Wednesday, August 10, 2011

Thinking Of You



Salam...

Selamat Pagi ...emmm..kenapa dengan aku yerk hari ni..tetiba rasa teringin sangat menghantar mesej buat seseorang sahabat..lama sudah aku tidak bertanya khabar tentangnya..tak tahu nak watpe..just thinking about him lately...masih marah padaku??bencikan aku??salahkan aku ??hahaha..macam2 aku pikir,,teruk sangat ke kesalahan yang aku lakukan hingga perlu dia senyap seribu bahasa,,atau aku yang ego tidak mengaku kesalahan sendiri..entah yerk.. rase janggal plak bile pikirkan hal ni...hahaha,,pembawakan emosi kot..ohh ya..sayangnya aku xdapat menjalankan puasa sejak selasa ritu..herm..bila teringat yang keuzuran yang tuhan beri hambanya yang bergelar hawa ini merupakan satu hikmah,,takla rasa sedih sangat..huhuu...eh..berbalik tentang perasaan yang sedang bermain ini..aku punya sebab mengapa menidakkan perasaan aku,,sebab aku kena jaga langkah dan hati aku..sebab wanita kan mudah cair,,sebab tue aku keras macam batu..hahaha,,bukan aku xsedar kelebihan yang ada pada seseorang itu,,betapa tinggi keikhlasannya terhadap aku..namun andai belum berupaya mengambilku sebagai suri dihatinya...biarlah perasaan itu tersemat dihati sahaja..jodoh itu telah Allah titipkan buat hambanya....aku tahu pahit untuk ditelan,,namun jika ini mampu untuk terus aku pegang pada prinsipku..bukankah berbaloi..kadang2 nafsu memang berusaha menerobos hati kita.. aku tidak ingin merasa gundah setelah alpa akan tindakan sendiri,,justeru itu,,biar aku sendirian di sini menanti saat masa akan muncul kebahagiaan itu buatku..aku tetap bahagia di sini bersama keluarga dan rakan baikku..belajarlah memahami,,belajarlah mengerti...disamping itu aku juga akan cuba memahami tingkahmu,,sikapmu jelas hanya ingin melindungi,,aku sedar namun kadang2 aku merasakan ia seakan hilangnya sebuah kepercayaan yang aku harap2kan dalam satu persahabatan ..apa yang luar biasa aku takkan mudah aku pamerkan...sebab aku bukan mudah menunjukkan apa yang aku rasa dan itu sudah pasti membingungkan orang yang cuba ingin memahamiku secara mendalam..salam rindu buat sahabatku..moga sihat disamping keluarga tersayang..andai tuhan dah tetapkan ,,InsyaAllah yang terbaek seperti yang kita harapkan...be tough and heppy eva after(^_^)

coretan hari-hariku...

Sunday, August 7, 2011

Hati seluas Tasik...



"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.

"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."

"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."

"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

di copy dari:

www.iluvislam.com

buat:

coretan hari-hariku(^_^)...

Thursday, August 4, 2011

Fidyah



Salam..

Alhamdulillah..masuk nie dah hari ke5 aku berpuasa,,amalan sepanjang bulan ramadhan pun masih dapat dilaksanakan atas kehendakNya..terima kasih ya Allah..(^_^)...Semalam aku tetiba didatangi seorang kakak..die menanyakan samada aku anak yatim..aku mengiakan lalu akak tue menyerahkan sejumlah wang padaku,,katanya ini wang fidyah yang perlu dibayar olehnya atas sebab tidak mampu membayar puasanya yang lepas..kerana aku anak yatim,maka akak tue memberinya padaku..mulanya aku agak terpinga sebab ini pertama kalinya aku menerima fidyah dan ramadhan kali ini ,arwah ayah xbersama kami lagi...perasaan terharu kusimpan,,ketika adik pulang ke sekolah ,dia memaklumkan pada ibu esok dia dan rakan yang merupakan anak2 yatim akan dijamu di hotel sempena ramadhan...rezeki anak2 yatim... hatiku sayu bila mengenangkan arwah ayah,,antara sebab aku tidak ke surau dan hanya menunaikan teraweh di rumah atas sebab risau nanti aku akan terkenangkan arwah ayah mengimamkan solat tarawih di surau...sejak aku remaja lagi,aku selalu ke surau dengan ayah menunaikan teraweh,,selepas solat,ayah akan menungguku diluar surau untuk pulang bersama sebab aku takut gelap..huhuu.. masih segar dalam ingatanku ketika aku memeluk mak ketika ingin tidur beberapa hari lalu berkata"mak,nak pelok sat,Farah kan anak mak"lalu mak menyangkah"Kamu tue anak ayah"...runtun jiwaku bila mak berkata begitu,,,moga Arwah ayah bahagia disana,,teringat sebuah hadis mengatakan,,seorang ayah yang melindungi dan melebihkan anak perempuannya semasa hidup,,diakhirat kelak,,anak perempuan ini akan menjadi perisai dan pendinding buatnya dari azab api neraka...Moga HambuMu ini dapat menjadi perisai dan pendinding buat Arwah ayahku ya Allah kerana beliaulah ayah yang tidak pernah menghampakan impian anak gadisnya sepanjang hidupnya..aku bersyukur menjadi anaknya ya Allah...amin~

coretan hari-hariku...


Monday, August 1, 2011

Kekeliruan dalam berPuasa...



Salam..

