Alkisah ciuman pagi…
Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari
rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di
telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan
kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar
satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas asar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan
untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan.
Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya
apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru
makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu
tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata
sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi
untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama
lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak
mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada
ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah
meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke
sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya
keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu
dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan
Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis
tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam
dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal
ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah”
jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat
ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam.
Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk
semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun
perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak
menghargai Ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia
mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat
demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium
dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas
peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi
apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan
ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab
itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur
keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin
pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli
hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak
menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris
sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang
terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah
terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium
dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam
hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah
akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang
dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu
sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang
dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan
memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.
Senyum.
coretan hari- hariku..(^_^)/
No comments:
Post a Comment