Thursday, October 28, 2010

Keistimewaan Wanita..



Salam..

lama jugak xmembaca buku ilmu,,tertarik pulak biler terbaca tentang 50 keistimewaan wanita ...jadik aku nk kongsi diantara 10 keistimewaan wanita buat hari nie...:)

1. Doa wanita lebih makbul drp lelaki krana lebih penyayang dari lelaki.Sabda Rasulullah: "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia." (tbe2 terengatkan ibu tercinta..luv u mum..)
2. Wanita solehah lebih baik drp 1000 org lelaki yg tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org wali.
4. seorang wanita solehah lebih baik drp 70 lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama org yg sentiasa menangis takutkan Allah SWT dan org yg takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yg membawa makanan untuk keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.hendaklah mendahulukan anak perempuannya drp anak lelakinya.Maka yg nenyukakan ank perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
(my father is the wonderful man that i luv n salute,his my heroes..:])
7.Haidh seorg wanita menjadi penebus dosanya yang lalu.Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca"Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah(Segala puji bagi Allah dalam segala dosa)",maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 org syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.(khilafnya aku selama ini, merasekan haidh tue bebanan sedangkan ia keistimewaan yang Allah beri khas buat wanita,syukur..)
8.Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga"(tempatkan syurga terindah buat ibuku Ya Allah,sesungguhnya dialah wanita yang amat kukasihi..)
9.Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisyah r.a: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka ,maka mereka akan menjadi penghalang baginya drp api neraka"


" Betapa bertuahnya menjadi wanita.Bersyukur aku sebagai Wanita"

coretan hari-hariku....
waslam...:)

Sunday, October 24, 2010

Isi Hatiku....



salam...
lama sudah aku tak coretkan hari-hariku di blog,,, erm...ujian Allah ada dimana sahaja,, kini hatiku diuji,,bukan mudah menjaga ati seseorang,bukan mudah menetapkan pendirian,,bukan mudah menguatkan semangat,,hanya padaNya Ya Rabb mampu membantuku,,,aku pon kadang tidak setia padaNya,,Ya Allah,,kau mengingatiku,,kau engatkan ku agar jgn mencintai manusia lebih dari mencintaiMu,,aku terkadang silap langkah,,,atiku sedih kerana khilaf dengan segala nikmatmu,,aku pincang mentaatimu,,aku xlayak masuk syurgaMu,,namun tidak pula aku sanggup masuk ke NerakaMu Ya Allah,,kau pimpinkanlah aku,,jauhiku dari hasutan Iblis yang sentiasa mahu menyesatkan kaum Adam Ya Allah,,Tiada Tempat aku memohon kasih dan perlindungan,,hanyalah PadaMu,,kau lindungilah IbuBapa Ku,,kau kasihanilah mereka spt mana mereka menyanyangiku sejak kecil,,kau bantulah sahabat2ku menempuh kehidupan dunia,,berilah mereka kejayaan dunia dan akhirat,,sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan meminta pertolongan..Amin...

Saturday, September 25, 2010

Persoalan Hidup Seorang Manusia, Kenapa ?



KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU
IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah- daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

Sunday, September 5, 2010

Yang Dicari....



Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat
Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri
Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati
Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar2 sejati
Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda2 lagi

petikan :ayu zamani..
p/s:ini lah yang kucari selama ini...mampukah aku...wallahualam...

Thursday, September 2, 2010

Pahala


Salam...
Alhamdulillah..akhirnya aku bercuti selama 2minggu sempena aidilfitri...seminggu sebelum berhari raya pasti sibok..mak da merancang tok buat pelbagai kueh raya..bersedia la nampaknya..tadi aku dapat satu benda baru dari emak..emak bertanya..benda ape yang kita pandang akan memberi pahala..aku terdiam..lalu jawab emak..Pertama..pandanglah ibumu..aku terus memandang mak tanpa jemu..pahala..hehe~lepas tue emak sambung lagi..kedua..pandanglah kaabah..mungkin kita xmampu kesana,,kita pndang kat kaca tv pon kire pahala bilamane kite memandangnye..semakin tertarik aku mendengar crite emak,,yang ketiga..Al-Quran..kita xmembacanya namun pandang je dah memberi pahala..kata mak..sonok dengar mak crite,,tercuit atiku nak mencoretkan dlm blog..biar aku engat...sungguh..aku amat bersyukur memiliki seorang ibu sehebat emak...sangat sabar dan tidak pernah menunjukkan kemurungan diwajahnye..luv u mum so strong....muahhh~


waslam....

Thursday, August 19, 2010

hidup mesti diteruskan



Bismillah...
Alhamdulillah..Sudah masuk hari kesepuluh ramadhan..sekejap mase berlalu,,sayang klo xmemanfaatkan bulan yang penuh barakah nie...sepanjang ramadhan ini,aku sgt2 sibuk menguruskan peniagaan untuk melunaskan tanggungjawab subjek keusahawanan aku ini,setakat nie peniagaan agak memberangsangkan ,alhamdullillah,rezeki dari tuhan..ramadhan kali ini pon,selera xla besar sgt,berbuka dengan kuih muih dan sebiji kurma pon da kenyang,,mungin sejak makin berusia nie,nafsu dan kehendak semakin dilupakan,,n xsempat nak kejar mase g kelas n test yang berturut2..pemikiran semakin matang,rase lapar pon kurang dirasai..rindu..erm rindu yang xpenah pudar pada keluarga terutama ibu dan ayah..dekat xsemestinya dapt bersama,,insyaAllah seminggu sebelum raya cuti da start..sgt2 gumbira..dapt bersahur,berpose n berbuka bersama family,bertarawih...sgt2 rindu..eh..xbleh citer pasal family,,asyik pki nk blek jerk t..k la..sekian buat kali ini,,lakukan ibadah dengan tenang dan istiqamah,,beradanya ku di sini menuntut ilmu untuk kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat..salam ramadhan buat semua..waslam....(^_')..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



salam..
lama dah xmenulis blog rasenye..rindunya pd blog nih..same rindu pada kg halaman..macam dah lame xblik..masih bernyawa aku nie menyambut ramadhan esok hari..insyaallah..syukur padamu ya Allah..tp hati resah memikirkan ayah yg masih lg tidak sihat..semakin berpanjangan..riso sgt2...aku bermohon padamu yaAllah..kau ringankan lah kesakitan yg ayahku alami,, sanggup aku memikulnya dari melihatnya menangung kesakitan seorg diri,, sembuhkan la penyakit yg dialaminya..kau tenangkan lah atinya,jiwanya..kau berilah kekuatan dan semangat buatnya..dialah ayahku,yg membesarkan aku, yang memeliharaku menjadi seorang anak yang patuh pada suruhanmu ya Allah..kau jauhilah ia dari sebarang kesulitan ya Allah..sesungguhnya aku tidak sanggup melihatnya terbeban ya Allah..andai kau ingin memberinya ujian,,berilah padaku..biar aku menanggungnya ya Allah..sesungguhnya tiada tempat aku memohon ampunan dan hidayah kecuali padamu Ya Allah..terimalah taubatku,,kau bantuilah aku..dengarlah ratapan hambamu ini..aku masih ingin berbakti pada kedua orang tuaku ya Allah..merekalah tempatku berlindung dan memohon kasih sayang selepas mu ya Allah..Sesungguhnya kau maha mendengar lagi maha mengasihani..amin...