Wednesday, February 29, 2012

"weekend escape 2012"....(^_^)

Salam..
Akhirnya...untuk kali kedua aku join Weekend Escape 2..kali nie bertempat di tasik terenggun, Kuala Lipis, Pahang.. kali nie aku betul2 jadik urusetia..seperti besa...geng yang same jdk AJK..memang sempoi..setiap game masih lagi tidak diketahui sehingga diberitahu jurulatih yang dilantik..jurulatih BTN Kuala Lipis yang handle..diketuai Big Bro... memang kali nie sangat2 sempoi...peserta more happy..outdoor yang mereleasekan di hujung2 minggu..sesuai ngan weekend escape..
hari pertama,,gerak dr UTHM mulai kul9pg dan sampai di Kuala Lipis jam 5ptg..tue ade 3kali benti rehat..hehe.. malam tue baru mula icebreaking... bermula jam 11 malam peserta jalan malam ke tapak perkhemahan..berdekatan ngan tasik..kawasan yang cantik....asalnya semua dok khemah..disebabkan beberapa masalah..peserta perempuan tido di surau wakaf diatas bukit n lelaki di hamparan kanvas berbumbungkan langit...
hari kedua... usai solat subuh..selepas bersenam..sarapan..acara explorace bermula... explorace kali nih agk mencabar..diorg bergerak berpandukan kompas..sesi pengajaran kompas bermula..selepas itu baru explorace bermula..peserta dikehendaki mencari barang amanah dan klu seterusnya..checkpoint terakhir.. peserta dikehendaki menyelamatkan seekor itik itu di tgh tasik.. nampak mudah namun agak mencabar sebab itik diikat mati ditgh tasik..pelbagai cara digunakan peserta sehingga menggunakan gigi untuk memutuskan tali.... selepas itu peserta dikehendaki masak itik tersebut sebagai juadah mkan tengahari mereka berserta barang amanah iaitu sardin,garam,bawang, dan kobis...mmg mengiurkan tgk diorg masak...hehe.. plg menarik skali..saat stp kumpulan nak menjamah juadah mereka..big bro mengarahkan setiap ahlu kump. bertukar tempat n makanan dan dikehendaki menghabiskan juadah kumpulan lain..dgn perasaan separuh rela melepaskan hasil usaha sendiri kpd org lain..tercuit ati melihat gelagat peserta yang kempunan masakan sendiri..hehe
petangnya,,game hokey ball..gelung yang dibaling perlu di tangkap oleh keeper masing2.. memang bersemagat sukan setiap kump..bersungguh walaupun tetiba hujan turun melanda.. kumpulan terakhir melawan juara bertahan iaitu kumpulan dr urusetia..namun urusetia berpakat dgan pengadil bg memastikan phak urusetia menang..nampak riak tidak puas ati dikalangan peserta melihat urusetia men tipu..akhirnya...ada pengajaran yang diselitkan diakhirnya..mmg happening...Malamnya acara Bbq..selepas bbq,,macam besa acara jalan malam yang sgt2 extreme..klo ikut dr weekend escape1..ni lebih mencabar..perjalan lebih panjang dan curan..3 check point dgn pertamanya berjalan sorang mengikut tali,,di check point2 mengikut lampu liplap..dan cp3 mengikut tali semula...memang triller...Alhamdulillah semua lepas..walau macam2 gaya dan ragam peserta sepanjang perjalanannya..hehe..malam tu..sedang enak peserta wanita tido di wakaf..tiba hujan lebat..nampak gaya dak laki terpaksa tido dlam ujan ,dan ade tido dlm keadaan berdiri..mengikut cerita mereka...hehe
hari ketiga.. selepas sarapan dan senam.. game perang dimulakan dengan kumpulan dipecah dua..mereka diberi masa untuk merancang strategi..air peluru yang berintikan belacan mmg menggamitkan perasaan..hehe~ setelah urusetia menentukan kawasan berperang..bermulalah game perang2 antara mereka..begitu bersungguh2 mereka melancarkan serangan..ada yang main tipu dan ade gak yang menyorok menyelamatkan diri..hehe~ yang penting happening habis,,sampaikan wisel pengadil pon dah tak dihirau pihak masing2..hehe~akhirnya berjaya gak salah satu pasukan merampas bendera pihak lawan..huhuu
selesai game perang..peserta mula mengemas barang untuk berjalan pulang ke kem btn..kalut gak tetibe di pertengahan perjalanan, kami terputus dengan kumpulan hadapan..hampir melencong,,nasib bek ade jurulatih da bahagian belakang sekali mengesan tapak kaki peserta dihadapan..lalu akhirnya kami berjaya menemui jalan pulang..hehe~ berciap mandi dan berpakaian baju program"Weekend Escape 2012" ..acara penutupan dirasmikan BigBro.. dan sesi pergambaran diadakan sebelum makan tengahari@petang..hehe..tgh seronok bergambar..tetiba slah seorg peserta terkena serangan jantung..gas karbon dioksid kurang..namun beliau engat cara rawat..puas memujuk ke hospital ,,tapi berdegil,,dan bile peserta tersebut mula makin teruk dan merasakan kaki dan tangannya kebas..tanpa lengah,,aku dan urusetia dengan hanya berkaki ayam tanpa memikirkan hal lain terus menghantarnya ke hospital kuala lipis diikuti pensyarah pengiring..kalt gak melihat peserta tersebut semakin lemah dan hampir pengsan..berusaha kami memastikannya tidak pengsan agar tidak berlaku kejadian lebih buruk..Alhamdulillah sempat sampai kehospital dan peserta tersebut diberi rawatan segera..kelegaan yang tidak dapat diungkapkan..hampir hujung nyawa tadi aku mehadapnya..sungguh ini merupakan pengalaman yang tak dapat aku lupakan..setelah rawatan..peserta tersebut kembali normal..dan bas pon datang ambil kami di hospital.. dengan tak sempat makan tengaharinya tadi..aku pon tertido didalam bas dlm keadaan lapar..sempat berpesan ngan driver behentikan di RNR sebelum jam7 disebabkan aku belum lagi menunaikan solat jamak... sekian untuk pengalamanku sepanjang menjalani program "weekend escape 2012"....(^_^)

