Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Saturday, July 7, 2012
Kelahiran
salam
06 Julai 2012- bertambah lagi seorang anak saudaraku..anak abang adol dan kak izah..Alhamdulillah selama hampir 4 hari di hospital , anak yg ditunggu lahir pada hari jumaat penuh barakah,,di pagi hari.. kesian tengok akak iparku bertarung melahirkan anak.. sebanyak 2 kali induce ( ubat yg disuntik untuk memaksa kandungan segera keluar)..petang khamis sebelum kelahiran baby girl..aku bersama emak melawat kak izah yang masih ditempatkan di wad.. tak sanggup rasanya melihat kak izah menahan sakit untuk bersalin..masih tak dibenarkan ke dewan bersalin kerana bukaan baru sahaja 2 cm..sekiranya 4cm baru dibenarkan ke dewan bersalin.. melihat kejap2 akak merasa sakit yang teramat sehingga menangis..tak sanggup pulak aku..maka aku banyak keluar wad dan tunggu diluar je sebab tak sanggup melihat akak menahan sakit sedangkan aku tak mampu berbuat apa...cuma doa dimudahkan segala perkara kubaca agar kak izah cepat bersalin... malamnya jam 12malam..abang telefon ke rumah dan mengesahkan akak iparku ke dewan bersalin.. sejam selepas itu abg kol lagi dan memberitahu mak yang kak izah terpaksa dibedah sebab bayinya tidak dapat keluar dan air ketuban telah pecah dan ini boleh membahayakan bayi ,takut2 lemas.. akhirnya akak dibedah..tuhan je tahu betapa peritnya tanggungan yang akak rasa..Alhamdulillah jam 3 pagi lahir lah bayi perempuan, anak pertama abang adol dan kerana bayinya lemah,,terpaksa di asingkan dengan ibunya dan diletakkan di bilik khas selama 5hari..hanya ayahnya sahaja dapat menjenguk bayinya... mulanya,abg ceritakan yang bayinya terpaksa dipasang saluran nafas dan masuk air di tangan..dapatku bayangkan bayi sekecil itu memakai alat pernafasan dan salur air ditangan..MasyaAllah betapa sakitnya..kesian bayi abg adol.. Alhamdulilah hari sabtu ketika aku melawat kak izah di hospital.. Abang memberitahu perkembangan bayinya yang semakin stabil.. segala wayar dan alat pernafasan sudah dicabut.. akak iparku gagahkan diri melihat anaknya di bilik khas walaupun luka pembedahan masih belum elok..semangat seorang ibu kan bila berjauhan dengan anak..huhu..takpelah..yang penting bayi selamat dan kak izah pun selamat..InsyaAllah hari selasa bayi dan ibunya akan dapat balik ke kampung..tak sabar melihat anak abg adol secara terus..namun sempat abg adol tangkap gambar anaknya ketika melawat anaknya di bilik khas..hehe oh..ya.. abg adol pun dah ada nama untuk anak gadis sulungnya nih..DAMIA HUDA..yang bermaksud keberkatan dan petunjuk.. Alhamdulillah..tahniah sekali lagi buat abg adol dan kak izah..moga damia menjadi anak yang soleh dan terus berbakti buat kedua orangtuanya..amin..(^_^)~
coretan hari hariku.
7/7/2012 11.32pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment