Tuesday, April 27, 2010

AKU HAMBA



Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaan-Mu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hamba
Namun pada-Mu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru nama-Mu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapan-Mu
Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan..

Monday, April 26, 2010

KISAH CINTA SI IBU...



"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya

mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah.Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah..

Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.

Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin...Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

p/s: aku ingin seperti itu,namun berdayakah aku...wallahualam..

Saturday, April 24, 2010

RINTIHAN



salam...

hatiku kurang tenteram..jiwaku bercelaru..ati berbelah bahagi..benar kata tuhan...ade satu benda dlam diri kita boleh mengubah segala pndirian sesorang,,iaitu hati...hati yg mudah rapuh,goyah..namun ati yg membntu kita kuat,berani n kental menghadapi segalanye,,ati yg menhidupkan perasaan dan jiwa,,ati yg pengaruh kita..klo ati melayan nfsu,,jatuh la kita n klo hati mengekut iman,,terbimbing lah kita,,aku hambamu yg lemah ya Allah..ak xlyak masuk syurgamu,,namun aku xsanggup msuk ke neraka mu,,lindungilah aku,,dari hasutan syaitan yg berebut2 ingin menakluki jiwa n hatiku ini ya Allah..aku cintakan mu ya Allah,,diri ini ingin dikasihi,,dicintai,,di sayangi dan bahagiaku hanya dengan izinmu ya Allah...

p/s:Bantu aku mencari cinta yg hakiki dan diredhai~~

SYUKUR


Bersyukurlah bahawa kamu belum siap memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan...
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu, kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar...

Bersyukurlah untuk masa-masa sulit, di masa itulah kamu bertumbuh...

Bersyukurlah untuk keterbatasanmu, kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang...

Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru, kerana itu akan membangun kekuatan dan karektormu....

Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat, itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga...

Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih, kerana itu berarti kamu telah membuat suatu perbedaan...

Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik ...
Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa yang surut...

Rasa syukur dapat mengubah yang negatif menjadi positif....

Temukan cara untuk bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi barakah bagimu ........

Wednesday, April 21, 2010

CINTA



Sedemikian indah dan damainya syurga,
namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian
dan inginkan teman. Lalu Allah
ciptakan Siti Hawa dari tulang
rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris
rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak
bersama dengan yang dicintai.

rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata,
apakah salah kami bercinta? Ya, rasa
cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan
kepada setiap manusia. Ingin cinta dan
dicintai. Jiwa manusia memerlukan
cinta seperti jasadnya perlukan
makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah
merasainya. Namun Allah tidak
kurniakan rasa cinta secara polos
begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga
kemurniannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar. rasa cinta tidak
salah tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di
sinilah remaja selalu terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan
peraturan Allah. Ketika itu fitrah
telah menjadi fitnah. Bila kehendak
semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Thursday, April 15, 2010

Buat Sahabatku terCinta.....

Sahabatku..

Bermula hari ini binalah sebuah
kehidupan baru. Jadilah manusia
berhati mulia dan tegakkanlah sinar
keislaman dalam dirimu, semoga nur
Ilahi akan membening seluruh
perjalanan hidupmu.

Duhai sahabat Muslimahku..

Keremajaanmu menyegarkan pandangan dan
melimpahkan nyaman pada malam. Dengan
keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk
dunia dalam lalai dan leka tanpa
kesedaran. Ingatlah, kau bukan
dilahirkan sebagai penggoda yang
melekakan dunia. Kesegaran dan
kejelitaanmu adalah fana belaka.
Kelembutan yang menghiasi gerak
langkah dan lentuk tubuhmu bakal
menyaksikan kaucepat terdedah kepada
bahaya dan bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kaumiliki
kerana ALLAH mengujimu dengan
menerbitkan kau pada bentuk yang
teramat indah, halus dan sempurna.
Berhati-hatilah kerana sesungguhnya
kaum Adam akan memandangmu dengan
pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah
kilauan senjata yang menawan. Madu
yang menitiskan sarinya meresapkan
manisnya dari bibir langsung ke hati
adalah suara lembut sang gadis.
Elokkanlah nada suaramu dan
perlahankan gema bahasamu. Berhati-
hatilah menggunakan lidahmu, jangan
sampai bibirmu menuturkan bait-bait
tajam yang akan menyakiti hati orang
lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum
bersuara dan pandanglah teman bicara.
Tertib dan sopanmu bagai hembusan
angin yang menyamankan, yang bakal
ditanggapi menyamai keindahan yang
kaumiliki setanding dengan ketulusan
peribadimu.

Sahabat Muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata
akan mengalir ke hati dan terbiaslah
sesuatu dari panahan syaitan durjana.
Jangan sesekali kau memandang mata
lelaki dengan sejenak renungan. Jangan
biarkan mereka mentafsirkan makna.
Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan
matamu. Rebahkan pandangan matamu,
renunglah setiap inci bumi, nescaya
kau berjaya menghindari dosa yang cuba
merapatimu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan
lihatlah kerdipan bintang-bintang,
nescaya kau kan temui berjuta keagungan
ciptaan Rabbul ‘Alamiin. Betapa hidup
ini berjalan di atas makna hikmah dan
terselindung daunan pengertian. Hari-
hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan
makrifat. Sedarlah, hidupmu ini
hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah
pada diri; alangkah kosongnya jiwa,
alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-
apa. Salutilah tubuhmu dengan Iman,
kerana ia sangat manis pada pandangan
jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu,
kemanisan Iman sukar dikecapi tanpa
janji Tuhan.

Jadilah seorang Muslimah yang gemar
merenung kejadian yang berlaku dan
memerhati hikmah dengan mata hati.
Muslimah sejati adalah mereka yang
selalu berhikmah dalam berkata-kata
dan meletakkan perasaan rendah diri
sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud
dalam pencarian dunia dengan
meletakkan tasawwuf ke akhirat sebagai
pedoman serta melupakan sifat cintakan
dunia yang berlebihan.

Serikandi Muslimah sejati…

Alangkah baiknya di saat-saat kau
dilanda tribulasi, kau tega mengutip
akar-akar kemelaratan dan teguh
mengukir senyum buat pengubat
kerungsingan. Tatakala kau dalam
dilema permasalahan yang meruncing
serta kau berasa putus harap dengan
dunia, maka sebutlah dan zikirlah
berkali-kali kehadrat Ilahi, moga-moga
kaubakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wudhu dan
basahkan matamu dengan air mata
keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu
jua dahimu ke tikar sejadah beserta
lafaz dan doa kauhembuskan seikhlas
jiwa, semurni sanubari memohon
keampunan. Renunglah, resapkan
kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa
hayatmu setiap detik di bawah naungan
ALLAH S.W.T., kecintaan Tuhan melimpah
dan melaut di segenap penjuru ‘alam,
walaupun pada yang lupa erti kehidupan.

Dan, roh ketenangan akan mendakap
dirimu hingga kau terasa tiada tabir
yang menabiri setiap kali pertemuan
kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah
dipupuk agar matlamat dan cita-cita
yang kaubawa akan tercapai suatu masa
kelak dengan izin-NYA, insyaALLAH..

Akhirul kalam, ingatlah walau setinggi
manapun kedudukanmu di mata
masyarakat, jangan sesekali menyombong
diri. Sesungguhnya wanita itu lemah.
Dan dijadikan ar rijal sebagai
pelindung buatmu. Carilah lelaki yang
baik budinya dan teguh Imannya. Inilah
yang bakal mengukuhkan akar
kebahagiaan dan tunjang kecintaan
kepada Ilahi, insyaALLAH.”