Saturday, July 28, 2012

Mencari makna solat tarawih

Sembahyang terawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan.Bagi umat islam yang mendirikan sembahyang terawih sebulan penuh , bermakna ia menunaikan 600 rakaat solat sepanjang malam bulan ramadhan.Pernahkan kita menunaikan solat sebanyak 20rakaat setiap malam atau 600 rakaat selama 30 malam berturut-turut pada bulan-bulan yang lain? Mereka yang menunaikan sembahyang tarawih sejak kecil itu lebih beruntung kerana jika ia ditunaikan selama 60tahun, maka ia mendapat 36,000 rakaat solat tarawih. Kemeriahan budaya daripada sembahyang tarawih akan dirasai sekiranya seseorang itu meninggalkannya.

Tarawih berasal daripada bahasa arab yang bermaksud rehat. Ringkasnya, sembahyang tarawih ialah sembahyang yang tujuannya menghasilkan kerehatan.Apakah yang dimaksudkan dengan kerehatan? Bagaimana dikaitkan dengan rehat sedangkan ramai di kalangan kita yang kepenatan ketika mengerjakannya.

Soalan ini terjawab apabila kita memahami inti ibadah sembahyang itu sendiri, lantaran sembahyang adalah Mikraj atau wadah yang membawa seorang mukmin itu lebih dekat kepada Tuhannya. Ia adalah tali penghubung seorang hamba secara langsung dengan pencipta. Sembahyang itu istimewa sebab itulah perintah sembahyang diterima langsung daripada Allah SWT dalam peristiwa Mikraj, Tahun berlakunya Isra' dan Mikraj dinamakan "Aamul Huzni" (tahun Kesedihan) kerana kematian Abu Talib dan Khadijah yang menjadi penyokong Baginda dari segi material dan moral. Pertemuan dengan Allah S.W.T merupakan kerehatan dan kelapangan bagi Nabi setelah kemuncak tribulsi dalam dakwah Baginda. Firman Allah S.W.T bermaksud:

"Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan kami hilangkan bebanmu yang memberatkan belakangmu, dan Kami tinggikan sebutan Buatmu. Sesungguhnya sesudah Kesulitan ada Kemudahan"(As-Syarh 94:1-6)

'Ganjaran pahala bagi orang yang menunaikan sembahyang tarawih itu adalah syurga'

Namun, selain aspek pahala, orang yang beriman sentiasa mengintai untuk mencari cinta Allah dan redhaNya melalui puasa dan ibadah sembahyang tarawih. Adal kala kita merasaknan penat sekiranya sembahyang  dikerjakan itu semata-mata berdasarkan hitungan pahala. Tetapi jika sembahyang itu dikerjakan untuk mencari CintaNya dalam bulan yang kudus ini, sembahyang itu semakin dikerjakan semakin khusyuk, tunduk. kudus dan mengecap inti kemanisan iman yang tidak dapat dibahasakan. Allah S.W.T berkehendakkan supaya kita berdiri , rukuk dan sujud dalam jalinan perhubungan yang mesra antara hamba dan Khaliknya. Namun ianya bukan amalan tanpa jiwa yang sentiasa mengingati Allah S.W.T. Cinta akan lahir bersama rendah hati kepadaNya. Seorang hamba tidak memilikin apa-apa dan pemilik yang sebenarnya ialah Dia.

Jika tarawih dan sembahyang yang lain diiringi dengan cinta dan merendahkan hati kepada Allah S.W.T, maka tidak mustahil lambat laun sembahyang itu menghasilkan buah yang manis , menghiasi kita dengan budi pekerti yang baik serta beradab dengan Allah S.W.T seperti 'ujub(Takjub dengan kemampuan diri sendiri), riak(menunjukkan kebaikan), rasa lebih hebat daripada orang lain, sum'ah(mencari namadan populati, amat cintakan benda, mengejar pangkat, tamak,bakhil, merasa aman dan ringan terhadap azab Allah , takabbur tinggi rangsangan keakuan dan banyak lagi.

Telah puluhan usia berlalu dan masa yang ada mencari cintaNya semakin berkurangan. Dengan kehadiran Ramadhan yang merupakan bulan rabbani (mendidik) yang mengikis karat-karat hati sebagaimana puasa , sembahyang tarawih dan membaca Al-Quran adalah anugerah khusus kepada manusia. Ia adalah satu pakej lengkap khas buat umat Nabi Muhammad S.A.W. Taqwa yang menjadi objektif ibadah puasa dan mengamalkan ibadah serta akhlak-akhlak yang lain. Puasa berfungsi untuk memberi ruang kebebasan dan keringanan jiwa daripada nafsu rendah(amarah), bacaan Al-Quran pula untuk melunakkan hati. 

Sembahyang tarawih ialah satu fenomena , namun ia mungkin tidak disedari oleh uimat islam yang biasa mengerjakannya . Tetapi di luar islam orang melihatnya sebagai satu fenomena, yang menimbulkan kekaguman. Bayangkan manusia keluar berduyun-duyun dengan sukarela pada waktu malam pada musim panas atau dingin dan mengerjakan sembahyang dimasjid bersama-sama, tua , muda , lelaki dan wanita, kanak-kanak dan bercampur dengan pelbagai bangsa . Ia adalah keistimewaan dan kekuatan yang amat diperlukan oleh umat Islkam dan tidak ada pada mana-mana agama di dunia ini. Justeru, kebaikan ini juga akan menggerakkan kita untuk menjadi hamba dalam membina suatu tekad yang tinggi bahawa kita dilahirkan untuk menyumbang kepada kekuatan ukhuwah sejati demi keutuhan agama ilahi.(^_^)

diambil dan diolahan coretan : Brig Jen Dato' Hj Jamil Khir .

untuk

Coretan hari-hari ku..

No comments:

Post a Comment