Friday, March 11, 2011

Kriteria..



Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

SubhanAllah...Indahnya andaiku gapai kata-kata ini...tiada ucapan lain yang mampu ku ucapkan selain Alhamdulillah...


Coretan hari-hariku...(^_^)

Tuesday, March 8, 2011

Warkah BerMakna...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.


LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.


LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*


*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*


*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *


semoga bermanfa'at


Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp


Ambil Hikmah sebuah Pengalaman..


Salam...

memang sebuah kisah yang menarik..sama2lah kita fikirkan bersama..(^_^)..


coretan hari-hariku..

Sunday, March 6, 2011

SeNada Luahan Jiwa...



“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”


“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”


“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”


“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”


“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”


“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”


Aku tercuit membaca sebuah luahan yg kubaca dalam sebuah fb,,menurutnya,,ia membacanya dari sebuah majalah dan terpaut pada bait-bait kata yang puitis...aku jua tertarik untuk dikongsi bersama dalam blog ku ini..aku sedar aku tidak sempurna,,(^_^)


coretan hari-hariku...

Saturday, March 5, 2011

Selamat hari Lahir Ibu...



Salam...
06Mac- Hari istimewa buat ibunda tercinta...mak..hari ni genap umur mak 59tahun...selamat hari lahir ibu..hari nie specel buat mak..malam tadi aku dan adik2 sempat beli kek dan sambut dengan sederhana,,malam td xputus panggilan dari akak dan abang mengucapkan hari lahir buat mak..tiada hadiah lebih berharga buat seorang ibu selain ingatan kasih anak padanya,ucapan dah cukup buat ibu tersenyum bahagia..pg td aku dan adik suh mak rehat..kami masak specel...xlah specel sangat..hehe..aku try masak ayam kari n sambal dan sayur campur,,simple tapi semua ilmu yang ibu turunkan aku aplikasikan...haha~sedap xsedap blakang kira,,yang penting ada usaha dan semangat..hehe~ k selamat hari lahir mak...moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari nie,,moga ibu dipanjangkan umur dan sentiasa ceria dan hepi eva After..(^_^)..

coretan hari-hariku...
waslam..

Febret Food



Salam...
Wah...Rindu kat rumah xpenah pudar tiap minggu,,cuma minggu nih lebih2 lagi coz mgkin aku demam selsama lepas kem aritu...bila sakit,,ingatan pada mak xterperi...rindunya kat mak...Alhamdulillah lepas test semalam aku terus pulang ke kampung..pg tadi ke pasar aku dengan rencana tersendiri...berhajat nak makan lauk kegemaran aku..Pais ikan Bakar..specel sikit buatan mak nih...mesti guna ikan kembung,,pastu kelapa parut digaul dengan sambal dan paling penting belimbing buluh..penaik selera..memang terangkat,,xdapat kat mana2..lauk banjar ke??aku pon xpasti...berusaha aku buat api tadi,,sampai abang aku pulang dari kije baru ikan sedia dibakar..hehe~ ahha..ade satu g lauk specel..sambal daging,,nie febret adik lelaki aku,,klo die tau mak masak lauk nih,,mesti die geram xdapat makan..sabo la adik belajar di perantauan yer..hehe~ k la..sekian sahaja kisahku hari ini,eh petang td teman adik ke Summit bli buku..sangat banyak buku yang dibeli,sampai senget bahu nak mengangkutnya..huhu~takpe dik,,ilmu itu berbaloi..Chaiok2!!(^_^)

Coretan hari-hariku...
waslam...

Sunday, February 27, 2011

KEM MOTIVASI KERJAYA & PROFAST




SALAM..

