Monday, June 3, 2013

kebahagiaan rumah tangga

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas asar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.

Senyum.

coretan hari- hariku..(^_^)/

Tuesday, May 21, 2013

Curi-Curi Cinta

Salam..

Novel..kegemaran aku,,,suka membaca... tak kira buku ape,,aku bedal jek.. lama rasanya aku tak terexcited bace novel ...dan novel curi2 cinta(siti rosmizah) dah buat aku tak tidur malam.. sebolehnya habiskan bacaan malam tue jugak..asalnya aku dah baca buku nih 2 hari..tapi kejap2.. malam tadi aku setting baca start kul 8 malam.. tu pon sebab tgh ABC(Allah bagi cuti)... so, tak pikir perlu solat,..aku terus baca dan baca ,,niat nak berhenti jap..tapi semakin baca semakin menarik,,ada perasaan geram, sedih dan kelakar.. betol2 novel nih bawak aku ke alam kisahnya.. dah lama rasanya aku tak menangis,,kali terakhir melihat pakcikku jatuh sakit(tergenang arwah ayah).... engatkan hati nih keras..tak sangka cair macam ais blended..bukan nangis biasa2..sampai selsema bagai..teresak2 aku..tp tahankan ,,kang dgr dek mak,,kang pelik lak..dah kenapa plak anak dara dia nangis meroyan plak an..huahua..tapi aku memang tabik spring kat siti rosmizah akan plot cerita dia yang berjaya menangkap tangkai hati aku untuk terus membaca dan sememangnya buku2 novel siti rosmizah kijenya mmg maenkan emosi pembaca..sentap kot..huahuahua..bagusnya novel sekarang walaupon banyak mengisahkan kearah cintan cintun,,banyak pengajaran yang diselitkan..realiti sebuah novel itu atas pengalaman seseorang yang kadang seakan klise dgn hidupnya..percaya atau tidak..memang ada cikit relevannya..apa yang aku melalut nih..nak elak ngantuk dipejabat arinih..aku luangkan masa mencoretkan kisah idup aku nih,,,Alhamdulillah buat adik2ku yang kulihat mula menempa kejayaan dalam hidup..adik bongsuku anis bakal ke Australia setelah lepas ujian dan sekarang amek persediaan di kolej mara seremban.. hati ini berangan satu hari nanti mampu untuk melawat dia..tak mustahil bukan..ada kemahuan pasti ada jalan... Poji,adik lelaki baru lepas ujian fizikal dan keputusan temudga masih blom diketahui..moga ada rezekinya,,diha plak dapat offer sambung belajar kat usm, tp pjj(program jarak jauh)..ok la,dpt lg offer gji lebih besar,,hikmah dia berniat tok smbung blaja,,tuhan bg rezki lebih..huhu ok la.. takat nih jela coretan aku hari nih..jap lagi nak melawat tapak dlam keadaan separuh sedar(mamai)#berjaga sampai 5 pagi..elok sangat la tuh.. mata kalah beruang panda n koala...muahaha... sampai bertemu kembali..
waslam...

coretan hari - hariku\(^_^)/
11.30am
22/5/2013

Monday, April 1, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri…

                                              

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.
Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.
Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

## Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan. 

