Thursday, March 24, 2011

Syurga Untukmu...



Salam...

Selamat tengahari semua...arini jumaat,,test math dan environment baru jek lepas rabu n khamis..Alhamdulillah..berkat doa ibu..dapat jawab..thanks mum..k..ape yang aku nak kongsikan arini sebenarnya kisah sahabat yang bercerita tentang kisah nabi yang di tonton pada usrah di tv semalam.. Mengenai kisah wanita wanita yang bergelar siti pada zaman nabi yang penuh dengan tauladan dan pengalamannya seperti siti mariam,siti hajar,siti khadijah,siti fatimah dan banyak lagi...tertarik pada satu nama,,siti ...??xengat tp siti tersebut merupakan wanita pertama masuk syurga sebelum siti fatimah,anak Rasullullah s.a.w. ketika memberitahu anakandanya..pada mulanya fatimah kecewa dengan jawapan ayahandanya lalu die menyiasat perihal wanita tersebut bagaimana beliau layak ke syurga terdahulu darinya..hari pertama, ketika ke rumah wanita tersebut,beliau tidak membenarkannya fatimah masuk ke rumah kerana tiada keizinan dari suaminya dan meminta fatimah datang keesokan harinya,,pada hari kedua fatimah datang namun bersama dua anak kecil,wanita tersebut tidak membenarkan fatimah masuk kerana beliau hanya meminta izin suaminya untuk seorang sahaja dan bukan untuk anak2 kecil tersebut dan meminta fatimah datang esok sekali lagi,,pada hari ketiga barulah fatimah dibenarkan memasuki rumah wanita tersebut,,keadaan dalamannya cukup sederhana dan wanita tersebut biasa2 sahaja orangnya,,pada suatu ketika,suaminya pulang dan wanita tersebut bergegas menukar penampilannya,,,sangat seksi,,demi suaminya..wanita tersebut menyambut suaminya pulang dengan sangat mesra,,juga disediakan tongkat buat suaminya agar boleh memberi hukuman kiranya ada kekhilafan atas dirinya pada suaminya..namun tidak pernah suaminya memukulnya kerana suaminya sangat bersyukur memiliki isteri sepertinya dan tidak pernah membelakanginya dalam segala hal..di situ,, barulah fatimah sedar mengapa wanita tersebut menjadi wanita pertama ke syurga..kerana kesetiaannya pada suaminya itu tiada tolok bandingannya..(^_^)
sedikit tambahan..hehe~

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

*bagiku bukan mudah apa yang diimpikan dapat digapai,,namun tidak sukar andai kita impikan sesuatu yang boleh digapai dengan niat yang ikhlas..(^_^)waslam...

coretan hari-hariku...

No comments:

Post a Comment