Akhirnya...untuk kali kedua aku join Weekend Escape 2..kali nie bertempat di tasik terenggun, Kuala Lipis, Pahang.. kali nie aku betul2 jadik urusetia..seperti besa...geng yang same jdk AJK..memang sempoi..setiap game masih lagi tidak diketahui sehingga diberitahu jurulatih yang dilantik..jurulatih BTN Kuala Lipis yang handle..diketuai Big Bro... memang kali nie sangat2 sempoi...peserta more happy..outdoor yang mereleasekan di hujung2 minggu..sesuai ngan weekend escape..
hari pertama,,gerak dr UTHM mulai kul9pg dan sampai di Kuala Lipis jam 5ptg..tue ade 3kali benti rehat..hehe.. malam tue baru mula icebreaking... bermula jam 11 malam peserta jalan malam ke tapak perkhemahan..berdekatan ngan tasik..kawasan yang cantik....asalnya semua dok khemah..disebabkan beberapa masalah..peserta perempuan tido di surau wakaf diatas bukit n lelaki di hamparan kanvas berbumbungkan langit...
hari kedua... usai solat subuh..selepas bersenam..sarapan..acara explorace bermula... explorace kali nih agk mencabar..diorg bergerak berpandukan kompas..sesi pengajaran kompas bermula..selepas itu baru explorace bermula..peserta dikehendaki mencari barang amanah dan klu seterusnya..checkpoint terakhir.. peserta dikehendaki menyelamatkan seekor itik itu di tgh tasik.. nampak mudah namun agak mencabar sebab itik diikat mati ditgh tasik..pelbagai cara digunakan peserta sehingga menggunakan gigi untuk memutuskan tali.... selepas itu peserta dikehendaki masak itik tersebut sebagai juadah mkan tengahari mereka berserta barang amanah iaitu sardin,garam,bawang, dan kobis...mmg mengiurkan tgk diorg masak...hehe.. plg menarik skali..saat stp kumpulan nak menjamah juadah mereka..big bro mengarahkan setiap ahlu kump. bertukar tempat n makanan dan dikehendaki menghabiskan juadah kumpulan lain..dgn perasaan separuh rela melepaskan hasil usaha sendiri kpd org lain..tercuit ati melihat gelagat peserta yang kempunan masakan sendiri..hehe
petangnya,,game hokey ball..gelung yang dibaling perlu di tangkap oleh keeper masing2.. memang bersemagat sukan setiap kump..bersungguh walaupun tetiba hujan turun melanda.. kumpulan terakhir melawan juara bertahan iaitu kumpulan dr urusetia..namun urusetia berpakat dgan pengadil bg memastikan phak urusetia menang..nampak riak tidak puas ati dikalangan peserta melihat urusetia men tipu..akhirnya...ada pengajaran yang diselitkan diakhirnya..mmg happening...Malamnya acara Bbq..selepas bbq,,macam besa acara jalan malam yang sgt2 extreme..klo ikut dr weekend escape1..ni lebih mencabar..perjalan lebih panjang dan curan..3 check point dgn pertamanya berjalan sorang mengikut tali,,di check point2 mengikut lampu liplap..dan cp3 mengikut tali semula...memang triller...Alhamdulillah semua lepas..walau macam2 gaya dan ragam peserta sepanjang perjalanannya..hehe..malam tu..sedang enak peserta wanita tido di wakaf..tiba hujan lebat..nampak gaya dak laki terpaksa tido dlam ujan ,dan ade tido dlm keadaan berdiri..mengikut cerita mereka...hehe
hari ketiga.. selepas sarapan dan senam.. game perang dimulakan dengan kumpulan dipecah dua..mereka diberi masa untuk merancang strategi..air peluru yang berintikan belacan mmg menggamitkan perasaan..hehe~ setelah urusetia menentukan kawasan berperang..bermulalah game perang2 antara mereka..begitu bersungguh2 mereka melancarkan serangan..ada yang main tipu dan ade gak yang menyorok menyelamatkan diri..hehe~ yang penting happening habis,,sampaikan wisel pengadil pon dah tak dihirau pihak masing2..hehe~akhirnya berjaya gak salah satu pasukan merampas bendera pihak lawan..huhuu
selesai game perang..peserta mula mengemas barang untuk berjalan pulang ke kem btn..kalut gak tetibe di pertengahan perjalanan, kami terputus dengan kumpulan hadapan..hampir melencong,,nasib bek ade jurulatih da bahagian belakang sekali mengesan tapak kaki peserta dihadapan..lalu akhirnya kami berjaya menemui jalan pulang..hehe~ berciap mandi dan berpakaian baju program"Weekend Escape 2012" ..acara penutupan dirasmikan BigBro.. dan sesi pergambaran diadakan sebelum makan tengahari@petang..hehe..tgh seronok bergambar..tetiba slah seorg peserta terkena serangan jantung..gas karbon dioksid kurang..namun beliau engat cara rawat..puas memujuk ke hospital ,,tapi berdegil,,dan bile peserta tersebut mula makin teruk dan merasakan kaki dan tangannya kebas..tanpa lengah,,aku dan urusetia dengan hanya berkaki ayam tanpa memikirkan hal lain terus menghantarnya ke hospital kuala lipis diikuti pensyarah pengiring..kalt gak melihat peserta tersebut semakin lemah dan hampir pengsan..berusaha kami memastikannya tidak pengsan agar tidak berlaku kejadian lebih buruk..Alhamdulillah sempat sampai kehospital dan peserta tersebut diberi rawatan segera..kelegaan yang tidak dapat diungkapkan..hampir hujung nyawa tadi aku mehadapnya..sungguh ini merupakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan..setelah rawatan..peserta tersebut kembali normal..dan bas pon datang ambil kami di hospital.. dengan tak sempat makan tengaharinya tadi..aku pon tertido didalam bas dlm keadaan lapar..sempat berpesan ngan driver behentikan di RNR sebelum jam7 disebabkan aku belum lagi menunaikan solat jamak... sekian untuk pengalamanku sepanjang menjalani program "weekend escape 2012"....(^_^)
coretan hari-hariku..
No comments:
Post a Comment