Sunday, February 27, 2011

KEM MOTIVASI KERJAYA & PROFAST




SALAM..

jumaat hingga ahad(25hb-27hb) turut serta dlm kem motivasi kerjaya dan profast di Kem Air hitam...bermulanya di petang hari byk kepada sesi taklimat... pada malam hari tugasan pertamaku membuat resume,,yang seronoknya berkenalan dengan orang baru..bertambah kenalan..pg2 kami bersedia untuk ditemuduga..agak mencabar bila aku ditemuduga oleh pihak kerajaan(wakil dari jabatan perdana menteri) bertubi-tubi soalan diaju..sedaya upaya aku menjawabnya sehingga aku terhenti untuk berfikir panjang bila di aju samada aku sanggup menpertaruhkan kerakyatan negara untuk berkerja dibawah kerajaan dengan ikatan kontrak 5 tahun dan sepanjang itu setiap projek yg aku jalankan tiada langsung gagal seperti contoh bangunan collapse or sebagainye..bila melibatkan pertaruhan kerakyatan..agak cuak la jugak..hua2.. malam plak kami ada night walking..dalam byk2 nightwalking yg pernah aku alami,,ntah kenapa inilah paling menyeramkan aku,,dengan kisah silam rakan yg pernah menjalani aktiviti di kem ni..kem ini dikatakan keras.lagi menguatkan kebimbangan aku pabila treasure hunt petang sebelum night walk..berjumpa sebuah kubur berseorangan di tgh hutan..sape yg xcuak an..hua3..lagi meningkatkan rasa cuak..sebelum acara night walk dimulakan..seorang wanita pengsan dan terkena histeria..makin panik la semua..namun progam tetap diteruskan..setiap sorang dilepaskan dengan hanya menuju cahaya kelip2 sehingga ke penamat chaya kelip yg ke tujuh...perasaan mula2 agak gementar..bila dalam keadaan lapang dan penglihatan yg luas..mmg aku agak cuak..selawat dan Ayat Qursi xberhenti dibaca didalam hati.. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya melepasi nya, rupanya sgt pendek..apa yg dapat aku belajar..kita sebenarnya kena bijak menguasai diri..fokus pada niat kita,,kurang berfikiran negatif yang menambah emosi cuak kita..InsyaAllah keberanian luarbiasa akan kita miliki..papapun mmg terbaik..aku yang sudah lame x mengikuti kem begini sekurangnya berjaya hilangkan stress belajar dan kongsi pendapat dengan dengan rakan2..k la..itu sahaja ceritaku malam nie..manfaat bagi kita jika kita isikan waktu lapang kita dengan majlis ilmu kerana ilmu itu akan sentiasa ada dan xkan pernah habis jika kita terus ingin mencuba yang baru..waslam...(^_^)

coretan hari-hariku..

Saturday, February 19, 2011

MOTIVATOR



salam..
Hua...lepas gak exam yg panjang...rasa lebih lega...smalam aku ker seminar keusahawanan,,dari situ aku semakin kuat merasakan ..rindunya nak bercakap di hadapan orang,,menghilangkan rasa gementar..memberanikan diri memotivasikan seseorang..matlamatku terbuka di situ..teringat kembali cita2 sebenarku...menjadi seorang pakar motivator...sangat kagum pada seorang motivator yang berjaya menarik perhatian orang untuk sentiasa mendengarnya kata yg disampaikannya,,unsur humor dan iman di selitkan...aku rasakan masih banyak kekurangan pada diri,,terengat kata-kata motivator itu,,kita sangat kuat dengan pemikiran S.N.A.I.O.T...iaitu pemikiran negatif terhadap diri sendiri...bila ingin bertindak melakukan sesuatu,,kita seakan sangsi dengan diri kita sendiri..aku tidak terlepas dengan pemikiran snaiot itu..rasa rendah diri itu penting namun jangan pula kita menutup langkah kita untuk berani mencuba..dalam banyak2 motivator yang pernah aku temui,,sampai kehari ini aku xkan lupakan seorang motivator yg sangat hebat dan xkan aku lupakan,,aku gelarkannya Pn. Mala...Die motivator yang ku kenali di INSEP...dari kata-katanya yang telah membuatku bersemangat untuk menjadi seorang motivator,,pernah dulu aku meluahkan ingin menjadi motivator sepertinya..namun die memberi nasihat padaku agar meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah dahulu,setelah itu barulah menemuinya..aku akan tekadkan semangat..bulatkan azam..berani ke hadapan..ingat pesanan dan paling penting,lakukan segala amalan dengan niat mencari keredhaan Allah s.wt....semalam aku menitiskan airmata mengingati Arwah Ayah dan Ibu..sungguh aku ingin membahagiakan keduanya..(T_T)..Ya Allah ,,kau berikan aku kekuatan dalam setiap langkahku..Amin..

coretan hari-hariku..(^_^) hepi eva After...

