Monday, June 24, 2013

Walimah



Salam..

Benarlah Jodoh itu ketentuan Allah swt. tidak sampai sebulan perancangan..aku bakal bernikah dengan jodohku iaitu tunangku pada 29hb jun 2013..Tinggal 5hari dari coretan ku ini.. perasaanku... tenang.. hanya persiapan yg kurisaukan..andai tiba harinya...jika masih ada keperluan yg tidak mencukupi..sedar bahawa aku kelihatan kelam kabut dalam memutuskan pernikahan ini..namun apa yang aku boleh katakan..semua ini ketentuan Allah..jelasnya,pabila kita berbalik kepada Allah..Allah akan memberikan apa yang ada dihati kita. InsyaAllah selepas ini perjalanan hidup moga lebih diberkati atas RahmatMu Ya Allah.. Tunangku, pada 2hb jun 2013.. menelefonku pada jam 11 malam..setelah kami tidak berhubung hampir seminggu..masing2 menyepikan diri mendekatkan diri pada Allah swt. Dengan keyakinannya dia melamarku untuk menikahiku bulan ini juga..ia satu kejutan bagiku kerana kami merancang perkahwinan kami pada februari 2014. Dia menyatakan keinginan bernikah bagi menghalalkan perhubungan kami. Lalu aku ajukan permintaannya itu pada ibu. Ibu dengan mudahnya mempersetujui. Keesokan hari setelah ibu menemui pakcikku untuk penetapan tarikh..Akhirnya mereka mempersetujui pada 29hb JUN 2013 pernikahan kami..asalnya kami merancang pernikahan sederhana. namun hari demi hari..rezeki Allah yang tidak disangka..pernikahan kami diteruskan sekali dengan majlis walimahtus urus sekaligus...dari hanya sehelai baju nikah, ada pula baju persalinan ..berpelamin lagi..MasyaAllah..satu persatu.. setiap orang menghulurkan bantuan dari segi makanan dan cenderahati untuk tetamu.. tiada lafaz lain yang mampu kuucapkan selain Alhamdulillah.. paling aku bersyukur ke hadrat ilahi, pulihnya kesihatan abang Ngah yang merupakan tulang belakang keluargaku setelah pemergian Arwah Ayah.. Terima Kasih Ahmad Ramadan Mahfodz.. Adanya kamu, aku seakan masih memiliki ayahku kembali..Hampir semua persiapan diuruskannya.Tidak lupa kepada adik beradikku yang lain ,,turut membantuku... Ibu tercinta yang sentiasa menyokongku ,bukan sahaja dari segi kewangan,malah kudratnya yang tak pernah menunjukkan erti lelah..bersyukur tak terhingga dilahirkan dalam keluarga yang sederhana ini. yang sentiasa yakin pada rezeki Allah.. Moga dengan niat yang baik ini..Allah permudahkan perjalanan majlis ku ini ya Allah.. aku tidak minta kesempurnaan,,ku Pinta keberkatan dan keredhaanMu Ya Allah.. Aku hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini.. Kau berikan aku kesejahteraan dan kebahagian yang berpanjangan Ya Allah.. Tiada tempat lain yang boleh ku minta pertolongan selain dari Mu Ya Allah..Amin...

coretan hari-hariku(^_^)/
25/6/2013

Monday, June 3, 2013

kebahagiaan rumah tangga

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.
Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.
Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.
Bila lepas asar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.
Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.
Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.
Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.
Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.
Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.
Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.
Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.
“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.
“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.
Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.
15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.
Ayah patah balik. “Mana Ibu?”
“Dalam bilik.”ujar saya
Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.
Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.
“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.
Ibu tersenyum semula.
“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”
“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.
“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.
“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga.
Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.
Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.
Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.
“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.
“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".
Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.
Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.
cerita untuk renungan pagi.

Senyum.

coretan hari- hariku..(^_^)/