Wednesday, December 14, 2011

Now And Forever..





Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz.. saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

isteri solehah

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
isteri solehah

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.



Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

jenazah isteri

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….


p/s: kisah yg menyentuh hatiku setelah membacanya..setiap manusia tak terlepas membuat kesilapan,namun ramai yang sedar dan menyesal setelah kehilangan terjadi atas dirinya..sesal dulu pendapatan,sesal kemudian..tidak berguna...(^_^)

coretan hari-hariku..

Tuesday, December 13, 2011

Kenduri

Salam..

uwahhh..kerja banyak tapi aku masihmenyempatkan diri menulis blog..saje nak bagi pecah otak jap..bile tulis blog nih idea mencurah2 jek kuar.tang nak menyiapkan tesis psm, berkulat jugak idea nk muncul..sabooo jelah... minggu lepas hari sabtu malam ahad. rumahku wat tahlil arwah abah..genap setahun pemergiaannya..rase baru semalam dia meninggalkan keluarga. Alhamdulillah tidak terasa kehilangannya sebab setiap pesanannya tetap dihati ini.bagaikan segala perkara yang nak dibuat seakan dia bersam disebelah memerhati. kenduri pun berjalan amat lancar.semua adik beradik pulang ke kampung,kerja yang banyak menjadi mudah.

so,biler kenduri memang aku xhadap laptoplah nk menyiapkan PSM aku..bertangguh lagi kerja aku.huhuu.. tapi sekali sekala kenduri,seronok biler rumah riuh..masak banyak pun tetap abes.makan berebut2..anak2 buah bising membuat onar. tp memang happening.inilah sebuah keluarga yang bahagia bagiku. pepagi lagi aku ke pasar dengan abang untuk cari bahan kenduri. adik pula beli sarapan. balik pasar mula start potong2 bawang,cabut bulu ayam kg. Aym Kg mak banyak sangat.So,10 ekor telah dikorbankan untuk membuat kari ayam Kg. Delicious. TerBaek!!lah mak..hehe..tengahari tue aku menyediakan makan tengahari,semua benda aku nak buat,akhir nak dekat zuhur baru ciap...nasib bek takde yang mngadu lapor..biler tgk ank buah makan beramai2 dalam dulang..tercuit rase hati..mesti seronok makn ramai2 diantara mereka..klo disuruh makan sorang2 kat pinggan punyalah payah bebudak nih.tp dah kongsi satu dulang laju plak makannya..gaknya ade aura keseronokan kat citu kot..hehehe..

Alhamdulillah malam tue mak nak buat makan berdulang plak..banyak lah pinggan nak guna..malam cuma jempot lelaki jek n wanita just jejiran jek..ade 20 dulang gak abes.. paling lepak bab nak membasuhnya lah..lencun gak baju kurung aku dibuatnya..thanks for my kazen coz tolong..so cepat gak ciap..huhuu..habes kenduri lepak2 ngan family,bergelak tawa,,sempat kena soal pasal tesis ngan kak long..alamak!! die lagi advance dari aku..sejak dia wat master,,rajin kongsi maklumat ngan aku..kadang2 tak terjawab gak aku..mula2 sambong dulu nampak dia tak bleh handle..tapi sekarang nampak dia teruja biler dapat sambong belajar... nie yang membakar semangat aku jadiknya..sampaikan mak pon, akak ajak sambong belajar..huhuuu... so, u are Superb!! hehe~ ok lah..meleret sudah citer aku nih..just nak release pale otak yang tgh memerah mencari idea bernas tok dimasukkan dalam technical report..k la..see me next time..Wassalam(^_^)


coretan hari-hariku...

Friday, December 9, 2011

Pengalaman takkan dilupa...


Salam..

Alhamdulillah..selamat jua pergi ke kemboja dan pulang ke tanah air mengikut perancangan...apa yang boleh kuungkapkan pengalaman yang ku alami ialah 'mengagumkan' dan 'menyentuh hati'..kagum dengan senibina di kemboja spt angkor watt dan menyentuh hati ketika bersama keluarga angkat di kg chow metry leu..saat pertama kali menjejakkan kaki di kg chow metry leu...sebuah perkampungan islam kemboja..hanya sesal xsudah sebab xbawak baju yg melambak xguna di malaysia dan barang keperluan..keadaan disana mengimbau cerita arwah abah semasa zaman remajanya..dimana negara miskin yang mula membangun..kehidupan yg bergantung pada hasil tangkapan ikan....jika nak diceritakan sepanjang seminggu sepanjang aku di sana memang xcukup satu hari satu malam rasenye..dengan harapan gambar yang ku tangkap mengungkapkan segalanya..(^____^)


Bersama adik madrasah darul iman

Kanak2 berasak mendapatkan gula2 yg kubawa dr malaysia



keadaan rumah ibu angkat

-tiba dirumah ibu angkat..aku rasa terharu layanan mereka sangat2 istimewa walaupun hidup tidak berkemampuan..malam itu dihidangkan usus lembu rebus,telur grg tanpa myk dan sos kicap..sungguh aku rase betapa tingginya nikmat tuhan kala itu.. esoknya aku dan rakanku yati bercadang nak buatkan sarapan buat ibu angkatku..selepas subuh pabila ku ke dapur..sungguh betapa daifnya mereka..minyak hanya tinggal sejengkal jari kelingkingku..semua barang boleh dikatakan hampir tiada..aku nekad ke pasar membelikan barangan keperluan buat mereka..sungguh..aku tidak sangka betapa sukarnya hidup mereka..namun di hati betapa kita di Malaysia masih tidak bersyukur dengan nikmat melimpah buat kita..2hari di rumah ibu angkat takkan aku lupa sampai bila..terima kasih mak Radiah atas layanan istimewa dan adik2 madrasah yang comel dan hepi go klucky..terengat lagu yg adik tujukan buat daku yng kerdil ni.."i luv, u luv me, we are a big family"..(^____^)febret yg aku takkan lupa, air tebu bercampur limau..sgt sedap..di sana hampir 3kali aku meminumnya,,belum lagi dijamu dengan tebu segar yang dipotong..mengingatkan aku ketika kecik2 dulu..huhuu..




senibina angkor watt

-senibina yg menakjubkan..dibina sekitar 70masihi..tak dapat dibayang dek akal..bagaimana senibina sehebat ini mampu terbina,,ia seperti kehebatan empayar firaun yg membina piramid..mengikut cerita..asalnya kerajaan hindu dibina disitu,,namun jatuh ke tgn buddha..senibina mirip hindu namun digabung dgn senibina buddha..maka wujudnya tamadun indo-cina ketika itu..cewaah konon sejarawan plak an...wallahualam


Lembangan Tasik Tonle Sap

- Sebuah tasik yang amat luas..siapa sangka di tgh2 tasik ada penempatan di situ. kelihatan mereka menampung kehidupan dengan hasil tangkapan ikan dan pelancongan dimana banyak pelancong menyusuri tasik yang indah ini. sepanjang melaluinya ,pelbagai ragam rakyatnya menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wang..ada yang memegang ular, membawa bayi kecil yang kelihatan sangat2 daif. kanak2 mengambil upah mengurut dan macam2 lagi. sunguh ini jua satu pengalaman menarik buatku...


coretan hari-hariku..


Monday, November 28, 2011

Heading To Cambodia

Salam..

lagi dua hari aku akan berlepas ke kemboja..macam2 perasaan..1st time ke negara org..terengat kembali tahun lepas aku membatalkan niat ke indonesia atas pemergian arwah ayah..terengat kembali kata-kata mak ketika itu..belom rezeki kamu nk ke luar negara..mana tau satu hari nanti lebih jauh kamu pergi..benar kata mak...atas doanya..aku akan ke kemboja ..barang2 pon dah packing..aku pon xpasti masih ada lagi ke yang tertinggal...moga perjalanan aku selamat pergi dan balik..bagaimanapun aku miss 1 test..balik nanti akan retest..katanya makin susah bg yg retest..hendak2 takla begitu..huhuu...masa pon semakin hampir untuk sem nih..kerja mmg semakin banyak dan bertimpa..try tuk cool dan tak gelabah..selesai kerja satu persatu..mood kena selalu hepi..setiap masalah akan ada jalan penyelesaian..cuma jgn dikusutkan..hehe..bile terenagt dalam minggu yang sebok nih..sempat lagi aku ke pangkor minggu lepas..sabtu lepas ke pahang..itu atas kecemasan bukan dirancang..dan lagi 2ari aku ke kemboja..biler difikirkan balaik..kita merancang rapi perjalan hidup kita,namun diselitkan jua dugaan yang menuntut kita untuk tidak alpa dan masih dalam kesedaran diri..kadang2 kita tersalah langkah..langkah yg kita tidak sedar telah menjauhi Allah..dengan dugaan..kita kembali mengingatinya...semoga aku tidak alpa atas nikmatnya..diberikan aku kesempatan melihat anugerah ciptaan tuhan membuatkan aku bersyukur tidak terkira atas kurniaan-Nya..(^_^)

coretan hari-hariku..

