Friday, November 26, 2010

Dugaan BuatKu....



Salam..
Seminggu aku menghilang,,bukan apa,,aku menghadapai peperiksaan akhir untuk semester ketiga...fokus dengan tidak on9 dlm seminggu,,lepas 2 paper..lagi 4paper menanti,,aku dikejutkan dengan satu dugaan yg tidak disangka..semalam aku menelefon ibu untuk mendapat restu menhadapi peperiksaan pg jmaat..ibu ceritakan yang ayah da sakit dah 3hari,,ibu pujuk ke klinik xmahu..aku janji pada ibu setelah selesai exam pg itu aku akan pujuk ayah ke klinik..namun selesai menjawab kertas..pabila ku telefon rumah,,ayah dah masuk wad..tanpa berlengah aku terus ke hospital..kak long da smpai mlm td dan abg ngah yang hantar ayah ke hospital dan ayah ditahan..kasihan melihat ayah sgt kurus dengan berselirat tiub di pasang pada tubuh ayah ,,hampir 4tiub di pasang,kedua belah tangan, hidung dgn oksigen dipasang sentiasa,,rupanya lebih teruk dari sangkaan ku,,ibu tidak mahu aku terlalu risau,jadi tidak menceritakan kesakitan ayah...mak mahu aku fokus pada paper final yg masih aku perlu hadapi,,hati ini rasa mahu sentiasa disamping ayah,,ketika ayah sedar kehadiran aku,,sungguh ia bersungguh bercerita pada aku apa yang doktor lakukan padanya,,dalam hati tidak ingin ayah berkata kerana nampak susah dgn nafas yg lemah tp aku tidak sggup pula menghampakannya,,terharu rasa hati,ayah masih bertanyakan samada kau masih ada duit ker untuk ker U nanti,,ayahku pesan mengambil duitnya yg diamanahkan pada adik,,dalam dia keadaan sakit masih engatkan kebajikan anaknya,,diluar ku kelihatan ceria,tapi didalam hati aku rasa ingin menangis..td ayah masih menginginkan aku mengurut kakinya..ya Ayah,,berapa kali pon ayah nak,,anakmu sanggup untuk mengurutnya..ayah tidak kuat untuk bangun,,sentiasa baring dan kadang kala mencelikkan matanya,,kelihatan amat tua ayah sekarang,,aku sayangkan ayah teramat sangat,,aku gagahkan diri untuk tidak menunjukkan hati hiba melihat kesengsaraan yg dialami,,teringin aku menggantikan tempatnya,,Ya Allah,,hanya padaMu aku hanya mampu meminta pertolongan,,ringankanlah bebanan yang ditanggung ayahku,,sungguh aku tidak sanggup melihat kesakitanNya...Kau berilah kekuatan baginya menghadapinya penyakitnya..Kau berilah aku kesempatan membahagiakannya..dialah pembakar semangatku,pelindungku,,pemimpin duniaku..dan dialah ketua keluargaku yang tercinta...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA



salam...

Pg nie..aku menyambut hari raya Aidiladha,,,hari penuh barakah,,tahun nie,,hampir 7rumah menjalani ibadah korban..Alhamdulillah,ayah sihat...ayah melaksanakan tanggungjawab menyembelih tiap ekor lembu yang dikorbankan,,,,selepas solat sunat pg raya aku dah ke rumah pakNgah menunggu ibadah korban yang akan dijalankan disana..kelihatan ayah berkemeja biru menunggu lembu ditumbangkan..orang kg bekerjasama menumbangkan lembu sebelum disembelih...saat ayah hendak menyembelih lembu tersebut kelihatan setiap orang melaungkan takbir...perasaan sayu menyelubungi suasana namun itulah ibadah korban yg menuntut kita mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail...seronok tgk orang kg bekerjasama melapah lembu untuk diagih tiap anggota keluarga di kg..hampir asar ayah baru pulang ke rumah menandakan kerja korban dah selesai..mgkin coz hujan lebat ditgahari melambatkan kerja korban td..lewat petang plak,,MasyaAllah,,ramai sungguh yg dtg menghulurkan daging korban yg diagih..penuh dah peti ais ngan tulang n daging,,sebulan pon lom tentu leh abes..itulah kisah aku alami harini...Salam eidul adha..Allahuakbar..

coretan hari-hariku..

waslam..

Monday, November 15, 2010

Kerana Dia Manusia Biasa



"cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

*Cerita ini dipetik daripada fb seorg sahabat,,ku rasakan menarik dikongsi dalam blog ku ini,,kesah ini juga mengingatkan aku pada Akak ku sendiri,,berkahwin dgn suaminya dengan hanya berkenalan cuma sebulan,,bercinta selepas kahwin,,Alhamdulillah kini mempunyai sepasang anak yg comel dan keletah,,moga kebahagiaan berterusan buat mereka..Amin..

coretan hari-hariku...

SaYu Hatiku..



salam..
mggu nih,,byk gak aku coret kat blog,,mgkin coz cuti yg pnjang dirumah..huhu,,harini aku sgt2 terharu..pg td aku alami sakit perut yg teruk,,nk bgn pon xlarat,,yg menyentuh atiku,,bila mak mengurut kakiku,,kata mak,,aku nie penggeli,,besanya perut berkaitan kaki,,kalo urut kaki same mcm kita urut perut,,aku sgt2 hargai,,mmg sejuk giler kakiku pg itu..lepas tue ayah suruh mak ke pasar,,lepas mak ke pasar,,ayah plak ganti urut,,ayah urut lg kuat ,,sakit cket tp aku tau ayah sgt2 berusaha untuk aku sembuh dgn cepat,,rasa nk nangis betapa aku sgt menyayangi mereka berdua,,xnak jauh ngan makayah lg..huaaa~ptg lak, sakit aku da elok,,mujarab sungguh...tp yg sedihnya,,petang tue,,ayah da penin2,,masa aku urut kepalanya,panas sgt,,sakit aku beralih kat ayah ker.;(..malam trus aku pujuk ke klinik sebab ayah nampak xlarat sgt...haha~ade satu crite yg mencuit ati,,abah crita masa jumpa dktor,,dktor boleh tnya nape ayah kurus sgt,,yang ayah plak jawab,,nk wat camne dktor,,org dlu2 makn ubi,pisang...tue yg kurus cenggini..ayah leh plak wat lwak ngan dktor cmtu,,hehe~ Aku cukup risau melihat kesihatan orgtua ku kini,,selalu sgt jatuh sakit...macamne aku nk berjauhan ngan diowang,,aku xsanggup,,lagi2 aku terdengar mak ckap kat ayah.."Farah ade kat umah nih,,kalau xsihat pon ada yang bleh bawak g klinik"...hermm,,sayu aku dgr mak ckap cmtu,,sebab tue klo bleh tiap mggu aku msti balik rumah,,sebab aku nampak betapa seronoknya diowang klo aku ada dirumah,,macam2 benda nk crite kat aku,,walupon kdang2 aku da dgr byk kali sebab kdg2 aku kol umah mak da crita,,mgkin xsame crita depan2 ngan kol..xpe la yg penting mereka gembira,,aku lg suka..lusa nk smbut Aidiladha,,da mcam2 perancangan ayah ckap tok juadah raya nanti,,dalam xsihat pon masih bersemangat nk bantu..InsyaAllah aku nk berpuasa esok,,kata mak,,fadhilat berpuasa 9zulhijjah,,diampunkan dosa kita setahun sebelom dan setahun akan datang,,moga ditrima puasa ku esok hendakNya...belajarlah menyayangi ibubapa kita kerana kelak,,anak2 kita jua akan menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi ibubapa kita...InsyaAllah..Amin.

coretan hari-hariku..

waslam..

Sunday, November 14, 2010

Sama tp xSerupa..



salam...

