiap Muslim agar bersedia mendengar, menerima dan seterusnya melaksanakan apa saja yang tuntut oleh-Nya. Meragui dan mempersoalkan hukum atau peraturan Allah tidak wujud sama sekali dalam hati orang beriman. Ini sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah an-Nuur, ayat 51).
Masyarakat adalah himpunan manusia daripada lelaki dan wanita. Mereka bukan saja saling memerlukan, malah difitrahkan mempunyai keinginan yang kuat terhadap satu sama lain. Bagi memenuhi keinginan semula jadi ini, Allah mensyariatkan perkahwinan dan menggesa pihak berkuasa dalam sesebuah masyarakat atau keluarga memberikan perhatian sewajarnya terhadap anggota yang belum berkahwin. Firman Allah bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 32).
Perkahwinan adalah satu-satunya jalan paling selamat dan terhormat bagi memenuhi keinginan semula jadi manusia. Keinginan seksual adalah wasilah atau jalan yang menghubungkan antara satu generasi dengan generasi sebelum dan selepasnya. Lantaran, ia tidak boleh dipadam atau diketepikan. Keinginan itu tidak boleh pula dibiar lepas bebas tanpa batasan. Ini kerana keadaan sedemikian bukan saja akan menjatuhkan martabat insan, malah boleh menghancurkan institusi keluarga dan masyarakat seluruhnya.
Ayat di atas ditujukan kepada ketua keluarga serta pihak yang berkuasa dalam sesebuah masyarakat. Mereka tidak sepatutnya mengabaikan anggota yang belum mempunyai pasangan hidup yang sah. Kemiskinan bukan suatu alasan untuk melambat-lambatkan urusan perkahwinan. Jalan mesti dicari. Penyelesaian mesti diusahakan. Allah sendiri memberi jaminan akan memudahkan rezeki orang yang ingin berkahwin (Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya). Hubungan antara lelaki dengan perempuan yang lain daripada ikatan perkahwinan dibataskan dengan adab serta panduan tertentu. Ini supaya keutuhan keluarga yang dibina terpelihara, terselamat daripada fitnah dan noda serta terhindar daripada jerangkap syaitan durjana.
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31).
Lelaki dan wanita tidak dihalang daripada membabitkan diri dalam masyarakat. Ini kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang bertanggungjawab membangun, memaju dan memeliharanya daripada perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraannya.
Apa yang wajib dilakukan ialah memelihara tiga perkara iaitu menjaga mata, kemaluan dan aurat. Hari ini, kesedaran memakai tudung di kalangan Muslimah laksana gelombang besar yang tidak mampu dibendung oleh sesiapa lagi. Memakai tudung saja tidak memadai. Mata hendaklah sentiasa dijaga kerana ia adalah penggoda yang amat berbisa. Apabila mata bertentang mata, hati mula berkata-kata, nafsu pun ikut bergelora, lantas iman terluntur dan iblis segera menjalankan peranan.
Tidak cukup juga dengan kaum wanita saja yang bertudung litup, menutup aurat dan menjaga maruah. Kaum lelaki juga seharusnya melakukan perkara sama. Kaum lelaki wajib juga mematuhi adab menundukkan pandangan dan kewajipan memelihara tiga perkara tadi. Ayat itu tidak hanya ditujukan kepada wanita, bahkan menjadi tanggungjawab lelaki dan wanita. Kadang-kadang terdengar suara mengatakan menutup aurat juga tidak selamat. Mungkin ada benarnya luahan itu. Ini kerana menutup aurat mesti dilaksanakan secara bersepadu dengan memelihara pandangan serta aturan lain yang terkandung dalam surah ini. Ia tidak boleh diambil secara terpisah. Perkara lain yang wajib dijauhi ialah memfitnah dan menyebarkan keburukan serta kemungkaran. Firman Allah bermaksdu:
“Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik.” (Surah an-Nur, ayat 4).
Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah atau tuduhan tanpa bukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang sama ada dari aspek kejiwaan atau kemasyarakatan. Kesan itu bukan saja dirasai oleh orang yang dituduh, malah seluruh anggota keluarganya. Lantaran, Islam melarang perbuatan menuduh tanpa saksi hingga hukuman yang dikenakan ke atasnya hampir sama berat dengan hukuman ke atas orang yang melakukan zina.
Penyebaran perbuatan keji juga laluan yang memudahkan anggota masyarakat terjebak dalam kemaksiatan. Ini kerana sesuatu kemungkaran itu, apabila disebarkan akan cepat merebak dan mendorong anggota lain meniru perbuatan sama. Lantaran, tidak wajar disebarkan secara meluas hanya sekadar untuk dijadikan bahan berita tanpa diiringi usaha bersungguh-sungguh untuk membendungnya. Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang suka agar (berita) perbuatan keji itu tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nuur, ayat 19).
Kesungguhan Islam memerangi kemungkaran, khususnya zina yang menjadi punca runtuhnya institusi keluarga, tercemarnya zuriat dan menimbulkan keresahan masyarakat, dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang beriman.” (Surah an-Nur, ayat 2).

