Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Monday, December 31, 2012
langkah demi langkah
Salam..
Alhamdulillah,,,masih bernyawa kat muka bumi ini..huhuu.. mungkin beberapa jam lagi bakal melangkah ke tahun 2013.. tahun yang bakal mempunyai pelbagai cerita dan kenangan yang mungkin tak aku lupakan..mungkin dari status bujang ke status..dot..dot..dot..hahaha sape tahu bukan..kita merancang, tetap Allah menentukan.. moga segalanya dilancarkan..amin..huuhuu.. hari ni tak berniat pon nak mencoret sesuatu di laman blog,,namun bila ade teguran yang menyatakan blog ku sudah bersawang....haha...so..berkongsilah sedikit pengalaman 2012 sebelom aku melangkah ke tahun 2013... Kini aku seorang pekerja..pembantu jurutera berdekatan dengan rumahku..cukup untuk memiliki sebuah kenderaan comel(viva) untuk kegunaan keluargaku terutama buat mak..huhuu..Alhamdulillah bulan 6 aku tamat sebagai seorang siswi..bulan november lalu mjlis konvokesyen..dengan satu kejutan..dirisik.. dan dipermudahkan cara,,ikatan tunang terjalin dengan berkat dan hikmah..xperlu pelamin mini,,hantaran berdulang2,,cukup sebtk cincin pengikat janji antara dua insan yang ingin mecari keredhaan Allah... moga niat direstui... Moga Allah permudahkan segala perancangan kami,,moga Allah luaskan rezeki kami,, moga Allah kukuhkan ikatan kami,, Moga segala dugaan dan ujian mampu kami harungi..moga bercambah kasih atas ikatan suci dan restu Ilahi...Amin..
Tuesday, November 13, 2012
Muharam..
MUHARAM
adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Rasulullah s.a.w
telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) .
Sandaran yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada
Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka
lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah
kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu
selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah
yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
AMALAN SUNAT
PADA BULAN MUHARRAM
Antara amalan
disunatkan pada bulan Muharam:
1.Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya
seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa
akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4.Berdoa awal
tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
PERKARA-PERKARA
SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM).
1.
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan
fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan
marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
4.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu/mengusap
kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara
kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi
Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt".
9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca
Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat
11.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja
aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada
rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12.Menjamu
orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga kita
mendapat rahmat dari Ilahi. InsyaAllah (^_^)
Coretan hari-hariku..
Monday, October 29, 2012
Istilah cinta, kasih dan Sayang..
Sebuah KISAH menyayat Hati....
Semoga anda dapat pengajaran dari pengolahan cerita ini...
Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah.
Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia
membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya.
“Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua
beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut.
“Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan
kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku
tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada
Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta
apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami
berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi
untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang
sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega
melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari
penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan
itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri.
Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan
dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku
mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh
sebulan ini untuk aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan
setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya
mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan
diceraikan. Aku hanya diam membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami
terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina
juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah
dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan
dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami
akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami
memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar
di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya
Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi
kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku
lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah
kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih
padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah
kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari
seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya
tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia
semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya.
Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan
hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan
membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “
Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar
isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu
memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran
di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa
sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam
tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang
keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat.
Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku
masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina.
Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya
dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya
tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami
tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus
melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah
dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk
membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku
tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.
Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan
mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil
memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta
ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku
begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati
tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari
anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata
anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
***Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan
bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta,
harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif
untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami
anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina
keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan
pasangan anda***
coretan hari-hariku..(^_^)
Saturday, October 27, 2012
Igauan
Lelaki idaman,
Sememangnya akan menjadi igauan,
Setiap gadis pasti berkeinginan,
Berjumpa dengan sebuah impian.
Namun duhai lelaki beriman,
Usah mencabar lemahnya iman,
Usah menduga sebuah perasaan,
Usah mencari picisan percintaan.
Andai dikau lelaki beriman,
Pasti engkau tidak sedemikian,
Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan,
Membiarkan diri dalam kemaksiatan.
