Tuesday, February 14, 2012

Fitrah(mencari cinta Ilahi nan abadi)



Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan feminin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan maskulin .

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian.

Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

- Artikel iluvislam.com

p/s:cinta itu anugerah terindah dr Yang Maha Kuasa..Ada yang m'ggunakan sebaik mungkin untuk mencintai dan dicintai tetapi bukan dalam redha ilahi (^_^)

coretan hari-hariku..


Monday, February 13, 2012

suku abad



Salam..

Alhamdulillah sudah suku abad aku hidup di dunia yang sementara ini...terima kasihku yang tak terucap buat ibu yang kucintai melahirkan ku di dunia ini...mengajar aku kehidupan seorang manusia di bumi Allah..mengenal huruf, mengaji, bermaen ,belajar, berkerja, mendidik, dan macam2 aktiviti yang aku lakukan dengan nikmat Allah yang mewujudkan hambamu ini sempurna tubuh badan untuk mengecap nikmat duniaMu ini..doaku agar engkau selalu disampingku selalu ..limpahi kurniaanMu..berikan dugaan yang termampu untukku galasi..curahkan kasihmu atas hambaMu..jauhi aku dari bisikan syaitan laknatullah..kau berikan aku hidayah dan jgn kau palingkan agamaku ..moga aku tetap dengan imanku ,syahadahku dan matiku dalam islam... moga aku terus dapat melangkah menjalani kehidupan didunia ini hanya niat keranaMu ya Allah..(^_^) terima kasih mak dengan bubur kacang tadi..sedap!! u did with full of love just for me..i'm luv u very strong..hehe..thanks my beloved cousin for ur nice present..dah tua2 pon dpt adiah..very2 appreciated that!! terima kasih buat semua yang memberi ucapan hari lahir buatku untuk tahun ini..luv u all n hope everyone hepi eva after(^_______^)

coretan hari-hariku..

Wednesday, February 8, 2012

Berkat di sebalik membaca Bismillah...



"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Thursday, February 2, 2012

Cheritaku

Salam... pejam celik,,dah 2minggu bercuti di kampung..minggu lepas agak penat..penat dengan aktiviti..hehe...macam2 aktiviti,,bermula dengan mengikuti sahabat bek bertunang,,bawa anak2 kak Ilin pusing kg.. berkelah dengan family..jaga umah mak pegi cameron..dan menemani kawan bek bershoping..ok lah..dapat gak hilang bosan...minggu nih jek aku banyak dok umah..so mase terluang dihabiskan dengan tonton drama korea yang dah bertangguh agak lama..huhuu.. bercerita dengan anak kak Ilin..semua dah besar2,,yang sulong berumur 14tahun..cepat masa berlalu..bebudak nih walaupun jrg pulang kekg ku..tapi mereka sangat bek dan pandai jaga diri.. seronok bawak bebudak nih pusing keliling kg..mereka begitu seronok bercuti di Kg.. dapat plak nenek yg sporting macam mak...hehe..hari rabu minggu lepas ,aku,Diha,anis dan family abg Andan berkelah di Tanjung Biru,Port Dickson..cantik gak tempatnya..tempat terakhir aku wat jamuan kelas poliPD dulu...terengat saat bersam rakan2 poli...ramai dah berkerja,namun ada jua dah memilik chaya mata,,tue la ketua kelas n penolong kelas aku,,tak sangka jodoh diorg plg awal..mmg terbaek lah classrapp...hehe memang melepaskansegala tekanan belajar bile bercuti,,puas berenang,g men kayak..sampi lenguh tangan mengayuh..kak iaprku yg terbaek,,ciapkan rendang n aym kicap ..tak lupa tumisan tahu tempe jawa..hehe.memang terangkat la makan dengan lontong..lepas mandi makan..anak buah langsung tak benti bermaen..lebih excited..langsung tak engat makan..lepas dah tukar baju semo baru mengadu lapar..memang la bebudak nih.. kadang2 tersenyum aku melihat gelagat ank buah aku yg macam2 nih..aku teruskan perjalanan ke rumah abg Ayid,,menghantar pulang ank2nya yg bercuti di kg..anak abg ayid nih langsuing xengat makayah die bile dah balik kg..makayah die yg sibuk tepon tanya kabar ank2nye..sabo jela... cucu nenek betollah..sampai mah abg Ayid..aku tidor sebentar kumpol tenaga nak drive balik kg..dalam kul6 baru gerak balik Kg...tak sangka esoknya adik aku merancang nak bawak mak ke cameron highland..dah aku plak jaga umah..bergilir menjaga makNgah ku yang tinggal dirumahku...biler sendirian menguruskan makcikku..rupenya bukan mudah ..lebih2 lagi biler menukar pakaian dan cadar...patut l selalu mak mintak teman...makcikku dah mula kuat makan..so berat badan dah bertambah..namun masih belum boleh bangun.. mak memang hebat..tak penah aku lihat die mengeluh menguruskan MakNgah..lebih2 pon membebel jek biler makNgahku tanak makan..mungkin dah muak makan nasi..kadang2 bile aku ke pekan beli roti canai ke me gorong ke..laju jek die makan.. dah ade selera berbeza la maknenya..macam kita gak ,manusia biasa ..selera mesti kena ubah2... banyak benda aku dah mula pikir lepas abes blajo pertengahan tahun nih..kena ada perancangan..Alhamdulillah..adikku dah dapat kerja kat melaka..dekat ckit dari Klang sebelom nh..dah boleh jimat myk n tol klo nak balek kg..kadang2 timbul cemburu gak biler adikku dah ada kerjaya dan memiliki kereta dan simpanan..pengalaman pon dah banyak...huhu..takpe cemburu kerjaya org len nih boleh tambah semngat tok aku lebih berjaya... InsyaAllah,moga segala yg kurancang akan berjalan lancar... papehal..moga sem akhir aku nih akan berjalan dengan baiknya...bercerita soal jodoh..mmg kadang sesak gak biler kawan2 rapat dah mula berumahtangga..tapi kalau pikir balik dengan kerjaya dan simpanan yg tak kukuh..bek aku abaikan dahulu..bina kerjaya dahulu,,beri yg terbaek buat family..penat dah mak aku tanggung aku selama 25tahun nih.beri peluang tok aku membalasnya dahulu..jodoh itu pasti ada..Allah dah cimpankan seorang jejaka buatku sejak 4bulan aku wujud didunia nih...tercatat di Luh Mahfuz...jadi,,tak perlu aku nak riso...hehe... (^_^)

