Monday, May 14, 2012

berkorban demi cinta

 
Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta

Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan

Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?

Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui

Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa

Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Tuesday, May 1, 2012

Saat Manis


Salam..
1mei2012...selamat hari buruh@pekerja buat yg berkerja...sebagai pelajar pon aku mendapat tempiasnya..hehe~ mengisi masa lapangku berjalan mengelilingi rumah menghirup udara segar kg halaman.. xpenah rasa bosan pulang ke rumah setiap minggu...ada saja aktivitiku,,tak kira sendiri atau bersama ibu dan family.. sedang melamun melayan perasaan melihat suasana kg yang sunyi dan hanya kicauan burung yang menusuk hati..terbayang kembali saat kanak2 yang manis ku alami..bulan 6 nih..rakan sepermainan dan rakan baikku iaitu Fahimah(Dora) my kazen dan Mariam(Iyam) jiran rapatku bakal menamatkan zaman bujangnye..sungguh aku sangat gembira dan terharu memikirkan mereka akhirnya menuju ke fasa baru dalam hidup mereka... terbayang saat kenakalan kami ketika sekolah rendah dulu2.. bermula dengan Iyam..dia jiranku.tua setahun dariku..sangat rapat denganku..boleh dikatakan apa sahaja permainan semasa kanak2 aku akan bersamanya..dikelilingi semua lelaki..kami berdua bunga yang sering menyelit berkongsi semangat kanak2 kami..kemana sahaja plan abangku, seperti curi2 panjat bukit hujung kg..mandi parit dan masak didalam hutan..aku dan Iyam berganding bahu turut serta..hehehe~ Iyam lebih cerdas dariku..memang sesuai dengan jawatannya kini sebagai guru jasmani di sebuah skekolah menengah di JB.. seorang yang periang..selalu buat aku ketawa..banyak memberi peluang tok aku berani berdepan masalah dan kawan yang sentiasa menyenangkan hatiku.. Fahimah @Dora..sepupu rapatku sebaya denganku..rapatnya bila aku satu skolah rendah denganku..selalu bersaing denganku dari segi akademik..dia lebih feminin dariku.. boleh dikatakan seorang yang cantik.pandai berhias diri.jauh panggang dariku..teringat semasa kanak2 dulu.. aku selalu sahaja berlagak seperti lelaki..payah sekali berbaju kurung..kalau pergi mengaji sekalipun..aku akan berseluar dan berbaju kurung..rasa leceh berkaen ..aku minat berbasikal..kadang2 geli hati bila pikir ,kakakku pernah menghadiahkan sepasang kebarung padaku..dan sekali jek seumur idup aku memakainya..itupun masa raya je kot..nasib baik la sifat tu tak membawak ke tua..haha..pape pun aku berterima kasih pada sepupu ku fahimah dalam mencorakkan akhlakku..ketika sekolah menengah, aku bersekolah harian dan dora pulak di sekolah menengah agama.dora sentiasa bertudung jubah.. so..bila dia pulang ke kampung..dan ingin berjumpa denganku..aku mesti bertudung menutup rasa segan dengannya..satu paksaan itu akhirnya menjadi kebiasaan dan kerelaan di dalam hati..hehe~ dora penuh dengan kisah cintanya..rasanya dari sekolah rendah sampai la ke Universiti..macam2 kisah cintanya dengan lelaki berbeza yang kadang2 membuatkan aku nak menulis novel kisah cintanya,namun aku sedar..memang tak sampai tahap layak untuk ku mengarang kisah cinta.. Alhamdulillah Jodoh akhirnya sampai buat dirinya kini..dora dengan  orang johor manakala iyam pula dengan orang perlis..kutub utara kutub selatan..bagaimana pula dengan aku yerk..tengah2 mungkin..haha...terengat balik masa aku darjah5...engat balik aku tersepit di tengah2 diantara Iyam dan Dora masa kitorang bergaduh.. kadang bila diungkit balik kisah tue..mmg jdk bahan gelak jela.. kedua-duanya dah menempahku menjadi jurukamera rasmi mereka..Iyam siap dari mula2 acara mandi bunga n berinai lagi..sayangnya aku tak dapat join dora ke rumah pihak lelaki sebab aku nak ke seremban,,hidayah@gbum my beloved friend kat poliPD  pon melangsungkan perkahwinan..gbum pon banyak bagi memori manis buatku..sape sangka ko yg blurr2 tue kahwin dulu kan gbum..hehe~kalau dah jodoh tak kemana..hehe~ ok..dah banyak aku meleret menyimpan satu lagi memori remajaku..sungguh saat remaja tak mungkin boleh berputar namun boleh dijadikan kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan...selamat menempuhi alam berumahtangga wahai kawan-kawanku...(^___^)