coretan hari-hariku..

Friday, February 17, 2012

berserah@berusaha

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

-Artikel Iluvislam.com

p/s:♥ LAMARLAH seseorang perempuan untuk DIPERISTERIKAN BUKANNYA untuk dijadikan BAHAN CUBAAN dalam PERCINTAAN...(^__^)

coretan hari-hariku..

Wednesday, February 15, 2012

perkongsian ilmu


Salam..

Alhamdulillah....result dah keluar..walaupon takla terbaek namun meningkat sedikit dr yang dahulu..takpe la.menapak sedikit demi sedikit..syukur Alhamdulillah..itulah hasil usaha,,jadik..tak boleh nak dipertikaikan.. 15 februari..hari ulangtahun kelahiran arwah ayah...moga Arwah sentiasa sejahtera dan bahagia di sana.. ahad lepas aku tiba2 teringin mengikut ibu ke majlis maulidur rasul yang diadakan kampungku di masjid.. tiap tahun nak ikut namun ada aje aral..Alhamdulillah,dengan kelapangan yang ada ,dapat la aku mengikutinya...sungguh, pada awalnya agak canggung melihat tiada rakan sebayaku yang menghadiri majlis ini...asalnya ingin mengajak sepupuku ikut sekali,,atas keuzuran,,beliau xdapat ikut...Alhamdulillah tahun ini majlis diadakan dengan kerjasama sekolah agama Kg. Jawa..comel2 jek melihat mereka berpakaian sekolah agama..acara dimulai dengan bacaan berzanji oleh ustaz helmi dan ustaz ishak..org kg ku..sungguh merdu bacaannya..lama sudah aku tidak mendengar bacaan berzanji rasanya..sungguh aku tertarik..seterusnya kami berselawat keatas nabi junjungan Muhammad S.A.W. .. seterusnya acara diteruskan dengan nyanyian nasyid oleh adik2 skola agama..comel dan bersemangat..mengingatkan aku ketika kecil dahulu..tak henti aku tersenyum melihat mereka bernasyid...kiut sgt2 wallupon piching lari..hihii... seterusnya penceramah jemputan merupakan guru besar sekolah agama seri aman... dengan tajuk ceramah "persefahaman asas perpaduan ummah'.. ceramah penuh dengan isu ibubapa dalam mendidik anak2..mewujudkan persefahaman bagi mewujudkan kasih sayang itu.. antara kisah nabi yang aku ingati ialah mengenai kisah ketika nabi memberi makan kurma kepada yahudi buta yang mulutnya tidak pernah henti menghina dan memburukkan nabi... setiap pagi Rasullullah akan memberi makanan kepadanya tanpa berkata sepatah pon kepada yahudi buta tersebut sehingga wafatnya nabi.. ketika Saidina Abu Bakar meneruskan kepimpinan ..beliau merasakan kekurangan ..seakan ada lagi tugas yang masih tidak dilaksanakan..pabila beliau bertanya kepada Aisyah R.A , anaknya...makan aisyah r.a berkata ketika rasullullah masih hidup, setiap pagi beliau akan memberi makanan kepada yahudi buta di hadapan pasar..lalu Saidina Abu Bakar menjumpai yahudi buta itu untuk memberi makanan tersebut..setibanya beliau ke sana,,sungguh betapa perit hatinya mendengar kata-kata nista yang diluahkan yahudi buta tersebut ke atas rasullullah..berbagai makian dan fitnah dikatakanya...lalu pabila saidina abu bakar menyuakan kurma kepada yahudi buta tersebut..berkatalah ia" siapakah engkau?? dimanakah orang yang biasa memberiku makanan??kamu bukan orangnya??" saidina berkata"bagaimana kau mengetahui aku bukan orang yang dahulu??" lalu jawabnya " jika dia yang memberiku makan kurma ini, beliau akan mengupas kurma ini. lalu dikunyah sehingga hancur, lalu kemudiannya dengan lembut membuka mulutku dan meletakkannya dengan tertib dilidahku ,lalu dengan mudah aku terus menelannya.." lalu jawab saidina abu bakar" maka, orang yang kau ceritakan itu telah wafat dan beliau itulah yang kau caci dan fitnah tidak henti setiap hari itulah yang memberi kamu makan dengan penuh keikhlasan ..."alangkah terkejutnya yahudi buta tersebut..lalu katanya" andai benar katamu itu, dengan ini aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah".. ia,antara kisah yang menarik perhatianku.. semalam abangNgah ku datang ke rumah,, seronok pula pabila berkongsi kisah2 nabi yang dia selalu dengar ketika dengar ceramah agama di masjid...tercuit plak aku bile abngku berkata " balik rumah abang crita balik kat kak reha,, mungkina bang xreti bab agama,,tapi abang berkongsi cerita yang abg dengar kat ceramah agama..dapat jugak la isteri abg pahala kan mak??" hehe..tersenyum aku mendengarnya,,abangku juga bercerita betapa untungnya solat berjemaah.. satu kisah yang beliau dengar.. ketika jamaah masjid bersolat jemaah, turun malaikat mengambil kiraan solatnya,,samada betul ker barisannya,,khusyuknya..bagaimana plak imamnya,,betullkah bacaannya,tertibnya,,mengikut ukuran malaikat tersebut tiada yang lepas, semua kosong.pahala yang dikira adalah kosong...maka disembahkan kepada Allah swt..lalu Allah berkata,walaupun tiada yang melepasi kiraanmu malaikat..aku tetap terima disebabkan mereka berjemaah..maka satu pahala diterima jemaah tersebut..bayangkanla pabila kita solat berseorangan..yakin ke kita benar2 dalam keadaan khusyuk menghadap Allah swt. saat itu aku merasakan betapa seronoknya pabila kami sekeluarga berkongsi kisah2 ceramah agama yang kita dengar..seakan berkongsi sebuah ilmu..mak paling banyak berkongsi..sebab mak tiap pg dengar kuliah pg..hehe..tengah duduk2 tgk mak menajak kat kebun,,mula la mak selitkan kisah nabi atau ceramah yang dia dengar kat aku..kadang2 aku dah penah dengar jugak namun aku hanya tersenyum mendengarnya... ptg td datang jiranku yang kugelar makngah..die memang baik..ntah kenapa yerk..minggu nih penuh dengan perkongsian ilmu agama ..kisah baru yang aku dengar..Makngahku seorang tukang masak kampung,,beliau ceritakan kisah ketika kenduri di suatu tempat,,makanan lebih sedikit dari jemputan yang datang,,katanya" sepanjang menggaul lauk tu aku bacakan surah 'alam Nasrah' jek mah... Alhamdulillah..makanan yang tak cukup jadik cukup...kita kena amalkan ketika masak... hehe..seronok bila aku mendengar crita camni..sambungnya lagi,,ada jugak kadang 2 makanan kita xmasak2 kan..kita bace surah al-khautsar..insyaAllah halangan itu Allah bantu... pabila kita bermasalah ..asal kita menyerah pada yang Esa..akan ada jalannya..(^_^)

coretan hari-hariku..

Tuesday, February 14, 2012

Fitrah(mencari cinta Ilahi nan abadi)



Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan feminin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan maskulin .

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian.

Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

- Artikel iluvislam.com

p/s:cinta itu anugerah terindah dr Yang Maha Kuasa..Ada yang m'ggunakan sebaik mungkin untuk mencintai dan dicintai tetapi bukan dalam redha ilahi (^_^)

coretan hari-hariku..


Monday, February 13, 2012

suku abad



Salam..

Alhamdulillah sudah suku abad aku hidup di dunia yang sementara ini...terima kasihku yang tak terucap buat ibu yang kucintai melahirkan ku di dunia ini...mengajar aku kehidupan seorang manusia di bumi Allah..mengenal huruf, mengaji, bermaen ,belajar, berkerja, mendidik, dan macam2 aktiviti yang aku lakukan dengan nikmat Allah yang mewujudkan hambamu ini sempurna tubuh badan untuk mengecap nikmat duniaMu ini..doaku agar engkau selalu disampingku selalu ..limpahi kurniaanMu..berikan dugaan yang termampu untukku galasi..curahkan kasihmu atas hambaMu..jauhi aku dari bisikan syaitan laknatullah..kau berikan aku hidayah dan jgn kau palingkan agamaku ..moga aku tetap dengan imanku ,syahadahku dan matiku dalam islam... moga aku terus dapat melangkah menjalani kehidupan didunia ini hanya niat keranaMu ya Allah..(^_^) terima kasih mak dengan bubur kacang tadi..sedap!! u did with full of love just for me..i'm luv u very strong..hehe..thanks my beloved cousin for ur nice present..dah tua2 pon dpt adiah..very2 appreciated that!! terima kasih buat semua yang memberi ucapan hari lahir buatku untuk tahun ini..luv u all n hope everyone hepi eva after(^_______^)

coretan hari-hariku..

Wednesday, February 8, 2012

Berkat di sebalik membaca Bismillah...



"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."