Alhamdulillah..selesai jugak kenduri tahlil nyeratus Arwah Ayah dan Akikah ank buah..Amirul dan Insyirah....fuhhh...kenduri macam majils nyambut menantu..seekor lembu diakikahkan...mulanya nak wat kenduri kahwin abg Adul skali,,disebabkan abg nak tunda ,,xdapat la wat sekali...namun mak teruskan jugak penyembelihan lembu dan dua khemah dipasang..mmg penat gak la..Jumaat(18hb Mac)-Pagi2 aku kekubur Arwah Ayah dengan adik,,lama sudah xdatang menjenguk..kelihatan rumput mula memenuhi sekitarnya..masih ada sepohon pokok pandan dan sekuntun bunga putih(aku xengat nama pokok tue..hehe) masih kelihatan dikubur Arwah ayah..lepas zuhur,,jempot org kg rewang di rumah(ade gak org sebut kendarat)...meriah sungguh makcik2 berkerjasama memotong bahan2 tok kenduri dan membungkus bunga telur..lembu di akikahkan di pusat pembelian dan abg terus bawa balik daging lembu yg sudah disembelih..besornye..ada la dlm 160kg beratnya... giliran org lelaki sibuk menguruskan tulang2 lembu untuk dimasak sup malam nanti..malam baru potong daging kecil2 tok masak dalca dan beriani..ketua tukang masak dijempot khas dari jiran depan umah..keluarga kami panggil Pak ngah...terengat masa aku melihat org lelaki sibuk menguruskan daging lembu..MakNgah menegurku "kalau ayah kamu ada sekarang nih,,mesti die paling sibuk kan Farah?"...aku hanya tersenyum..tiba2 muncul kerinduan buat arwah..cuba kutahan rasa haru dalam hati..bila melihat orang kampung bekerjasama membantu..perasaan syukur dalam ati dilahirkan di kampung yang penuh muhibah ini...walaupun ayah tiada lagi di dunia ini,,golongan tua masih lagi datang ke rumah membantu dan memeriahkan majlis..Arwah ayah amat dikenali di kampung..aku tidak sanggup bila orang menceritakan perihal ayah semasa hidupnya..hati ini amat2 rindukannya..akak ada menasihati..banyakkan sedekah Al-fatihah buat ayah tidak kira kita dimana bila kita tiba2 mengingatiNya..InsyaAllah akak..sesungguh nya amalan anak yg soleh bekalan untuk arwah ayah di akhirat kini...Sabtu(19mac)- jempotan mula datang sekitar jam11pg..saudara mak dan Arwah ayah banyak yang datang..petang dalam kul2 hujan turun tiba2..namun berhenti setelah beberapa ketika..terima kasih kawan2 yang hadir..aku sangat2 menghargai(^_^).... tergelak jugak td bila ada makcik menegurku..majlis besar camnie,,apsal Farah xwat majlis skali,,haha~mana calonnya..wallahualam...sempat plak td direnjis oleh makcik2 masa acara ngundung cucu ketika berselawat..dalam pukul 5.30ptg selesai majlis..kami adik beradik bekerjasama mengemas dan membungkus berkat...sempat akak ipar candid gambar kami satu beradik di dapur masak..huhu..nice moment for us..mak orang paling kuat dalam segala majlis yang diuruskan dirumah..macamne kami nak ngelak mak buat kerja pon..mak mesti ada ade nak dibungkusnya buat saudara..selagi ada kuih muih dan saudara jauh yang datang..mak mesti nak bagi yang terbaik buat mereka..memang susah nak bagi mak lekat di satu tempat...payah orang nak jumpe kadang2 tue..huhu..Mak..U r my mighty women...no wonder ur r loving one with all of ur child....(^_^)... K..cukup lah disini aku berkongsi pengalaman beerti hari ini...apa yang boleh diterapkan disini..hidup ini bagaikan satu rumpun..susah senang bersama..hidupini xbererti andai tiada saudara dan tidak bersaudara..(^_^)waslam..
coretan hari-hariku...
No comments:
Post a Comment