Monday, October 31, 2011

Cinta Yang Halal..



Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”-..(^___^)

Coretan hari-hariku..

Sunday, October 30, 2011

merapu

Salam..

menjak2 nih..asyik ujan jek setiap petang..air parit depan umah pun dah mula penuh...takut2 lak banjir nanti..byk kije kene buat biler banjir nih..huhuu...aku sekarang kat opis kazenku..hari minggu pun dia kena g opis demi menyiapkan kejanya yang perlu disubmit esok sebab esok hari terakhir dia bekerja kat opis nih..sabo jela..dia memang komited bab kijer..aku salute ah..good workers..mesti bos dia akan rasa sedih hilang pekerja komited cam dia nih..tapi apa kan daya..dah dapat job yg lebih bek dan lebih rezekinya..takkan kazen aku nak tolak pulak kan..tahniah buat kazenku..aku tau dia tgh berusaha kumpol wet tok kawen nih..hehehe~ DO tHE bEST ye...(^_^).. aku menemaninya yang keseorangan kat opis nih..mmg bahye plak klo dia sorang2..dengan musim ujan camnih..org pon xdgr klo papehal jadik an...huhuu..so aku yang bosan takde kije nih pon menyibukkan diri menulis blog bg mengisi masa lapang..huahua~ k la..dah takde idea nak merapu..cau chin chow...~~,

coretan hari-hariku..

Friday, October 28, 2011

ceritaku

Salam..

pantas plak masa berlalu..minggu depan dah masuk minggu ke8 utk sem nih....byk projek masih xsettle...banyak yg masih nak kena search..dgn PSM lagi..huhu..ke kalutan mula terasa bahangnya..ahha..Alhamdulillah..tadi aku sampai rumah,mak menceritakan perkembangan makngahku yg mak jaga dirumahku..sudah mula paham apa yang dicakap..dah boleh makan guna sudu,bila mak sua sudu di mulutnya,ia mula buka sendiri...namun masih xboleh mengunyah..mak bagi bubur setiap hari bersam susu atau air kurma..mak ckap..walaupun makngahkuxbercakap..kita kena faham selera org..walaupon xmeminta,kita kena la tukarkan selera biar dia xjemu..betul gak ckap mak aku tue..huhuu..tgk mak kadang2 mengalahkan ketua jururawat..rupanya mak pernah rawat arwah nenek yg lumpuh dirumahku sebelum kelahiranku..sungguh kagum aku dengan kesabaran mak..tak pernah mengeluh..aku teringat kata2 mak sebelum nih.sebelum ni mak bersuami,,,nak dapat masuk syurga senang jek asal kita setia padanya..bila mak dah hidup sorang balik,,kenalah kita tanggung dosa sendiri..jadik amalan kena la bertambah... rasanya setiap hari mak takkan lepas mengajar makngahku mengucap dan berselawat..setiap kali memberi suapan mak mengajarkan makngahku mengucap bismillah..kadang2 aku terharu melihat ketabahan mak yang takde tolok bandingnya.. memang mak lah idola kami adik beradik....tiada sorang pon rasanya lupa tok mendoakan kesejahteraan mak..benarlah seperti dikata"Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu"....(^_^)

coretan hari-hariku...

Saturday, October 22, 2011

My cousin engaged Day~





Salam...

TAHNIAH!!! akhirnya fahimah@dora melangsungkan pertunangan pada 22oktober2011 ...kini rasminya sepupu rapatku menjadi tunangan orang...tahniah2..hehe~ aku jadik photographer merangkap membantu kerja2 dapur..dari bawah hingga keatas kehulu ke hilir..rasanya masih terngiang2 lagi panggilan makngah dan pakngahku meminta pertolongan.."farah...farah..farah" haha~bawak ke mimpi jadiknya.. memang penat tapi berbaloi segala yg dirancang berjalan lancar...DORA!!time aku nanti jgn lupe reply eh..hik3~ada masa lapang,aku nk buatkan video khas buat kazenku ini...cam tak caye plak dia dah bertunang..kawan sepermainan aku..rasa baru semalam kami bersekolah rendah..haha~wakeup timah..ur now 24 years old..mmg masa pantas berlalu..memang ceria sgat die smalm..mmg mcm2 posing dah aku tgkap..tetamu yg datang pon agak ramai...kata orang menjadi tunangan orang byk dugaan..syaitan akan ambil peluang macam2 untuk mengelakkan sebuah masjid terbina diantaranya dan bak kata org masa darah manis nih lah dugaan paling berat buat org yg berada dalam ikatan jodoh..huhu..wateva..hopefully my kazen memililki 100% kesabaran dan tetap dengan pendirian...jgn cepat marah2 n merajuk..hihii..be more matured k....comited with ur responsibility..hehe~ so..jgn lupa doakan aku plak..hik2..take care..wish u hepi eva after(^___^)

coretan hari-hariku..

Monday, October 17, 2011

Nawaitu



Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .(^____^)

coretan hari-hariku...

Sunday, October 16, 2011

Specel buat husband~

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....


