Monday, January 3, 2011

1st Day



Salam..
3hb jan 2011..
Pagi2..,,aku hantar adik ke sekolah dulu,lepas tue g belikan syur n ikan 4 my mum..dalam 7.30 barulah aku gerak g U..Hari pertama aku untuk semester ke4 di UTHM...hua..berkobar2 dengan semangat baru,fokus yg baru,,tp macam besa tok hari pertma xbyk yg dah mula,,ade la dlm dua kelas yg da start,,sem nie byk projek rasenye,,xpe la,,buat minggu nie aku ulang alik dr U ngan kg coz mak xde teman..adik start benti kerja nextweek..yg besnya sem nie kelas aku smpai hari khamis jek,,komfem la aku selalo balik umah...he2..haaa..ade satu cerita..kenangan manis mencuit ati,,aku balik umah dalam kul 4..lepas tue tertido jap..petang dalam kul 6,,mak mntak tolong halau lembu sapelah yg terlencong masuk kebun,,lepas halau..kazen datang hantar buah nangka,,haa..time nie la,tibe2 nampak mak halau mak ayam ngan 16ekor anaknye ke dalam reban..mak suh tangkap,,mak ayam xberani sgt nk tangkap,jadik aku guna penyauk ikan,,,dah dpt tangkap rupenye jaringnya bocor,,terlepas sudah...riuh satu umah berlari2 halau ayam ke reban,,lepas mak ayam dah masuk reban,,lagi penat rupenye nak tangkap anak ayam,,sgt2 licik..sembunyi punyelah susah nk cari,,dah dapat tangkap la dalam 10 ekor rasenye,,tp aku sgt pelik apsal xabes2 kitorang tangkap nie,,xsangka rupenye reban tue bocor n anak ayam lepas tok turun balik,,cehh..punye la buang masa aku dari td..tergelak semo bile tgk selamba jek anak ayam tue turun balik n main sembunyi2..last2,,semo giveup..mak kate biarkan jek,,pandai2 la diorang nek t..hahahaha~ klako betol lah...pasni tobat xlarat aku nak tangkap ank ayam sebegini rupa..he2..waslam..(^_^)

coretan hari-hariku..

Thursday, December 23, 2010

Tahniah Adik!!



Salam..
Hari ni adik ambil keputusan PMR..msti dia berdebar macam aku dulu gak,,tahniah dik walaupun dengan 7A1B,,hebat tue,,akak pon xsehebat adik..terengatkan kata-kata arwah ayah,,andai adik xdapat semo A,,arwah ayah belanja adik ns grg ayam sepuloh ari berturut2,,namun kini mak nk lunaskan janji arwah ayah tue,,knapa arwah ayah nak belanja ns grg aym??sebab itu makanan febret adik..klo arwah ayah ke sulong malam2,,menu utama yg adik kirim mesti ns grg ayam..ayah da faham sgt..tapi td adik mcm xberminat bila nk tempah ns grg ayam,,terengatkan arwah ayah atau tengahari td mak msk ayam??wallahualam....apa2..teruskan perjuangan adik yg masih panjang,,pasni adik nak ke sekolah kena la nek bas sendiri,,ayah dah xde nak hantar dan ambil adik,,klo akak ade pon pg jek sempat tok hantar adik..adik jaga mak coz adik yang akan ada lebih masa bersama mak,,adik tunjuk kat mak yg anak mak leh cemerlang walaupon kite anak kg k..GoodLuck dik,,p/s:pasni tingkatkan bahasa melayu adik,,jgn dok basurah banjar jek,,hehe~

coretan hari-hariku..
waslam

Tuesday, December 21, 2010

Kuatkan Aku..

Salam..
Kaganangan Bahari Kalak...(Terkenangkan Masa Lalu..)..ermm..22hari aku hidup sebagai anak yatim...Setiap hari ibu bercerita tentang ayah,,seakan segala benda yang kami lakukan ada saje membuatkan kami terengatkannya..perbuatannya sebelum pergi menyahut panggilan ilahi..segala perkara yang dilakukan menunjukkan beliau telah memberi isyarat pemergiaan buat selamanya di dunia yang sementara ini..namun kami seakan alpa dan leka,,walaupon ada yang penah terfikir dibenakku sendiri..namun xterlafaz didepannya.. ibu seorang wanita yang sangat tabah..aku tau..sepanjang hidupnya,,tidak pernah berjauhan dengan ayah..tapi ibu tidak pernah menitiskan airmatanya di depan anak2.. pabila ibu menceritakan dia tahu ayah sudah lama menahan penyakitnya..ibu redha pemergiaannya dari melihat ayah menanggung kesakitannya setiap hari..sekurangnya kami bersyukur diberi kesempatan mengajar ayah mengucap dan ibu sempat memohon keampunan..Bila aku terkenangkan keterlanjuran kata-kataku sepanjang ayah masih hidup,,airmata gugur dgn sendirinya,,namun aku sangat bersyukur,,diakhir2 hayatnya,,aku banyak disampingnya,,kadang2 aku terengatkan lagi waktu Ayah mengurutku ketika sakit,,memanggil nama penuhku ketika mengejutkan aku di subuh hari,,menyentuh lembut kakiku agar bangun pagi..aku rindukan semua itu,,sungguh aku sangat rindukan ayah,,kini hanya kalimah allah yang mampu kuutuskan buatnya...sesungguh amalan anak yang soleh mampu membahagiakan dia kini..Ayah,,,sungguh...anak ayah ini xkan berhenti merindukanmu...sangat2 menyintaimu...aku berjanji akan menjaga ibu dengan sedaya upayaku..aku akan membahagiakannya seperti telah ayah berikan pada ibu...moga tidak akan berhenti engatan anakmu buatmu..moga aku ditingkatkan iman dan istiqamah,,semua yang aku lakukan kerana Allah SWT hendakNya...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam..

Wednesday, December 8, 2010

Pergi Seorang Insan Bergelar Ayah




salam..

01 Disember 2010..4.55 petang..perginya seorang insan bergelar ayah..pergi menghadap ilahi..meninggalkan isteri dan 9orang anak yang dikasihi...aku ketika itu di dalam dewan peperiksaan menghadapi kertas analisis struktur..gegaran hp yang disilentkan membuatkan aku nekad untuk menjawab panggilan selepas meminta izin dari pengawas peperiksaan,,panggilan dari adik yg menyatakan pemergian ayah ke rahmatullah kuterima dengan redha dgn lafaz innalillahiwainnailaihirajiun...namun juraian airmata xdapatku tahankan..perginya ayah tercinta,yang mengasuhku dari kecil,mendidikku,melindungiku,menjaga kebajikanku.. Ya Allah, dia telah menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya..maka kau berilah balasan apa yang telah engkau janjikan...dan juga barangsiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga..dengan itu ya Allah tempatkanlah syurga buat ayahanda ku..kerana tiada cacat cela sepanjang hidupnya menjagaku,membawa makanan buat keluarganya,mendahulukan anak perempuannya..namun ketegasan dalam agama juga dipegangnya,ku pohon ya Allah,,jangan kau seksanya,,kau peliharalah ia seperti mana ia memeliharaku dengan kasih sayang sejak kecil,,aku redha pemergiannya menghadapmu terdahulu dariku,,andai itu suratan yang telah kau tetapkan,,moga aku masih diberi kesempatan berbakti pada ibuku,,kau berilah keizinan untukku menyanyanginya,,menbahagiakannya,,memenuhi keinginannya,,dan kau berilah aku kekuatan dan semangat dalam menempuh dunia yang mencabar ini ya Allah ,,moga aku tidak lalai dan melupakan segala nikmat mahupun musibah yang kau berikan ke atasku,,Akhir kata dariku... Ya Allah..Ampunilah dosa Arwah Ayahandaku,Mahfodz bin Hj Nawi..dan kau berilah syurga yang terbaik buatnya,,InsyaAllah..amin..

waslam..

coretan hari-hariku..

Friday, November 26, 2010

Dugaan BuatKu....



