Pernah suatu hari orang-orang soleh datang berziarah ke rumah Rabiatul Adawiyah.Ketika itu terjadilah soal-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.
Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:
“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:
“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”
“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
p/s: mampukah hati ini setulus rabiah
No comments:
Post a Comment