"

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!


~~~~~


"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita :

Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai lah isteri anda..(^_____^)

By: Dunia macam-macam

Coretan hari-hariku

Thursday, October 13, 2011

terusik minda



Salam ....

Manusia itu diduga dengan macam2 dugaan...dulunya senang,kini susah...dan ada juga dahulunya susah kini senang,,kehidupan bagaikan roda..sepanjang minggu ni aku banyak berulang alik ke rumah kg,uthm dan hospital.. sejak hari ahd hingga semalam emak menjaga makngahku di hospital,,akak kedua emak yg idup sebatang kara.. melihatnya..hatiku jadi sangat sayu,,sukarnya hidup sebatang kara,,tiada anak yg boleh membantu...namun setelah keluar hospital emak membawa mkngahku tinggal bersama kami..memang dah lama mak ajak tinggal dengan kami..namun mkngahku ini berkeras taknak..jadik peluang ini mak ambil dengan terus membawanya pulang ke rumah kami..makngah sekarang berumur 81tahun..sangat tua.. terengat masa kanak2 bagaimana petahnya dia bercakap..namun sekarang sukar sekali nak dengar dia bersuara,,hanya lirikan matanya sahaja yg berbicara..keadaannya yg uzur memerlukan dia makan mengunakan tiub...terengat hari ahad tue doktor mengatakan beliau seakan terkena strok..namun Alhamdulillah,,setelah 4 hari di hospital,nampak sedikit perubahan..namun masih tidak mampu makan sendiri,,mak terpaksa memberi makan melalui tiub dengan memberi susu.. terengat semasa aku menemani emak di hospital pabila tiada kelas..disebelah katil makngah..ada seorang makcik yg menghidap kencing manis,,kaki kirinya sudah tiada akibat kencg manis,,sungguh pun dia hanya ada sebelah kaki sahaja ,namun semangatnya kuat,,makcik itu memiliki seorang ank namun sygnya sudah 3hari maknya dihospital barulah dia datang menjenguk,,bengang jugak aku melihat anknya sungguh tidak beradab pada ibu,,datang pun cuma nak mintak duit,,lepas tue mengherdik ibunya pabila kunci motornya hilang dan mengatakan pada ibunya betapa menyesal menjenguk ibunya sehingga dia kehilangan kunci motor...berasap jugak pala nih tgk budak yg mmg krg ajr pada mak sendiri..dalam pada itu kasihankan makcik itu..terengat katanya padaku,,beruntungnya mak aku kerana memiliki anak ramai..sekurangnya kalau ada yg bermasalah ,masih ada yang elok..ntah lah..aku terfikir juga memang sukar rasanya jaga anak seorang dari 10 org anak agaknya..pokok pangkalnya ibubapa itu sendiri,,bagaimana dia mencorakkan ank itu dan mendoakannya...bukan 100% perlu disalahkan pada ibubapa..yg penting diri itu sendiri..diri kita yang mencorakkan peribadi kita..andai kita nak bahagia banyak cara..ada org nk kaya guna cara yg salah,,ada jugak yg nak kaya tp guna cara yg betul...bayangkan kejayaan yg dicapai atas usaha yg halal dan yg haram..mana lebih membahagiakan kita?..sudah pasti yg halal bukan??yg haram itu cuma meletakkan diri kita dengan perasaan bersalah sepanjang hidup...macamna bahagia nak wujud..huhu..wah..dah lama xcoret kat blog nih..rasa banyak idea mencurah2 dikepala..trip mobility ke kemboja aku ditunda ke 1 disember sebab banjir teruk kat sana sekarang nih..so..dapat la berhari raya haji kat kg..pakngah ku sebelah arwah abah nak jalankan korban..nama mak aku pon termasuk bahagian..asalnya nak dibuat di masjid..namun ketua kampung ubah keputusan dan nak buat acara korban di rumahku..tapi semua nya boleh berubah..emakku belum buat keputusan setuju kerana beliau takut tak dapat uruskan org kg sebab nak jaga makngahku dan aku pulak ke kemboja..pada rancangan asal la..tapi tak tau la coz aku dah tak jadik ke kemboja raya haji ni..mungkin rumahku meriah dengan majlis korban..terengat pulak ketika arwah ayah ada..tahun lepas arwah ayah sempat menjalankan acara korban..dalam masa sehari ayah menjalankan 7acara korban di kampung..siapa sangka..itulah yg terakhir ayah menjalankan korban..tak tahulah..siapalah yang menggantikan ayah untuk acara korban ini..pisau sembelih korban arwah ayah dah mak serahkan pada ketua kampung..biarlah beliau menentukannya.. memang golongan veteran di kampungku sudah berkurangan..moga ada golongan muda yang boleh menjadi legasi harapan masa depan kg..InsyaAllah(^___^)

coretan hari-hariku..

Sunday, October 2, 2011

catitan



Salam..

rasanya tinggal lagi sebulan aku akan ke kemboja..mobiliti pelajar fkaas..aku akan berhari raya haji di sana..persiapan agak kelam kabut gak tok dptkan sponsor dan macam2 lagi..aku diuruskan dlm progam anak angkat disana..InsyaAllah seekor atau dua lembu akan dikorbankan..setakat nih masih mencari individu yang sudi menyrtai bahagian dalam korban ni..k..lagi satu..salah satu impian memang dah lama aku idamkan...sebuah kamera DSLR kini aku miliki..aku membeli Dslr d3100 nikon..mmg dah lame aim..hehe..akhirnya menjadi kenyataan...banyak lgi function aku xreti guna..byk gak tgk button yg masih keliru..tp slow2..huhuu..arini aku dirumah..baru jek balik dr meting kemboja..balik rumah kg sebab esok ade dated ngan my beloved mum..untungnya kelas malam sok..jadi,sempat la aku jdk driver mak..hehe~tiada tempat paling membahagiakan selain rumah tercinta tempat diri dilahirkan..hehe~k la..only this for today..nite..ilmu yg boleh kita kongsi hari ni..
"tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"(riwayat al-Bukhari dan Muslim)....
(^_^)

coretan hari-hariku..