Sedarilah duhai lelaki beriman,
Allah Maha Menerima taubatnya insan,
Sedarilah sebelum terlambat dipesan,
Engkaulah a'bid, khalifah, da'ie harapan.
Usah hancurkan sebuah impian,
Usah ranapkan biah yang mapan,
Namun genggamlah dengan kesabaran,
Disaluti sutera keimanan.
Mari, galaslah sebuah amanah berkekalan,
tunjukkan pada mereka yang tidak ketahuan,
Islam itu indah, suci, berkekalan,
Tunjukkan jua contoh tauladan,
Bagi contoh untuk pemuda buktikan,
Lelaki yang petah berpidato dihadapan,
Lelaki yang dididik dengan tarbyah harapan,
Bukanlah lelaki picisan murahan,
Namun mujahid Islam zaman kegemilangan....
(^_^)
coretan hari-hariku.
Monday, September 10, 2012
Duhai pendampingku
Ku tuju ini buatmu..
Kerana sayang yang mendalam, aku kuatkan diri menahan nafsu
cinta, aku pertahankan hubungan kita dengan keterbatasan dan kesederhanaan, aku
lindungi perasaan kita ini dengan sifat malu, aku hormati izzah dan kehormatan
dirimu dengan mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik buatmu.
Ku tahu ini berat buat kita, tidak seperti pasangan kekasih
lain dengan bermanja, gurau senda, dan luahkan sayang dengan sentuhan. Aku tidak mahu
hubungan kita dimurkai dan hilang seri bahagia kerana semua itu. Aku juga takut
kelak walaupun bersama, anak-anak kita jadi mangsa tidak diberkati kerana dosa
kita masa bercinta dan menjalin hubungan mesra sebelum dahului akad pada
syariatnya..
Allah...
Aku lemah tanpa kekuatan darimu, fitrahku dan dirinya ingin
berkasih sayang, tunjukkanlah kami jalan.. Bukakanlah pintu hati ibu bapa untuk
menerima anaknya ini ingin menikah, bukakanlah pintu rezeki untuk dipermudahkan
segala urusan duniawi, dan bukakanlah pintu ilmu yang bermanfaat agar dengannya
dapat kami meneguhkan cinta kami, memperhebatkan ibadah, dan terus menjunjung
cinta tertinggi hanya padaMU Illahi. Rahmati segala tekad dan nekad kami Ya
Allah :'(
Jika dirimu baca di sini, aku ingin katakan yang sayangku
tak pernah berubah tetapi bertambah.. Aku ingin mesra bermanja seperti dalam
gambar ini.. TETAPI pada hari bahagia kita. Aku yakin dirimu juga ingin begitu.
coretan hari-hariku(^_^)..
coretan hari-hariku(^_^)..
Sunday, September 9, 2012
Kasihku Abadi
“DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung,”
kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya
yang terlantar sejak tahun lalu.
Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan
dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. Mungkin tidak semua
lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang
dibuat oleh Abil.
Katanya, “saya pegang amanah.”
“Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba
tunaikan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi
kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada
undang-undang perkahwinan.
Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian
yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami
isteri.
Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30
pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam
perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.
“Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih
30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.
“Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga
hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum
sedar,” katanya.
Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat
keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat 11 tahun itu sebaik dimaklumkan
tentang keadaan isterinya itu.
“Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan
diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf
otaknya mengalami kerosakan.
“Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan
untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak,” katanya lagi.
Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital,
Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala
Lumpur.
Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih
dekat dengan keluarganya, Abil menjawab, “saya tidak mahu melibatkan ramai orang
dalam menjaga dia.”
“Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa
menjaga dia,” katanya lagi.
Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup
memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada
al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.
Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang
ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.
“Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan
jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah
RM3,500 hingga RM4,000.
“Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu
memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui
tiub saluran padanya,” kata Abil.
Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70
kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.
Menurut Abil, dia menerima ‘hadiah’ daripada ALLAH ini
kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.
Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh
pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah
menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.
“Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya
boleh terima kaedah itu jika ada jaminan,” ujarnya.
Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah
kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.
“Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan
mengambil dia, saya redha,” katanya.
Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia
memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya...
p/s: Tuhan menduga seseorang itu atas
kemampuannya,,tinggal manusia itu menyanggupi atas dugaan yg
dikurniakan..sesuatu yg pahit pasti ada penawarnya,,bagaikan memakan ubat yg
pahit untuk sihat sesudahnya..
coretan hari-hariku(^_^)..
Thursday, September 6, 2012
Sifat Romantik
Adakah kita
sebagai suami mahupun isteri mempunyai sifat romantik kepada pasangan?
Ketahanan suami isteri dalam melayari bahtera kehidupan semestinya
berpaksikancinta yang dijulang bersama selain bersandarkan kepada cinta kepada
Allah SWT dan Rasul-Nya. Perjanjian setia yang dimahkotakan bersama sebelum
lafaz ijab dan qabul adalah bukti keabadian cinta pasangan suami isteri biar
pun terpaksa menempuh badai ujian yang semestinya akan dilalui,namun ia tetap
utuh berdiri.
Pernahkah
kita sedari dalam melayari bahtera rumahtangga , tumpuan suri teladan kita
semoleknya terarah kepada denai yang telah direntasi oleh junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW , biar pun baginda dikelilingi dengan pelbagai tanggungjawab besar
menjadi perantara ummah dengan pencipta-Nya , baginda mampu memberikan ruang
selesa kepada pasangan – pasangan hidup baginda. Hebat dan agongnya cinta
Rasulullah SAW sebagai suami jauh di luar jangkaan pemikiran kita sebagai
ummatnya. Walau pun begitu , tidaklah begitu sukar dan sulit untuk kita menjejaki
setiap langkah dan contoh yang telah diamalkan oleh baginda dalam kehidupan
rumahtangga.
Menjalani
kehidupan sebagai suami isteri tiada yang lebih indah dan romatiknya bila mana
suami dan isteri tidak kekok untuk menikmati makanan dari satu bekas atau pun
suami memakan makanan lebihan isteri dan sebaliknya , maka itu sudah cukup
untuk membuktikan tiada lagi perasaan ‘tiada selera,jijik dan sebagainya’
disebabkan cinta yang ikhlas dan suci sudah pun mantap berpadu. Memanglah
tindakan sedemikian tiadalah hinanya jika diamalkan kerana ia juga merupakan
amalan junjungan besar Nabi SAW dengan para isteri baginda. Ini dapat
dibuktikan kepada hadis Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan bahawa ”Aku minum
air daripada satu bekas, ketika itu aku sedang berhaid, lalu Nabi SAW mengambil
bekas minumanku itu dan meletakkan mulut baginda pada tempat aku meletakkan
mulut pada bekas tersebut”.
Paparan hadis
ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak menjadikan bekas mulut
isterinya sebagai jijik, walapun ketika itu isteri Baginda sedang berhaid.
Bukan sekadar itu sahaja, bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain, didapati
baginda juga makan makanan dari kesan gigitan isteri.”Aku mengigit sepotong
daging, lalu sisa gigitan itu diambil oleh Nabi SAW, lalu baginda pun
mengigitnya pada bahagian yang aku gigit tadi”
Masyallah,betapa
romantiknya Nabi SAW dengan isteri baginda dan ia tidaklah begitu mustahil buat
kita sebagai pengikut baginda untuk melakukan perkara yang sama. Dengan
pengamalan sedemikian tidak sedikit pun menjejaskan kemuliaan dan ketinggian
martabat dan darjat sebagai pesuruh Allah SWT.
Inilah tujuan
dan objektif suci Islam menyeru penganutnya supaya memuliakan pasangan dalam
erti kata menghormatinya. Tiada apa yang ruginya jika kita semua melakukan
perkara sedemikian malah ianya dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan
dalam lingkungan rumahtangga sungguh pun sesebuah perkahwinan itu telah
mencecah ke usia yang agak lama. Seandainya amalan sedemikian dapat kita
jadikan amalan dalam kehidupan berumahtangga maka ia sudah pasti sedikit
sebanyakmembantu memperkukuhkan sesebuah institusi perkahwinan dan sekaligus
menutup lubang bencana yang membawa kepada perpisahan dan perceraian.
coretan hari-hariku
(^__^)
Subscribe to:
Posts (Atom)