coretan hari-hariku(^_^)/

Wednesday, March 20, 2013

1mac 2013


1mac 2013, tarikh  yg tak patut aku lupa,,,, kdg2,, kita boleh bermimpi atau berangan,, melihat org excident,, bgaimna berada dlm ambulans , akhirnya semua tu terjadi pdku sendri,,, berlaku pada wktu kerja,, aku bru pulang dr melawat tpak di felda airtam,, namun di pertengahan jln,, berpatah balik bile ade supplier nk hntar brg ke tpak,, berhenti di bhu jalan ,,pasti sgt dgn cermin sisi yg xde kenderaan di belakng,, terus amek pusingan,, tetibe bunyi hon yg sgt kuat,, dan ku lihat sebuah alza menghentam bhgian dpn kereta viva hitam kesayanganku... seakan mimpi,, sedar 2 ku terus freekn gear,, angkt hand break dan matikan enjin,, semua dgn tgn knan,, merasakn tgn kiriku amat skit,, mcm terseliuh,, nmun lama kelamaan semkin skit dan langsung xmmpu ku tegakkn,, beristifar tanpa henti dihatiku bg menghilangkn rasa skit itu,, dgn pantas ,, tonto dah menghampiriku,, melihat aku menahan kesakitan, dgn segera die menghntarku ke klinik berdekatan,, sesampi disitu,, dgn selamba doktor menrik tgn ku,, waaa... kembali tgk ia segera dialas dgn bandage,, die merasakan tgnku sudah patah,, lalu die mengarahkan ambulans menghantarku ke hospital,, rasalah aku pengalman menaiki ambulans,, xmenghiburkan langsung rupanya,, mana la seronoknye an,, than sakit kot,, sepnjang perjalanan yg agk mancabar,, melambung2 jek rase,, masalahnya tgnku yg sakit ni terasa la sakitnya bila melambung,, tuhan jek tau,, ku pejam mata smbil beristifar mengurangkan rase..sesampi hospital,, bos ku sudah menunggu,, melihat pergerakan hospital yg agk lmbt,, hospital kerajaan,, dahulukn yg lebih teruk dr aku,, bersabar jelakan,,, bosku terus menghntar aku ke putra specialist, bila ku persoalkn byaran..bosku kata"jgn riso psal bayran"..so , aku berdiam dri dan trus ke citu,, smpi disana,, rupanya ibuku sudah disitu,, dibawa staf pejabat yg mndpt khabar kemalanganku,,, huhu terharu pabila ibuku terus meluru dan mencium kedua belah pipi dan dahiku melihat aku masih sedarkn diri,, disitu baru dr bg ubt than sakit..punya la berjam aku menahan sakit sebenarnya,, huhuhu.. setelah di xray bahagian tgn kiriku,, memang pergelangan tgn kiriku telah patah,, berterabur,, huhu,, doktor menyarankn agar aku menerima pembedahan tok dimasukkn besi,, aku bersetuju mane yg terbaek buatku,, lalu Dr menetapkn, keesokan hari,, aku bakal dibedah,, kini baruku sedar,, bukan seronok pon dok spital nih upenye,,, huhu,, bru ilang satu nikmat tgn,, aku da seaakn tak berupaya,, btul kate org,, bile kita kehilangan sesuatu,, bru kita belajar erti bersyukur,, huhuhu,, sekali lg,, satu pengalaman buatku,, pertama kali masuk ke bilik pembedahan,, selalu tgk kt drama jek,, bru kini ku rasa,, dicucuk masuk air kt tangan,,dipenuhi lampu limpah di bilik bedah,, dipengsankan satu badan,, tp plg kubenci ,, ku dihentikan nafas dan corong tiub agk besar dimasukkn hingga ke dadaku menggantikan nafas sebenarku untuk pembedahan tgn,, tekak aku btol2 sakit bile sdar..engat bius tgn jerk,, maybe sebab melibatkn nadiku,, Dr terpksa menghentikan nafasku sebentar,, maka tak sedar lgsung ape yg Dr da wat padaku,, sedar2 aku dah 3jam dlm bilik bedah,, dlm keadan mamai aku ditarik ke bilik wad semula,, aku btol2 sedar dlm jam 9 malam,, mak setia disisiku,, sukar nak cari ibu setabah mak,, terengat bgaimna tabah stiap saat disisi arwah ayh semasa dihospital dulu,, aku pham perasaan ibu,, sepnjang 5hari di wad,, mak langsung xbalik umah,, puas ku pujuk suruh pulang berehat,, ibu tetap enggan,,melihat ank terlantar di wad,,bukan sesutu yg diinginkn seorg ibu pon didunia,, syg mak dunia wal akhirat,,, kini sudah hampir minggu ke3 aku keluar wad,, jari2 ku sudah mampu bergerak,, sudah boleh mandi sendiri,, walau masih terkial nak pakai baju,, huhu,, mungkin tgn kiriku tidak sama mcm dulu lg,, namun aku masih bersyukur Allah tidak mengambil terus nikmat ini,, hanya direhatkn sementara,, bercuti sebulan kerja,, namun tiap minggu aku ke pejabat menolong sdikit kerjaku agr tidak tertangguh,, mujur opis dkat jek,, huhu,,  so,,sampai sini jela pengalman yg nk aku kongsi buat tatapan ku dimasa tua,, kelakar plak bila pikir,,, kdg kita berangankan sesuatu yg xpatot,, jdik,, nasihat tok diri sendri,, bersangka baik la pada dri sendri mahupon org lain,, tiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya,,


Coretan hari hariku (^_^)/

Thursday, January 17, 2013

Kayu Api

Salam..