coretan hari-hariku..

Sunday, April 22, 2012

hadiah terbaik

Salam
Pejam jelik..dah hampir ke penghujung akhir sem aku di uthm.setiap pahit manis kehidupan di uthm akan dijadikan kenangan terindah buatku..pasti aku rindukan saat2 bersama sahabat..pelbagai progam aku sertai..semuanya memberi memori yang manis bagiku...moga pengalaman ini akan kukongsikan buat yang ingin mengetahui perjalanan hidup seorang siswi..walaupun aku tidak mngalami banyak kesukaran berbanding yang lain..hari ini ingin ku ceritakan satu pengalaman yang alami sendiri..kejadian ini berlaku pada 7hb april 2012..hari sabtu aku bersama adik dan emak ke pasar sabtu di pekan... jam 11pg kami ke SMKDS..sekolah lamaku menghantarkan borang untuk sahabat mak yang menjalani program JPJ bersama rakyat..ketika hendak pulang sambil menunggu adik mengambil kereta..aku dan mak duduk di perhentian bas..sebuah bas berhenti dihadapanku..tiba2 kelihatan seorang buta tanpa bertongkat dan berjalan seorang menuruni tangga..aku segera menghampirinya dengan niat ingin membantunya turun dari bas..pakcik bas bilang padaku bahawa pakcik buta ini ingin ke sekolah..aku cuba membantunya ,namun terfikir jua dihati mngapa mahu ke sekolah..pabila ku bertanya pada pakcik tersebut..beliau memberitahu yang beliau ingin ke kedai makan dihadapan sekolah.. lalu aku membantunya menyeberangi jalan ke kedai makan..dalam memimpinnya..pakcik itu megadu padaku..bahawa duitnya telah dicuri oleh ank saudaranya..beliau memohon ehsan orang sekelililng dalam membantunya..timbul belas dihatiku..seteleh memastikan pakcik tersebut duduk di gerai,,aku menyeluk dompetku..alamak! aku kehabisan wang..tinggal bape sen jek dalam poket,,tanpa lengah aku meminjam wang dengan mak lalu aku beri pada pakcik buta tersebut dan memintanya gunakan wang tersebut untuk makan..dalam hatiku ini,,terdetik..bagaimana sukar seorang buta menjalani hidup andai tiada orang sekeliling yang membantu,,dalam pada itu,,mengapa masih ramai manusia itu tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini..malah keluh kesah memikirkan ketidakadilan yang dihadapinya,,seakan tuhan tidak pernah memberinya apa2 padahal kita sendiri tidak bersyukur atas segala nikmat yang kita miliki.."ALLAH menguji pasti bersebab. ALLAH mahu kita belajar banyak lagi. Tetaplah percaya, bahawa DIA menyiapkan hadiah terbaik setelah setiap duka dan luka itu.”.bila memikirkan kiamat kecil yang semakin berlumba-lumba memaparkan buktinya,,semakin getar hati ini menghadapi kiamat..sungguh,,mampukah hambamu ini tergolong dalam golongan yang mencintaimu Ya Allah...jangan kau palingkan hatiku dengan segala yang membatalkan akidah dan imanku ya Allah.... Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup kita ini akan dilalui dengan MUDAH tanpa ujian..NAMUN Allah BERJANJI bahawa Dia akan bersama kita ketika kita ditimpa KESUSAHAN. Sepanjang hayat kita (^_^)

coretan hari-hariku

Monday, April 9, 2012

Jamak dan Qasar



Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan

Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taala".