Belum terlewat rasanya aku mengucapkan tahniah bagi yang menyempurnakan puasa nisfu syaaban hari ini...wah..jelosnya xdpt aku menunaikannya tahun ini atas keuzuran..banyak fadhilat sempena nisfu syaaban ini yang boleh kita ambil..seperti contoh memakai celak untuk jagaan mata kita, membaca yasin 3kali dan berpuasa..semua memberi fadhilat..namun ada yang mengatakan bidaah..wallahualam..bergantung pada hati kita..andai kita lakukan semua itu kerana Allah..InsyaAllah diberkatinya..tilawah Al-quran peringkat Antarabangsa dah mula sejak semlam..dari pelbagai negara dan bangsa yang menyertainya..sungguh mereka berusaha menyampaikan bacaan terbaek mereka..kadang2 aku kagum semangat mereka tampilkan..walaupun kita melihat ada antara mereka yang membaca tiada taranum dan seperti orang kebiasaan di tempat kita membacanya..sekurangnya mereka berusaha dan aku yakin mereka ini lebih kerap membacanya berbanding orang yang lebih mahir membacanya seperti kita ini...dialeg negara mereka yang sukar untuk membaca dalam bahasa arab selain kemudahan yang lebih daif berbanding kita itu tidak mematahkan semangat mereka untuk menunjukkan semangat kecintaan mereka pada bacaan Al-Quran meruntun hatiku..mungkin mereka ini lebih dekat pada tuhan berbanding kita ini..subhanAllah...jatuh ati aku ketika muncul seorang kanak2 buta yang menyanyikan lagu Barakallah semasa persembahan ketika rehat tadi...buta pada mata namun tidak buta pada hati..aku yakin..tidak mudah untuk adik sekecil itu berusaha menghafal ,,namun usahanya itu membuka mataku yang celik ini,,nikmat dan anugerah tuhan itu datang dari pelbagai bentuk..sejauh mana kita menghargainya dan berusaha menikmati dan menggunakannya bergantung pada diri kita sendiri..kita sendiri yang mencorak hidup kita..dimana ada kemahuan di situ ada jalan..(^_^)
coretan hari-hariku..
No comments:
Post a Comment