coretan hari-hariku..

Wednesday, February 1, 2012

Nak Couple??



LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?
PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.
PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan diorang. Salam.

LELAKI : Waslam..

"cintailah yang memberi nikmat, dan jangan engkau melebihi cintai nikmat yang diberikan"
(^_^) coretan hari-hariku....

Sunday, January 22, 2012

Semester Terakhir..



Salam

Cuti semester terakhir buatku,,kena nikmatinya sebaeknya..cme sebulan jek..huhuu...Sabtu lepas ke Senawang, N9...Kawan baikku hidayah@Gbum bertunang..akhirnya bertunang jugak die..berjumpa semula rakan serumah poli..sungguh rasa teruja sgt..hepi yg tak dpt digambarkan..seronok menyakat sesama kami..biler terengat balek zaman Poli..semuanya bagaikan nostalgia yang tak luput diingatan..pertemuan semula dihari pertunangan gbum mengingatkan semula sewaktu perjanjian kami bersama kan berjumpa 5tahun akan datang selepas tamat Diploma dulu,,,diingatkan balik memang geliati...gbum dengan persalinan serba putih seakan sesuai jek melangsungkan pernikahan terus..hehe~ akhirnya atas persetujuan pihak dia dan rombongan,,gbum akan melangsungkan pernikahan bulan 5 nanti..wah..masa aku tgh sibuk siapkan projek dan psm akhir aku nih..rasa cuak plak,takut xdapat join..huhuu~ Alhamdulillah cuti2 nih macam2 perkara berlaku...abg Uoo balik kg.. Kak eLin bercuti di kg... Rasenya lama sudah dia tidak pulang ke kampung...mungkin nak berikan peluang ank2nya kenal kg belah ibunya..Kak elin merupakan sepupuku yang mak jaga ketika beliau kanak2 lagi disebabkan ketiadaan ibubapa...mengikut cerita ibu..semasa mak muda,,arwah nenek jage dua cucu yg merupakan anak buah Arwah ayah... disebabkan mak n arwah ayah duduk di rumah pusaka..maka makayh jaga skali la cucu2 nenek skali...tak dapat bayangkan dalam kehidupan yg susah pada zaman dulu..macamane mak dan ayah berusaha menyara anak2 dan ank buah...sungguh ,,moga keriat mereka dibalas tuhan hendaknya... tgk jela cucu2 mak semua nak tido ngan neneknya..anak kak elin yg bongsu baru jek kenal sehari dah nak tido ngan mak..mmg mak ni nenek 1st class lah..hehe~ moga bakal anakku dapat merasai ksh syg seorg nenek...huhu kalau ade rezeki n jodoh lah..huhuuu~ petang tadi bawak adik ke popular beli buku..org sangat ramai..kedai buku pon dah macam pasar borong..beratur jek dah lebih setengah jam..fuhh..maybe sebab ramai guna kopun BB1M...termasuklah aku sekali..hehe~itu sajelah buat hari..Hati yang tenang ,,dari lidah yang tak henti menyebut kebesaran Allah(^_^)..

coretan hari-hariku...

Wednesday, January 4, 2012

Peribadi

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.(^_^)

coretan hari-hariku