*begitu banyak ilmu yang masih aku tidak ketahui,,jahilnya hambamu ini Ya Allah..sesungguhNya telah kau berikan petunjuk jelas buat hambamu yang lemah ini ...(T_T)

Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu hakiki, jika lahirnya dari iman dan Taqwa...

Waslam..

coretan hari-hariku..

Thursday, March 24, 2011

Syurga Untukmu...



Salam...

Selamat tengahari semua...arini jumaat,,test math dan environment baru jek lepas rabu n khamis..Alhamdulillah..berkat doa ibu..dapat jawab..thanks mum..k..ape yang aku nak kongsikan arini sebenarnya kisah sahabat yang bercerita tentang kisah nabi yang di tonton pada usrah di tv semalam.. Mengenai kisah wanita wanita yang bergelar siti pada zaman nabi yang penuh dengan tauladan dan pengalamannya seperti siti mariam,siti hajar,siti khadijah,siti fatimah dan banyak lagi...tertarik pada satu nama,,siti ...??xengat tp siti tersebut merupakan wanita pertama masuk syurga sebelum siti fatimah,anak Rasullullah s.a.w. ketika memberitahu anakandanya..pada mulanya fatimah kecewa dengan jawapan ayahandanya lalu die menyiasat perihal wanita tersebut bagaimana beliau layak ke syurga terdahulu darinya..hari pertama, ketika ke rumah wanita tersebut,beliau tidak membenarkannya fatimah masuk ke rumah kerana tiada keizinan dari suaminya dan meminta fatimah datang keesokan harinya,,pada hari kedua fatimah datang namun bersama dua anak kecil,wanita tersebut tidak membenarkan fatimah masuk kerana beliau hanya meminta izin suaminya untuk seorang sahaja dan bukan untuk anak2 kecil tersebut dan meminta fatimah datang esok sekali lagi,,pada hari ketiga barulah fatimah dibenarkan memasuki rumah wanita tersebut,,keadaan dalamannya cukup sederhana dan wanita tersebut biasa2 sahaja orangnya,,pada suatu ketika,suaminya pulang dan wanita tersebut bergegas menukar penampilannya,,,sangat seksi,,demi suaminya..wanita tersebut menyambut suaminya pulang dengan sangat mesra,,juga disediakan tongkat buat suaminya agar boleh memberi hukuman kiranya ada kekhilafan atas dirinya pada suaminya..namun tidak pernah suaminya memukulnya kerana suaminya sangat bersyukur memiliki isteri sepertinya dan tidak pernah membelakanginya dalam segala hal..di situ,, barulah fatimah sedar mengapa wanita tersebut menjadi wanita pertama ke syurga..kerana kesetiaannya pada suaminya itu tiada tolok bandingannya..(^_^)
sedikit tambahan..hehe~

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

*bagiku bukan mudah apa yang diimpikan dapat digapai,,namun tidak sukar andai kita impikan sesuatu yang boleh digapai dengan niat yang ikhlas..(^_^)waslam...

coretan hari-hariku...

Saturday, March 19, 2011

Kenduri Tahlil dan Akikah







salam...

Alhamdulillah..selesai jugak kenduri tahlil nyeratus Arwah Ayah dan Akikah ank buah..Amirul dan Insyirah....fuhhh...kenduri macam majils nyambut menantu..seekor lembu diakikahkan...mulanya nak wat kenduri kahwin abg Adul skali,,disebabkan abg nak tunda ,,xdapat la wat sekali...namun mak teruskan jugak penyembelihan lembu dan dua khemah dipasang..mmg penat gak la..Jumaat(18hb Mac)-Pagi2 aku kekubur Arwah Ayah dengan adik,,lama sudah xdatang menjenguk..kelihatan rumput mula memenuhi sekitarnya..masih ada sepohon pokok pandan dan sekuntun bunga putih(aku xengat nama pokok tue..hehe) masih kelihatan dikubur Arwah ayah..lepas zuhur,,jempot org kg rewang di rumah(ade gak org sebut kendarat)...meriah sungguh makcik2 berkerjasama memotong bahan2 tok kenduri dan membungkus bunga telur..lembu di akikahkan di pusat pembelian dan abg terus bawa balik daging lembu yg sudah disembelih..besornye..ada la dlm 160kg beratnya... giliran org lelaki sibuk menguruskan tulang2 lembu untuk dimasak sup malam nanti..malam baru potong daging kecil2 tok masak dalca dan beriani..ketua tukang masak dijempot khas dari jiran depan umah..keluarga kami panggil Pak ngah...terengat masa aku melihat org lelaki sibuk menguruskan daging lembu..MakNgah menegurku "kalau ayah kamu ada sekarang nih,,mesti die paling sibuk kan Farah?"...aku hanya tersenyum..tiba2 muncul kerinduan buat arwah..cuba kutahan rasa haru dalam hati..bila melihat orang kampung bekerjasama membantu..perasaan syukur dalam ati dilahirkan di kampung yang penuh muhibah ini...walaupun ayah tiada lagi di dunia ini,,golongan tua masih lagi datang ke rumah membantu dan memeriahkan majlis..Arwah ayah amat dikenali di kampung..aku tidak sanggup bila orang menceritakan perihal ayah semasa hidupnya..hati ini amat2 rindukannya..akak ada menasihati..banyakkan sedekah Al-fatihah buat ayah tidak kira kita dimana bila kita tiba2 mengingatiNya..InsyaAllah akak..sesungguh nya amalan anak yg soleh bekalan untuk arwah ayah di akhirat kini...Sabtu(19mac)- jempotan mula datang sekitar jam11pg..saudara mak dan Arwah ayah banyak yang datang..petang dalam kul2 hujan turun tiba2..namun berhenti setelah beberapa ketika..terima kasih kawan2 yang hadir..aku sangat2 menghargai(^_^).... tergelak jugak td bila ada makcik menegurku..majlis besar camnie,,apsal Farah xwat majlis skali,,haha~mana calonnya..wallahualam...sempat plak td direnjis oleh makcik2 masa acara ngundung cucu ketika berselawat..dalam pukul 5.30ptg selesai majlis..kami adik beradik bekerjasama mengemas dan membungkus berkat...sempat akak ipar candid gambar kami satu beradik di dapur masak..huhu..nice moment for us..mak orang paling kuat dalam segala majlis yang diuruskan dirumah..macamne kami nak ngelak mak buat kerja pon..mak mesti ada ade nak dibungkusnya buat saudara..selagi ada kuih muih dan saudara jauh yang datang..mak mesti nak bagi yang terbaik buat mereka..memang susah nak bagi mak lekat di satu tempat...payah orang nak jumpe kadang2 tue..huhu..Mak..U r my mighty women...no wonder ur r loving one with all of ur child....(^_^)... K..cukup lah disini aku berkongsi pengalaman beerti hari ini...apa yang boleh diterapkan disini..hidup ini bagaikan satu rumpun..susah senang bersama..hidupini xbererti andai tiada saudara dan tidak bersaudara..(^_^)waslam..

coretan hari-hariku...