Wednesday, February 24, 2010



Bile tgk barang2 ni,,mmg ni pntg gak la dlm kehidupan seharian aku....wat inspirasi gitu,,,xde kasut xleh sport,,xde slipar xleh jenjlan,,xde nset,mP3 n kmera rase xlgkap lak,,xde moto cmne nk travel,,xde ginger bread...????hehehe:)

Saturday, February 20, 2010

My HoMe



Tanggal 13 Februari 1987,,Aku dilahirkan di sini... Dari merah hingga dewasa aku mmbesar dan hidup dlm kesederhanaan,, engat time bdk2,,aku jual kueh bom di skolah,, bermaen segala mcm permainan kg,, curi2 pnjat bkit di hjung kg,,klo mak tau alamt xdpt la rasenye mendaki bkit payung,,hehehe~~ eii nk cite semo kesah mmg xabes2 rasenye,,bile engat balek kisah lame,,em rindunye nk jdk budak2,,innocent n so cute do everything u want ,,huahuahua~

DUNIA BATINKU


Tergerak hati nak tonton tv arini,,baru lepas tgk crite yg menyentuh ati..”Dunia Batinku”..
Ketabahan Seorang wanita bergelar ibu,menyara dan mendidik 3owg ank dan ibu mertua. Beberapa kali,air mata ini mengalir dgn sendrinye,, seakan diri ini merasa perasaan ibu itu,,, kuatkah aku nanti menjadi seperti ibu itu,,mampukah aku menggalas bebanan sebegitu,,, Kagum,,sgt kagum dgn crite camnie,,lakonan n jln crite yg sgt mantap n memberi kesan yg amt mndalam,,,
Allah berfirman didalam sebuah hadith Qudsi : "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk memmikul dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia memerlukannya."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, wajah yang ditampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
p/s: Ya Allah ,berikan aku kekuatan dalam menghadapi segala dugaanmu..

GADISKU


Gadisku,Sesungguhnya kejadianmu
terlalu unik,tercipta dari tulang
rusuk Adam yang bengkok menghiasi
taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.Kau umpama
sekuntum bunga,harum aromamu bias
menarik sang kumbang untuk
mendekatimu.Namun...tidak semua bunga
senang didekati sang kumbang lantaran
duri yang memagari diri,umpama mawar
merah,dari jauh sudah terhidu
keharumannya.Penahan warnanya yang
terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa
kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahadah.Bentengilah
kubu dirimu dengan perasaan MALU yang
BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN
TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU
dengan titisan wuduk.INGATlAH CIRI-
CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA
TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK
MELIHAT KEPADANYA.Sesuatu yang
tertutup itu lebih berharga jika
dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah,umpama sebutir permata yang
didedahkan untuk perhatian umum dengan
suatau permata yang diletakkan dalam
bekas tertutup.Sudah pasti keinginan
naluri lebih kuat untuk meliaht
sesuatau yang tersembunyi,melebihi
sesuatu yang terdedah.WANITA SOLEHAHyg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam
melayari liku-liku kehidupannya adalah
harapan setiap insan yang bernama
Adam.Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yang tinggi
kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yang bersarang dalam
dirimu.Lebih-lebih lagi dengan title
gadisyg engkau miliki,sudah pasti
darah mudamu mencabar rasa keimanan
yang ada.Namun ingatlah
gadisku...sesiapa yang inginkan
kebaikan,maka Allah akamn memudahkan
jalan-jalan baginya ke arah itu.Yang
penting gadisku engkau miliki
azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada
kebanyakan lelaki.Seandainya PAKAIAN
MALUMU KAU TANGGALKAN DARI
TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai
yang dapat membentengimu.Sesungguhnya
Nabi ada mengatakan bahaya
dirimu"tidak ada suatu fitnah yang
lebih besar,yang lebih bermaharajalela
selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain fitnah yang berpunca dari kaum
wanita."Oleh itu gadisku,setiap
langkah dan tindakanmu hendaklah
berpaksikan al-Quran dan As-
Sunah.jangan biarkan sekali sesiapa
mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.Sesungguhnya
Allah Taala telah mengangkat
martabatmu setaraf kaum Adam.Kau
harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yang bakal
menggoncang dunia dengan sentuhan
lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi
dan disayangi.Itulah fitrah semulajadi
setiap insan,namun ramai antara kaummu
yang tewas kerana CINTA....bercinta
tidak salah,tetapi memuja cinta itu
salah.Ini adalah kerana,KERANA CINTA
MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN
KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.Gejala
murtad serta keruntuhan moral muda-
mudi sebahagian besarnya kerana
cinta.Benarlah SABDA RASULULLAH SAW
MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu
buta"Cinta itu mampu membutakan mata
dan hatimu dalam membezakan perkara
yang hak dan batil,jika engkau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu
semata-mata dan bukan kerana
ALLAHSWT.Sebelum engkau mendekati
cinta,cintailah dirimu terlebih
dahulu.Cintailahdirimu yang unik itu
dengan mengkaji hakikat kejadianmu
yang begitu simbolik.Asal kejadian
dari setitis air yang tidak
berharga,lalu mengalami proses
pembentukan yang sempurna hasil rencana
ALLAH.Semoga perasaan sebegitu dapat
melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadap ALLAH dan dengan
itu,akan timbul CINTA DAN KASIHMU
TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI
CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA
yang HAKIKI DAN ABADI..Seindah hiasan
adalah Wanita Solehah..


