Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda
bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari
ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang
sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai
tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari
tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal
dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari
bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh
berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon
epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut.
Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera
menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana
termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu
sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp
keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd
keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn
mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa
banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh
berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh.
Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi
puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila
memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak
memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk
menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur
dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di
dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah
kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar
tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah.
Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat
maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak
pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan
sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga,
hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg
amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir
Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang
Menghidupkan Agama”.
coretan hari-hariku..(^_^)
No comments:
Post a Comment