Friday, December 9, 2011

Pengalaman takkan dilupa...


Salam..

Alhamdulillah..selamat jua pergi ke kemboja dan pulang ke tanah air mengikut perancangan...apa yang boleh kuungkapkan pengalaman yang ku alami ialah 'mengagumkan' dan 'menyentuh hati'..kagum dengan senibina di kemboja spt angkor watt dan menyentuh hati ketika bersama keluarga angkat di kg chow metry leu..saat pertama kali menjejakkan kaki di kg chow metry leu...sebuah perkampungan islam kemboja..hanya sesal xsudah sebab xbawak baju yg melambak xguna di malaysia dan barang keperluan..keadaan disana mengimbau cerita arwah abah semasa zaman remajanya..dimana negara miskin yang mula membangun..kehidupan yg bergantung pada hasil tangkapan ikan....jika nak diceritakan sepanjang seminggu sepanjang aku di sana memang xcukup satu hari satu malam rasenye..dengan harapan gambar yang ku tangkap mengungkapkan segalanya..(^____^)


Bersama adik madrasah darul iman

Kanak2 berasak mendapatkan gula2 yg kubawa dr malaysia



keadaan rumah ibu angkat

-tiba dirumah ibu angkat..aku rasa terharu layanan mereka sangat2 istimewa walaupun hidup tidak berkemampuan..malam itu dihidangkan usus lembu rebus,telur grg tanpa myk dan sos kicap..sungguh aku rase betapa tingginya nikmat tuhan kala itu.. esoknya aku dan rakanku yati bercadang nak buatkan sarapan buat ibu angkatku..selepas subuh pabila ku ke dapur..sungguh betapa daifnya mereka..minyak hanya tinggal sejengkal jari kelingkingku..semua barang boleh dikatakan hampir tiada..aku nekad ke pasar membelikan barangan keperluan buat mereka..sungguh..aku tidak sangka betapa sukarnya hidup mereka..namun di hati betapa kita di Malaysia masih tidak bersyukur dengan nikmat melimpah buat kita..2hari di rumah ibu angkat takkan aku lupa sampai bila..terima kasih mak Radiah atas layanan istimewa dan adik2 madrasah yang comel dan hepi go klucky..terengat lagu yg adik tujukan buat daku yng kerdil ni.."i luv, u luv me, we are a big family"..(^____^)febret yg aku takkan lupa, air tebu bercampur limau..sgt sedap..di sana hampir 3kali aku meminumnya,,belum lagi dijamu dengan tebu segar yang dipotong..mengingatkan aku ketika kecik2 dulu..huhuu..




senibina angkor watt

-senibina yg menakjubkan..dibina sekitar 70masihi..tak dapat dibayang dek akal..bagaimana senibina sehebat ini mampu terbina,,ia seperti kehebatan empayar firaun yg membina piramid..mengikut cerita..asalnya kerajaan hindu dibina disitu,,namun jatuh ke tgn buddha..senibina mirip hindu namun digabung dgn senibina buddha..maka wujudnya tamadun indo-cina ketika itu..cewaah konon sejarawan plak an...wallahualam


Lembangan Tasik Tonle Sap

- Sebuah tasik yang amat luas..siapa sangka di tgh2 tasik ada penempatan di situ. kelihatan mereka menampung kehidupan dengan hasil tangkapan ikan dan pelancongan dimana banyak pelancong menyusuri tasik yang indah ini. sepanjang melaluinya ,pelbagai ragam rakyatnya menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wang..ada yang memegang ular, membawa bayi kecil yang kelihatan sangat2 daif. kanak2 mengambil upah mengurut dan macam2 lagi. sunguh ini jua satu pengalaman menarik buatku...


coretan hari-hariku..


No comments:

Post a Comment