Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Wednesday, April 21, 2010
CINTA
Sedemikian indah dan damainya syurga,
namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian
dan inginkan teman. Lalu Allah
ciptakan Siti Hawa dari tulang
rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris
rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak
bersama dengan yang dicintai.
rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata,
apakah salah kami bercinta? Ya, rasa
cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan
kepada setiap manusia. Ingin cinta dan
dicintai. Jiwa manusia memerlukan
cinta seperti jasadnya perlukan
makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah
merasainya. Namun Allah tidak
kurniakan rasa cinta secara polos
begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga
kemurniannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar. rasa cinta tidak
salah tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di
sinilah remaja selalu terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan
peraturan Allah. Ketika itu fitrah
telah menjadi fitnah. Bila kehendak
semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment