Monday, July 23, 2012

Manisnya Ramadhan

salam..

sudah 3 ramadhan dilalui..hari penuh keberkatan..sayangnya aku sempat berpuasa pada hari pertama ramadhan..itu pon setengah hari..biasalah wanita..keuzuran yang diberi Allah..terima dengan hati yang redha dan penuh kesyukuran..syukurlah sempat tarawih malam pertama ramadhan bersama adik dan emak hari itu..Alhamdulillah hari kedua ramadhan,surau hadapan rumah yang dalam proses pembaikan sudah ciap dan dapat digunakan..dapatlah la mak ke surau berjemaah bersama orang kg sekitarnya bermula semalam.kelihatan agak meriah..sudah mula ramai anak remaja ke surau..rasenya sudah ada peganti zaman remajaku..anak2 akak jiranku yg meningkat remaja telah dilatih kedua orangtuanya untuk kesurau berjemaah..terengat kembali zaman remaja..dengan berciap bertelekung namun berseluar ke surau bersama arwah ayah..walaupun masa kanak kita banyak main dan membuat bising,namun ia latihan untuk diri kita sendiri akan keseronokan melawat rumah Allah..pernah ku terdengar ustaz bercerita pabila kanak kanak kecil yang dibawa ke masjid atau surau, selalu membuat bising dan dilemparkan kata kesat oleh orang dewasa, ia mampu memberi kesan buruk kepada individu tersebut,,seeloknya gunakan nasihat yg lembut kerana sbenarnya, pabila kita menggunakan perkataan yg lembut dan tidak menyakitkan hati seseorang, ia lebih menyentuh hati dan diterima olehnya.lumrah kanak2 yg cenderung bermain dari menghayati sesuatu amalan. setiap orang melalui zaman kanak2..bila melihat anak buahku bermain..aku kadang2 tersenyum..mengingati zaman remajaku sendiri..terengat kembali semingu sebelum berpuasa..aku menemani anak buahku bermain pondok2 mengunakan selimut dan kerusi meja..tidak ubah dengan perangaiku semasa kecil..dengan rela hati.. bilikku menjadi mangsa rumah pondok2 mereka.hehe2.. dan kini ank buahku terutama ank abg andan mulai rapat denganku..asal mereka datang ke rumah..pasti ajak men geletek..belom sentuh mereka dah menjerit..kadang2 gelihati melihat gelagat mereka.. seronoknya melewati zaman kanak2 yang ceria..teringat kembali ketika aku melawat rakyat islam kemboja.. hidup penuh kedaifan, makan apa sahaja yang ada,, namun..bila ku pandang kanak2 yang hidup disana,berada dalam keadaan ceria,,lagi2 bila kedatangan org..pastinya mereka gembira,kerana kedatangan kami pasti membawa sedikit kegembiraan dari segi bantuan makanan dan fasiliti.. sayangnya aku tidak membawa pakaian lebih yg ada disini. hanya sedikit gula2 yang kubawa,yg pastinya hanya memberi sebentar kegembiraan buat mereka,, bagaimana agaknya mereka menjalani ibadah puasa disana?? adakah bazar ramadhan seperti di Malaysia ini..yg penuh dengan juadah sehingga kadang2 timbul rasa pelik dihatiku,,bagaimana kita bersyukur dengan rezeki melimpah ruah disini sedangkan ada muslim yg menderita di tempat lain..terbaca metro harian harini tentang penindasan rakyat islam rohingya di myanmar..mata hanya mampu melihat dan berdoa..tidak ada kuasa untuk memberi apa2 bantuan..terasa kerdil diri ini.. mohon ku ya Allah..tidak kira dimana ,siapa dan amalanya,,kau peliharalah umat islam dari ditindas , dihina mahupun diseksa dari kekejaman manusia yg tidak mendapt hidayahmu itu Ya Allah... berikanlah hidayahmu kepada mereka yang benar2 mencari cahaya petunjukmu ya Allah,, dan moga menjadi pedoman buat yg alpa..rasanya belum terlambat untukku mengucapkan salam ramadahan Al-mubarak... Maniskan senyuman, tingkatkan amalan... UpgradeKan Iman (^___^)..

coretan hari-hariku..

24/07/12~ 1.04am


Saturday, July 7, 2012

Kelahiran


salam
06 Julai 2012- bertambah lagi seorang anak saudaraku..anak abang adol dan kak izah..Alhamdulillah selama hampir 4 hari di hospital , anak yg ditunggu lahir pada hari jumaat penuh barakah,,di pagi hari.. kesian tengok akak iparku bertarung melahirkan anak.. sebanyak 2 kali induce ( ubat yg disuntik untuk memaksa kandungan segera keluar)..petang khamis sebelum kelahiran baby girl..aku bersama emak melawat kak izah yang masih ditempatkan di wad.. tak sanggup rasanya melihat kak izah menahan sakit untuk bersalin..masih tak dibenarkan ke dewan bersalin kerana bukaan baru sahaja 2 cm..sekiranya 4cm baru dibenarkan ke dewan bersalin.. melihat kejap2 akak merasa sakit yang teramat sehingga menangis..tak sanggup pulak aku..maka aku banyak keluar wad dan tunggu diluar je sebab tak sanggup melihat akak menahan sakit sedangkan aku tak mampu berbuat apa...cuma doa dimudahkan segala perkara kubaca agar kak izah cepat bersalin... malamnya jam 12malam..abang telefon ke rumah dan mengesahkan akak iparku ke dewan bersalin.. sejam selepas itu abg kol lagi dan memberitahu mak yang kak izah  terpaksa dibedah sebab bayinya tidak dapat keluar dan air ketuban telah pecah dan ini boleh membahayakan bayi ,takut2 lemas.. akhirnya akak dibedah..tuhan je tahu betapa peritnya tanggungan yang akak rasa..Alhamdulillah jam 3 pagi lahir lah bayi perempuan, anak pertama abang adol dan kerana bayinya lemah,,terpaksa di asingkan dengan ibunya dan diletakkan di bilik khas selama 5hari..hanya ayahnya sahaja dapat menjenguk bayinya... mulanya,abg ceritakan yang bayinya terpaksa dipasang saluran nafas dan masuk air di tangan..dapatku bayangkan bayi sekecil itu memakai alat pernafasan dan salur air ditangan..MasyaAllah betapa sakitnya..kesian bayi abg adol.. Alhamdulilah hari sabtu ketika aku melawat kak izah di hospital.. Abang memberitahu perkembangan bayinya yang semakin stabil.. segala wayar dan alat pernafasan sudah dicabut.. akak iparku gagahkan diri melihat anaknya di bilik khas walaupun luka pembedahan masih belum elok..semangat seorang ibu kan bila berjauhan dengan anak..huhu..takpelah..yang penting bayi selamat dan kak izah pun selamat..InsyaAllah hari selasa bayi dan ibunya akan dapat balik ke kampung..tak sabar melihat anak abg adol secara terus..namun sempat abg adol tangkap gambar anaknya ketika melawat anaknya di bilik khas..hehe oh..ya.. abg adol pun dah ada nama untuk anak gadis sulungnya nih..DAMIA HUDA..yang bermaksud keberkatan dan petunjuk.. Alhamdulillah..tahniah sekali lagi buat abg adol dan kak izah..moga damia menjadi anak yang soleh dan terus berbakti buat kedua orangtuanya..amin..(^_^)~

coretan hari hariku.
7/7/2012 11.32pm

Tuesday, July 3, 2012

Doa Rasulullah SAW


Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.

Jadikanlah cinta-Mu lebih ku hargai dari air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat Attirmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s")

coretan hari-hariku(^_^)...
03/07/12-11.52pm

Monday, July 2, 2012

Solat Sunat Dhuha



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,  kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,  limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


~(^_^)~
coretan hari-hariku...

new experience(^_^)