jumaat hingga ahad(25hb-27hb) turut serta dlm kem motivasi kerjaya dan profast di Kem Air hitam...bermulanya di petang hari byk kepada sesi taklimat... pada malam hari tugasan pertamaku membuat resume,,yang seronoknya berkenalan dengan orang baru..bertambah kenalan..pg2 kami bersedia untuk ditemuduga..agak mencabar bila aku ditemuduga oleh pihak kerajaan(wakil dari jabatan perdana menteri) bertubi-tubi soalan diaju..sedaya upaya aku menjawabnya sehingga aku terhenti untuk berfikir panjang bila di aju samada aku sanggup menpertaruhkan kerakyatan negara untuk berkerja dibawah kerajaan dengan ikatan kontrak 5 tahun dan sepanjang itu setiap projek yg aku jalankan tiada langsung gagal seperti contoh bangunan collapse or sebagainye..bila melibatkan pertaruhan kerakyatan..agak cuak la jugak..hua2.. malam plak kami ada night walking..dalam byk2 nightwalking yg pernah aku alami,,ntah kenapa inilah paling menyeramkan aku,,dengan kisah silam rakan yg pernah menjalani aktiviti di kem ni..kem ini dikatakan keras.lagi menguatkan kebimbangan aku pabila treasure hunt petang sebelum night walk..berjumpa sebuah kubur berseorangan di tgh hutan..sape yg xcuak an..hua3..lagi meningkatkan rasa cuak..sebelum acara night walk dimulakan..seorang wanita pengsan dan terkena histeria..makin panik la semua..namun progam tetap diteruskan..setiap sorang dilepaskan dengan hanya menuju cahaya kelip2 sehingga ke penamat chaya kelip yg ke tujuh...perasaan mula2 agak gementar..bila dalam keadaan lapang dan penglihatan yg luas..mmg aku agak cuak..selawat dan Ayat Qursi xberhenti dibaca didalam hati.. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya melepasi nya, rupanya sgt pendek..apa yg dapat aku belajar..kita sebenarnya kena bijak menguasai diri..fokus pada niat kita,,kurang berfikiran negatif yang menambah emosi cuak kita..InsyaAllah keberanian luarbiasa akan kita miliki..papapun mmg terbaik..aku yang sudah lame x mengikuti kem begini sekurangnya berjaya hilangkan stress belajar dan kongsi pendapat dengan dengan rakan2..k la..itu sahaja ceritaku malam nie..manfaat bagi kita jika kita isikan waktu lapang kita dengan majlis ilmu kerana ilmu itu akan sentiasa ada dan xkan pernah habis jika kita terus ingin mencuba yang baru..waslam...(^_^)

coretan hari-hariku..

Saturday, February 19, 2011

MOTIVATOR



salam..
Hua...lepas gak exam yg panjang...rasa lebih lega...smalam aku ker seminar keusahawanan,,dari situ aku semakin kuat merasakan ..rindunya nak bercakap di hadapan orang,,menghilangkan rasa gementar..memberanikan diri memotivasikan seseorang..matlamatku terbuka di situ..teringat kembali cita2 sebenarku...menjadi seorang pakar motivator...sangat kagum pada seorang motivator yang berjaya menarik perhatian orang untuk sentiasa mendengarnya kata yg disampaikannya,,unsur humor dan iman di selitkan...aku rasakan masih banyak kekurangan pada diri,,terengat kata-kata motivator itu,,kita sangat kuat dengan pemikiran S.N.A.I.O.T...iaitu pemikiran negatif terhadap diri sendiri...bila ingin bertindak melakukan sesuatu,,kita seakan sangsi dengan diri kita sendiri..aku tidak terlepas dengan pemikiran snaiot itu..rasa rendah diri itu penting namun jangan pula kita menutup langkah kita untuk berani mencuba..dalam banyak2 motivator yang pernah aku temui,,sampai kehari ini aku xkan lupakan seorang motivator yg sangat hebat dan xkan aku lupakan,,aku gelarkannya Pn. Mala...Die motivator yang ku kenali di INSEP...dari kata-katanya yang telah membuatku bersemangat untuk menjadi seorang motivator,,pernah dulu aku meluahkan ingin menjadi motivator sepertinya..namun die memberi nasihat padaku agar meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah dahulu,setelah itu barulah menemuinya..aku akan tekadkan semangat..bulatkan azam..berani ke hadapan..ingat pesanan dan paling penting,lakukan segala amalan dengan niat mencari keredhaan Allah s.wt....semalam aku menitiskan airmata mengingati Arwah Ayah dan Ibu..sungguh aku ingin membahagiakan keduanya..(T_T)..Ya Allah ,,kau berikan aku kekuatan dalam setiap langkahku..Amin..

coretan hari-hariku..(^_^) hepi eva After...