Thursday, January 17, 2013

Kayu Api

Salam..

Hari ini aku ingin berkongsi aktiviti hujung minggu ku yang lalu,, bersama Mak, abg Ngah ,Abg Adol dan adikku Diha..kami ke kebun mak di Sri Medan.. Niatnya untuk mencari kayu api sempena majlis walimah abg Uoo(Mahmudin) yang bakal berlangsung tak sampai sebulan je lagi.. Kebun mak asalnya sebuah kebun getah namun dah bertukar kepada kebun sawit sejak beberapa tahun yang lalu.. terengat kisah kanak2 betapa seronok apabila pulang ke kampung mak,, perlu menaiki bas sambung2.. sekurangnya 3 bas perlu kami naik untuk sampai ke kampung nenek yang jaraknya ku rasa hanya 30km sahaja.. Alhamdulillah pabila kini, kami dah memiliki kenderaan sendiri,, tak sampai setengah jam sudah sampai ke kampung mak yang berada di Kg Pt. Bangas, Sri Medan.. eh berbalik aktiviti kami..untuk memastikan kami dapat bawa balik sebanyak mungkin kayu api.. 3 buah keta konvoi ke kebun mak,, sebuah kancil, viva dan Saga flx melunjur santai ke kebun mak.. Alhamdulillah mak masih kekalkan bahagian hujung kebun mak yang masih berbukit dengan dusun buah-buahan ..agak teruja bila kali pertama kuharunginya..macam dalam hutan belantara ..sebab berada dihujung bukit..mak tak dapat selenggara.. tapi jelas kelihatan pokok duku langsat, durian dan rambutan menjulang tinggi.. menunjukkan berpuluh tahun usianya.. abg Ngah cerita pada kami,, pada zaman kanak2nya dia pernah memanjat pohon duku langsat itu dan memetik buahnya.. bestnya.. tak sangka kami ade dusun.. namun tak pernah merasai buahnya,, mak cakap sukar nak jaga sebab terlalu banyak monyet dan takkan sempat kami merasainya.. takpelah,, ini rezeki monyet an..bile tgk sekeliling penuh ngan kebun sawit..memang tak mustahil..cuma dusun ini sahaja kekal sebagai sumber makanan untuk monyet yang masih wujud di kawasan ini... moga rezeki tok monyet nih menambah pula rezeki untuk kami disebaliknya..amin..eh..kenapa masa kami datang, langsung tiada kelihatan seekor monyet sekalipon..berhijrah ke..hehe~ bermula la proses menebang pokok getah yang terselit di celah dusun kami...semua tinggi2 dan tirus2... menggunakan cara konvensional.. abg ngah gergaji bersama abg adol menumbangkan pohon getah.. aku dan Diha tak ketinggalan mencuba gergaji pohon getah..abg bawak dua gergaji..so, kami pon cuba la nasib.. dapat la juga tapi tak la selaju abg2ku kan..hehe~ penat gak sekali sekala mandi peluh..huhu..nampak sangat budak moden..cepat betul letihnya.terengat kembali Arwah abah melakukan kerja begini sendirian..seakan mudah baginya...*i miss him.. setelah beberapa pohon getah tumbang, abg mula memotong kecil agar muat di masukkan ke bonet kereta.. kami mula memunggah ke dalam kereta sorong lalu dibawa ke kawasan letak kereta..kereta kami tak boleh masuk ke hujung kebun mak kerana tiada laluan kereta..so, bertambah dua kali kerja memunggah dan mengangkut kayu.. mak dah lesap masa kami memotong kayu..rupa-rupanya bersembang dengan saudara mara mak..maklumlah bukan selalu jumpa sedara,,dah jumpa..memang macam2 jela ceritanya..ada juga kayu lama yang dah tumbang sebelum nih yang berada dicelah kebun sawit..kami pon potong kecil kyu getah lama yg sedia tumbang..sabar jela..punya penat2 tumbangkan kayu getah..rupanya berlambak kayu getah dipotong bersepah tak digunakan..sebab berada dikebun jiran..jiran pon sedara sendiri sebenarnya..huhuu.. namun ini satu pengalaman yang takkan dilupakan..rupanya bukan mudah untuk mencari kayu api.. ohh ya..sebenarnya kayu api nih nak digunakan untuk masak nasi masa majlis nanti..kata tukang masak, guna kayu api untuk masak nasi lebih sedap berbanding menggunakan dapur gas.. kami hanya menurut perintah... untuk keselesaan dan kepuasan pengguna..hehe~sekian entri saya di pagi jumaat yang indah ini.. Salam jumaat.. luhurnya jiwa bila berbakti...bahagia sentiasa andai diikhlaskan hati....moga bertemu lagi, insyaAllah...waslam

coretan hari-hariku \(^_^)/

Wednesday, January 9, 2013

Sebiji Epal


Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.


Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

coretan hari-hariku..(^_^)

Tuesday, January 1, 2013

Be careful


Sebuah kisah.....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak- anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?". "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan pedal minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti". "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa.. kan, tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah,Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun dalam mimpi hehe ~~~ \(^_^)/

Coretan hari-hariku.....