Hari ini aku ingin berkongsi aktiviti hujung minggu ku yang lalu,, bersama Mak, abg Ngah ,Abg Adol dan adikku Diha..kami ke kebun mak di Sri Medan.. Niatnya untuk mencari kayu api sempena majlis walimah abg Uoo(Mahmudin) yang bakal berlangsung tak sampai sebulan je lagi.. Kebun mak asalnya sebuah kebun getah namun dah bertukar kepada kebun sawit sejak beberapa tahun yang lalu.. terengat kisah kanak2 betapa seronok apabila pulang ke kampung mak,, perlu menaiki bas sambung2.. sekurangnya 3 bas perlu kami naik untuk sampai ke kampung nenek yang jaraknya ku rasa hanya 30km sahaja.. Alhamdulillah pabila kini, kami dah memiliki kenderaan sendiri,, tak sampai setengah jam sudah sampai ke kampung mak yang berada di Kg Pt. Bangas, Sri Medan.. eh berbalik aktiviti kami..untuk memastikan kami dapat bawa balik sebanyak mungkin kayu api.. 3 buah keta konvoi ke kebun mak,, sebuah kancil, viva dan Saga flx melunjur santai ke kebun mak.. Alhamdulillah mak masih kekalkan bahagian hujung kebun mak yang masih berbukit dengan dusun buah-buahan ..agak teruja bila kali pertama kuharunginya..macam dalam hutan belantara ..sebab berada dihujung bukit..mak tak dapat selenggara.. tapi jelas kelihatan pokok duku langsat, durian dan rambutan menjulang tinggi.. menunjukkan berpuluh tahun usianya.. abg Ngah cerita pada kami,, pada zaman kanak2nya dia pernah memanjat pohon duku langsat itu dan memetik buahnya.. bestnya.. tak sangka kami ade dusun.. namun tak pernah merasai buahnya,, mak cakap sukar nak jaga sebab terlalu banyak monyet dan takkan sempat kami merasainya.. takpelah,, ini rezeki monyet an..bile tgk sekeliling penuh ngan kebun sawit..memang tak mustahil..cuma dusun ini sahaja kekal sebagai sumber makanan untuk monyet yang masih wujud di kawasan ini... moga rezeki tok monyet nih menambah pula rezeki untuk kami disebaliknya..amin..eh..kenapa masa kami datang, langsung tiada kelihatan seekor monyet sekalipon..berhijrah ke..hehe~ bermula la proses menebang pokok getah yang terselit di celah dusun kami...semua tinggi2 dan tirus2... menggunakan cara konvensional.. abg ngah gergaji bersama abg adol menumbangkan pohon getah.. aku dan Diha tak ketinggalan mencuba gergaji pohon getah..abg bawak dua gergaji..so, kami pon cuba la nasib.. dapat la juga tapi tak la selaju abg2ku kan..hehe~ penat gak sekali sekala mandi peluh..huhu..nampak sangat budak moden..cepat betul letihnya.terengat kembali Arwah abah melakukan kerja begini sendirian..seakan mudah baginya...*i miss him.. setelah beberapa pohon getah tumbang, abg mula memotong kecil agar muat di masukkan ke bonet kereta.. kami mula memunggah ke dalam kereta sorong lalu dibawa ke kawasan letak kereta..kereta kami tak boleh masuk ke hujung kebun mak kerana tiada laluan kereta..so, bertambah dua kali kerja memunggah dan mengangkut kayu.. mak dah lesap masa kami memotong kayu..rupa-rupanya bersembang dengan saudara mara mak..maklumlah bukan selalu jumpa sedara,,dah jumpa..memang macam2 jela ceritanya..ada juga kayu lama yang dah tumbang sebelum nih yang berada dicelah kebun sawit..kami pon potong kecil kyu getah lama yg sedia tumbang..sabar jela..punya penat2 tumbangkan kayu getah..rupanya berlambak kayu getah dipotong bersepah tak digunakan..sebab berada dikebun jiran..jiran pon sedara sendiri sebenarnya..huhuu.. namun ini satu pengalaman yang takkan dilupakan..rupanya bukan mudah untuk mencari kayu api.. ohh ya..sebenarnya kayu api nih nak digunakan untuk masak nasi masa majlis nanti..kata tukang masak, guna kayu api untuk masak nasi lebih sedap berbanding menggunakan dapur gas.. kami hanya menurut perintah... untuk keselesaan dan kepuasan pengguna..hehe~sekian entri saya di pagi jumaat yang indah ini.. Salam jumaat.. luhurnya jiwa bila berbakti...bahagia sentiasa andai diikhlaskan hati....moga bertemu lagi, insyaAllah...waslam

coretan hari-hariku \(^_^)/

Wednesday, January 9, 2013

Sebiji Epal


Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

coretan hari-hariku..(^_^)

Tuesday, January 1, 2013

Be careful


Sebuah kisah.....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak- anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?". "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan pedal minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti". "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah,Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun dalam mimpi hehe ~~~ \(^_^)/

Coretan hari-hariku.....