Salam..
Seminggu aku menghilang,,bukan apa,,aku menghadapai peperiksaan akhir untuk semester ketiga...fokus dengan tidak on9 dlm seminggu,,lepas 2 paper..lagi 4paper menanti,,aku dikejutkan dengan satu dugaan yg tidak disangka..semalam aku menelefon ibu untuk mendapat restu menhadapi peperiksaan pg jmaat..ibu ceritakan yang ayah da sakit dah 3hari,,ibu pujuk ke klinik xmahu..aku janji pada ibu setelah selesai exam pg itu aku akan pujuk ayah ke klinik..namun selesai menjawab kertas..pabila ku telefon rumah,,ayah dah masuk wad..tanpa berlengah aku terus ke hospital..kak long da smpai mlm td dan abg ngah yang hantar ayah ke hospital dan ayah ditahan..kasihan melihat ayah sgt kurus dengan berselirat tiub di pasang pada tubuh ayah ,,hampir 4tiub di pasang,kedua belah tangan, hidung dgn oksigen dipasang sentiasa,,rupanya lebih teruk dari sangkaan ku,,ibu tidak mahu aku terlalu risau,jadi tidak menceritakan kesakitan ayah...mak mahu aku fokus pada paper final yg masih aku perlu hadapi,,hati ini rasa mahu sentiasa disamping ayah,,ketika ayah sedar kehadiran aku,,sungguh ia bersungguh bercerita pada aku apa yang doktor lakukan padanya,,dalam hati tidak ingin ayah berkata kerana nampak susah dgn nafas yg lemah tp aku tidak sggup pula menghampakannya,,terharu rasa hati,ayah masih bertanyakan samada kau masih ada duit ker untuk ker U nanti,,ayahku pesan mengambil duitnya yg diamanahkan pada adik,,dalam dia keadaan sakit masih engatkan kebajikan anaknya,,diluar ku kelihatan ceria,tapi didalam hati aku rasa ingin menangis..td ayah masih menginginkan aku mengurut kakinya..ya Ayah,,berapa kali pon ayah nak,,anakmu sanggup untuk mengurutnya..ayah tidak kuat untuk bangun,,sentiasa baring dan kadang kala mencelikkan matanya,,kelihatan amat tua ayah sekarang,,aku sayangkan ayah teramat sangat,,aku gagahkan diri untuk tidak menunjukkan hati hiba melihat kesengsaraan yg dialami,,teringin aku menggantikan tempatnya,,Ya Allah,,hanya padaMu aku hanya mampu meminta pertolongan,,ringankanlah bebanan yang ditanggung ayahku,,sungguh aku tidak sanggup melihat kesakitanNya...Kau berilah kekuatan baginya menghadapinya penyakitnya..Kau berilah aku kesempatan membahagiakannya..dialah pembakar semangatku,pelindungku,,pemimpin duniaku..dan dialah ketua keluargaku yang tercinta...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam...

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA



salam...

Pg nie..aku menyambut hari raya Aidiladha,,,hari penuh barakah,,tahun nie,,hampir 7rumah menjalani ibadah korban..Alhamdulillah,ayah sihat...ayah melaksanakan tanggungjawab menyembelih tiap ekor lembu yang dikorbankan,,,,selepas solat sunat pg raya aku dah ke rumah pakNgah menunggu ibadah korban yang akan dijalankan disana..kelihatan ayah berkemeja biru menunggu lembu ditumbangkan..orang kg bekerjasama menumbangkan lembu sebelum disembelih...saat ayah hendak menyembelih lembu tersebut kelihatan setiap orang melaungkan takbir...perasaan sayu menyelubungi suasana namun itulah ibadah korban yg menuntut kita mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail...seronok tgk orang kg bekerjasama melapah lembu untuk diagih tiap anggota keluarga di kg..hampir asar ayah baru pulang ke rumah menandakan kerja korban dah selesai..mgkin coz hujan lebat ditgahari melambatkan kerja korban td..lewat petang plak,,MasyaAllah,,ramai sungguh yg dtg menghulurkan daging korban yg diagih..penuh dah peti ais ngan tulang n daging,,sebulan pon lom tentu leh abes..itulah kisah aku alami harini...Salam eidul adha..Allahuakbar..

coretan hari-hariku..

waslam..

Monday, November 15, 2010

Kerana Dia Manusia Biasa



"cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih? "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.


Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam.

*Cerita ini dipetik daripada fb seorg sahabat,,ku rasakan menarik dikongsi dalam blog ku ini,,kesah ini juga mengingatkan aku pada Akak ku sendiri,,berkahwin dgn suaminya dengan hanya berkenalan cuma sebulan,,bercinta selepas kahwin,,Alhamdulillah kini mempunyai sepasang anak yg comel dan keletah,,moga kebahagiaan berterusan buat mereka..Amin..

coretan hari-hariku...