P/S: YaAllah,sinarilah diriku
dengan "nursolehatulnisak".Amin..

Friday, February 19, 2010

SAHABAT


"Sahabat yang baik,apabila
dipandang wajahnya,membawa
mengingati ALLAH,mendengarkan
kata2nya menambahkan ilmu,
terlihat gerak gerinya
meninggikan takut kpd
ALLAH,berkawan dengannya
berjuang ke jalan ALLAH"

Thursday, February 18, 2010

Bukan Kerana SYURGA

Pernah suatu hari orang-orang soleh datang berziarah ke rumah Rabiatul Adawiyah.Ketika itu terjadilah soal-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.
Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:
“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:
“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”
“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

p/s: mampukah hati ini setulus rabiah

JODOH

jodoh itu telah ditentukan cume cepat atau lambat bila belum sampai jodoh nafsu mula goyah berpuasa lah wahai sahabatku.. janganlah engkau berhubung dengan perhubungan bukan mahram .. islam tidak menganjurkan berpacaran ..islam membenarkan taaruf yang mengeratkan silaturrahim..
bercinta selepas kahwin terlalu manis..
tetapi bercinta sebelum kahwin ditemani oleh syaitan dibuai nafsu ...
Firman ALLAH (juzuk 18 ,surah Al-Nur, ayat 26) mengikut terjemahan Al-Quran mushaf Malaysia… maksudnya: perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)perempuan-perempuan yang baik untuk leleki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.mereka itu bersih daripada(tuduhan)yang dikatakan oleh orang(yang jahat)mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan dari kurniaan yang mulia.

p/s: Jodoh pertemuan di tgn tuhan... permudahkanlah aku menerima jodoh yg diredhaimu ya ALLAH

Tuesday, February 16, 2010

erm,,terbace satu cerpen,,nice sgt satu ayt tue...doa suami buat isterinye..

" Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pengasih.Panjangkan Jodoh hambamu ini bersama (nama wife). jadikanlah dia seorang isteri yang solehah dalam mentaati-Mu , yang memiliki pekerti yang mulia dalam menjalankan kewajipan sebagai isteri kepda hamba-Mu ini. kurniakan dia syurga yang indah.Kurniakan dia ketenangan hati.anugerahkan dia cahaya iman agar hidupnya bertambah bahagia"

"Ya Allah , tuhan yang kaya dengan kasih sayang, hamba-Mu ini memaafkan dosa-dosa isteri hamba-Mu ini sejak hari pernikahan kami hingga ke sampai waktu yang hanya Allah mengetahuinya.Sesungguhnya dia adalah sebaik-baik wanita yang telah dihadiahkan oleh-Mu Ya Allah .Hamba-Mu ini bersyukur atas segalanya ya Allah"

p/s: layakkah aku menjadi wanita spt itu,,& dptkah aku suami spt itu,,-Wallahualam...

Assalamualaikum,,,,


coretan hari-hariku....

xbyk berubah,,,thun nie genap umo aku 23..ermmmmm..
kena ada matlamat nie..
so aku fokus kat:
1) study...aku akn wat yg terbek..
2) budget.. cuba urus wet sebaek mgkin,,
3) hutang..slesaikan utang ptptn semampu leh,,