MUHARAM
adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Rasulullah s.a.w
telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi) .
Sandaran yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan
kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya
melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada
Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka
lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah
kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu
selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah
yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
AMALAN SUNAT
PADA BULAN MUHARRAM
Antara amalan
disunatkan pada bulan Muharam:
1.Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya
seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari
dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa
akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
4.Berdoa awal
tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
PERKARA-PERKARA
SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA (10 MUHARRAM).
1.
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan
fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan
marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang redha.
4.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu/mengusap
kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara
kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi
Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt".
9. Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca
Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat
11.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja
aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada
rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12.Menjamu
orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga kita
mendapat rahmat dari Ilahi. InsyaAllah (^_^)
Coretan hari-hariku..
No comments:
Post a Comment