Salam..
hari pertama bekerja..semacam tiada ape2 perasaan..mungkin sebab sebelom ni dah praktikal kat cini..dak opis pon xberubah dan mengenali aku.. namun yang mencuitkan perasaan pada hari pertama aku disini.. bermula kisahnya begini..kak suzy, salah seorang staf ke dapur opis..maybe nak buat air kot.. tiba2 lari ke luar.. riuh meminta kami yang sedia ada menghalau seekor ular yang masuk di dapur opis..mase tue ade 3 lelaki sebaya abg2ku rasenye dengan kak ain..yg lelaki mula ke dapur nk menyelamatkan keadaan..sebab teruja aku pon ekut ke dapur melihat.. Abg Jai..staf yang berbadan besan menggunakan kayu penyapu nk menangkap ular tersebut..oh ya..anak ular sawa yang masuk.. namun sangat2 agresif.. besar mulutnya menganga seakan ingin menerkam mangsa..berkali2 gak abg Jai nak tahan namun,ularkan licin..berlegar2 la kat sekeliling dapur..akhirnya abg jai dapat tahan badan ular tue ngan batang penyapu..abg jai pun suruh cik N tangkap ular tersebut dengan plastik yg dipegangnya dr td..tibe2 cik N baling jek plastik tue kat ular..xbrani nak memegangnya..alahai..rase klako plak tibe2..tiada yg berani memegangnya,,sebab abg Jai pegang dengan kukuh bdan ular tue..aku pon segera la amek plastik tersebut dan membungkus ular tue masuk kedalamnya..abg jai ciap pesan suruh aku memegang kepala ular tue,,takut dipatuknya..dalam keadaan samar plastik,aku menekan kuat kepala ular tue bila pasan..dengan segera aku angkat dan bawa keluar pejabat..kak suzy mengerahku membuangnya sejauh mungkin..aku pon baling jek kat parit depan opis..hehe..xjauh pon..takkan nak bunuh plak..kesian plak tgk ank ular tue..bukan sengaja pon die termasuk opis..hehe..hopefully anak ular tue selamat pulang ke tempat asalnya..hehehe~ so..itulah tugas aku sepanjang sentengah ari di opis,,sebenarnya jurutera opis cuti..maka, dak opis tak tau nak bg aku tugas ape..so aku pon goyang kaki..seb bek la petang tu, mungkin cik N nampak aku kebosanan tahap gaban..die pon bg aku tugas keluarkan besi dari pelan jambatan yang dia handle..masyaAllah..pelan zaman biler pon aku xtau la..dengan penggunaan saiz inci dan lukisan tangan..memang jenuh nak paham lukisan kejuruteraan nih..dah la pelan potostat..mula berimiginasi untuk mengeluarkan besi2 yang ada pada embankment jambatan tue.. naseb baek la Cik N berpuas ati dengan kije aku yg tak seberapa..nampaknya kena asah balik bakat melukis aku nih..karat sudah..nampaknya bukan semua pelan mengikut spesifikasi,,seperti td..lukisan itu disediakan pejabat daerah..maybe dia tiada kepakaran dalam bidang teknikal untuk melukis balik pelan tersebut mengikut spek terkini..takpelah..berguna jugak ilmu aku yg cetek ini..Alhamdulillah.. so i'm hepi today coz kije takda lagi ..lagipon aku sgt2 ngantok sebenarnya..coz sibuk tgk final euro pg td..kih..spain main sgt baik..bagaimanapun pilihan sebenarku jerman,yang sudah tersingkir dikalahkan italy.. tahniah buat spain..teruskan momentum tok masa akan datang..hehe ~ sebelum mengundur diri..ucapan tahniah dan barakallah buat artis irma hasmie dan pasangannya, redza syah..sungguh inilah couple yg xjemu aku melihat gambar perkahwinannya,,menuntut syarak dan manis kedua..it's true!! happiness love after married!!moga bahagia hingga kesyurga(^_^)..hepi eva after... selitkan salah satu gambar yang really show ur happiness........(^_______^)


