Monday, May 14, 2012

berkorban demi cinta

 
Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta

Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan

Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?

Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui

Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa

Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Tuesday, May 1, 2012

Saat Manis


Salam..
1mei2012...selamat hari buruh@pekerja buat yg berkerja...sebagai pelajar pon aku mendapat tempiasnya..hehe~ mengisi masa lapangku berjalan mengelilingi rumah menghirup udara segar kg halaman.. xpenah rasa bosan pulang ke rumah setiap minggu...ada saja aktivitiku,,tak kira sendiri atau bersama ibu dan family.. sedang melamun melayan perasaan melihat suasana kg yang sunyi dan hanya kicauan burung yang menusuk hati..terbayang kembali saat kanak2 yang manis ku alami..bulan 6 nih..rakan sepermainan dan rakan baikku iaitu Fahimah(Dora) my kazen dan Mariam(Iyam) jiran rapatku bakal menamatkan zaman bujangnye..sungguh aku sangat gembira dan terharu memikirkan mereka akhirnya menuju ke fasa baru dalam hidup mereka... terbayang saat kenakalan kami ketika sekolah rendah dulu2.. bermula dengan Iyam..dia jiranku.tua setahun dariku..sangat rapat denganku..boleh dikatakan apa sahaja permainan semasa kanak2 aku akan bersamanya..dikelilingi semua lelaki..kami berdua bunga yang sering menyelit berkongsi semangat kanak2 kami..kemana sahaja plan abangku, seperti curi2 panjat bukit hujung kg..mandi parit dan masak didalam hutan..aku dan Iyam berganding bahu turut serta..hehehe~ Iyam lebih cerdas dariku..memang sesuai dengan jawatannya kini sebagai guru jasmani di sebuah skekolah menengah di JB.. seorang yang periang..selalu buat aku ketawa..banyak memberi peluang tok aku berani berdepan masalah dan kawan yang sentiasa menyenangkan hatiku.. Fahimah @Dora..sepupu rapatku sebaya denganku..rapatnya bila aku satu skolah rendah denganku..selalu bersaing denganku dari segi akademik..dia lebih feminin dariku.. boleh dikatakan seorang yang cantik.pandai berhias diri.jauh panggang dariku..teringat semasa kanak2 dulu.. aku selalu sahaja berlagak seperti lelaki..payah sekali berbaju kurung..kalau pergi mengaji sekalipun..aku akan berseluar dan berbaju kurung..rasa leceh berkaen ..aku minat berbasikal..kadang2 geli hati bila pikir ,kakakku pernah menghadiahkan sepasang kebarung padaku..dan sekali jek seumur idup aku memakainya..itupun masa raya je kot..nasib baik la sifat tu tak membawak ke tua..haha..pape pun aku berterima kasih pada sepupu ku fahimah dalam mencorakkan akhlakku..ketika sekolah menengah, aku bersekolah harian dan dora pulak di sekolah menengah agama.dora sentiasa bertudung jubah.. so..bila dia pulang ke kampung..dan ingin berjumpa denganku..aku mesti bertudung menutup rasa segan dengannya..satu paksaan itu akhirnya menjadi kebiasaan dan kerelaan di dalam hati..hehe~ dora penuh dengan kisah cintanya..rasanya dari sekolah rendah sampai la ke Universiti..macam2 kisah cintanya dengan lelaki berbeza yang kadang2 membuatkan aku nak menulis novel kisah cintanya,namun aku sedar..memang tak sampai tahap layak untuk ku mengarang kisah cinta.. Alhamdulillah Jodoh akhirnya sampai buat dirinya kini..dora dengan  orang johor manakala iyam pula dengan orang perlis..kutub utara kutub selatan..bagaimana pula dengan aku yerk..tengah2 mungkin..haha...terengat balik masa aku darjah5...engat balik aku tersepit di tengah2 diantara Iyam dan Dora masa kitorang bergaduh.. kadang bila diungkit balik kisah tue..mmg jdk bahan gelak jela.. kedua-duanya dah menempahku menjadi jurukamera rasmi mereka..Iyam siap dari mula2 acara mandi bunga n berinai lagi..sayangnya aku tak dapat join dora ke rumah pihak lelaki sebab aku nak ke seremban,,hidayah@gbum my beloved friend kat poliPD  pon melangsungkan perkahwinan..gbum pon banyak bagi memori manis buatku..sape sangka ko yg blurr2 tue kahwin dulu kan gbum..hehe~kalau dah jodoh tak kemana..hehe~ ok..dah banyak aku meleret menyimpan satu lagi memori remajaku..sungguh saat remaja tak mungkin boleh berputar namun boleh dijadikan kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan...selamat menempuhi alam berumahtangga wahai kawan-kawanku...(^___^)