Sunday, November 27, 2011

istimewa dlm hidupku...



Salam..
26hb nov 2011..seawal jam8pg sudah berciap nak ke program finishing school bersama rakan serumah..dihadapan pintu rumah..rakanku menerima satu panggilan..satu kejutan apabila dikhabarkan ibunda tercintanya meninggal dunia secara mengejut...sungguh suasana kala itu begitu mengejutkan dan sayu..dihati hanya teringatkan ibunda tercinta di rumah..dengan kadar segera kami satu rumah membatalkan ke program asal dan terus hantar rkanku ke kampungnya di pahang ..dapat kulihat betapa sedih nya beliau menerima panggilan itu dan kami turut simpati atas kehilangan itu... di sini..ku tujukan sebuah kisah seorang anak menghargai betapa pentingnya seorang ibu di dalam hidup kita..selamat menghayati dan mengambil pengajaran..(^_^)waslam

Alhamdulillah........
Allah berikanku wanita istimewa dlm hidupku...

Orang kata aku lahir dari perut mak... (Bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan ..... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku...... Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila sedih, aku cari..... Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak..
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

p/s: buat sahabatku Siti Norazami Ali ,takziah atas pemergian ibunda tercinta ke rahmatullah pada 26 nov 2011... semoga tabah dan redha atas pemergiaannya..kita jua akan menyusuli kesana meninggalkan kehidupan sementara di dunia ini...semoga arwah dicucuri rahmat dan aman disana..amin...

coretan hari-hariku..

Monday, November 21, 2011

Beach Camp 2011




salam

18hb hingga 20 hb nov haritu aku ikut trip beach camp 2011 kat pulau pangkor, ...wah!!!seronoknya..dah lama aku nak g pulau pangkor..peluang yang tak disiakan lepas kelas pantai n pelabuhan buat trip kem kat situ...bergerak malam sabtu..sesedar jek pagi tue dah sampai lumut..nek feri ke pangkor lebih kurang setengah jam sampai la pangkor...pastu terus nek van pink ke kem rimba ..jauh gak dari jeti..tp tempatnya memang cantik..lepas kg nipah..pangkor ni ala2 kg koboi..menarik gak..sesampai kem..terus bina khemah..pastu dengar taklimat dari Dr.Tan...pastu pancang pun dibina kat laut..seronok sebab kami bekerjasama menanam pancang..group aku amek ukuran shift pertama..so start dr 12.30 sampai 8.30 malam..sepanjang tue kami lepak tepi pantai jela..ramai jugak orang..mungkin sebab cuti sekolah dah mula start kan..lama gak berendam kat pantai..tak penah selama ni aku lepak kat pantai ..dekat 8jam tue..naseb bek la uzur..kalau x..berkali gak la nk tukar pakaian kan..amek ukur sekejap jek ..byk men air jek lebih..macam pergi percutiaan plak rasenya..lepas abes shift ,malam tue kami jalan kaki ke kg nipah..hidup lagi pekan nipah nih...banyak pengunjung..ala2 pekan koboi..tp kaki aku dah penat giler..plus penat jaga ukur n berenang sepanjang petang tadi..mata dah cukup berat...tapi gagahkan jugak la..bukan senang nk dapat peluang pergi sini lagi kan..huhu..nak simpan tenaga tok snorkeling esok..hehhe~esoknya pepagi lagi g snokeling ...dekat kul11 baru balek kem semula..lepas tue..xla terus g mandi..berendam la lagi kat tepi pantai lak kan..huhu...fuhh..memang2 puas la...dalam kul3 baru nek feri balik lumut...3tempat aku singgah beli cenderahati tok family n fren...pergh..memang menarik trip kali nih..macam mereleasekan tensen kerja yg melambak2 kat u rasenya..hehehe~4pagi sampai uthm..aku terus gerak balik kg....sesampai rumah..mak tak tido lagi rupanya tgh sedia juadah sahur tok adik aku..aku pon ape lagi..tumpang sekaki la..hehe~(^_^)

coretan hari-hariku...