Wednesday, June 27, 2012

Satu Langkah ke Depan

Salam
25 hb jun 2012...berakhir sudah pengajianku sebagai seorang mahasiswi di UTHM....kertas terakhir yg kududuki ialah kejuruteraan air ribut bandar...tamat hadapi peperiksaan,,muncul rasa pelik,,singkatkah masa 3tahun aku di cini,,teringat kembali saat mula2 aku memasuki UTHM...hehehe..byk jugak kenangan pahit manis aku alami di sini...agak nakal jugak aku di sini,,tak skema mase kat poli dulu..aku lebih malas berbanding kat poli..di sini,,aku byk buat projek..try join macam2 aktiviti dianjur U..namun semuanya seakan hangat2 tahi ayam..kejap jek bertukar ganti..hahaha~  papepon thanks UTHM,, memberi aku kenangan manis yg xdapat aku lupakan..balik rumah dengan misi aku yg baru..mengemas bilik sendiri..mak bg aku bilik kak long yg tidak diduduki sesiapa,,mula hari selasa,, aku start kemas..MasyaAllah..bukan men byk lg brg..dengan cara aku yg memang xsuke simpan benda yg xguna...kerja membuang segala jenis brg xguna bermula..karpet bilik akak pon aku humban..leceh berkarpet2..nak menyapu payah..so aku buang dan ganti ngan tikar getah..segala brg dalam almari aku susun balik bju nk guna dan terpakai persila la menjadi kain pengelap pinggan yerk..dalam mengemas,terjumpa baju2 mase aku blajar kat Uthm..perasaan rindu mula menggamit..bayangkan sehari suntuk kemas barang2 dalam bilik..sampai katil pon roboh dibuat aku..dah lama sangat katil akak nih,sejak dia kahwin lagi,,jadik kesimpulannya,,aku putuskan taknak katil dibilik nih,,cukup la tilam..senang..xde la menambah habuk dan segala sarang kalau berkatil2 nih..beres...terlanjur aku mengemas,mak pon mintak sekali aku kemaskan ruang tengah dan bilik adik..jenis mak yang memang suka menyimpan barang2nye...memang seksa la nk kemas...satu2 barang nak kemas dan semak,,belum lagi almari yang penuh dengan segala barang..nak alih memang komfem kena kosongkan dlu ye dak..huhuuu..mak sempat usik..baik kita kemas sekarang dari tunggu puasa nanti,,tak la penat sangat kan,,kalau penat masih boleh g minum air..seloroh mak ..huhu sabo jela...nasib baik la aku mintak tangguh mula kerja 2hb dengan opis bakal aku mula berkerja..eh..lupa nak bercerita..opis lama tempat aku praktikal dah panggil aku balik bekerja dengan diorang..plus tempat kerja tak jauh dan sangat2 menjimatkan,,aku pon terima..moga segalanya berjalan lancar... yeye..dapat  berposa kat umah...rezeki yang tidak disangka2..hehe maka, dengan semangat baru,,langkah baru,, dan status baru sebagai bakal pekerja..mari kita berusaha menuju kejayaan dan keredhaan Allah..~aja...aja ,,fighting!!!Y(^_^)Y.. 


coretan hari-hariku...
27/6/12-10.30pm...

