Saturday, February 20, 2010

GADISKU


Gadisku,Sesungguhnya kejadianmu
terlalu unik,tercipta dari tulang
rusuk Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.Kau umpama
sekuntum bunga,harum aromamu bias
menarik sang kumbang untuk
mendekatimu.Namun...tidak semua bunga
senang didekati sang kumbang lantaran
duri yang memagari diri,umpama mawar
merah,dari jauh sudah terhidu
keharumannya.Penahan warnanya yang
terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa
kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah
kubu dirimu dengan perasaan MALU yang
BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN
TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU
dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-
CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA
TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK
MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yang
tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah,umpama sebutir permata yang
didedahkan untuk perhatian umum dengan
suatau permata yang diletakkan dalam
bekas tertutup.Sudah pasti keinginan
naluri lebih kuat untuk meliaht
sesuatau yang tersembunyi,melebihi
sesuatu yang terdedah.WANITA SOLEHAHyg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam
melayari liku-liku kehidupannya adalah
harapan setiap insan yang bernama
Adam.Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yang bersarang dalam
dirimu.Lebih-lebih lagi dengan title
gadisyg engkau miliki,sudah pasti
darah mudamu mencabar rasa keimanan
yang ada.Namun ingatlah
gadisku...sesiapa yang inginkan
kebaikan,maka Allah akamn memudahkan
jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang
penting gadisku engkau miliki
azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN
MALUMU KAU TANGGALKAN DARI
TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai
yang dapat membentengimu.Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan bahaya
dirimu"tidak ada suatu fitnah yang
lebih besar,yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain fitnah yang berpunca dari kaum
wanita."Oleh itu gadisku,setiap
langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan al-Quran dan As-
Sunah.jangan biarkan sekali sesiapa
mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.Sesungguhnya
Allah Taala telah mengangkat
martabatmu setaraf kaum Adam.Kau
harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yang bakal
menggoncang dunia dengan sentuhan
lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi
dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi
setiap insan,namun ramai antara kaummu
yang tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu
salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA
MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN
KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala
murtad serta keruntuhan moral muda-
mudi sebahagian besarnya kerana
cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW
MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu
buta"Cinta itu mampu membutakan mata
dan hatimu dalam membezakan perkara
yang hak dan batil,jika engkau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu
semata-mata dan bukan kerana
ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati
cinta,cintailah dirimu terlebih
dahulu.Cintailahdirimu yang unik itu
dengan mengkaji hakikat kejadianmu
yang begitu simbolik.Asal kejadian
dari setitis air yang tidak
berharga,lalu mengalami proses
pembentukan yang sempurna hasil rencana
ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat
melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadap ALLAH dan dengan
itu,akan timbul CINTA DAN KASIHMU
TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI
CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA
yang HAKIKI DAN ABADI..Seindah hiasan
adalah Wanita Solehah..


P/S: YaAllah,sinarilah diriku
dengan "nursolehatulnisak".Amin..

No comments:

Post a Comment