coretan hari-hariku..

Sunday, April 22, 2012

hadiah terbaik

Salam
Pejam jelik..dah hampir ke penghujung akhir sem aku di uthm.setiap pahit manis kehidupan di uthm akan dijadikan kenangan terindah buatku..pasti aku rindukan saat2 bersama sahabat..pelbagai progam aku sertai..semuanya memberi memori yang manis bagiku...moga pengalaman ini akan kukongsikan buat yang ingin mengetahui perjalanan hidup seorang siswi..walaupun aku tidak mngalami banyak kesukaran berbanding yang lain..hari ini ingin ku ceritakan satu pengalaman yang alami sendiri..kejadian ini berlaku pada 7hb april 2012..hari sabtu aku bersama adik dan emak ke pasar sabtu di pekan... jam 11pg kami ke SMKDS..sekolah lamaku menghantarkan borang untuk sahabat mak yang menjalani program JPJ bersama rakyat..ketika hendak pulang sambil menunggu adik mengambil kereta..aku dan mak duduk di perhentian bas..sebuah bas berhenti dihadapanku..tiba2 kelihatan seorang buta tanpa bertongkat dan berjalan seorang menuruni tangga..aku segera menghampirinya dengan niat ingin membantunya turun dari bas..pakcik bas bilang padaku bahawa pakcik buta ini ingin ke sekolah..aku cuba membantunya ,namun terfikir jua dihati mngapa mahu ke sekolah..pabila ku bertanya pada pakcik tersebut..beliau memberitahu yang beliau ingin ke kedai makan dihadapan sekolah.. lalu aku membantunya menyeberangi jalan ke kedai makan..dalam memimpinnya..pakcik itu megadu padaku..bahawa duitnya telah dicuri oleh ank saudaranya..beliau memohon ehsan orang sekelililng dalam membantunya..timbul belas dihatiku..seteleh memastikan pakcik tersebut duduk di gerai,,aku menyeluk dompetku..alamak! aku kehabisan wang..tinggal bape sen jek dalam poket,,tanpa lengah aku meminjam wang dengan mak lalu aku beri pada pakcik buta tersebut dan memintanya gunakan wang tersebut untuk makan..dalam hatiku ini,,terdetik..bagaimana sukar seorang buta menjalani hidup andai tiada orang sekeliling yang membantu,,dalam pada itu,,mengapa masih ramai manusia itu tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini..malah keluh kesah memikirkan ketidakadilan yang dihadapinya,,seakan tuhan tidak pernah memberinya apa2 padahal kita sendiri tidak bersyukur atas segala nikmat yang kita miliki.."ALLAH menguji pasti bersebab. ALLAH mahu kita belajar banyak lagi. Tetaplah percaya, bahawa DIA menyiapkan hadiah terbaik setelah setiap duka dan luka itu.”.bila memikirkan kiamat kecil yang semakin berlumba-lumba memaparkan buktinya,,semakin getar hati ini menghadapi kiamat..sungguh,,mampukah hambamu ini tergolong dalam golongan yang mencintaimu Ya Allah...jangan kau palingkan hatiku dengan segala yang membatalkan akidah dan imanku ya Allah.... Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup kita ini akan dilalui dengan MUDAH tanpa ujian..NAMUN Allah BERJANJI bahawa Dia akan bersama kita ketika kita ditimpa KESUSAHAN. Sepanjang hayat kita (^_^)

coretan hari-hariku

Monday, April 9, 2012

Jamak dan Qasar



Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan

Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Thursday, March 29, 2012

Spesifikasi calon suami



untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...

