Berkongsi apa yang ku Baca, ku Lihat , ku Alami..... “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al-‘Ankabut : ayat 20)
Tuesday, May 1, 2012
Saat Manis
Salam..
1mei2012...selamat hari buruh@pekerja buat yg berkerja...sebagai pelajar pon aku mendapat tempiasnya..hehe~ mengisi masa lapangku berjalan mengelilingi rumah menghirup udara segar kg halaman.. xpenah rasa bosan pulang ke rumah setiap minggu...ada saja aktivitiku,,tak kira sendiri atau bersama ibu dan family.. sedang melamun melayan perasaan melihat suasana kg yang sunyi dan hanya kicauan burung yang menusuk hati..terbayang kembali saat kanak2 yang manis ku alami..bulan 6 nih..rakan sepermainan dan rakan baikku iaitu Fahimah(Dora) my kazen dan Mariam(Iyam) jiran rapatku bakal menamatkan zaman bujangnye..sungguh aku sangat gembira dan terharu memikirkan mereka akhirnya menuju ke fasa baru dalam hidup mereka... terbayang saat kenakalan kami ketika sekolah rendah dulu2.. bermula dengan Iyam..dia jiranku.tua setahun dariku..sangat rapat denganku..boleh dikatakan apa sahaja permainan semasa kanak2 aku akan bersamanya..dikelilingi semua lelaki..kami berdua bunga yang sering menyelit berkongsi semangat kanak2 kami..kemana sahaja plan abangku, seperti curi2 panjat bukit hujung kg..mandi parit dan masak didalam hutan..aku dan Iyam berganding bahu turut serta..hehehe~ Iyam lebih cerdas dariku..memang sesuai dengan jawatannya kini sebagai guru jasmani di sebuah skekolah menengah di JB.. seorang yang periang..selalu buat aku ketawa..banyak memberi peluang tok aku berani berdepan masalah dan kawan yang sentiasa menyenangkan hatiku.. Fahimah @Dora..sepupu rapatku sebaya denganku..rapatnya bila aku satu skolah rendah denganku..selalu bersaing denganku dari segi akademik..dia lebih feminin dariku.. boleh dikatakan seorang yang cantik.pandai berhias diri.jauh panggang dariku..teringat semasa kanak2 dulu.. aku selalu sahaja berlagak seperti lelaki..payah sekali berbaju kurung..kalau pergi mengaji sekalipun..aku akan berseluar dan berbaju kurung..rasa leceh berkaen ..aku minat berbasikal..kadang2 geli hati bila pikir ,kakakku pernah menghadiahkan sepasang kebarung padaku..dan sekali jek seumur idup aku memakainya..itupun masa raya je kot..nasib baik la sifat tu tak membawak ke tua..haha..pape pun aku berterima kasih pada sepupu ku fahimah dalam mencorakkan akhlakku..ketika sekolah menengah, aku bersekolah harian dan dora pulak di sekolah menengah agama.dora sentiasa bertudung jubah.. so..bila dia pulang ke kampung..dan ingin berjumpa denganku..aku mesti bertudung menutup rasa segan dengannya..satu paksaan itu akhirnya menjadi kebiasaan dan kerelaan di dalam hati..hehe~ dora penuh dengan kisah cintanya..rasanya dari sekolah rendah sampai la ke Universiti..macam2 kisah cintanya dengan lelaki berbeza yang kadang2 membuatkan aku nak menulis novel kisah cintanya,namun aku sedar..memang tak sampai tahap layak untuk ku mengarang kisah cinta.. Alhamdulillah Jodoh akhirnya sampai buat dirinya kini..dora dengan orang johor manakala iyam pula dengan orang perlis..kutub utara kutub selatan..bagaimana pula dengan aku yerk..tengah2 mungkin..haha...terengat balik masa aku darjah5...engat balik aku tersepit di tengah2 diantara Iyam dan Dora masa kitorang bergaduh.. kadang bila diungkit balik kisah tue..mmg jdk bahan gelak jela.. kedua-duanya dah menempahku menjadi jurukamera rasmi mereka..Iyam siap dari mula2 acara mandi bunga n berinai lagi..sayangnya aku tak dapat join dora ke rumah pihak lelaki sebab aku nak ke seremban,,hidayah@gbum my beloved friend kat poliPD pon melangsungkan perkahwinan..gbum pon banyak bagi memori manis buatku..sape sangka ko yg blurr2 tue kahwin dulu kan gbum..hehe~kalau dah jodoh tak kemana..hehe~ ok..dah banyak aku meleret menyimpan satu lagi memori remajaku..sungguh saat remaja tak mungkin boleh berputar namun boleh dijadikan kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan...selamat menempuhi alam berumahtangga wahai kawan-kawanku...(^___^)
coretan hari-hariku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment