Sunday, April 22, 2012

hadiah terbaik

Salam
Pejam jelik..dah hampir ke penghujung akhir sem aku di uthm.setiap pahit manis kehidupan di uthm akan dijadikan kenangan terindah buatku..pasti aku rindukan saat2 bersama sahabat..pelbagai progam aku sertai..semuanya memberi memori yang manis bagiku...moga pengalaman ini akan kukongsikan buat yang ingin mengetahui perjalanan hidup seorang siswi..walaupun aku tidak mngalami banyak kesukaran berbanding yang lain..hari ini ingin ku ceritakan satu pengalaman yang alami sendiri..kejadian ini berlaku pada 7hb april 2012..hari sabtu aku bersama adik dan emak ke pasar sabtu di pekan... jam 11pg kami ke SMKDS..sekolah lamaku menghantarkan borang untuk sahabat mak yang menjalani program JPJ bersama rakyat..ketika hendak pulang sambil menunggu adik mengambil kereta..aku dan mak duduk di perhentian bas..sebuah bas berhenti dihadapanku..tiba2 kelihatan seorang buta tanpa bertongkat dan berjalan seorang menuruni tangga..aku segera menghampirinya dengan niat ingin membantunya turun dari bas..pakcik bas bilang padaku bahawa pakcik buta ini ingin ke sekolah..aku cuba membantunya ,namun terfikir jua dihati mngapa mahu ke sekolah..pabila ku bertanya pada pakcik tersebut..beliau memberitahu yang beliau ingin ke kedai makan dihadapan sekolah.. lalu aku membantunya menyeberangi jalan ke kedai makan..dalam memimpinnya..pakcik itu megadu padaku..bahawa duitnya telah dicuri oleh ank saudaranya..beliau memohon ehsan orang sekelililng dalam membantunya..timbul belas dihatiku..seteleh memastikan pakcik tersebut duduk di gerai,,aku menyeluk dompetku..alamak! aku kehabisan wang..tinggal bape sen jek dalam poket,,tanpa lengah aku meminjam wang dengan mak lalu aku beri pada pakcik buta tersebut dan memintanya gunakan wang tersebut untuk makan..dalam hatiku ini,,terdetik..bagaimana sukar seorang buta menjalani hidup andai tiada orang sekeliling yang membantu,,dalam pada itu,,mengapa masih ramai manusia itu tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini..malah keluh kesah memikirkan ketidakadilan yang dihadapinya,,seakan tuhan tidak pernah memberinya apa2 padahal kita sendiri tidak bersyukur atas segala nikmat yang kita miliki.."ALLAH menguji pasti bersebab. ALLAH mahu kita belajar banyak lagi. Tetaplah percaya, bahawa DIA menyiapkan hadiah terbaik setelah setiap duka dan luka itu.”.bila memikirkan kiamat kecil yang semakin berlumba-lumba memaparkan buktinya,,semakin getar hati ini menghadapi kiamat..sungguh,,mampukah hambamu ini tergolong dalam golongan yang mencintaimu Ya Allah...jangan kau palingkan hatiku dengan segala yang membatalkan akidah dan imanku ya Allah.... Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup kita ini akan dilalui dengan MUDAH tanpa ujian..NAMUN Allah BERJANJI bahawa Dia akan bersama kita ketika kita ditimpa KESUSAHAN. Sepanjang hayat kita (^_^)

coretan hari-hariku

Monday, April 9, 2012

Jamak dan Qasar



Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan

Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

"Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir

"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Taala".