Spesifikasi calon suami :
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi mi
nyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

coretan hari-hariku..(^___^)

Sunday, March 18, 2012

homestay of banjaries(^___^)



Salam

17-18hb mac 2012....kedatangan 9orang pelajar uthm...ingin membuat kajian tentang kaum banjar..Rumahku tercinta menjadi homestay buat mereka,, membantu mak selaku tuan rumah...bermula pada pagi sabtu,mereka sampai dan meletak beg pakaian..mak ajk ke pasar pt.sulong membeli bahan2 untuk mula masak masakan banjar..lebih kurang jam 11tghari,,sampai di rumah dan mula masak..aku mebawa dua org pelajar ke umah makngah melihat cara masak kueh "popudak"..melayu pggik kueh torak.. kueh yg dibaluti daun pisang dan dlamnya spt bingka berwarna ijau...pulang semula ke rumah, dak yg laen sibuk bantu mak,,semuanya dah mula memanggol ibuku mak..hehe..nampaknya mereka dah mula anggap ibuku sebagai mak..hepi la mak dah tambah ramai anak hari nie...hehe~ semuanya rajin membantu...aku turut membantu..mula menyiapkan lauk ayam kukus..jantung pisang ngan ikan keli dan juga ayam masak pindang..aym grg sebagai lauk sampingan..nak lagi kick..sambal hidup mak..takkan dilupakan.hehe~ dekat kul2 ciap masak..sambil menunggu hj husin (pensyarah pengiring) sampai..semua menyiapkan diri termasuk aku.. lepas makan tengahri..bebudak nih pon ke rumah2 yang asalnya banjar..di kg belemam..ada seorang pakcik yang digelar pak yus yg memiliki baju kaum banjar yang berusia seratus tahun..ketika aku melihatnya,seakan baju silat rasenye..pulang mereka ketika magrib..di rumah aku telah memetik kelapa muda dan mak membuat kueh batil..sejenis kueh banjar dibawahnya ade pisang dan atasnya berlapis sntan..enak sekali bebudak nih makan,,klo melayu,seakan kueh seri muka..huhu..mlm tu mereka makan wadik bersama aym mask kicap dan smbal kentang ..sejurus itu berehat..tp xmacam rehat bile hampir separuh menonton cerekarama yang menarik kat tv3..aku plak mmg dah tido awal sebab agak lepak cikit ,maybe penangan ABC(Allah bg Cuti)..huhuu.. esoknya..lepas sarapan mihun grg..mak tunjuk cara membuat mandai..kulit cempedak yg dijeruk..lepas tue..mereka beramai2 menggentel tepong pulut tok masak wadai kiping..kueh banjar.. selera mereka makan kueh buatan sendiri..pelbagai andaian,,seakan penah makan dan cara masakan agak berlainan.. lepas tue mereka berjalan menyoal selidik org kg.. balik rumah datang seorang jiran sebelah kampung menambah maklumat tnetang org banjar tok mereka..kesempatan yg ade..mak masakkan kueh bubur tajun atau dlam melayunya seakan lompat tikam.. mereka menegah tok kami menyediakan makn tengahari..so,,buat la simple2..aye masakkan diorg mee bandung..dibantu abg adol yg pulang dr umah mak mentua..hehe~ Alhamdulillah,,cukup seronok mereka sepanjang berada dirumahku....terima kasih atas kehadiran kalian semua,,dpat aku mendengar mak ckap sepenuhnya bahasa banjar,,sedikit sebanyak tau gak aku susur galur banjar yang aku jugak tak ketahui..dah ciap laporan nanti..bolehlah aku mintak copy yerk..he..saje wat koleksi,,bleh crite kat ank2 biler tua nanti..hehe..sekian sahaja buat hari ini..hopefully u all happy and enjoy being in homestay of banjaries(^___^)

coretan hari-hariku..