Friday, June 8, 2012

Penuh Kesibukan

Salam..
sepanjang minggu nih..memang paling sibuk dan betul memerlukan tenaga dan keringat...bermula minggu lepas fahimah@dora bernikah serentak aku nak menyiapkan tesis akhir aku..mempercepatkan ciapkan tesis untuk bagi masa terluang memenuhi kehendak fahimah sempena majlis perkahwinannya.Di rumah Dora, bukan sahaja sebagai jurugambar , malah membantu tuan rumah iaitu PakNgah dan MakNgah ...kehulu kehilir aku bergerak, ke depan dan ke belakang,, namun aku mula bantu majlis dora saat hari pernikahannya,, Alhamdulillah cuaca pun sangat baik. majlis pernikahan berjalan lancar dan sekitar jam 4, Dora pon sah menjadi seorang isteri..berkat doanya untuk mempercepatkan jodoh,,terengat kata2 adikku.."akak farah biler nak kahwin, adik haritu belajar tentang kanser payudara".. faktor orang yang mudah mendapat penyakit nih macam melahirkan anak lewat 30an,,maksud adik umur nk dekat 30..dan lagi satu kalau kita uzur pertama dalam usia 12-15tahun.." ada maksud tersirat adik menceritakan padaku..adik2~ jodoh kan tangan tuhan ,bukan aku taknak menikah,,rasanya ,semua wanita didunia ini ingin merasakan nikmat pernikahan seawal usianya,namun jodoh itu telah menjadi rahsia Allah,namun dalam menjadi rahsia allah, kita juga perlu berusaha,, seperti contoh mengamalkan doa cepat jodoh,, kita lari topik plak,, ok..majlis persandingan Dora, Alhamdulillah meriah,, sepanjang tingkat dikenakan tol..itu la adat johor,,dari orang kendarat hinggalah ke kanak2 menahan untuk mendapatkan angpau dari pengantin,kalau tidak jangan harap dapat lepas.. Ape2 pon tahniah Dora..akhirnya kini kau dah bergelar seorang isteri,,jadilah isteri solehah seperti yang diimpikan seorang suami.. Alhamdulilah, syukur tak terhingga, hari rabu, aku lepas perbentangan projek sarjana muda aku..hehe rasa dah grad plak.. pulang ke rumah, bermula tugas seterusnya, jadik jurugambar untuk majlis Iyam plak,,my beloved friend, meranagkap jiran terapatku,, geli atiku diusik kakak dan abangnya bila merungkai zaman kanak2 kami..sememangnya keluarga Iyam sangat happy Go lucky..sentiasa buat aku tertawa..bermula acara berinai jam12tghmalam..adoi,,melayan kerenah sehingga 2pg baru lah ku pulang rumah... pagi jumaat plak,,acara bersiram...macam2 posisi,haha2 geli ati bila semua adik beradiknya memandikan pengantin,,oh ye..Iyam nih anak bongsu dan anak yatim piatu,,namun adik beradik ramai dan Iyam anak ke sepoluh..memang meriah.. petang plak acara rewang..wah!! ramai betol orang kampung yang datang..acara memasak dan meniapkan bunga pahar..aku selaku jurugambar, kehulu hilir la mengambil macam2 aksi.. naseb baek la aku nih mmg jenis ganas an..orang tgh melapah lembu pon aku join..kurang segan bila aku kenal pakcik2 dan jiranku melapah lembu walaupun aku seorang bunga ditgh kumbang disitu..rasenya aku ada sifat ayah,, seorang yg berani.pakcik2 pon ramah plak bercerita denganku..aku pon layan jela..muncul rase rindu pada ayah bila mendengar cerita2 mereka tentang semangat ayah bila ada kenduri kendara... malam ni Iyam menikah...bukan main excited lagi lagaknya..hahaha~ layankan jela,,kawan yang selalu ajak mandi parit,, petik buah kebun orang, men tangkap berudu,katak, lelabah dan memancing,,kini akan bergelar isteri..hehe~siapa sangka an..doa2kan lah lepas nih giliran aku..walaupon memang aku kena bahan jek sepanjang ada kat umah kenduri..mungkin sifatku yang mudah mesra, membuatkan makcik2 semua suka mengusikku..Mak mampu tersenyum melihatku..tapi mak dah ade sifat baru..asal aku hampir dengannya, mesti mintak aku tangkap gambarnya bersama rakan-rakannya,,kadang2 tgk, kwan2 mak lak yang segan..hehe~ sabo jela... seronok bila Kak Inong cerita kisah zaman kanak2 ketika arwah nenekku masih ada" ko xtau farah, mase kecik2 kami mandi depan umah ko, selalu nenek kau marah,,nenek kau garang tau,,, semua menantu takut dgnnya kecuali mak kau..mak kau je yang tahan.."hehe2.. mak aku memang hebat, masak pon hebat,, bila makngah cerita, arwah nenek aku selalu puasa sepanjang rejab dan syaaban.mak akan menyediakan pelbagai jenis kuih setiap hari..wah!! bila aku mintak mak wat kueh,,punyalah susah,,maybe mak dah terlalu penat wat kuih sepanjang usia mudanya..tapi kalau aku demam, mak mmg terbaek,,ape jek aku nak xpernah menghampakan..hehe~ walaupun aku kadang2 rase macam mak menyayangi abg dan adikku yang len, tapi jauh disudut ati, aku tau mak paling menyayangi aku, sebab akulah anak yang selalu ditegurimya, dan dalam perasaan kecik ati terselit rasa bangga sebab mak mendidikku menjadi insan berguna kini..dan makin buat aku bahagia, namaku farahlah nama keinginan ibuku padaku yang xpenah lekang dari bibirnya memanggilku ..adik beradik len xde..hehe~ dan mungkin aku berpenyakit meningkatkan lagi rasa syg itu padaku...wallahualam...yang pasti hanya dengan mak je aku xpernah berahsia walaupun aku seorang perahsia...sebab mak memang bijak merungkai segala permasalahan dan memahami aku...buat sahabat dan kazen yang kusayangi..Selamat Pengatin Baru.. Moga bahagia saMpai ke Syurga dan Happy eva After(^_^)~