kisah yang nak dikongsi hari nie,,berkaitan mak..td ptg tman mak g kendri tahlil n ngundung cucu rumah sepupu di kg mak kat Sri Medan..pertama kalinya aku ikut,,sebab mak xsihat aku turut teman sampai kenduri selesai,,sgt ramai sedara mak yg aku masih xkenal..yg peliknya diowang semo kenal aku tp aku yg xkenal mereka,,buruk betul perangai,,huhu,,seronok jugak pegi kenduri tahlil,da lama xbermarhaban,,ramai golongan tua sahaja yg dtg,,cam baya2 aku,,bertuah la..huhu..tgh tolong2 angkatkan juadah,,aku tertolong plak untuk memcuci tgn2 makcik2 yg mungkin kawan2 mak masa muda rasenye,,asal aku hulurkan cucian tgn,,mereka sebut"anak Amah yer nih"aku hanya tersengih,,mengia tidak,menggeleng pon tidak,tp diowg paham la tue,,tapi bukan sowang yg tanye,,sebaris aku hulur air yg tanya,,jenuh aku tersenyum jela,,akak ckap aku iras mak aku ketika mak muda,,aku mmg xleh lari mane2,,kadang aku ke pekan atau ke bandar,,bila ada yg tegur,,aku xkenal pon tanye samada aku ank mak,,memang betul pon,,aku ngaku jela,,huhu..bila da bwk nama mak ke mane2 kena la jge adab,,mmg xleh nyorok pon,,huahua~ Mak anak ke 10 dr 11 beradik,,kire hampir bongsu..sepupu2 aku semo usia lebih kurang mak,,paling muda pon baya kak long kot..aku berkwn pon ngan ank sepupu aku,,xkesah la tue,,tp biler da lame xjmpe,,hampir2 aku xkenal..aih..biler ramai sgt sedara,mmg xleh nk engat,,yg selalo jmpe jela kita engat,,agknye klo terserempak tgh jalan pon xpasan itu sedara,,huhu..semo tanye bila aku nk abes blajo,,gaknye asyik dgr aku blajar jek xkijer2 an..huaa..sabo jela..tp td tercuit bila berborak ngan Julak(maklong)...dah lame xbersurah banjar..klo g kg mak,mmg komfem semo tukar dialeg banjar,,aku faham cuma xpandai nk balas ngan bahasa bnjar tue,,hehe..muka mak ngan Julak xjauh beza,,comel n hampir seiras..sape sangka Julak tua 20 tahun kot ngan mak,,tp Julak xnmpak tua n masih kuat,,penah aku dtg Julak sebok menguruskan kebun sendirian,,tanam ubi,pisang,serai n segala jenis sayuran lah,,masa mak kecik2 dlu pon bukan senang,mak pernah jdk pendayung bawak penumpang menyeberangi sg., menoreh getah,,crite pasal menoreh getah,,time aku kecik dlu,aku curi2 menoreh getah di kebun ayah.mak marah sebab aku dah merosakkan pohon getah dgn suka ati aku jek tarah,,huahua..mmg tobat lepas tue aku xtoreh lg,,masa aku drjah6 baru kebun rumah aku bertukar kpd klapa sawit,,saat kebun getah dulu lebih menyeronokkan bg aku,,ntah la,,mgkin masa tue aku budak2 kot,haha~ah..da menyimpang crite la plak,,k la..cukup la buat kali ni..cuma apa yang aku leh simpolkan,,aku sgt2 menyintai ibuku,dialah aspirasiku,pembakar semangatku,pendukung jiwa raga n segala-galanya bagiku..huhu~begitu juga ayah..hehe~k itulah...

coretan hari-hariku...
buat hari ini:p..
waslam..

Saturday, November 13, 2010

Hari Sabtu..



Salam...

Sabtu:
7.30 a.m
-Aku mengambil Muet Test untuk kali ketiga,,,moga2 kali ini ,,band lebih baik dari sebelom nih,,InsyaAllah..
1.00 p.m
-Hantar member ke bustand tok pulang ke kg,,thank blanjer makan..hehe~
3.00p.m
-tiba dirumah,,mak xde,,terkejut my little bro,poji balik kg,,aik da cuti study week rupenye..
-adk ckp mak g klinik xsihat,,aik,semalam sebelom aku pulang ke Uthm mak sihat jek,,pg td mak penin2 n batuk2.Abg n ayah bwak mak g klinik.
5.00 p.m
-g pekan belikan biskut tok mak,mudahkan mak tok makan ubat.
-suasana pekan agak cuak gak tgk mendong dan angin kencang,,beberapa payung gerai tepi jalan terbang dipukul angin kencang.
-sampai rumah hujan turun berserta guruh.
7.00p.m
-selesai solat,lihat tiada lauk untuk dimakan,tian tgk mak xlarat,,aku pon masak la ape yg ade,,kentang sambal with ikan pekasam,,sedap gak..haha~tp dgn xsengaja,,terluka diri sendiri,,potong kentang pon leh luka tgn,,hai...bertuah tol,,nseb bek adk tlg..kijer memasak selesai dengan segera.hehe~thanks' adik..
9.00p.m
-selesai makan,tgk majalah 3..MasyaAllah,,teruknya kejadian gunung merapi,sgt berani wartawan tv3 tue,,mencabar jugak.
-Ayah da risau samada selamat aku ke Indon bulan depan,InsyaAllah dengan izin Allah,aku akan jaga diri dan dilindungiNya hendakNya.

Moga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baikk dr hari ini,Mak,,semoga sihat kembali,,moga sakit mak ini hanyalah sebagai penawar dosa..ujian Allah buat kita yang Alpa akan nikmatNya..So,,nite semua,,,selamat Malam..

coretan hari-hariku...

Waslam.

Wednesday, November 10, 2010

Melawan Kesepian....



Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti....

(~__~)

mood:jiwa bercelaru...huhuhuu~~

coretan hari-hariku....