Sebuah kisah.....
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza
lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru
masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak- anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam
ni,ye?". "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada
isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih
kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan pedal minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak
sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba
Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit
kita sampai kampung nanti". "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya
memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus
memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa.. kan, tengok. Tak
ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi
bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear
3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan
untuk memotong dan....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan
gagah dan.....BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara
emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza
mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah,Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya
memandang Usin tepat-tepat. "Macam mana dengan isteri Usin mak,
Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada
hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi
sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk
dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun dalam mimpi
hehe ~~~ \(^_^)/
Coretan hari-hariku.....
No comments:
Post a Comment