Sunday, September 4, 2011

Kisah Tercipta



Salam...

Seminggu menyepi ..Alhamdulillah akhirnya dapat memenuhi sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan..aidilfitri disambut hari selasa lepas..keadaan tidak jauh beza seperti raya2 yang lepas namun sedikit kesunyian terasa kerana tiada ayahanda disisi..selepas solat raya,,bersama adik beradikku ke pusara ayah menyedekahkan doa..seperti kata mak...pergilah kekubur..ayah kamu tgh tggu tue anak2 dia datang... tahun nie aku xberaya sangat..sejak raya pertama jadik penolong tukang masak..raya kedua sedia juadah untuk baraan lelaki..malam raya kedua seperti biasa busu intan(Adik arwah ayah) akan tidur dirumah kami..seronoknya malam itu terrgerak ati mengorek rahsia dari busu kisah zaman dulu ketika arwah nenek masih ada..busu pun seronok bercerita dengan kami ,zaman anak2 moden2 yang xtau kisah tok moyang..busu cerita balik mengikut pengalaman dan kisah yang dia dengar dari arwah nenek..masa tue bersusun adik beradik dan kazenku duduk mengelilingi busu yang duduk dikerusi memulakan kisahnya..aku nak ceritakan balik biar tak lupa tok generasi akan datang..hehe..Arwah moyang..Hj Karim ,ade 5saudara yang merantau ke Malaysia sebuah daerah di Indonesia untuk meneroka bumi malaysia...Pada masa tue pihak british menakluk tanah melayu..atok dan saudaranya memohon memiliki tanah..pihak british memberi pilihan..kiranya inginkan tanah berdekatan sungai,,hanya diberi 5ekar tanah dan kiranya ingin kawasan pedalaman akan diberi 10ekar untuk diusahakan..akhirnya moyang memilih sepuloh ekar dan mula meneroka kawasan kg..dulu sungai merupakan satu-satunya jalan pengangkutan..jalan raya memang xde..atok pon berkahwin dan mempunyai anak dan salah satunya merupakan nenek kami yang bernama fatmah... mengikut kata busu..hjh fatmah berketurunan bugis,,dan sebab tue golongan kami agak garang2 sikit..hehe..kata busu,,nenek mengatakan,golongan bugis mewarisi sifat garang dan besanya golongan wanita yang menuruninya...patotla..huhu...nenek berasal dari banjar masin(kawasan di belah kalimantan).. nenek berpindah ke tanah melayu setelah berkahwin dengan atok(Hj Nawi)...Hj Nawi dibela oleh sorang makcik yang merupakan adik ibu kandungnya... makcik sangat menyanyangi atok dan mewariskan semua hartanya pada atok,,namun makcik yang membela atok meninggal dunia di mekah menurut cerita busu..Hj Nawi ank tunggal namun memiliki adik beradik tiri setelah ibu kandungnya berkahwin lain dan memiliki anak dengan suami yang baru...kata busu..kalo kira salah silah kita memang luas..atok Hj Nawi berkahwin dengan Hjh Fatmah dan memiliki 11orang anak...kini yang masih hidup tinggal 6 sahaja.. Kata busu,,semasa kecil,busu selalu mengikut nenek pegi berniaga sebab nenek suka meniaga seperti kaen dan barang kemas... busu engat lagi,,harga kaen yang dibeli pada harga rm4,nenek jual dengan harga rm4.20..untung cuma 20sen..busu rasa xberbaloi..pembeli hutang plak tue..kami tergelak mendengarnya..busu engat lagi pesan nenek..berdosa kita amek riba..sebab tue nenek xjual mahal2.kadang2 busu rasakan nenek jual tok suka2.. masa dulu sukar untuk mereka memiliki beras...atok besanya akan menjual barang seperti garam ,kapas atau apa sahaja barang keperluan lain untuk mendapatkan beras..macam sistem barter..dikeliling rumah penuh dengan pokok buah2 buahan terutamanya manggis..busu engat lagi,berguni2 manggis dipungut setiap hari,..100biji dijual dengan harga rm2.00..mane nak dapt lagi harga macam tue skarang an...dirumahku kini tinggal 2pohon manggis..itu pon dah sangat tua..seakan menanti rebah jek rasenya..huhuu..lucu bila busu ceritakan kisah mencuit hati seperti hantu suluh..masa itu busu ekut nenek ke sawah padi di port dickson..ketika itu waktu malam...busu terlihat cahaya lampu ditengah sawah...nenek menyuruh busu membilang berapa cahaya yang ada,,mula2 ,,satu2 busu kira..cahayanya bertambah setiap kali busu membilang.. dari sepuluh ke20,lepas tue 30 dan berpuluh.pucat lesi busu..menurut nenek itu la hantu suluh..huhuu..haha..kisah pokok coklat...semasa kecil..abgku farid diberi sekeping coklat..abgku sgt seronok sebab kedaifan memang sukar kami nak merasa coklat..abg ku simpan biji badam yang ada di dalam coklat dan tiba2 dia pergi ke pasu lalu menanam biji badam tersebut..busu hairan lalu bertanya mengapa abg tnam biji badam tue..abgku seraya berkata" t pokok ni tumbuh besar berbuah,,leh la kita makan buah coklat" kami tergelak beramai2... banyak pengalaman mencuit ati..namun xdapat aku nak ceritakan...sungguh satu pengalaman menarik tok dikongsi...walaupun aku tak merasai kasih sayang seorang nenek .namun aku tau sifat kasih sayang nenek mesti sangat tinggi buat cucu2nya pabila akak ku menceritakan bagaimana nenek menyimpan sedikit buah anggur atau makanan mewah yang biasanya nenek dapat semata2 untuk diberikan kepada cucu kesayangannya...syukur Alhamdulillah..Arwah ayah dan Ibuku duduk bersama nenek ketika hayatnya..dan dari situ aku belajar..andai kita berbakti pada ibu bapa...nescahaya hikmah dan nikmat berganda akan kita perolehi...sungguh..anak2 mak semua menghormati dan sangat menyayangi mak..walaupon kami 9beradik...langsung tiada perasaan kekurangan kasih sayang dan ibu ayah bijak menguruskan kami sembilan beradik..engat lagi kata ibuku..kalau kita berjaya mencorakkan peribadi anak sulung kita,,InsyaAllah adik2nya akan elok..sebab yang sulong adalah role model pada adik2nya..ibu dan ayah mencari rezeki dan akak dan abang yang mendidik kita...sungguh akak ku merupakan idola kami...bagaimana hidup bersederhana,,murah hati dan sentiasa positif..dan kaklong lah yang menasihati kami agar tidak kami lalai menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dimuka bumi... Namun dalam hati..doa ibulah yang paling mujarab dan doanya yang membuatkan seorang anak yang degil mampu berubah kepada yang lebih baik(^___^) Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Dan Batin..

coretan hari-hariku..

No comments:

Post a Comment