Thursday, December 23, 2010

Tahniah Adik!!



Salam..
Hari ni adik ambil keputusan PMR..msti dia berdebar macam aku dulu gak,,tahniah dik walaupun dengan 7A1B,,hebat tue,,akak pon xsehebat adik..terengatkan kata-kata arwah ayah,,andai adik xdapat semo A,,arwah ayah belanja adik ns grg ayam sepuloh ari berturut2,,namun kini mak nk lunaskan janji arwah ayah tue,,knapa arwah ayah nak belanja ns grg aym??sebab itu makanan febret adik..klo arwah ayah ke sulong malam2,,menu utama yg adik kirim mesti ns grg ayam..ayah da faham sgt..tapi td adik mcm xberminat bila nk tempah ns grg ayam,,terengatkan arwah ayah atau tengahari td mak msk ayam??wallahualam....apa2..teruskan perjuangan adik yg masih panjang,,pasni adik nak ke sekolah kena la nek bas sendiri,,ayah dah xde nak hantar dan ambil adik,,klo akak ade pon pg jek sempat tok hantar adik..adik jaga mak coz adik yang akan ada lebih masa bersama mak,,adik tunjuk kat mak yg anak mak leh cemerlang walaupon kite anak kg k..GoodLuck dik,,p/s:pasni tingkatkan bahasa melayu adik,,jgn dok basurah banjar jek,,hehe~

coretan hari-hariku..
waslam

Tuesday, December 21, 2010

Kuatkan Aku..

Salam..
Kaganangan Bahari Kalak...(Terkenangkan Masa Lalu..)..ermm..22hari aku hidup sebagai anak yatim...Setiap hari ibu bercerita tentang ayah,,seakan segala benda yang kami lakukan ada saje membuatkan kami terengatkannya..perbuatannya sebelum pergi menyahut panggilan ilahi..segala perkara yang dilakukan menunjukkan beliau telah memberi isyarat pemergiaan buat selamanya di dunia yang sementara ini..namun kami seakan alpa dan leka,,walaupon ada yang penah terfikir dibenakku sendiri..namun xterlafaz didepannya.. ibu seorang wanita yang sangat tabah..aku tau..sepanjang hidupnya,,tidak pernah berjauhan dengan ayah..tapi ibu tidak pernah menitiskan airmatanya di depan anak2.. pabila ibu menceritakan dia tahu ayah sudah lama menahan penyakitnya..ibu redha pemergiaannya dari melihat ayah menanggung kesakitannya setiap hari..sekurangnya kami bersyukur diberi kesempatan mengajar ayah mengucap dan ibu sempat memohon keampunan..Bila aku terkenangkan keterlanjuran kata-kataku sepanjang ayah masih hidup,,airmata gugur dgn sendirinya,,namun aku sangat bersyukur,,diakhir2 hayatnya,,aku banyak disampingnya,,kadang2 aku terengatkan lagi waktu Ayah mengurutku ketika sakit,,memanggil nama penuhku ketika mengejutkan aku di subuh hari,,menyentuh lembut kakiku agar bangun pagi..aku rindukan semua itu,,sungguh aku sangat rindukan ayah,,kini hanya kalimah allah yang mampu kuutuskan buatnya...sesungguh amalan anak yang soleh mampu membahagiakan dia kini..Ayah,,,sungguh...anak ayah ini xkan berhenti merindukanmu...sangat2 menyintaimu...aku berjanji akan menjaga ibu dengan sedaya upayaku..aku akan membahagiakannya seperti telah ayah berikan pada ibu...moga tidak akan berhenti engatan anakmu buatmu..moga aku ditingkatkan iman dan istiqamah,,semua yang aku lakukan kerana Allah SWT hendakNya...Amin...

coretan hari-hariku..
waslam..

Wednesday, December 8, 2010

Pergi Seorang Insan Bergelar Ayah




salam..

01 Disember 2010..4.55 petang..perginya seorang insan bergelar ayah..pergi menghadap ilahi..meninggalkan isteri dan 9orang anak yang dikasihi...aku ketika itu di dalam dewan peperiksaan menghadapi kertas analisis struktur..gegaran hp yang disilentkan membuatkan aku nekad untuk menjawab panggilan selepas meminta izin dari pengawas peperiksaan,,panggilan dari adik yg menyatakan pemergian ayah ke rahmatullah kuterima dengan redha dgn lafaz innalillahiwainnailaihirajiun...namun juraian airmata xdapatku tahankan..perginya ayah tercinta,yang mengasuhku dari kecil,mendidikku,melindungiku,menjaga kebajikanku.. Ya Allah, dia telah menggembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya..maka kau berilah balasan apa yang telah engkau janjikan...dan juga barangsiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh taqwa dan tanggungjawab,maka baginya adalah syurga..dengan itu ya Allah tempatkanlah syurga buat ayahanda ku..kerana tiada cacat cela sepanjang hidupnya menjagaku,membawa makanan buat keluarganya,mendahulukan anak perempuannya..namun ketegasan dalam agama juga dipegangnya,ku pohon ya Allah,,jangan kau seksanya,,kau peliharalah ia seperti mana ia memeliharaku dengan kasih sayang sejak kecil,,aku redha pemergiannya menghadapmu terdahulu dariku,,andai itu suratan yang telah kau tetapkan,,moga aku masih diberi kesempatan berbakti pada ibuku,,kau berilah keizinan untukku menyanyanginya,,menbahagiakannya,,memenuhi keinginannya,,dan kau berilah aku kekuatan dan semangat dalam menempuh dunia yang mencabar ini ya Allah ,,moga aku tidak lalai dan melupakan segala nikmat mahupun musibah yang kau berikan ke atasku,,Akhir kata dariku... Ya Allah..Ampunilah dosa Arwah Ayahandaku,Mahfodz bin Hj Nawi..dan kau berilah syurga yang terbaik buatnya,,InsyaAllah..amin..

waslam..

coretan hari-hariku..