Monday, February 14, 2011

Kelahiran..



13 februari 2011:hari kelahiranku yg ke 24..pertamanya aku menelefon ibuku ,mengucapkan terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini..usia ku semakin singkat di dunia ini,,moga aku terus beriltizam,tetap pada agamaku,, utuh dengan imanku dan bersyukur atas segala nikmaat dan dugaan yg dikurniakan ke atasku..
14 februari 2011: hari ini aku menghadapi test math 3,,Alhamdulillah, berkat doa ibu,,yg sukar terasa mudah..terima kasih mak..ujian selasai hampir 6.45pm..selesai test terus ke BP untuk makan malam..singgah ke masjid dahulu untuk menunaikan solat maghrib,,sangat ramai orang hari ini,,Alhamdulillah masih bernyawa lagi diriku menyambut Maulidur Rasul..sayangnya aku uzur ,tidak dapat turut serta dgn kengkawan berjemaah solat di masjid.
15 februari 2011: Hari ini..hari kelahiran Ayah...namun ayah sudah tiada lagi disisi, meninggalkan dunia menghadap ilahi..rinduku padanya xkan penah luput di hati ini,,ketikaku didalam kereta melihat orang ke masjid,ramai golongan tua seusia arwah ayah,,kiranya ayah masih hidup,pasti dia sudah ke masjid bersama menyambut Maulidur Rasul..hatiku sangat sayu,,tetapkanlah hati ini ya Allah..moga aku tetap dengan ingatanku padaMu...pada Rasulmu,,pada ibubapaku..Sahabatku...saudara seislamku..dan sesiapa yang mengingatiku..moga semuanya dalam redhaMu..Amin..

coretan hari-hariku..

Saturday, February 5, 2011

Rahmat Dugaan



Salam...
macam2 yg berlaku padaku 2, 3hari nie.,,semua rasenye ingin dikongsi,,namun ada satu dua kisah yg benar2 memberi kenangan indah buatku...semalam aku sibuk mengemas barang selepas melihat air pasang naik laju sehingga air memenuhi ruang halaman rumahku...yg seronoknya,,jiran-jiranku semua berkunjung hendak bermain air banjir,,kerana ruang halaman rumahku luas,,budak2 riuh bermain air dan tak terkecuali,anak buahku juga turut serta,riuh sekali keadaan rumahku,,macam bermandi manda di swimming pool gayanye,,sedang air cecah buku lali jek dalamnye,,sempatku kurakam kenangan mereka berendam kaki di jambatan rumahku,,kanak2 dan golongan dewasa pon xterkecuali..huaaa~ petang semalam aku ke pekan membeli makanan ringan petang2,, banyak kedai tutup sedangkan permintaan banyak disebabkan masih ramai orang bercuti di kampung serta mangsa2 banjir yg berada di pusat pemindahan berdekatan pekan mencari makanan petang,,disitu timbulnya idea untuk menyuruh adikku berniaga,,petang tue jugak aku menemani adik ke carefour mencari segala peralatan untuk berniaga,,haha~aku terbeli khemah yg sgt besar,,sesuai tok kenduri lagaknya,,last2 pagi tadi permulaan niaga samosa panas tanpa payung,,hehe~yg seronoknye,,gerai dibuka sejam sahaja,,sebabnye...habis diJUAL!!! sangat cepat,jiran niaga sebelah pelik dan gelak sahaja kerana kami jual sangat sedikit,,tp aku dan adik rase sangt byk kami buat semalam membungkus samosa hingga 2pagi,,kenangan xkan dilupakan dengan meniaga hanya sejam sahaja..haha~ balik rumah adik berkobar2 untuk meniaga petang,,sambil itu aku dan abg sempat membelikan payung meniaga untuk adik,,hehe~petang mungkin kawasan kurang stategik,,perjualan agak lambat tapi tetap habis,,kami meniaga hanya 2jam..hehe~ balik rumah aku sibuk menyiapkn ayam barbaque yg aku pelajari rempahnya dari abg,,abgku suka belajar masak dari rakannya,,balik rumah semua dikongsinya,,tertarik dgn crite ayam perciknya,,aku pon berminat tok membuatnya,,mmg sedap,,bukan bangga ,tp benarlah ajaran abgku menjadi..hehe~hari ini merupakan hari yg amat letih,,sebelum tidur aku mesti menyiapkan asgment yg perlu kuhantar isnin nie,,test semakin hampir,,aku xleh leka ,,pesan ibu masih tersemat di dada..xkira dimana kita berada ,tetaplah berdiri di bumi yang nyata,,segala yang berlaku disekeliling kita adalah kenangan dan tauladan yg amat bermanfaat untuk diri kita dan sekalian alam..dalam aku kesibukan,,terselit kerinduanku buat ayah tercinta,,akan sentiasa bertahta dihatiku sehingga diizinkan Allah swt hendakNya....dalam apa amalan dan tugasan yg kita jalani,,niat hanyalah satu..Dalam Mencari Keredhaan Allah swt.. wassalam

coretan hari-hariku...

Wednesday, February 2, 2011

Bakti dan Tabah..



salam..
sempena raya cina nie,,sepupuku meminta mak menjaga 2kakak mak yg berada di sri medan sempena ketiadaan mereka atas mempunyai urusan di luar daerah..petang selasa,mak dan abg ke medan mengambil mereka untuk di jaga dirumahku..terharu melihat ibu menjaga dua kakaknya dirumah,,kedua makcikku tidak lagi mampu berjalan,,langsung xbercakap,,sekadar mengangguk apabila ditanya,,engat lagi aku ketika zaman kanak2,,makngah aku berceloteh jek berckap,,namun kini,,suaranya langsung tiada kedengaran,,anggukan sahaja pabila ditanya,,makcikku yg seorang lagi di gelar cik Iram,,cik iram mmg xpernah bercakap dengan sesiapa pon,,hanya dengan ibu sahaja dia boleh bercakap..sebelum nie kaki cik iram elok,,namun sejak bulan lepas,,ia membengkak dan dia xmampu lagi berjalan,,dah dibawa klinik tetap begitu..ibu kata xpe..ia lagi memudahkan mak menguruskan mereka berdua...bagusnya makcikku ini tidak memilih makan,,apa sahaja dihidang pasti dihabiskan..bila ibu ingin cuci dan mandikan mereka pon mudah jek,,mak pernah berkata padaku,,mereka dulu membesarkan mak ketika kecil,,mereka yang selalu menukar lampin dan mendidik mak,,sekarang tanggungjawab mak pulak bantu mereka,,sementara anak2 mak cuti nie,,boleh ringankan kerja mak...terharru aku mendengarnya..aku kadang terfikir juga..sukar juga bila hidup sendirian tidak memiliki zuriat seperti kedua makcikku ini,,namun terdetik jua dibenakku,,jika ada pon,,mampukah seorang anak berbakti pada ibunya yang uzur melihatkan remaja kini yang khayal dengan kesenangan hidup dan tidak mengalami dugaan yang menuntut mereka untuk bersabar,,hancurnya akhlak remaja kini kerana nafsu,,pabila tekanan yg dialami seolah2 mereka lah orang paling malang didunia ini sedangkan tidak terfikirkah mereka kita terlalu mewah berbandingkan rakyat palestin yang dibelenggu penindasan,,negara afrika yg dilanda kemiskinan,,jiwa mereka lebih tertekan dari kita,,mereka menunjukkan sikap tabah yg sangat luarbiasa,,pernah abgku menceritakan kisah dari gaza yg didengar,,seorang kanak2 yg diberi sebungkus gula2,,diambil namun dibahagikan sama rata untuk kejiranannya,,pabila seorang kanak2 mengambil lebih,dia tiba2 melarang keras kerana ia tidak adil dan mereka menasihati sesama mereka ada rakan lain yg memerlukannya,,seorang abg mengambil gula2 bukan untuk dirinya,,tapi untuk adik2nya..padahal dia boleh membolotnya sendiri,,,bayangkan dimalaysia,,sesama beradik pon berebut..mampukah kita melahirkan wira dan wirawati negara sekiranya begini,, dan mampukah ibubapa memberi contoh yg baik buat anak2nya..wallahuaalam,,tepuk dada tanya selera...aku hanya wanita biasa,,naluri yg sama,,keinginan yg sama..pemikiran yg mengharapkan aku untuk terus jihad ke jalan Allah swt walaupun terkadang jatuh dan alpa,,namun teruskan beristifar pabila kita mengingatinya semula..langkah terbaek untukNya terus memerhati dan membantu kita..(^_^)

coretan hari-hariku...
waslam..