Sempena bulan yang mulia ini, Ramadham al-Mubarak, aku nak kongsi sedikit tentang kekeliruan-kekeliruan perkara-perkara yang boleh atau tidak membatalkan puasa. Percaya tak ketika korang berpuasa, masih boleh melakukan hal-hal berikut?. Namun ramai yang keliru adakah perkara dibawah membatalkan puasa atau tidak, mari kita baca.

▣ Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa.Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang.

▣ Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada

▣ Anda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkanair ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh NasiruddinAl-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)

▣ Anda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajaryang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakimdan Ibn Khuzaimah). Allah berfirman di dalam SurahAl-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam). Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.” Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, RasulullahSAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.” Sekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.

▣ Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.

▣ Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwakatau dengan berus gigi.

▣ Anda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq’Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).

▣ Anda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.

▣ Anda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.

▣ Anda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.

▣ Anda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatandan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda. Anda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.

▣ Anda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.

▣ Sekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar. Sekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar. Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.

▣ Anda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.

Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh YusufAl-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz,Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.

Di copy penuh tertib daripada:

MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT

dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Untuk:

Coretan Hari-hariku...(^_^)

Ramadhan 2011



Salam...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak....syukur diberi kesempatan menyambut puasa buat tahun ini...mulanya ingin bersama mak ke surau berterawih..kasihankan adik seorang dirumah ,aku putuskan untuk berjemaah dirumah sahaja dengan adik dan mak ke surau berjemaah...lama dah xberterawih ,hampir lupa surah dalam terawih..tiap kali solat aku mesti menghafal dahulu baru memulakan solat..nie la padahnya pabila solat fardhu membiasakan surah2 yang biasa jek..hehe~ Alhamdulillah akhirnya selesai solat terawih,makin berbelit lidah membacakan doa terawih..bila jarang membaca doanya, bertatih la jugak membacanya..InsyaAllah akan dipraktikkan setiap hari agar lebih lancar...namun hari kedua terawih..aku tidak dapat berjemaah dengan adik..kak long balik kg sebab saudara abg iparku meninggal dunia,,selepas berbuka akak mengadu selsema dan sukar bernafas,,akak ada asma,,jadi selepas maghrib aku menghantarnya ke klinik... namun tiada klinik yang buka sempena 1ramadhan..akak putuskan untuk pulang sahaja dirumah..dirumah akak berehat sementara menunggu abg long balik dari terawih dan akak bertolak pulang ke selangor sebab mereka hanya mengambil cuti sehari...mak pesan akak mengambil cuti sahaja esok dan jgn lupa ke klinik sebab nampak akak keletihan.. so,aku solat terawih bersendirian malam tadi...moga solat terawih seterusnya dapat aku berjemaah lagi dengan adik...puasa kali nih nafsu makan xla besar sangat,,aku tak ke bazar ramadhan pon semalam,,tapi hari ni mungkin singgah sebab ambil adik balik sekolah kul 5ptg..terlanjur lalu,,singgah la...hehe~ ah..juadah berbuka semalam sangat2 banyak,,aku dan mak cuma masak kari daging dengan puyuh goreng,,eh plus aku punya popia goreng ikut rase...datang pulak kaklong balik bawak macam2 makanan dari mah abg long dan juadah bazar,,dan tetiber jiran datang hantar berkat...masyaAllah...dari dua lauk jadik 7 lauk..sampai ada yang xbersentuh...so, masa akak balik..mak bekalkan makanan,,senang sahur nanti xperlu masak,,dan aku pon pesan kat mak xpayah masak sahur pagi td,,cukup la pnaskan lauk..kul4 aku bangun teman mak,,bukan teman masak tapi teman tido ,.hahaha..sebab mak cuma masak nasi dan panaskan lauk..ku menanti sehingga lena...hehe~(^_^)

coretan hari-hariku..

Thursday, July 28, 2011

Mari MenCuba...

Salam...

Alhamdulillah..masih dikurniakan kesihatan dalam meniti kehidupan serba bercukupan... Semalam buat pertama kalinya aku membuat kek coklat...sebab xterer buat kek...so, guna la tepung moist luxury coklat sangat memudahkanku membuat kek..tinggal campur telor,air dengan minyak...pembakar kuih mak pon da lama xdigunakan..aku siap pernah mimpi oven mak rosak..hahaaha..sebab xnak bagi rosak aku try la wat kek,,kena rajin gunakan.. hahaha.. Alasan!!:p Dengan semangat berkobar dan dibantu adik bongsuku,Anis..kami pon mula la bancuh kek..wah! Sangat teruja melihat hasilnya masa tgk kek mula kembung dalam oven,,kejap2 ke dapor tgk kek..padahal mak dah set time pon,,hahaha,,,Teruja sebab first time buat kek kot:>.... lagi 2 hari lagi kita mula berpuasa,,seronoknye tahun nih sebulan berpuasa di kampung...1st day boleh masak specel sebab johor cuti..dah banyak rancangan nak buat kuih raya with my beloved mum,,xsabar rasanya...Ops!! xlupe ucapan terima kasih tok opis tempat aku praktikal..bagi kurma dengan Kaen Baju Raya..Nice!!so xpayah nk pening cari kain lagi..hehe~huhuu..xlupa nasihat mak,,banyakkan baca Al-quran..InsyaAllah akan dipraktikkan after sahur everyday..mengikut rancangan..moga dipermudahkan hendakNya...(^_^)..Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan memberi rahmat buat yang memerlukan...Amin...

coretan hari-hariku...

Tuesday, July 26, 2011

Hadirlah...kau dalam mimpiku...



Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


coretan hari-hariku(^_^)